Nov 12, 2014

PANAS! AmBank Promosi Aktiviti LGBT!

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) dalam mempromosikan aktiviti kumpulan songsang gay, lesbian dan golongan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islamnya.

Azwanddin Hamzah

Dakwaan tersebut dikemukakan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dalam satu sidang media.

Sokongan dilaporkan berlaku melalui dua anak syarikat AmBank iaitu AmLife dan AmFamily Takaful Berhad yang menjalinkan kerjasama dengan MetLife, syarikat insuran yang menaja agenda LGBT.

“Untuk pengetahuan, MetLife merupakan syarikat insurans yang terlibat dalam mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti yang tertera dalam buletin AmLife bulan Mei lalu.

“MetLife memeterai kerjasama melalui Takaful dan Insurans Hayat Moden, mereka ini secara terang-terangan mempromosi LGBT, secara tidak langsung memperdayakan umat Islam di negara ini secara halus,” dakwa Azwanddin.

Pada sidang media tersebut juga, Azwanddin mengedarkan salinan buletin Berita AmLife yang terpampang sokongan terhadap golongan songsang melalui biografi syarikatnya, ‘Best Places To Work For LGBT 2013. Human Rights Campaign’.

Katanya, “Ini merupakan agenda terbesar berniat jahat mengaburi penglihatan khasnya perbankan Islam di negara ini.”

Lantas, JMM memohon supaya kerajaan, khususnya Bank Negara mempertimbangkan untuk menarik balik lesen berkaitan Perbankan Islam mahupun Lesen Insurans Takaful atau yang berkaitan Islam terhadap AmBank.

Tan Sri Azman Hashim

Dia juga memberi amaran untuk menjalankan kempen sejuta risalah bagi memboikot institusi berkenaan andai mereka gagal membuat penjelasan dalam kadar segera.

AMMB yang bernaung di bawah kumpulan AmBank Berhad membuat pengumuman memeterai perjanjian dengan MetLlife International Holdings Incorporate (MetLife) pada hujung tahun lalu.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya yang juga salah seorang individu terkaya Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Ya Allah... Tan Sri Azman ni dah kenapa? macam macam hal yang berlaku sekarang ni. orang Islam sendiri pun buat perkara yang boleh menjahanamkan Islam.

apa nak jadi dengan mika2 semua ni....

Jangan2 kemudian hari,ade bank 2 alam errr.. tak rela nyah

Apa hallah nak digalakkan golongan mcm ni sedangkan asalnya mana2 agama pun menentangnya...

Agak-agak la kalau tak setuju dengan kerajaan pun kan. Agama bukan boleh dipermain-mainkan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon