Wednesday, November 12, 2014

BWF Gantung Lee Chong Wei


Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menggantung sementara pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana didapati ‘jelas’ melanggar peraturan anti-doping.

Lee-Chong-Wei

“Badan dunia itu memutuskan penggantungan itu berdasarkan hasil analisis yang negatif ke atas sampel yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos,” kata BWF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, BWF berkata barisan panelnya akan mendengar berkenaan kes berkenaan.

“Apabila tiba masanya, pengerusi panel itu akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran.

“Panel itu yang akan menentukan sama ada atlet itu melalukan perlanggaran peraturan anti-doping atau tidak,” katanya.

Baru-baru ini, Chong Wei didapati menggunakan bahan terlarang apabila sampel A yang diuji pada Kejohanan Badminton di Copenhagen menunjukkan keputusan positif.

Keputusan ujian sampel A diketahui badan pengurusan sukan di Malaysia selepas berakhirnya Sukan Asia di Incheon.

Lee-Chong-Wei - Suspended

Chong Wei kemudiannya berlepas ke Oslo, Norway sebelum ini untuk menyaksikan sendiri prosedur ujian untuk sampel B beliau.

Bagaimanapun, sampel B milik Chong Wei juga menunjukkan positif kewujudan bahan terlarang berkenaan.

Ketika ini Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengumpul semua maklumat dan bukti berkenaan rekod perubatan Chong Wei bagi mengenal pasti bagaimana bahan berkenaan berada dalam badan pemain badminton nombor satu dunia itu.

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. Siapa yg bagi rawatan tu yg patut diambil tandakan rasanya... wallahualam...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon