Monday, April 25, 2022

Lelaki Berjaya Rakam Pesawat UFO Di Lincolnshire!


Seorang lelaki di Lincolnshire, England, merakam imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di langit dan menyifatkan rakaman tersebut sebagai antara perkara paling aneh yang pernah dilihatnya, lapor akhbar Daily Star.

UFO Di Lincolnshire

Anthony Hockey, 31, merakam imej UFO tersebut dekat rumahnya sekitar pukul 8.45 malam (waktu tempatan) (24/4/2022).

Menurutnya, UFO tersebut mempunyai cahaya putih dan terdapat sesuatu seperti awan atau asap pada bahagian hadapannya.

"Ia bukan awan di langit, namun cahaya aneh berwarna putih yang bergerak bersama apa yang kelihatan seperti awan atau sejenis asap pada bahagian hadapan.

"UFO itu bergerak dengan amat pantas, mungkin terlalu pantas untuk sebuah pesawat. Ia dilihat selama tiga ke empat minit," kata Anthony.

Tambah Anthony lagi, disebabkan kawasan tempat tinggalnya tidak mempunyai banyak pencemaran cahaya, kejadian kosmik seperti tahi bintang dan serpihan angkasa lepas adalah perkara biasa yang dilihat di langit.

"Terdapat banyak pesawat Tentera Udara Diraja Britain yang melalui kawasan ini menuju ke lokasi latihan, namun UFO itu tidak mengeluarkan sebarang bunyi," ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon