Thursday, March 21, 2013

Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan


Siapa kata selebriti tidak mempunyai sejarah hitam dalam kehidupan mereka? Mereka juga adalah manusia biasa seperti kita dan walaupun popular dan mengecapi kemasyuran, pastinya di sebalik nama yang gah itu tersembunyi sebuah rahsia yang mereka cuba simpan tanpa pengetahuan umum.

Berikut adalah antara selebriti Hollywood yang cuba menyembunyikan rahsia 'gelap' mereka sehingga ia diketahui ramai.

Bekas kekasih Angelina Jolie, ibu kepada anaknya


Kedua-dua aktres ini, Angelina Jolie dan Jenny Shimizu pernah menjalinkan hubungan istimewa lebih daripada sekadar teman biasa.

Walaupun kini Shimizu bergelar bekas kekasih, ikatan yang terjalin di antara kekal utuh. Buktinya, Jolie telah meminta Shimizu menjadi ibu pembaptisan kepada dua orang anak kembarnya, Knox dan Vivienne.

Bapa Charlize Theron dibunuh oleh ibunya di hadapan mata


Sebelum ini aktres "Monster" bersungguh-sungguh menyakinkan orang ramai bahawa bapanya terkorban dalam nahas jalan raya ketika usianya 15 tahun.

Walau bagaimanapun kebenaran mengenai bapanya yang merupakan seorang kaki mabuk dan pendera tegar serta kehidupan ngeri zaman kanak-kanaknya akhirnya terbongkar.

Sebab utama Theron cuba melupakan semua memori hitam itu adalah disebabkan pergaduhan keluarga yang tercetus sehingga menyebabkan ibunya menembak mati bapanya di hadapan mata semata-mata mahu melindungi mereka berdua.

"Bapa saya sentiasa pulang dalam keadaan mabuk, bukan sahaja dengan sepak terajangnya tetapi juga dengan senapangnya yang sering digunakan untuk mengancam kami. Pada suatu hari, dia benar-benar telah mengacu senapang dan memetik picu senapang, namun ibu saya berjaya merampas senapang itu dan akhirnya melakukan tindakan yang betul untuk melindungi dirinya serta saya," ujar Theron.

Teri Hatcher mangsa kerakusan bapa saudara


Di sebalik kejelitaan dan populariti yang diraihnya ini, siapa sangka Teri Hatcher telah berhadapan dengan tragedi dan trauma daripada seorang yang dikenalinya sehinggakan ia menghantuinya.

Bintang siri "Desperate Housewives" ini telah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudaranya sendiri yang telah memperkosanya sejak dia berusia lima tahun.

Hatcher tampil membuat pengakuan selepas mengetahui bapa saudaranya itu turut memperkosa seorang remaja berusia 14 tahun yang kemudiannya membunuh diri kerana tertekan menjadi mangsa rogol.

Pada tahun 2002, bapa saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun atas kesalahan merogol.

Bapa "Spider-Man" adalah seorang penyangak


Sebelum aktor ini terkenal menerusi watak superhero yang signifikan dengan menyelamatkan orang awam dari sebarang ancaman jenayah mahupun bahaya, 'Spider-Man' ini telah dibesarkan oleh seorang penjenayah iaitu bapanya sendiri.

Pada tahun 1993, bapa Tobey Maguire, Vincent telah membuat serangan ke atas sebuah bank. Tanpa sebarang topeng wajah mahupun senjata, bapanya berjaya melarikan diri dengan sebuah beg penuh berisi wang di siang hari.

Walaubagaimanapun, dia berjaya diberkas sejam selepas rompakan tersebut dan mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Keluarga '69' Woody Allen


Meskipun pengarah esentrik ini merasakan tindakan yang dilakukannya adalah tindakan genius yang baginya dapat membantu perkembangan sesebuah institusi kekeluargaan, namun ia masih tidak dapat diterima akal.

Kisah kontroversi hubungannya dengan aktres Mia Farrow serta drama 'haruan makan anak' bermula 20 tahun lalu ketika Woody memutuskan untuk meninggalkan Farrow selepas Farrow mendapat tahu pengarah itu menjalinkan hubungan sulit dengan anak tirinya yang berusia 18 tahun, Soon-Yi Previn.

Lebih mengharukan, Previn yang merupakan anak angkat Farrow yang sah akhirnya telah berkahwin dengan Allen di Venice pada tahun 1997.

Skandal yang memualkan itu akhirnya telah menjatuhkan karier Allen sebagai seorang pengarah, walaupun dia masih pertahankan tindakannya itu sebagai satu tindakan genius.

Macam-macam!

BACA INI JUGA: Ciuman Paling Mahal Selebriti Hollywood

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon