Tuesday, February 10, 2015

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Jualan al-Quran dan buku mengenai agama Islam meningkat secara mendadak sejak insiden serangan berdarah kumpulan pengganas tempatan di pejabat akhbar mingguan satira biadap Perancis, Charlie Hebdo di sini pada 7 Januari lalu.

al-Qur'an

Laporan laman web Pages Halal menyebut, naskhah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan apabila disenaraikan antara 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan talian, Amazon sepanjang tempoh 26 hari lalu.

Portal berita Islam Pos yang memetik laman web Perancis itu turut menyiarkan komen Francois Maillot, pengurus besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, mengenai trend pembelian buku sejak serangan pada awal bulan lalu.

Kata beliau, ramai penduduk tempatan mula mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskhah terjemahan al-Quran, fenomena yang sama pernah melanda Amerika Syarikat pasca serangan terburuk pengganas pada 11 September 2001.

“Rakyat Perancis sibuk mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit terkenal seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel, selain buku-buku berkenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat pembeli.

“Ini termasuk buku mengenai sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata Maillot yang mendedahkan bahawa buku berkenaan sistem keluarga Islam turut dicari ramai pelanggan.

Antaranya panduan hidup berkeluarga secara Islam, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun; di samping buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine.

“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar turut membaca buku A maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb,” jelas Maillot.

Dianggarkan terdapat lebih empat juta Muslim di Perancis dengan hampir 200,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara Eropah itu selain kira-kira 2,000 buah masjid atau surau untuk kemudahan ibadat di seluruh Perancis. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

Wednesday, January 14, 2015

Serangan Keatas Charlie Hebdo Operasi Sulit CIA

Serangan Keatas Charlie Hebdo Operasi Sulit CIA

Serangan pengganas yang mengorban 12 kakitangan di sebuah akhbar satira Charlie Hebdo di Perancis pada Rabu lalu, merupakan satu operasi sulit oleh Biro Penyiasatan Pusat (CIA) yang sengaja direka bagi meningkatkan kebencian terhadap umat Islam di Eropah.

Charlie Hebdo by CIA

Pendedahan oleh bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan ketika pentadbiran Donald Reagan, Dr. Paul Craig Roberts itu, dibuat dalam satu artikel yang diterbitkan di blognya, www.paulcraigroberts.org pada hari Khamis lalu.

Portal berita Iran, PressTV melaporkan, beliau yang juga merupakan editor bersekutu Wall Street Journal mendedahkan, serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo merupakan kerja orang dalam yang sengaja memerangkap orang Islam sebagai kambing hitam.

“Penganut Islam di­perdaya menjadi kambing hitam semata-mata untuk membuatkan Pe­rancis mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Roberts berkata, motif kejadian kemungkinan disebabkan sekatan ekonomi dikenakan AS terhadap Rusia yang secara langsung menjejaskan pertumbuhan Perancis.

“Presiden Perancis minggu lalu berkata, sekatan oleh AS itu perlu ditamatkan. Serangan itu adalah cubaan mewujudkan kebergantungan Perancis kepada AS berhubung sekatan Washington terhadap Rusia,” ujarnya.

Said Kouachi Identity Card

Beliau turut menyertakan teorinya dalam tulisan itu antaranya, kad pengenalan seorang suspek, Said Kouachi yang ditemui di tempat kejadian (kah kah..), berbanding pasport suspek serang­an 11 September 2001 yang dijumpai berada dalam keadaan elok di sebalik serpihan pencakar langit berkenaan.

Roberts sebelum ini mendakwa, se­rangan terhadap menara ber­kembar Pusat Dagangan Dunia di New York itu turut didalangi CIA.

“Suspek boleh jadi bersalah atau tidak dan kedua-duanya. Hanya perlu diingatkan bahawa semua komplot pengganas itu direka untuk menjadikan ancaman pengganas tersebut kelihatan benar kepada masyarakat Amerika,” katanya.

Sumber: Utusan/WSJ

Tuesday, January 13, 2015

Charlie Hebdo Terbit Edisi Khas Hina Rasulullah SAW!

Charlie Hebdo Terbit Edisi Khas Hina Rasulullah SAW!

Teruja selepas memperoleh lebih lima juta sokongan dari seluruh dunia menerusi laman Twitter bertajuk #Je Suis Charlie, penerbit akhbar mingguan kontroversi Perancis, Charlie Hebdo itu tampaknya lebih bersemangat menghina agama Islam.

Charlie Hebdo

Terbaharu agensi berita antarabangsa AFP melaporkan pihak pengurusan Charlie Hebdo dijangka mencetak tiga juta naskhah edisi khas pasca insiden serangan berdarah untuk keluaran 15 Januari ini, berbanding kebiasaan cuma kira-kira 60,000 naskhah.

Akhbar satira biadap berpusat di Paris itu bakal meletakkan pada muka hadapan edisi istimewa tersebut paparan karikatur kononnya Nabi Muhammad SAW sedang memegang kad dengan ayat bertulis ‘Je suis Charlie’ atau bermaksud ‘Saya ialah Charlie’.

Charlie Hebdo [2]

Petugas Charlie Hebdo sibuk menyiapkan keluaran khas akhbar itu pada 15 Januari 2015 yang memaparkan Nabi Muhammad SAW turut menyokong prinsip kebebasan bersuara mingguan satira popular tersebut.

Ayat itu merujuk kepada kempen agresif anjuran beberapa organisasi media antarabangsa sebagai tanda simpati kepada tragedi pada 7 Januari lalu yang mengorbankan 10 petugas Charlie Hebdo termasuk ketua pengarangnya, Stephane Charbonnier.

Turut terbunuh ialah dua anggota polis Perancis manakala 11 orang lagi cedera apabila dua rakyat tempatan menyerang nekad pejabat akhbar tersebut di Rue Serpollet di sini sebelum kedua-dua suspek berjaya ditembak mati beberapa hari kemudian.

Untuk keluaran terkini pada Rabu ini, ketua editor baharu, Gerard Biard dibantu oleh enam wartawan yang juga kartunis iaitu Catherine Meurisse, Patrick Pelloux, Antonio Fischetti, Renald Luzier, Willem Babouse dan Zineb El Rhazoui.

Charlie Hebdo [3]

Ketua editor baharu Charlie Hebdo, Gerard Biard (kiri) menggantikan Stephane Charbonnier yang terbunuh semasa serangan pada 7 Januari 2015 dalam mempertahankan dasar akhbar satira terus menghina agama Islam.

Charlie Hebdo edisi khas 15 Januari ini akan menggunakan tajuk ‘Le choix de Mohammed’ bermaksud ‘Pilihan Muhammad’ kononnya Rasulullah SAW juga memilih akhbar mingguan itu yang memperjuangkan kebebasan bersuara atas nama hak asasi manusia.

Meskipun dikecam masyarakat Islam seluruh dunia, akhbar pelampau haluan kiri yang diterbitkan sejak 1970 itu mendapat geran €1 juta (RM4.2 juta) daripada kerajaan Perancis ekoran serangan bersenjata paling tragik dalam sejarah negara tersebut.

Turut memberi sumbangan ialah Yayasan Akhbar Inovasi Digital Google sebanyak €250,000 (RM1.05 juta) Yayasan Pluralisme Akhbar Perancis juga €250,000 dan Kumpulan Media The Guardian Britain sejumlah £100,000 (RM536,245). -Agensi

Agaknya selepas ini, pihak dan negara mana pula yang akan dipersalahkan, diserang dan dihancurkan oleh oleh yahudi dan barat atas alasan kononnya untuk memperjuangkan demokrasi?

Sama-sama kita nantikan..

Friday, January 09, 2015

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Charlie Hebdo, Padah Menghina Agama Atas Nama Kebebasan!

Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Charlie-hebdo [4]

Ketika masyarakat antarabangsa khasnya pemimpin Barat mengutuk kumpulan ekstremis Muslim, beberapa media tempatan mendedahkan, insiden terburuk itu berpunca daripada sikap penerbitan tersebut yang sering keterlaluan ‘menghiris’ sensitiviti umat Islam.

Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang turut terbunuh, dikenal pasti amat mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau malah beliau kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tidak hairanlah lelaki berusia 47 tahun itu hidup dalam ketakutan dan terpaksa dilindungi pengawal peribadi sejak pejabat majalah itu dibom pada 2 November 2011 susulan penerbitan kartun Charia Hebdo yang jelas menghina undang-undang jenayah Islam.

Dibawah ini adalah gambar kulit depan majalah Charlie Hebdo keluaran 3 November 2011 sengaja ditukar menjadi Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.

Charlie-hebdo [2]

Beliau yang menjadi ketua editor Charlie Hebdo pada 2009 juga selalu menerima ancaman bunuh hanya kerana mempertahankan dasar majalah suka hina ahli-ahli politik, selebriti sukan dan hiburan bahkan kaum bukan kulit putih sejak ia diterbitkan 1970.

Meskipun Charlie Hebdo bersifat pelampau, ia disegani kerana Bernard Maris, salah seorang pemilik sahamnya yang juga wartawan majalah itu, dan turut terbunuh dalam serangan nekad tersebut; sebenarnya merupakan pakar ekonomi berpengaruh.

Bayangkanlah, beliau ialah profesor pengajian ekonomi di Institut Kajian Eropah, Universiti Paris selain mengajar subjek mikro ekonomi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Peru; serta menjadi ahli lembaga pengarah Bank Pusat Perancis.

Provokasi Didalangi Musuh Islam

Secara umum, Charlie Hebdo dengan edaran 45,000 naskhah bebas hina mana-mana pihak tanpa rasa bersalah kerana ia didukung ramai personaliti ternama Perancis dan lebih pelik, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Stephane Charbonnier
Stephane Charbonnier.

Sasaran utama mereka ialah agama Islam dan ramai lihat kecenderungan majalah Perancis itu mempermainkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya memang didalangi Barat bagi membangkitkan kemarahan umat Islam sekali gus melabel Islam sebagai pengganas.

Hakikatnya kematian Charbonnier, Maris dan lapan lagi kartunis biadap Charlie Hebdo berjaya menjadi ‘modal’ pihak Barat untuk mengalih perhatian masyarakat selama ini daripada isu penghinaan majalah pelampau itu ke atas agama Islam. –Agensi

BACA INI JUGA: Isu Rasis, Bila Cina Hina Melayu Kenapa Diam?