Monday, April 25, 2022

Lelaki Berjaya Rakam Pesawat UFO Di Lincolnshire!

Lelaki Berjaya Rakam Pesawat UFO Di Lincolnshire!

Seorang lelaki di Lincolnshire, England, merakam imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di langit dan menyifatkan rakaman tersebut sebagai antara perkara paling aneh yang pernah dilihatnya, lapor akhbar Daily Star.

UFO Di Lincolnshire

Anthony Hockey, 31, merakam imej UFO tersebut dekat rumahnya sekitar pukul 8.45 malam (waktu tempatan) (24/4/2022).

Menurutnya, UFO tersebut mempunyai cahaya putih dan terdapat sesuatu seperti awan atau asap pada bahagian hadapannya.

"Ia bukan awan di langit, namun cahaya aneh berwarna putih yang bergerak bersama apa yang kelihatan seperti awan atau sejenis asap pada bahagian hadapan.

"UFO itu bergerak dengan amat pantas, mungkin terlalu pantas untuk sebuah pesawat. Ia dilihat selama tiga ke empat minit," kata Anthony.

Tambah Anthony lagi, disebabkan kawasan tempat tinggalnya tidak mempunyai banyak pencemaran cahaya, kejadian kosmik seperti tahi bintang dan serpihan angkasa lepas adalah perkara biasa yang dilihat di langit.

"Terdapat banyak pesawat Tentera Udara Diraja Britain yang melalui kawasan ini menuju ke lokasi latihan, namun UFO itu tidak mengeluarkan sebarang bunyi," ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Saturday, April 23, 2022

Panji-panji Hitam Dari Timur, Tentera Yang Tidak Akan Terkalahkan

Panji-panji Hitam Dari Timur, Tentera Yang Tidak Akan Terkalahkan

Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan dikalahkan oleh sesiapa dan apa jua tentera kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi Laknatullah yang telah membunuh ramai umat Islam yang akan dipimpin oleh Imam Al-Mahdi.

Panji-panji Dari Timur
Gambar hiasan.

Peranan Imam Mahdi adalah menguasai keseluruhan bangsa Arab sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

"Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Sekiranya ianya datang pada masa kita, sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.

Terdapat beberapa hadis Rasullulah SAW tentang Panji-panji Hitam Dari Timur:

1. Sabda Nabi SAW: "Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW: "Orang ramai dari Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

3. Sabda Nabi SAW: "Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis."

4. Sabda Nabi SAW: "Al-Mahdi akan dibai'at di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (Sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja." (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW: "Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi."

6. Sabda Nabi SAW: "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur."

7. Sabda Nabi SAW: "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW: "Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur." Lantas ada satu pertanyaan, "Wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya?" Nabi SAW menjawab, "Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya."

9. Sabda Nabi SAW: "Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat)."

10. Sabda Nabi SAW: Dari Ibnu Masud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah." Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW: Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW: "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW: "Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW, seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya." (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya. Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah mengutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya."

15. Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid." (Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW: "Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi." (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW: "Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya." (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW: "Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya." (At-Tarmizi)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Kabbalah: Penyembahan Yahudi Kepada Iblis Lucifer!

Kabbalah: Penyembahan Yahudi Kepada Iblis Lucifer!

Kabbalah adalah salah satu cabang ajaran ilmu sihir yang diamalkan oleh kaum Yahudi untuk memahami bagaimana alam dan kehidupan berfungsi. Penerimaan kepercayaan Kabbalah dalam kaum Yahudi adalah disebabkan oleh penindasan yang panjang selama beribu tahun oleh bangsa lain, akibat daripada kejahatan mereka sendiri.

Ilmu Kabbalah
Gambar hiasan.

Dan 'Qabala' yang sering ditulis 'Kabbalah' adalah diantara kepercayaan tertua yang paling dihormati, sebuah bentuk ilmu yang berupaya menyingkap pengertian-pengertian mistik yang terselubung dalam Tanakh (Kitab Suci Ibrani).

Kabbalah menawarkan pemahaman mistik ke dalam hakikat Tuhan, lalu membentuk asas tafsiran agama mistik.

Nama kabbalah itu sendiri diambil dari kata Ibrani 'qibil' yang bermaksud 'menerima' dan dalam pengertian ini adalah "menerima dontrin okultisme (ilmu sihir) rahsia".

Istilah "Kab" mulanya digunakan dalam teks-teks Talmud, di antara Geonim (para rabi abad pertengahan awal) dan oleh Rishonim (rabai-rabai abad pertengahan yang kebelakangan) sebagai rujukan kepada kumpulan tradisi lisan yang lengkap dari ajaran Yahudi.

Sejak masa zaman Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Sumeria (sekarang dikenali sebagai Iraq) sampailah penjajahan Rom ke atas Palestin, kabbalah tetap menjadi kepercayaan Yahudi yang sangat rahsia, ajarannya hanya diketahui oleh anggotanya.

Ia juga disampaikan hanya dari mulut ke mulut secara lisan, oleh pendeta tertinggi kepada ahli bawahannya.

Sepanjang tempoh masa ini, pendeta tertinggi itu tinggal di Sumeria, kemudian menyebarkannya ke Mesir dan Palestin kuno.

Salah seorang pendeta tertinggi kabbalah ialah Samiri, tokoh yang mengajak Bani Israel yang baru sahaja keluar dari tanah Mesir untuk menyembah sebuah patung anak sapi yang diperbuat daripada emas.

Ketika mereka ini ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s. untuk menyepikan diri atau bersendirian untuk bermunajat kepada Allah di gunung Tursina di Sinai dan menerima wahyu yang kesepuluh dari Allah.

Setelah sekian lama berakhirnya penjajahan Rom ke atas Palestin, para pendeta tinggi kabbalah memutuskan untuk meneruskan tradisi okultisme kuno itu dengan merakamnya secara bertulis di atas kertas papyrus yang berupa gulungan (scroll) sebagai satu usaha agar ia dapat diwariskan kepada generasi Yahudi berikutnya.

Ketika tempoh pendudukan Rom itu, ajaran kabbalah dihimpunkan dari pelbagai tradisi lisan ke dalam beberapa gulungan dan akhirnya dijilidkan menjadi sebuah kitab.

Tugas untuk menghimpunkan ajaran yang masih berupa lisan dipikul oleh dua orang, iaitu Rabbi Akiva ben Josef yang menjadi ketua Majlis Tinggi Pendeta Sanhedrin pada waktu itu dan turut dibantu oleh Rabbi Simon ben Joachai.

Ketika itulah ajaran kabbalah menjadi ajaran yang bersistematik dengan menjadikannya dua jilid; 'Sefer Yetzirah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Cabang Ilmu Sihir

Cabang ilmu Kabbalah boleh dibahagikan kepada tiga cabang berbeza mengikut tahap amalannya;

Yang pertama, ada ilmu teori di mana seseorang perlu sedar dan faham dimensi-dimensi alam yang berbeza.

Kedua, cabang ilmu amalan di mana seseorang perlu tahu teknik-teknik bagi membolehkan mereka mencapai tingkat ilmu pemahaman yang lebih tinggi.

Yang ketiga adalah ilmu magis, di mana seseorang mampu mengubah realiti atau situasi.

Cabang ketiga ini sangat berkait rapat dengan upacara pemujaan, tangkal, azimat dan banyak lagi amalan mistik yang diamalkan penganut agama Yahudi.

Kitab Zohar

Kitab rujukan ilmu Kabbalah yang terbesar adalah kitab Zohar, yang dianggap sebagai rujukan terbaik menggabungkan unsur mistik daripada kitab Taurat serta kepercayaan-kepercayaan alam yang ada.

Bagaimanapun, berikutan unsur-unsur mistik serta spiritual yang terlalu kuat terkandung dalam kitab tersebut, bukan semua pihak dapat menerimanya sebagai sebahagian daripada ajaran rasmi Yahudi.

Ini kerana bagi mereka, pengaruh kitab Zohar mampu menggelincirkan penganut ajaran tersebut daripada tanggungjawab sebenar mereka, hingga terlalu asyik dengan kepercayaan serta imaginasi, mengejar makhluk halus dan ghaib yang tidak diketahui baik atau buruk kesannya pada mereka yang cuba mempelajarinya.

Kitab Zohar penuh dengan ayat-ayat yang bersifat rahsia dan perumpamaan dan ayat-ayat itu hanya dapat difahami melalui Kitab Yetzirah seperti kitab terjemahan.

Beberapa abad selepas Masihi, di Eropah muncul kitab ajaran kabbalah yang baru bernama 'Sefer Bahir' (Kitab Cahaya).

Ajaran baharu ini mengandungi tiga kitab, ditulis dalam bahasa Ibrani yang kemudian diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah.

Ketiga-tiga kitab kabbalah itu memuatkan ajaran sangat suci bagi kultus ajaran sesat, penyembahan kepada Iblis dan menjadi buku pegangan Gereja-gereja Iblis di seluruh dunia.

Menyembah Iblis, Lucifer

Kaum Yahudi Qabalis, sebagaimana ajaran Samiri, secara terang-terangan menyatakan permusuhan mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Pencipta Alam Semesta.

Menurut iman mereka, Iblis atau Lucifer, sebagaimana mereka menyebutnya dengan penuh hormat, telah "diperlakukan dengan tidak adil" dan ia adalah satu-satunya tuhan yang patut disembah. Iblis adalah tuhan mereka.

Iblis, dalam bahasa-bahasa Semit (termasuk bahasa Arab) bererti "pemberontak" iaitu "memberontak kepada Allah", kerana itu kaum Qabalis tidak menyebutnya dengan nama Iblis. Mereka menyebutnya dengan nama Lucifer, yang bererti "pembawa sinar cahaya", juga bererti cahaya, terang, pencerahan dan sebagainya.

Penggunaan kata Iblis dianggap sebagai penghinaan kepada tuhan mereka.

Salah satu tema penting yang berkaitan dengan kepercayaan Kabbalah ialah kekuasaan yang datang dari cahaya, api dan matahari.

Ketiga perkara ini menjadi lambang ajaran penyembahan kepada Iblis, yang dipercayai diciptakan dari api. Segala sesuatu yang berkaitan dengan cahaya, api atau matahari, merupakan lambang Iblis.

Menurut ajaran Kabbalah, manusia tidak memerlukan Allah, bahkan menurut mereka manusia boleh menjadi manusia suci yang setara dengan tuhan.

Mereka menyebut fahaman ini dengan istilah humanisme, bahawa manusia berdaulat untuk mengatur hidupnya sendiri di dunia.

Kaum Qabalis menyebarkan fahaman ini kepada kaum bukan-Qabalis untuk menghancurkan keimanan manusia kepada Allah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1) (2)

Friday, April 22, 2022

Ganjaran Pahala Berpuasa Pada 10 Muharram Dan Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Tersebut

Ganjaran Pahala Berpuasa Pada 10 Muharram Dan Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Tersebut

Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram?

Puasa 10 Muharram

Di Malaysia, apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.

Itulah antara adat atau tradisi yang baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia bahkan masih wujud sehingga ke hari ini disamping melakukan amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa.

Adakah puasa yang dilakukan oleh umat Islam pada 10 Muharram merupakan adat tradisi atau sebaliknya?

Ada di antara umat Islam di Malaysia yang menganggap ibadah puasa sunat pada hari tersebut sengaja diada-adakan dan tidak ada dalam Islam.

Malang sekali, kerana ada segelintir dalam kalangan umat Islam di Malaysia telah membawa masuk ajaran menyeleweng syiah ketika sambutan 10 Muharram dengan memukul-mukul dada sambil mengalunkan lagu-lagu dengan senikata untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia, kononnya untuk mengenang kembali peristiwa Karbala.

Malah, ada umat Islam di beberapa negara Asia Barat yang menyambut hari 'Asyura' (10 Muharram) dengan memukul-mukul badan mereka menggunakan senjata tajam seperti pedang, pisau dan alatan lain sehingga luka dan mendatangkan kecederaan yang parah.

Kanak-kanak dan bayi kecil yang tidak tahu apa-apa turut menjadi mangsa kerakusan ajaran yang jauh tersimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Adakah amal perbuatan sebegini dianjurkan oleh Islam?

Islam adalah agama Rahmatan Lil A'lamin (rahmat bagi sekelian alam) yang melarang umatnya daripada membinasakan dan mencederakan diri sendiri demi mendapatkan ganjaran dan keredhaan serta rahmat dari Allah SWT.

Mengimbau semula sejarah 10 Muharram yang dirujuk kepada hadis-hadis Rasulullah SAW adalah penting bagi mencari kebenaran dan merungkai keraguan ummah seterusnya memastikan amalan yang dilakukan oleh umat Islam hari ini bertepatan dengan kehendak syariat Islam dan menjauhi perkara atau amalan yang sengaja diada-adakan.

Salah satu daripadanya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas RA yang bermaksud: "Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda SAW melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura', lalu Baginda bertanya: Apakah ini? Mereka menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Maka Rasulullah SAW pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa. (Riwayat al-Bukhari)

Selain itu terdapat sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada oleh Syaidatina Aisyah r.a. bermaksud; "Hari Asyura adalah suatu hari yang mana orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada hari Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya: "Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa Asyura)." (Riwayat: al-Bukhari dan Muslim)

MENGHAPUSKAN DOSA SETAHUN

Dapat difahami bahawa puasa pada hari Asyura adalah suatu perkara yang wajib sebelum difardhukan puasa Ramadhan.

Apabila puasa Ramadhan difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur, namun ia tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut.

Malah, berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa hari Asyura itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (Riwayat: al-Tirmizi).

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari Asyura atau 10 Muharram ADALAH sunnah Nabi SAW.

Rasulullah SAW tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh merosak dan membinasakan diri, apatah lagi menganjurkan kepada umatnya untuk melakukan sedemikian.

Ternyata amalan atau perbuatan melukai diri dan memukul dada serta perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain, bukanlah datangnya daripada sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya, ia adalah amalan yang menyesatkan.

Sekiranya ada amalan sebegini daripada Rasulullah SAW, maka adalah lebih afdal Rasulullah SAW meminta para sahabatnya untuk mengingati para syuhada yang mati syahid dalam peperangan Badar, Uhud dan peperangan lain. Contohnya, Saidina Hamzah RA yang digelarAsadullah (Singa Allah), yang syahid dalam peperangan Uhud. Mengapa tidak ditemui hadis-hadis yang menganjurkan amalan sedemikian jika itulah kebenarannya seperti yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini ketika tibanya hari ke sepuluh dalam bulan Muharram?

Malangnya, ada di antara umat Islam yang menolak hadis, sekaligus menolak amalan berpuasa dan kelebihan yang ada pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram konon kerana ia tidak terdapat dalam al-Quran.

Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharram tetapi juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis Nabi SAW yang maksudnya:

"Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani." Maka baginda bersabda: "Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu'a (hari ke-9 di bulan Muharam)." (Berkata Ibn Abbas, "Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati umat Islam dengan amalan-amalan yang diredhai-Nya dan menjauhkan dari perkara-perkara yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Israiliyyat: Tidak Benar Tetapi Tidak Didustakan

Israiliyyat: Tidak Benar Tetapi Tidak Didustakan

Selalunya, hadis palsu sangat terkenal dalam kalangan kita bahkan kadang-kadang ia merupakan hadis yang sering kita dengar sedari kecil lagi, menyebabkan timbulnya tanda tanya dan kekeliruan dalam menerima sesebuah cerita berkenaan agama.

Kisah Israiliyyat

Kisah Israiliyyat, apabila mendengarnya, kita akan cenderung untuk menerimanya tanpa sebarang kemusykilan kerana ia juga menggunakan ungkapan seperti hadis daripada Baginda SAW dan sebagainya, membuatkan kita keliru dan jika tidak diteliti kesahihannya, kita akan lebih mudah mempercayainya secara bulat-bulat.

Untuk melihat adakah kisah-kisah Israiliyyat itu benar mahupun tidak, terdapat tiga jenis periwayatan sama ada benar dan diterima ataupun tidak, iaitu:

1. Diakui Kebenarannya Dalam Islam

Kisah Israiliyyat yang boleh dipercayai dan diakui kebenarannya kerana ia bersandarkan kepada dalil Al-Quran atau hadis Rasulullah SAW.

Sebagai contoh, sebuah hadis dari Ibn Mas'ud berkenaan seorang pendeta Yahudi yang mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya yang maksud: "Wahai Muhammad, kami mendengar bahawa Allah SWT menjadikan langit dengan satu jari dan semua makhluk juga dengan salah satu jari. Lalu Allah berfirman: "Akulah Raja."

Apabila mendengarkan perihal ini, Baginda SAW tertawa sehingga memperlihatkan gigi gerahamnya sekali gus membenarkan ungkapan pendeta Yahudi tersebut.

Lalu Baginda membacakan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya sedang bumi seluruhnya – pada hari kiamat – dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan." (Surah Az-Zumar, 39:67) -(Hadis Riwayat Bukhari no. 4811)

2. Didustakan Dan Tidak Diterima

Kisah-kisah ini adalah yang tidak sahih dan sengaja ditokok tambah. Statusnya batil dan tidak boleh diterima sama ada untuk disandarkan kepada mana-mana amalan atau dijadikan hujah.

Banyak yang sering kita dengar seperti saat kematian Baginda yang menyebut 'ummatku' sebanyak tiga kali, Nabi Isa merupakan anak lelaki Allah dan kisah Harut dan Marut yang merupakan dua orang malaikat yang dihumban ke bumi sebagai hukuman oleh Allah terhadap kesalahan-kesalahan mereka.

Seperti yang disebut di dalam hadis sahih Bukhari yang menceritakan mengenai anggapan orang Yahudi berkenaan isteri-isteri mereka, iaitu:

"Orang Yahudi mengatakan bahawa, jika seorang suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka anaknya nanti akan menjadi juling."

Allah telah memperbetulkan anggapan ini dengan menurunkan firmanNya yang maksudnya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu." (Surah Al-Baqarah, 2:223)

Kisah ini untuk membetulkan anggapan serong orang Yahudi sekali gus menganjurkan untuk menggauli isteri dengan cara yang terbaik dan bukan yang boleh menyakitinya.

3. Tidak Benar Tetapi Tidak Didustakan Dalam Islam

Ia juga disebut sebagai Maskut 'Anhu, iaitu tidak disokong oleh nas Al-Quran dan juga As-Sunnah. Dalam erti kata lain, ia tidak dibenarkan dan juga tidak didustakan kerana boleh jadi kisahnya benar dan boleh jadi juga tidak benar.

Statusnya bersifat pertengahan (tawaquf). Oleh itu, kisah-kisah seperti ini perlu dielakkan daripada digunakan atau disandarkan sebagai hujah.

"Janganlah kalian membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakannya. Sebaliknya ucapkanlah: "Kami beriman dengan kitab yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kitab yang diturunkan kepada kalian." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 7362)

Kesimpulan

Sebahagian ulama berpendapat bahawa kisah-kisah Israiliiyat boleh disampaikan hanya apabila diyakini kesahihannya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa kisah-kisah mereka tidak mempunyai manfaat yang penting apabila disampaikan kerana sifatnya yang bersifat dongeng dan sekadar penceritaan yang umum.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: tzkrh

Majikan Diskriminasi Gaji, Gadis Berjaya Tuntut RM5k Selepas Lapor Ke Jabatan Buruh!

Majikan Diskriminasi Gaji, Gadis Berjaya Tuntut RM5k Selepas Lapor Ke Jabatan Buruh!

Isu perbezaan bayaran jumlah gaji antara pekerja bagi skop pekerjaan yang sama bukanlah satu masalah baharu disuarakan orang ramai, malah bagaikan tidak berkesudahan hingga menyebabkan ramai pekerja ditindas oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

Fatin Nur Hidayah

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya yang berjaya menuntut haknya sebagai pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) setelah mendakwa menjadi mangsa penindasan majikan.

Menurut Fatin Nur Hidayah Ramli, 22, tujuannya mengambil tindakan sedemikian kerana berasa tidak puas hati dengan jumlah gaji pokok yang diterima.

Ujar Fatin bayaran RM1,000 yang diberikan tidak setimpal dengan tempoh bekerja selama 12 jam sehari sepanjang lima bulan dia bekerja di salah satu cawangan kedai menjual gajet dan alatan di Perak.

"Syarikat tu ada banyak cawangan. Kedai dekat Perak dan Johor ni dijaga oleh seorang majikan saja. Saya kerja di cawangan Perak. Kami ada group WhatsApp yang campur semua pekerja dari Johor dan Perak.

"Isu ni bermula apabila ada seorang pekerja cawangan Johor mesej tanya gaji pokok saya, jadi saya jujur saja beritahu RM1,000. Lepas tu dia cakap gaji pokok dia RM1,100. Ketika itu saya dah mula rasa pelik sebab bos kami adalah orang yang sama.

"Saya jumpa pengurus untuk tanya kenapa basic gaji lain. Manager beri alasan dia ikut arahan majikan saja. Dia juga ada cakap yang Johor ni lebih bandar berbanding Perak. Tapi hakikatnya cawangan ni dekat Ipoh, jadi tak boleh pakai alasan tu," jelas Fatin ketika dihubungi.

Demi mendapatkan jawapan setelah tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, gadis ini mengambil inisiatif untuk menyelidik hal sebenar.

Jelas Fatin yang menetap di Klebang, Ipoh, dia cuba mencari iklan yang disebarkan oleh pengurusnya di laman sosial bagi mencari pekerja baharu.

Akhirnya, Fatin telah menjumpai jawapan kepada persoalannya setelah melihat posting jawatan kosong di Facebook.

"Saya jumpa manager buat posting untuk mencari pekerja sebab mereka memang selalu cari staff baharu. Memang dah ramai berhenti kerja pun sebelum ni. Yelah, siapa je tahan dengan gaji macam tu.

"Daripada situ kantoi apabila posting dekat group Facebook kerja kosong Perak tawarkan gaji RM1,000 tapi dekat Johor RM1,100," katanya.

Tambah Fatin, lebih membangkitkan rasa tidak puas hati apabila dia terjumpa satu lagi iklan lain di Facebook dengan tulisan bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.

"Tulisan posting tu dalam bahasa Cina jadi saya tekanlah translation. Saya kumpulkan semua bukti sebelum buat aduan dekat jabatan buruh (JTKSM).

"Masa hari gaji, saya tanya semua pekerja yang sama tempat dengan saya berapa mereka dibayar.

"Rupa-rupanya memang jumlah gaji kami berbeza-beza padahal yang dapat RM1,400 tu baru kerja tiga minggu," jelas Fatin dengan rasa tidak puas hati.

Lapor JTK

Bercerita lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik ini turut berkongsi pengalamannya membuat aduan tersebut di jabatan buruh.

Malah, Fatin berjaya menerima pampasan lebih RM5,000 daripada syarikat tempat dia bekerja itu selepas JTKSM menjalankan siasatan berhubung aduannya.

Bagaimanapun Fatin menjelaskan bahawa dia dibuang kerja serta merta oleh pengurus atas arahan majikan setelah syarikat menerima surat daripada jabatan buruh.

"Dulu masa minta kerja dekat situ saya masih naif. Saya letak expected salary RM1,200 tapi pengurus cakap gaji pokok di situ RM1,000 saja.

"Saya pun tak ada tandatangan apa-apa persetujuan kerja atau offer letter masa kerja lima bulan tu. Tapi saya kemukakan slip gaji kepada jabatan buruh sebagai bukti bahawa saya adalah pekerja di sana.

"Lepas surat jabatan buruh sampai kepada syarikat, majikan arahkan manager untuk berhentikan saya. Tapi saya gelakkan manager tu dan ucap terima kasih sebab buang saya tanpa notis, jadi bolehlah tambah aduan kedua kerana dibuang kerja tanpa notis," ujarnya.

Berkenaan video yang tular di TikTok, gadis ini tidak menyangka bahawa ramai warga maya turut mengalami masalah sama.

Ujar Fatin lagi, dia dan bekas majikannya menyelesaikan isu berkenaan di mahkamah.

Fatin akhirnya menarik nafas lega apabila dia menerima pampasan sebanyak RM4364.04 bagi isu tuntutan gaji dan RM1,120 atas kesalahan dibuang kerja tanpa notis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, April 21, 2022

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Kita sering melihat kucing kerap menghidu dan mengunyah rumput dan walaupun nampak aneh, memakan rumput sebenarnya sesuatu yang baik untuk kucing, walau nampak janggal terutama apabila mengetahui kucing adalah haiwan karnivor.

Kucing makan rumput

Jadi, kenapa sebenarnya kucing mengunyah rumput dihalaman rumah kita?

1. Sebagai 'julap' semula jadi

Rumput mempunyai serat yang bermanfaat sebagai 'julap' semula jadi kepada kucing.

Pakar haiwan di Akademi Perubatan Haiwan, Anna Crooks berkata, memakan rumput dapat membantu kucing melancarkan fungsi saluran pencernaan.

Ia termasuk gumpalan bulu, cacing atau tulang yang dimakan kucing.

Berdasarkan kajian pada tahun 2019, rumput juga berkemampuan mengeluarkan parasit dari usus kucing.

2. Memudahkan proses muntah

Apabila memakan rumput, seringkali kucing dilihat akan memuntahkannya.

Wujud teori yang menyatakan rumput akan membantu kucing memuntahkan gumpalan bulu, tulang serta makanan yang tidak dapat dicerna.

3. Kekurangan asid folik

Buah pinggang dan hati mengandungi asid folik, termasuk rumput sebagai sumber.

Asid folik mampu membantu pertumbuhan, percenaan, sintesis DNA selain membantu menambah sel darah merah kucing.

Anak kucing yang kekurangan asid folik, wujud kemungkinan proses perkembangannya terbantut.

Kebanyakan kucing mendapatkan asid folik melalui makanan, tetapi ada yang tidak sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami anemia.

4. Menikmati tekstur rumput

Antara sebab kucing memakan rumput kerana tekstur rumput itu sendiri.

Menurut Anna Crooks, tekstur rumput adalah sesuatu yang disukai kucing untuk dikunyah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Mengenali Orang Bijak

Mengenali Orang Bijak

Hanya orang bijak dapat mengenali mereka yang mempunyai kepandaian serupa, seperti pemuzik terkenal dapat mengenali antara satu sama lain apabila mendengar nada atau rentak yang dimainkan oleh pemuzik lain.

Kenali Orang bijak

Orang kurang bijak pula biasanya tidak mempunyai keupayaan untuk mengenali orang pintar melainkan diberitahu.

Berikut antara cara-cara mengenali orang pintar dan mereka yang kurang bijak:

Kebiasaannya orang bijak dapat menjelaskan sesuatu idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa dan istilah mudah serta ringkas. Kadangkala idea yang disampaikan itu terasa cukup indah dan anggun.

Antara tokoh yang mempunyai keupayaan sedemikian ialah ahli fizik, Albert Einstein yang dikenali menerusi teori relativiti.

Sementara itu, orang yang kurang bijak sering menggunakan ungkapan berbunyi hebat dan besar serta cuba menunjuk-nunjuk apa yang dicakapnya sebagai sesuatu yang rumit bagi menerangkan idea yang sebenarnya mudah.

Jika anda sehingga kini masih keliru dan tidak faham apa yang mahu disampaikan walaupun ucapan terbabit berbunyi hebat, maka individu yang berucap itu bukanlah seorang yang bijak.

Orang bijak juga boleh meluahkan idea sangat bernas, asli dan unik berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya manakala orang kurang bijak hanya mengulangi apa yang mereka dengar daripada orang lain sehingga terdetik dalam hati kita, ungkapan itu seolah-olah pernah didengar sebelum ini.

Orang kurang bijak juga biasanya tidak menerima idea-idea orang lain yang bertentangan dengan mereka.

Orang pintar pula cenderung mencari persamaan yang wujud daripada idea-idea baharu dikemukakan oleh orang lain.

Seseorang yang tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada anda betapa pintarnya mereka sudah tentu bukan seorang yang bijak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, April 20, 2022

Aliff Syukri Nafi Lagu 'Kelepok Raya' Promosi LGBT

Aliff Syukri Nafi Lagu 'Kelepok Raya' Promosi LGBT

Aliff Syukri menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia adalah 'ejen' mempromosi dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi peluncuran single raya terbaharunya, Kelepok Raya.

Lagu Kelepok Raya

Aliff berkata, tidak wajar sekiranya orang ramai sewenang-wenangnya menghakimi seseorang hanya berdasarkan luaran sedangkan apa yang penting adalah mesej ingin menerusi karya tersebut.

"Mereka yang terlibat (menari) dalam klip video merupakan penari profesional. Mereka ada kerjaya tetap. Seorang itu merupakan pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.

"Dalam profesion askar pun ada biro atau exco kebudayaan tahu? Bila kalian menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah," katanya lagi.

Isteri Aliff, Datin Nur Shahida Mohd. Rashid, turut melantunkan vokalnya dalam lagu terbabit juga mempertahankan para penari dalam klip video yang dilancarkan dalam YouTube.

"Ada antara mereka yang dah kahwin dan punya isteri. Jadi, kita tak boleh nak hakimi orang daripada apa yang kita nampak sahaja sebenarnya.

"Netizen nampak lembut saja, terus cop golongan LGBT," ujar Shahida.

Aliff bagaimanapun akur dengan realiti bahawa netizen mempunyai hak untuk memberi komen apa sahaja, termasuk tentang dirinya yang masih tidak serik dan sengaja mengada-adakan gimik untuk meraih publisiti murahan.

"Beginilah, saya tak menafikan atau mengiyakan (tentang promosi dakyah LGBT). Netizen boleh komen apa sahaja. Orang kata saya buat gimiklah. Saya terbuka dan kalau orang nak maki hamun peminat-peminat, bagi saya mudah, yang buruk saya terima serta yang baik pun saya sedia terima.

"Sebab bagi saya, tanpa gimik lagu ini tak akan meletup. Saya bukan Siti Nurhaliza. Kalau kalian tak berfikiran moden (terbuka), maka fikiran akan duduk dalam kepompong yang sama. Bila industri muzik Malaysia nak naik kalau kalian semua tak nak menyokong?" getus bapa kepada enam orang cahaya mata itu.

Gara-gara klip video muzik tersebut juga, Aliff terdahulu dikecam hebat, bukan sekadar oleh netizen bahkan ibunya sendiri turut menyelar penghasilan yang didakwa kerja seni itu sebagai 'art tahi anjing'.

Kelepok Raya edaran Rusa Music merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Azmi Hassan atau nama sebenarnya Amy Ukays dan muzik video diarahkan Nazril Azri.




Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: kosmo

Lelaki Pun 'Datang bulan' Juga!

Lelaki Pun 'Datang bulan' Juga!

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa kaum lelaki juga sebenarnya mempunyai kitaran hormon bulanan seperti wanita dan menurut kajian saintis, mereka mengalami tidur yang terganggu dan tekanan yang lebih besar setiap kali fenomena bulan purnama berlaku.

Lelaki Bad mood

Walaupun perubahannya tidak begitu ketara, saintis mendapati bahawa kitaran bulan mempengaruhi tahap testosteron hormon seks dan hormon stres kortisol dalam darah lelaki.

Penyelidik mencadangkan kajian lebih lanjut dijalankan untuk menentukan apakah tarikan gravitasi bulan menciptakan perubahan 'pasang surut' dalam tubuh dan otak golongan lelaki.

Pakar dari pusat-pusat penyelidikan di Tunisia dan Qatar berpendapat radiasi matahari yang dipantulkan oleh bulan purnama dapat menyebabkan perubahan dalam aktiviti otak dan kimia darah.

"Kajian kami mengesahkan untuk pertama kalinya bahawa kitaran bulan mempengaruhi profil hormon dan hematologi manusia terutamanya kaum lelaki," kata pengarang bersama kajian, Ismail Dergaa.

Beliau menggunakan sampel darah yang diambil dari lelaki pada bulan penuh dan mendapati bahawa tahap hormon tidur melatonin dan testosteron lebih rendah ketika bulan purnama.

Namun begitu tahap kortisol, yang dianggap sebagai sistem penggera semula jadi badan menjadi lebih tinggi pada masa itu menjadikan kaum lelaki lebih mudah tertekan atau emosional ketika kejadian bulan purnama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: kosmo