Nov 10, 2014

Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!

“Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

Razif Sidek

“Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei.

Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani ‘buka mulut’ kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton.

“Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.

“Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

Lee Chong Wei Kantoi Guna Dadah!

Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.

Keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang.

Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah.

Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

statement yang akan mengeruhkan lg keadaan

Macam-macam kerenah juga. Pengajaran untuk atlit lain juga.

Payung jelah Chong wei tu hehee.. bagi dia jadi jurulatih pulak.. :)

semua pekung kini dibuka...mana yang betul x tahu plak

orang dah masyurkan nama negara, ada pulak yang dengki... takpelah datuk LCW... berehatlah :)

LCW memang akui terima suntikan dadah tu kan, rasanya Razif yang sepatutnya memberikan penjelasan terperinci mengenai prosedur pengambilan ubat terlarang tu..

mmg kita simpati dgn LCW...tp dia harus bertanggung-jwb dgn apa yg dia telah lakukan...samada dia sengaja ambil atau tidak...tahu atau tidak itu tidak relevan...dh ramai atlet dunia telah melalui hukuman dlm situasi begini...samada mereka sengaja atau tidak hanya mereka yg tahu...

Ta tahu nak cakap apa dah ..TUNGGU dan lihat jer la apa bakal berlaku

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon