Nov 9, 2014

"Saya Tidak Pernah Menipu" - Lee Chong Wei

Semalam, negara telah diselubungi dengan satu berita mengecewakan apabila pemain nombor satu negara yang juga ikon dalam bidang sukan, Datuk Lee Chong Wei disahkan gagal dalam ujian doping keduanya.

Saya Tidak Pernah Menipu - Lee Chong Wei

Melalui ujian sampel B yang dilakukan di Norway, Kanada beberapa hari lalu, Chong Wei didapati positif dalam penggunaan dadah jenis Dexamethasone.

Memetik sumber dari laman blog, Malaysian Sports milik bekas penulis sukan, Satwant Singh Dhaliwal, Chong Wei sangat terkejut dengan kegagalan ujian doping rawak yang dilakukan di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat memberitahu saya gagal dalam ujian doping. Saya tidak pernah menipu atau cuba menipu. Perkara ini seperti panahan kilat kepada saya, memusnahkan segl usaha keras saya.”

Ujarnya lagi, dakwaan yang dijatuhkan terhadapnya membuatkan beliau tergamam kerana dia seorang yang bekerja keras dan berpegang teguh kepada prinsip berusaha demi menggapai kejayaan.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima pengesahan dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan kandungan dadah tersebut dalam sampel B milik Chong Wei.

Lantas, suami kepada bekas pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo itu bakal berhadapan tindakan penggantungan selama dua tahun jika didapati bersalah oleh panel BWF.

Dedah beliau lagi, dadah tersebut telah disuntik ke dalam badannya pada petengahan Julai lalu, namun tidak menyangka kesannya berkekalan sehingga hujung Ogos.

“Saya melalui satu daripada ujian dalam pertandingan pada 15 Ogos dan saya bersih. Ia satu misteri kenapa bahan ini masih berada dalam badan saya pada 30 Ogos.”

Tambah beliau, kesemua ubat-ubatan, rekod rawatan dan makanan tambahan yang diambilnya, dikawal rapi oleh pihak berkuasa perubatan.

“Saya tidak pernah menipu dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang diharamkan.”

Dalam muat naik artikel berkenaan juga, Dhaliwal berkata, jika Chong Wei digantung selama setengah tahun maka dia akan kehilangan sehingga 43,000 mata, dan bakal menyaksikan beliau jatuh ke kedudukan 15 – 18 menjelang Mac 2015.

Katanya lagi, misi untuk memungut emas pertama negara di Sukan Olimpik bakal tinggal angan-angan jika keputusan tersebut tidak memihak Chong Wei.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Datuk Lee Chong Wei ni dah banyak berjasa kpd negara sampai dia sendiri pun dah tak larat dah. Berilah peluang & hargailah jasa dia.. lagi pun ini bukan kes hisap dadah yg mcm penagih hisap kat bawah jambatan tu.. hmmm...

Wajar disiasat lebih lanjut. Takut ada sabotaj pihak tertentu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon