Dec 19, 2014

Kisah Kucing Digantung Di Sibu Rupanya Kes Ugut!

Semalam kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan sebuah rumah di Jalan Lada, Sibu.

Kucing Digantung Di Sibu

Rata-rata pencinta kucing meluahkan perasaan marah dan kecewa apabila melihat binatang kesayangan nabi itu diperlakukan dengan kejam.

Insiden tersebut, menyebabkan pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat makluman daripada orang awam.

Bagaimanapun, setelah disiasat, pemilik rumah berkenaan menafikan perbuatan kejam tersebut dilakukan olehnya.

Pemilik rumah, 39, yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu dia telah menerima beberapa ancaman menerusi panggilan sebelum kejadian itu.

Malah dia sendiri turut terperanjat dengan ‘kes kucing’ tersebut kerana, dia tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar dari bandar Sibu untuk mencari tempat perlindungan ekoran ancaman diterima.

Kucing Digantung Di Sibu [2]

Dia hanya pulang ke rumahnya kelmarin, itu pun menggunakan kereta sewa kerana bimbang dikesan pihak yang mencarinya.

Untuk makluman, pemilik rumah tersebut pernah diculik dan dicampakkan ke sungai dalam keadaan tangan diikat dan mata ditutup Oktober lalu, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), Donna Wee melahirkan perasaan kesal atas tindakan tidak berperikemanusian dengan menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan terhadap haiwan dan perbuatan itu jelas amat jahat dan tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

kesian kucing jadi mangsa. harap orang yang buat ni cepat sedar insaf. Jika tidak hidup dia tak akan tenang..ini makhluk Allah

terasa sedih ..ada saja dajal dunia masa kini

Astagfirullah... sakit jiwa ke pe org yg buat tu hmmm...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon