Saturday, April 04, 2020

Saintis Temui Mutasi Baharu Virus Covid-19 Yang Mampu Bertahan 49 Hari!

Saintis Temui Mutasi Baharu Virus Covid-19 Yang Mampu Bertahan 49 Hari!

Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa telah menemui sejenis mutasi baharu Covid-19 selepas seorang pesakit mengalami jangkitan selama 49 hari. Lelaki berusia pertengahan tahun itu yang perlu disuntik dengan darah mangsa koronavirus yang terselamat untuk sembuh, sambil mencadangkan ia mungkin menjadikan tubuhnya lebih sukar untuk melawan virus.

Covid-19 49 days

Gejala yang dialaminya adalah ringan dan menurut saintis, tubuhnya diserang 'keseimbangan dinamik' dengan virus tersebut.

Satu kajian mengenai kes itu diterbitkan pada 27 Mac di laman medRxiv untuk kertas perubatan dan belum diteliti atau diperiksa oleh rakan saintis lain.

Ujian swab Covid-19 menunjukkan bahawa selama 49 hari, pesakit dari China yang tidak dinamakan itu 'menyimpan' virus dalam pernafasannya melalui titisan (droplet).

Pada kebiasaannya mengikut purata, virus itu kekal selama 20 hari dan paling lama direkodkan selama 37 hari.

Pesakit itu pergi ke hospital di Wuhan untuk ujian pada 8 Februari 2020 selepas mengalami demam ringan selama seminggu tetapi tidak mempunyai gejala lain berkaitan dengan Covid-19, seperti batuk.

Dia juga mempunyai luka jangkitan pada paru-parunya tetapi pulih tidak lama selepas diberikan rawatan.

Pesakit didapati mempunyai jangkitan Covid-19 yang tinggi tetapi indikator sel imunnya kekal stabil.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Angkatan Darat di Chongqing berkata, virus dan pesakit malah boleh membentuk 'hubungan simbiosis'.

Menggunakan terapi berasaskan darah yang digunakan di China dan di UK serta AS, doktor mengepam pesakit dengan plasma dari seseorang yang telah pulih dari Covid-19 dan telah membangunkan antibodi untuk penyakit yang ada padanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Siapa 'Imam of Peace' Penganut Syiah Yang Menghina Permaisuri Agong?

Siapa 'Imam of Peace' Penganut Syiah Yang Menghina Permaisuri Agong?

Beberapa hari yang lalu, tular di laman Twitter apabila seorang individu dengan nama Imam Of Peace telah menghina Raja Permaisuri Agong dengan kata-kata yang kurang baik, menerusi ciapan yang pada mulanya memuji usaha Raja Permaisuri Agong memasak untuk barisan hadapan Covid-19.

Tawhidi Syiah

Namun, dia kemudiannya mempersoalkan sikap berdiam diri Raja Permaisuri Agong apabila terdapat wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah.

Tulisan itu mendapat kritikan dari rakyat Malaysia, menafikan dakwaan Imam Of Peace yang menyatakan bahawa wanita dan gay telah dipenjarakan di Malaysia sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

Manakala gambar yang disertakan di dalam ciapan tersebut sebenarnya berlaku di Indonesia bukan Malaysia, jelas telah mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia.

Kemudian, seorang pengguna Facebook, MyZaidy Yusoff telah mendedahkan identiti sebenar Imam of Peace.

Menurut perkongsian tersebut, nama sebenar Imam of Peace adalah Muhammad Tawhidi, merupakan individu yang berasal daripada Iran namun menetap di Australia.

Bukan itu sahaja, untuk makluman, Tawhidi juga merupakan seorang Syiah dan di barat beliau terkenal dengan gelaran #FakeSheikh.

Beliau amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dianggap hero oleh AS kerana Tawhidi ini anti perjuangan pembebasan Palestin yang dibawa oleh Hamas.

Malah, Senator Republikan dan Datuk Bandar AS adalah pembiaya kewangan Tawhidi.

Dan jangan merasa pelik, di India Tawhidi mempunyai pengikut yang ramai dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi anti Zakir Naik dan Muslim Pakistan.

Pada Tawhidi, Muslim Pakistan adalah sekelompok Muslim tidak berotak dan Tawhidi juga mengiktiraf bahawa wilayah Kashmir adalah hak India.

Tahwidi juga mempunyai peminat dari kalangan individu-individu penting seperti artis Bollywood dan beberapa orang kenamaan dan pernah dituduh menjalinkan hubungan 'rahsia' dengan seorang artis di India.

Tawhidi syiah sesat

Priyanka Chopra dan Raveena Tandon adalah antara peminat fantik dan tegar kepada Tawhidi.

Jangan sebut Imam, tetapi cukup sekadar menyebut Tawhidi. Apabila sebut Imam, seperti mengiktiraf beliau seperti ketua dan...

MyZaidy Yusoff turut memberitahu orang ramai bahawa jika seseorang itu mencari 'pasal' dengan Tahwidi, mereka perlu bersiap sedia untuk dikecam oleh penyokong beliau.

Pelakon cantik dan terkenal Pakistan, Armeena Khan antara individu yang pernah menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi sehingga terpaksa menutup akaun Twiter dan Instagram peribadinya.

Armeena Khan dalam satu kenyataan mengkritik Tawhidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.

Tahwidi juga mempunyai kebencian yang luar biasa terhadap wanita bertudung dan sering mengkritik cara pemaikaian Rashaida Thlaib dan Ilhan Omar, pemimpin muslim dari parti demokrat US.

Di akhir kenyataan tersebut, MyZaidy Yusoff menjelaskan kritikan terbaharu Tahwidi ke atas Raja Permaisuri Agong adalah tidak lain hanya mahu menanam tanggapan dan naratif jahat terhadap imej beragama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Adakah Benar Minum Air Suam Boleh Membunuh Virus Covid-19?

Adakah Benar Minum Air Suam Boleh Membunuh Virus Covid-19?

Selepas wabak Covid-19 mula merebak, telah timbul banyak cakap-cakap mengenai pengambilan air suam dikatakan sangat penting untuk membunuh virus korona baharu, Covid-19, ini di dalam tubuh badan kita.

Air Suam bunuh Covid-19
Minum Air Suam Untuk Bunuh COVID-19 Adalah Mitos Semata - Dr Amalina.

Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang tular di Twitter, yang dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat.

Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, anda mungkin tidak dijangkiti wabak ini. Selain itu, pesanan tersebut juga mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk kita minum air suam sekali setiap 15 minit.

Alasannya, dikatakan virus ini dapat 'dicuci' dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus ini dipercayai boleh 'dibunuh' dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Malangnya, ini adalah salah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita iaitu Dr Amalina Bakri kerana keprihatinannya dalam merungkai setiap mitos perubatan yang timbul.

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini.

Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

"Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter," jelas beliau lagi.

Selepas Dr Amalina, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar sakit puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam untuk membunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya.

Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki diri telah terjangkiti virus COVID-19 agar mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelak daripada menjangkiti individu lain pula!

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19

Selain minum air suam, kita juga telah dihebahkan dengan mitos lain berkenaan air iaitu alkohol yang dikhabarkan juga boleh membunuh virus korona baharu ini seperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah, kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Covid-19: Agama Mengajar Untuk Jujur

Covid-19: Agama Mengajar Untuk Jujur

Suasana Wabak Korona yang melanda dunia sungguh menakutkan sehingga jiwa yang terasa bebas selama ini kesemuanya merasa gelisah. Malaysia tidak terkecuali daripada pandemik Covid-19 ini ditambah pula dengan peningkatan kes yang begitu membimbangkan sehingga tempok PKP terpaksa dilanjutkan.

Bahaya Covid-19

Dalam menghadapi wabak yang menggila ini, kerajaan tidak akan mampu memenangi peperangan ini meskipun melepaskan satu demi satu tembakan ke arah musuh tanpa bantuan serta kerjasama rakyat.

Perkara yang paling membimbangkan ialah isu kejujuran pesakit-pesakit yang tidak jujur sehingga boleh menyebabkan kemusnahan yang besar.

Kejujuran dalam menghadapi wabak ini adalah suatu perkara yang sangat penting agar tidak menimbulkan risiko kepada nyawa barisan hadapan negara yang telah berjuang bermati-matian sejak wabak ini menular di tanah air.

Malangnya,segelintir masih lagi menyembunyikan maklumat peribadi atau mendiamkan diri sehingga merisikokan kakitangan hospital.

Bahkan sehingga kejujuran pesakit dalam mendepani wabak ini dirayu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebook beliau.

Sebenarnya Islam telah menekankan sikap jujur ini sehingga menjadi salah satu elemen penting dalam menjaga lisan daripada perkara yang dusta.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili bahawa, "berkata dengan perkara yang dilarang seperti berdusta yang menyakiti orang lain, maka berdosa."

Benarlah kiranya kerana perbuatan ini sesungguhnya telah menyebabkan beberapa insiden yang membahayakan nyawa kerana wabak korona ini sifatnya boleh membawa maut. Dalam suasana seperti ini, berdusta boleh membawa padah bukan hanya pada diri tetapi manusia di sekitar.

Ingatlah bahawa tanda-tanda munafik itu ada tiga dan salah satu daripadanya ialah apabila dia bercakap maka dia berdusta. Maka jujur adalah tanda orang yang kuat dan teguh imannya.

Ahli Sufi bernama Ibrahim Adham pernah menjaga sebuah kebun buah-buahan dan mengambil upah daripadanya selama beberapa tahun.

Datang suatu hari, pemiliknya meminta untuk membawa beberapa buah delima untuknya yang manis dan ranum.

Ibrahim memberi beberapa buah hasil daripada kebun jagaannya malangnya masam yang dirasa pemiliknya. Lantas pemilik kebun berkata, 'bawakan kepadaku buah yang manis'.

Lalu dia membawa sepinggan buah delima dan ternyata kesemua buah tersebut masam yang menjadi rasa di lidah pemilik kebun tersebut kemudian berkata, 'begitu lama engkau bekerja di kebun ini namun engkau tidak mengenali mana yang manis dan mana yang masam?'

Ibrahim menjawab, 'Aku menjaga kebunmu tetapi tidak pula aku tahu bagaimana rasanya buah delima yang manis dan masam kerana tidak pernah merasainya'.

Begitulah kejujuran yang wajar dicontohi yang bernama manusia. Jujur bukan hanya dalam perkataan malahan di dalam perbuatan.

Sesungguhnya kejujuran adalah suatu warisan para Nabi terdahulu kerana dinyatankan Allah di dalam Al-Quran seperti Nabi Ibrahim yang disebut sebagai Siddiq (yang jujur) dalam surah Maryam ayat 41 yang bermaksud:

"Ceritakanlah (Wahai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat jujur dan seorang Nabi."

Bukan berakhir begitu sahaja sebagai suatu akhlak Para Nabi dan Rasul bahkan mampu menyelamatkan diri manusia. Sabda baginda saw yang bermaksud:

Dari Abdullah bin Mas'ud RA, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, 'Hendaklah kamu berlaku jujur, kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantar seseorang ke dalam syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kamu berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan menghantar seseorang ke dalam neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong)." (HR Bukhari)

Maka selayaknya sebagai umat Islam untuk memakai pakaian jujur ini dalam kehidupan seharian tambahan pula di tengah-tengah keadaan yang begitu menekan ini. Bukan wang yang dipinta tapi kejujuran untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Kalau masih berdusta kerana bimbang dikuarantin atau terluka, ketahuilah bahawa kejujuran di saat ini mampu menyelamatkan diri bahkan lebih ramai daripada terluka.

Jadilah orang yang bijak, bertanggungjawab dan amanah di tengah wabak yang bermaharajalela demi kesejahteraan bersama.

Jika mampu jujur dalam perasaan kepada kekasih hati, mengapa tidak untuk keselamatan tanah air tercinta?

Sumber:
  • Facebook :Noor Hisham Abdullah. https://www.facebook.com/DGHisham/
  • Farid al-Din Attar, Tadzkirat al-Auliya.
  • Qudamah al-Maqdisi, Kitab At-Tawabbin.
  • Abdul Qadir al-Mandili, Penawar Bagi Hati. Penth. Abdul Basit Abdul Rahman.

Biodata Penulis:
A.R. KASA
Facebook: Melankolia Philosophia
Instagram: arkasa_philosophia
Mahasiswa Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam,
Universiti Malaya.
4 April 2020.

-Sentiasapanas.com

3 Rahsia Bagaimana Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid-19

3 Rahsia Bagaimana Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid-19

Korea Selatan merupakan salah satu negara yang sangat terkesan dengan wabak virus korona baharu (COVID-19), yang mana pada penghujung bulan Februari sehingga awal bulan Mac 2020, jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut mencecah ribuan individu.

Booth Mini Korea Selatan Covid-19

Namun begitu, negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 50 juta orang itu berjaya mengurangkan jumlah kes positif dengan berkesan.

Wabak COVID di Korea Selatan sememangnya teruk, namun dalam masa kurang daripada sebulan, mereka berjaya mengawal jumlah kes baharu.

Terdahulu, mereka pernah mendiagnosis kira-kira 900 kes sehari, namun pada 22 Mac 2020, jumlah kes baharu hanyalah 64 individu.

Dan sehingga hari ini, Korea Selatan merekodkan kes positif COVID-19 melebihi 10,000 kes dengan hanya 174 kes kematian.

Apakah rahsia di sebaliknya? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Strategi Mengatasi Wabak COVID-19 Di Korea Selatan

Di saat jumlah kes positif virus korona sudah melebihi 500,000, Korea Selatan telah diangkat sebagai negara yang berjaya membuat kawalan wabak walaupun dianggap sukar.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, Korea Selatan telah membuktikan bahawa pengawalan wabak adalah tidak mustahil.

Negara tersebut seharusnya dijadikan contoh dan strategi yang digunakan oleh mereka harus difahami bagi memastikan setiap negara mempunyai potensi kesembuhan yang sama.

Berikut merupakan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan kepada kejayaan negara Korea Selatan dalam menghadapi serangan wabak COVID-19.

1. Tidak menunggu sehingga wabak COVID di Korea Selatan menjadi krisis

Setiap kes positif COVID perlu diuruskan dengan berhati-hati. Walaupun Korea Selatan hanya mempunyai jumlah pesakit yang sedikit pada awal bulan Februari, tapi penghasilan kit untuk menguji status jangkitan telah pun bermula sejak negara itu mengenal pasti kes positif pertama pada hujung Januari.

Negara tersebut mempunyai kapasiti untuk menghasilkan kit saringan sebanyak 100,000 unit sehari.

Daegu yang mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 2.5 juta pernah mengalami penularan wabak COVID dengan cepat.

Ia disebabkan oleh aktiviti di sebuah gereja dan mereka telah mengisytiharkan keadaan kecemasan dengan kadar yang segera. Mereka tidak menunggu walau sedetik pun.

Pihak berkuasa di Korea Selatan sedar bahawa jika wabak COVID-19 tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan peningkatan pada jumlah kematian.

Perkara tersebut pernah berlaku pada tahun 2012, apabila negara itu dilanda wabak sindrom pernafasan timur tengah (MERS) yang turut disebabkan oleh virus korona. Jangkitan tersebut telah meragut 38 nyawa.

Kajian lepas menunjukkan nilai median bagi tempoh pengeraman virus korona berada di antara 5 hingga 11 hari.

Ini bermakna terdapat tempoh yang membuatkan anda berisiko untuk menyebarkannya kepada individu lain meskipun tiada simptom.

Walaupun sesebuah negara itu mempunyai ratusan kes positif, hakikatnya, jumlah itu mungkin sudah mencecah ribuan.

Perkara ini membuatkan cara pembasmian tradisional seperti isolasi dan perintah lockdown tidak begitu berkesan.

2. Ujian Saringan Awal Dan Canggih Atasi COVID-19 di Korea Selatan

Jika dibandingkan dengan negara lain, penduduk Korea Selatan merupakan populasi yang paling ramai menjalani ujian saringan. Ini bermakna, setiap kes positif dapat dikesan dan diisolasikan pada peringkat awal.

Kadar ujian yang dilakukan adalah 40 kali ganda lebih tinggi berbanding negara Amerika Syarikat.

Keupayaan untuk menghasilkan jumlah kit saringan COVID yang banyak membolehkan mereka menjalankan ujian saringan kepada setiap individu.

Malah, mereka mengeksport sebilangan kit COVID-19 ke negara lain dan negara pertama yang menerima bantuan tersebut adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sebanyak 51,000 kit ujian COVID-19 telah dihulurkan.

Syarikat penghasilan kit ujian itu sendiri menerima banyak permintaan dari negara lain dan bukan semua permintaan itu melalui kerajaan Korea Selatan.

Ini menunjukkan ia salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia dalam membendung penularan virus korona.

Pihak berkuasa negara tersebut juga telah membuka kira-kira 600 pusat ujian saringan bagi mengelakkan operasi hospital dan klinik terganggu.

Setiap individu diarahkan untuk mengamalkan konsep jarak sosial dan apa yang lebih mengagumkan, terdapat juga pusat saringan pandu lalu.

Mereka yang hadir tidak perlu turun daripada kenderaan. Ujian suhu dan sampel tekak akan dilakukan dalam masa beberapa minit. Keputusannya keluar dalam masa beberapa jam selepas itu.

Bangunan yang menempatkan pejabat, kemudahan awam yang lain dan bangunan hotel juga menggunakan kamera termal bagi mengesan kenaikan suhu badan individu.

3. Proses Pengesanan Kontak Yang Lebih Agresif Untuk Membasmi Wabak COVID-19 di Korea Selatan

Protokol yang biasa kita dengar apabila seseorang itu dijangkiti oleh wabak COVID adalah pengesanan kontak.

Ia merupakan satu usaha yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan untuk mengesan kembali pergerakan individu yang positif bagi mengetahui kontak rapat mereka sepanjang tempoh mereka disuspek positif.

Tindakan ini berupaya mengasingkan individu yang berpotensi untuk dijangkiti supaya penularan wabak COVID dapat dielakkan.

Rakyat Korea Selatan juga perlu patuh kepada langkah pencegahan yang telah disarankan oleh pihak berkuasa.

Selain amalan jarak sosial, kekerapan mencuci tangan dan pemakaian topeng ketika sakit juga ditekankan.

Di Korea Selatan, sistem pengesanan kontak yang dijalankan agak agresif. Protokol yang digunakan telah direka khas untuk membasmi wabak MERS suatu ketika dahulu dan terbukti merupakan satu langkah yang berkesan.

Mereka akan mengesan pergerakan pesakit melalui rakaman kamera, rekod kad kredit dan data daripada aplikasi sistem kedudukan sejagat (GPS) melalui pemeriksaan kereta dan telefon pintar mereka.

Perkara ini mungkin kelihatan tidak beretika memandangkan individu yang sakit tidak mempunyai hak privasi.

Namun, dalam situasi wabak, kerajaan Korea Selatan lebih mementingkan aspek keselamatan sosial berbanding privasi.

Setiap penyiasatan epidemiologi akan dilakukan seperti polis sedang melakukan soal siasat.

Mereka yang diisolasi akan diwajibkan untuk memuat turun satu aplikasi khas, yang akan mengeluarkan signal amaran sekiranya pesakit keluar dari kawasan isolasi.

Individu yang melanggar perintah isolasi akan dikenakan denda bernilai USD2,500.

Pesakit yang mengalami simptom ringan akan dirawat di pusat khas dan hospital, dikhususkan kepada mereka yang mengalami simptom teruk.

Sistem kesihatan yang efisien ini membuatkan kadar kematian di Korea Selatan berada di bawah 1%, antara negara yang mempunyai kadar kematian terendah dunia.

Konklusi

3 rahsia yang disebutkan dalam artikel ini merupakan kunci kepada kejayaan mengawal wabak COVID-19 di Korea Selatan.

Namun, perkara yang lebih penting adalah kerjasama rakyat terhadap pelan tindakan yang dibentangkan oleh kerajaan.

Rakyat Korea Selatan telah memberikan kerjasama yang sangat baik menyebabkan sistem tindakan yang diambil menjadi sangat berkesan.

Jika Malaysia ingin mencontohi negara Korea, faktor utama yang perlu berubah adalah sikap rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan dan jarak sosial.

Jangan bodoh sombong dan jangan degil tidak bertempat.

'Booth' mudah alih antara kaedah terbaharu Korea Selatan tangani penularan COVID-19

Korea Selatan terus memperkenalkan cara baharu untuk melindungi para petugas kesihatan dalam melawan wabak COVID-19 di negara itu.

Terbaharu ialah penggunaan bilik kecil mudah alih yang memerlukan petugas kesihatan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) secara minimum ketika mengambil sampel pesakit. Booth kecil ini didirikan di Pusat Perubatan Boramae di selatan Busan.

Menurut salah seorang doktor di hospital itu, Dr Ahn Yeo Hyun, apabila petugas perubatan berada di dalam booth tersebut mereka hanya menggunakan sarung tangan yang dilekatkan sekali pada booth berkenaan.

"Penggunaan PPE yang lengkap adalah tidak selesa buat petugas perubatan terutamanya ketika suhu panas.

"Booth ini akan memberikan impak positif kepada petugas perubatan dan melindungi mereka daripada menghirup udara yang dijangkiti," jelasnya.

Kelengkapan baharu itu dijangka lebih efisien dan mudah untuk digunakan selain dapat mengurangkan penggunaan PPE yang jumlahnya semakin berkurangan.

Kelengkapan baharu itu dijangka lebih efisien dan mudah untuk digunakan selain dapat mengurangkan penggunaan PPE yang jumlahnya semakin berkurangan. Foto: The Korea Herald

Booth ini boleh dinyahjangkitan dan dilengkapi dengan empat roda bagi memudahkan ia dipindahkan ke mana-mana lokasi yang diperlukan penggunaannya.

Aplikasi pantau kesihatan, pergerakan penduduk

Sementara itu, bagi penduduk Korea Selatan yang dikuarantin, mereka diwajibkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih bagi membolehkan kerajaan memantau kesihatan dan pergerakan mereka dalam usaha menghentikan penyebaran COVID-19.

Pegawai Komunikasi Keselamatan, Park Jong-hyun di Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan menjelaskan aplikasi mudah alih menggunakan teknologi GPS itu adalah untuk mengesan pergerakan pengguna.

Korea Selatan menguatkuasakan kuarantin sejak awal Mac dan mengarahkan aplikasi mudah alih itu dimuat turun pada telefon mereka.

Bagaimanapun, pada penghujung Mac, kerajaan Korea Selatan menguatkuasakan kuarantin untuk warga Korea Selatan dan pelancong memasuki negara itu.

Bermula 1 April, semua pelancong yang tiba di Korea Selatan dikehendaki kuarantin 14 hari, sama ada di rumah atau di kemudahan yang disediakan kerajaan.

Sebelum ini, beberapa inisiatif lain turut dilakukan Korea Selatan dalam memerangi wabak ini termasuk menyediakan sebuah hospital di Seoul yang menggunakan fasiliti berbentuk "pondok telefon" bagi menjalankan pemeriksaan COVID-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

Friday, April 03, 2020

Bagaimana Dunia Islam Terselamat Dari Wabak Black Death?

Bagaimana Dunia Islam Terselamat Dari Wabak Black Death?

Suatu ketika dahulu, dunia Islam sebenarnya pernah 'diserang' wabak maut Yersinia pestis, yang bermula di China dan disebarkan oleh kaum Mongol melalui Jalan Sutera. Wabak ini dianggap setanding Black Death di Eropah melalui wabak bubonic, yang sama saja kesan bahayanya, cuma nama dan tempoh peristiwa yang berbeza.

Black Death and Islam

Kemudian, semasa peristiwa Black Death menimpa dunia barat, umat Islam di Asia Tengah menerima kesan yang sedikit berbanding orang Kristian di Eropah yang hilang dua pertiga populasinya. Kenapa?

Pertamanya, Black Death itu sendiri datang dari Timur, namun orang-orang Islam telah menghadapinya terlebih dahulu untuk jangka masa yang pendek, kemudian wabak menular ke Eropah dan berlanjutan di saat umat Islam di Asia Timur sudah pulih.

Padah Membunuh Kucing

Umat ​​Islam tidak mempunyai tradisi seperti yang diwajibkan Pope Gregory IX yang menganggap kucing sebagai makhluk yang tidak suci, jelmaan syaitan dan harus dimusnahkan.

Teori sains kemudiannya telah menjelaskan bahawa, kutu dari tikus menyebabkan wabak Black Death. Anda membunuh lebih banyak kucing – maka anda mendapat lebih banyak tikus.

Orang Barat juga mendakwa bahawa air sebagai punca wabak Black Death, yang mereka percaya akan menembusi kulit melalui liang-liang roma, lalu mereka tidak mandi dan tidak membersihkan diri.

Sebaliknya, dalam ajaran Islam, diwajibkan untuk memastikan diri sentiasa bersih dalam apa juga keadaan, terutamanya ketika hendak beribadah.

Masyarakat Eropah juga tidak memiliki sistem pembersihan dan pembuangan sampah yang sewajarnya.

Mereka dikatakan hanya mandi sekali dalam setahun, tidak membasuh tangan, tidak mencuci selepas menggunakan tandas dan lebih teruk apabila najis mereka hanya dikumpulkan dalam satu bungkusan kertas dan dibuang di tengah jalan.

Mereka tidak peduli tentang kebersihan dan ada di antara mereka yang percaya bahawa kotoran adalah sumber perlindungan.

Dalam Islam, anda tidak dibenarkan meludah di laluan orang berjalan dan di tempat orang berteduh.

Orang Islam mengamalkan wudhu di mana mereka mencuci muka, tangan, rambut, janggut, telinga, hidung, kaki dan mereka mencukur rambut kemaluan setiap 40 hari maksima. Akhirnya, apabila wabak menimpa sesebuah negeri, mereka tidak akan sesekali masuk ke tempat itu, jika sudah berada di dalam, mereka tidak akan keluar selagi tidak reda.

Orang-orang Katolik Rom di Eropah ketika berhadapan wabak Black Death, mereka hanya mengharapkan keajaiban, mereka menunggu penyembuhan turun dari langit dan dipermainkan pihak gereja yang memeras wang dan harta mereka.

Berbeza dengan orang Islam di mana ketika wabak Black Death yang datang dari Timur melanda mereka di Asia Tengah, mereka tidak mengharapkan keajaiban dari Allah SWT semata-mata.

Umat Islam memanfaatkan kemajuan ilmu dalam bidang intelektual dan sains, ditambah lagi dengan pengalaman mereka yang telah berkali-kali menghadapi wabak dan epidemik terutamanya bangsa Turki yang pernah terkena tempiasnya dari China dan India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, April 01, 2020

Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar, KKM Tiada Data Rekod Saringan Covid-19!

Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar, KKM Tiada Data Rekod Saringan Covid-19!

Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan hebahan media bahawa wujud himpunan tabligh melebihi 10,000 orang di markas Seri Petaling, tempat kebanyakan jemaah dari seluruh dunia berkumpul dan kelompok yang selalu disebut-sebut sebagai pencetus kepada gelombang kedua COVID-19 di Malaysia adalah jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling.

Tuan Haji Mohd Asna Bin Amin

Berita ini mendapat perhatian khas setelah seorang jemaah tabligh Brunei yang telah menghadiri perhimpunan ini telah ditahan akibat positif COVID-19 di sana.

Sejak itu para netizen mula menunding jari ke arah jemaah tabligh Seri Petaling yang dikatakan sebagai 'punca' segala kekecohan ini berlaku.

Mereka dituduh 'degil' apabila segelintir daripada mereka terpaksa 'diheret' dari rumah untuk melakukan saringan.

"KKM Mungkin Tak Rekod Kehadiran Kami"

Berikut perkongsian yang dibuat oleh Tuan Haji Mohd Asna Bin Amin, Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Taman Lavender Senawang dan merupakan seorang jemaah tabligh.

Beliau menceritakan bagaimana salah seorang ustaz di sebuah madrasah telah didatangi oleh pegawai jabatan agama kerana beliau dikatakan belum membuat saringan di hospital.

Walhal, ustaz tersebut sebenarnya telah melakukan saringan di hospital dan rekod kesihatan beliau telah disimpan oleh mudir madrasah.

Namun, yang menjadi persoalan adalah sistem pengurusan data dari KKM yang merekodkan berapa ramai jemaah yang hadir untuk sesi saringan. Adakah wujud atau tidak data tersebut?

Isu yang cuba diketengahkan oleh Mohd Asna adalah, kenapa pihak KKM tidak memasukkan data jemaah yang telah datang ke saringan COVID-19?

"Satu isu yang orang ramai tak tahu adalah, TIADA sistem pengurusan data dari pihak KKM untuk tracking siapa yang datang untuk saringan.

"Pihak klinik tak mampu nak handle bilangan yang banyak, kit ujian virus mahal antara RM300-RM700.

"Jemaah yang datang tanpa sebarang simptom disuruh balik dan self-quarantine tanpa ada sebarang rekod," katanya.

Disebabkan tiada data berapa jumlah sebenar jemaah tabligh yang sudah datang ke sesi saringan di hospital, maka berbondong-bondonglah mereka yang datang mencela kumpulan ini kerana dikatakan 'degil' tidak mahu ke hospital.

"Untuk makluman rakyat Malaysia, rekod KKM kata tabligh dah datang (buat saringan berjumlah) lebih kurang 10,000 jemaah. Yang tak tampil (pula berjumlah) 4,000 orang lagi.

"Saya nak tanya – siapa yang ambil attendance jemaah (tabligh) pada hari kejadian (perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas)?

"Mana dapat maklumat (yang datang berjumlah) 15,000 orang? Masa awal kejadian dulu kata 10,000 yang hadir!"

Beliau turut menambah, beberapa jemaah tabligh sudah tampil ke hospital tetapi disuruh balik ke rumah dan menjalani sistem kuarantin sendiri kerana hospital menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai simptom pesakit COVID-19.

"Sekarang (masyarakat anggap) seolah-olah jemaah tabligh ni jahat. Tak nak datang hospital. Tak nak check. Yang saya kenal, semua dah pergi check dan ada yang disuruh balik macam tu saja sebab tak ada demam."

Jemaah Komited Mahu Membantu Kerajaan, Namun..

Beliau memberitahu lagi bahawa jemaah sangat komited mahu membuat saringan disebabkan ia adalah antara sifat ketaatan dan tuntutan agama.

Namun, ketika membaca dada akhbar dan media sosial, mereka di cemuh dengan beberapa kenyataan kurang enak. Seolah-olah mereka sebagai golongan yang tidak memberi kerjasama kepada pihak KKM.

Dalam pada banyak mulut yang mencemuh, jemaah sebenarnya paling mahu disaring bagi membantu KKM menjejaki kumpulan yang terkena wabak COVID-19.

Namun, isu yang mereka hadapi adalah percanggahan antara arahan KKM dengan pelaksanaan di bawah.

"Sebenarnya jemaah paling komited nak buat saringan. Pagi-pagi lagi mereka dah terpacak depan hospital kerajaan. Waktu itu, hospital pun belum bersedia buka kaunter untuk COVID-19, tetapi jemaah dah bersedia.

"Cuma sedikit sedih pula bila ada agamawan kata jemaah guna alasan tak mahu check-up."

Beliau merujuk kenyataan beberapa agamawan yang menegur jemaah tabligh kerana menggunakan hujah agama dalam mempertahankan tindakan mereka yang kononnya dikatakan tidak mahu membuat saringan.

"Ini tak tepat. Sedangkan ahli jemaah faham bahawa hakikat/makrifat itu perlu seimbang dengan syariat. Ini sangat ditekankan dalam jemaah sejak zaman-berzaman kerana manhaj dakwah tabligh adalah ahli sunnah wal jamaah di seluruh dunia."

Bagi mereka, saringan adalah satu tanggungjawab kerana sebagai seorang ahli jemaah mereka adalah orang yang taat kepada ahli syura, taat kepada undang-undang negara dan amir (pemimpin) negara).

"Jadi, janganlah pandang serong dan negatif kepada jemaah (tabligh). Apatah lagi sebarkan maklumat tak tepat," kata Mohd Asna.

Namun, jemaah tidak menuding jari kepada pihak KKM kerana wabak COVID-19 adalah sesuatu di luar jangkaan.

Mohd Asna juga akui wujud sebilangan jemaah yang mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat.

"Jemaah sentiasa taat dengan arahan KKM untuk lakukan saringan. Dan janganlah berterusan menghentam dan menyalahkan jemaah tabligh secara keseluruhannya," tambah Mohd Asna.

Dakwaan Jemaah Ziarah Katil Ke Katil

Tabligh wad Hospital Miri

Selain itu, tular di media sosial apabila salah seorang pesakit yang dilaporkan dijangkiti wabak COVID-19 setelah di ziarah oleh ahli jemaah tabligh yang ditahan di hospital yang sama.

Hantaran itu telah mendapat perkongsian yang tinggi dan dalam masa yang sama, ia turut hadir dengan komen-komen negatif yang menyalahkan kumpulan ahli jemaah.

Kenyataan itu turut tular bersama sebuah gambar yang menunjukkan jemaah sedang melakukan ziarah dari katil ke katil di Hospital Miri, Sarawak.

Bagi Maulana Helmi, pendakwah bebas, beliau menyatakan kekesalan di atas penularan perkara yang tidak ada asasnya, tidak ada buktinya.

"Saya kenal sahabat-sahabat yang (dikatakan) ziarah katil ke katil. Mereka semua adalah sahabat karib kami. Orang baik-baik semuanya.

"Mereka adalah kumpulan pertama yang ditahan di wad Hospital Miri untuk di kuarantin. Kalau di rumah mereka hanya perlu kuarantin sendiri. Tapi kerana mereka musafir, maka mereka di kuarantin di Hospital.

"Mereka ditahan bukan kerana positif COVID-19, bahkan mereka semua sebenarnya didapati negatif yakni sihat walafiat," katanya dalam satu kenyataan.

Maulana Helmi turut memuji kumpulan ini kerana bertahan dan mendengar arahan KKM untuk tinggal di hospital selama 20 hari bagi langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 – walaupun sebenarnya mereka tidak sakit.

Mereka dilaporkan telah melakukan aktiviti kebiasaan mereka – solat berjemaah, berazan dan majlis taklim – semuanya dilakukan di dalam wad.

"Kalau mereka pergi ziarah orang pun mereka pakai mask, bukan satu hospital mereka ziarah, mereka hanya melawat katil jiran terdekat saja.

"Macam kita jugalah kalau duduk dalam wad mesti sembang-sembang juga dengan pesakit lain, mustahillah kita hanya berdiam diri saja," kata Maulana Helmi.

Kenyataan Dari Masjid Seri Petaling

Jumlah kehadiran himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dilaporkan hanya sekitar 12,500 orang dan bukannya 15,000-16,000 seperti dilaporkan KKM.

Setakat ini, jangkitan COVID-19 membabitkan peserta himpunan itu membentuk kluster terbesar di negara ini, dengan 689 kes serta lima daripada lapan kematian, dikaitkan dengan himpunan berkenaan setakat hari ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Abdullah Cheong menyatakan bahawa jumlah tersebut berdasarkan data yang dikumpul bahagian Syukbah Pendataan Ijtimak Tabligh yang menguruskan makanan dan tempat tinggal untuk jemaah.

Kiraan ahli jemaah diambil ketika solat didirikan berdasarkan kepala dalam setiap saf. Ia dikira berdasarkan keluasan tempat himpunan dan ruang dalam masjid – contohnya adalah bahagian sayap kanan masjid boleh memuatkan 1,700 orang manakala bahagian tetamu luar negara seramai 840 orang.

"Pada Sabtu malam, 29 Februari lalu, data rasmi Masjid Seri Petaling menunjukkan jumlah peserta yang solat Maghrib di masjid kami, termasuk tetamu luar negara dan mereka yang mempunyai tugas khidmat seperti menjaga trafik, memasak, menjaga parkir dan sebagainya ialah sekitar 12,500 orang.

"Inilah kehadiran tertinggi ketika ijtimak (himpunan) kami berlangsung. Kiraan ini bukanlah jumlah yang baharu kami dapatkan, malah adalah rutin Syukbah Pendataan untuk bertahun-tahun lamanya.

"Jumlah kehadiran yang banyak disebut ialah seramai sekitar 16,000 orang. Jumlah ini bukanlah datang daripada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pihak KKM menyatakan dalam siaran akhbar pertama bertarikh 11 Februari yang dipetik dari Harian Metro meminta 5,000 jemaah tabligh untuk hadir ke sesi saringan di Hospital.

Manakala kenyataan kedua bertarikh 13 Februari yang diterbitkan oleh MSN melaporkan bahawa jumlah sebenar adalah 16,000 orang jemaah tabligh dan 14,500 adalah rakyat Malaysia.

Kesimpulan

Isu ini adalah isu nasional. Melibatkan jumlah yang besar dan penyakit berbahaya, perlu diselesaikan dengan sikap terbuka dan bukannya dengan tuduh menuduh atau mengambil sikap menunding jari.

Pihak Jemaah tabligh telah mengambil sikap terbuka dengan KKM dan masyarakat demi kebaikan dalam usaha membendung wabak coronavirus.

Walaupun mungkin ada segelintir jemaah yang ingkar, tetapi majoriti jemaah menurut perintah kerajaan, KKM dan juga tuntutan masyarakat.

Semua orang perlu memainkan peranan masing-masing dengan betul dan tepat serta tidak memburukkan mana-mana kumpulan dengan tohmahan yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

Hakikat dan syariat berpisah tiada.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Kajian Covid-19 Menunjukkan Bahawa Lelaki Paling Berisiko Mati Berbanding Wanita

Kajian Covid-19 Menunjukkan Bahawa Lelaki Paling Berisiko Mati Berbanding Wanita

Pakar telah mengeluarkan fakta terbaharu mengenai wabak COVID-19 yang telah menyerang di seluruh dunia dan terbaharu, wabak coronavirus lebih banyak membunuh lelaki berbanding kaum wanita.

Mangsa Covid-19
Gambar hiasan.

Antara punca yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tahap kesihatan yang tidak memuaskan.

"Di sebahagian besar negara, kita melihat lelaki merokok dan minum alkohol lebih banyak dibandingkan dengan wanita," kata Sarah Hawkes, profesor kesihatan di Universiti College London (UCL) dan co-director Global Health 50/50.

Tambah beliau, tahap kesihatan lelaki lebih cepat menurun apabila dijangkiti wabak coronavirus.

Tahap kesihatan ini telah menjadi sebab kepada beberapa penyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan sakit jantung.

"Di negara seperti Itali, lelaki mempunyai 60% kes positif corona dan lebih dari 70% kes kematian di Itali melibatkan lelaki," menurut data dari Institut Kesihatan Nasional (ISS).

Manakala negara seperti Korea Selatan yang mempunyai majoriti bilangan kes melibatkan kaum wanita, telah mencatatkan sebanyak 54% lelaki yang terkorban akibat COVID-19.

"Di Itali, kita sedang melihat satu budaya yang merisaukan. Kematian para lelaki kelihatan dua kali ganda lebih banyak berbanding wanita," kata wakil Rumah Putih, Dr Deborah Birx kepada Washington Post.

Dr Deborah turut menambah bahawa, maklumat ini penting bagi membantu dunia dalam mengklasifikasikan siapa yang perlu dilindungi dan bagaimana mereka perlu dilindungi.

CNN dalam satu laporan pula telah menganalisis data dari 20 negara yang dilanda wabak COVID-19.

Dari 20 negara tersebut, hanya enam negara – China, Perancis, Iran, Jerman, Itali dan Korea Selatan – yang menyediakan data secara terperinci berdasarkan jantina.

Pada akhir kajian, CNN menemukan bahawa 50% kaum lelaki berpotensi untuk meninggal dunia akibat COVID-19 berbanding wanita.

Menurut laporan yang dikumpulkan CNN, di Itali, dari 10 wanita yang meninggal dunia, terdapat 24 lelaki yang meninggal. Di China, dari 10 wanita yang terkorban, ada 18 lelaki yang turut terkorban.

Manakala Jerman, Perancis, Iran dan Korea Selatan turut mencatatkan angka di atas 10 bagi jumlah lelaki yang terkorban berbanding setiap 10 wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Pemegang Pam Minyak?

Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Pemegang Pam Minyak?

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa pemegang pam minyak berupaya untuk meningkatkan risiko pengguna terhadap jangkitan virus Covid-19, menimbulkan keadaan panik dan ramai individu yang tertanya-tanya, adakah sarung tangan perlu dipakai?

Pam Minyak Sebar Covid-19

Namun, kebanyakan pakar menafikan risiko jangkitan virus korona baharu terhadap individu yang menggunakan pam petrol atau diesel untuk mengisi minyak.

Walau bagaimanapun, mereka turut menyarankan penggunaan sarung tangan dan menggalakkan amalan mencuci tangan selepas proses pengisian tersebut.

Dua pernyataan yang bercanggah ini membuatkan ramai keliru. Jika tiada penyebaran yang berlaku dalam kalangan mereka yang mengisi minyak, kenapa pakar menasihatkan pengguna untuk memakai sarung tangan?

Apa yang perlu anda ingat adalah, setiap benda yang boleh disentuh terutamanya apabila ia terletak di kawasan umum boleh menyebarkan COVID-19.

Fomit (benda yang tercemar dengan kuman) merupakan salah satu kaedah penyebaran virus meskipun ia bukan cara penyebaran utama virus korona baharu.

Pemegang pam minyak boleh dianggap sebagai salah satu kelengkapan yang kotor dari sudut pandang mikroorganisma.

Kajian yang dibuat oleh syarikat Kimberly Clark pada tahun 2011 telah menunjukkan 71% pemegang pam minyak di 6 negeri di Amerika Syarikat dicemari oleh pelbagai jenis kuman berbahaya.

Jika dibandingkan dengan pemegang flush tandas yang mempunyai kira-kira 172 sel bakteria per inci per segi, pemegang pam minyak mempunyai jumlah kuman yang 11,000 kali ganda lebih tinggi daripada itu.

Ia bergantung kepada kekerapan pemegang tersebut disentuh dengan tangan yang tidak dibasuh.

Ini bermakna, secara konsepnya, pam minyak yang lebih mahal bersih sedikit berbanding dengan pam minyak yang murah.

Namun, jumlah kuman yang ada pada pam yang mahal tetap tinggi jika dibandingkan dengan perkakasan lain.

Sarung tangan, adakah ia mampu menghalang penyebaran kuman?

Kadangkala, sedang kita sibuk mengisi minyak, ternampak satu kelibat individu yang memakai sarung tangan sambil memegang pam minyak. Katanya nak elak jangkitan COVID-19.

Adakah benar ia boleh menghindarkan jangkitan?

Jawapannya adalah bergantung kepada cara penggunaan. Hakikatnya bukan semua individu mempunyai pengetahuan asas berkenaan dengan cara meminimumkan penyebaran kuman menggunakan sarung tangan.

Jika anda seorang yang kerap mencuci tangan selepas memegang sesuatu, anda tidak perlu memakai sarung tangan sekalipun.

Namun, untuk keselesaan dan ketenangan jiwa yang kacau bilau dek ura-ura yang mengatakan anda mudah mendapat jangkitan jika tidak memakai sarung tangan, anda perlu tahu konsep pemakaian yang betul.

Walaupun sarung tangan boleh melindungi tangan anda sewaktu memegang pam minyak atau objek lain, tetapi kuman yang melekat pada sarung tangan tersebut boleh hidup lebih lama.

Jika anda tidak membuka sarung tangan tersebut sejurus selepas melakukan sesuatu, tabiat menyentuh muka, sama ada untuk membetulkan topeng muka atau sentuhan lain, boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Kalau anda menyentuh permukaan lain sebelum membuka sarung tangan tersebut, anda berpotensi untuk mencipta fomit baharu.

Oleh sebab itulah lebih penting untuk kita memfokuskan kepada amalan cuci tangan.

Jika virus korona baharu berada di permukaan kulit anda sekalipun, jika dibasuh menggunakan air dan sabun, ia boleh dibasmi secara serta-merta.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer yang mengandungi jumlah kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Bagaimana cara untuk saya guna pam minyak dengan betul?

Mudah sahaja. Jika anda ingin mengisi minyak, anda boleh melakukannya dengan atau tanpa memakai sarung tangan:
  • Basuh tangan menggunakan air dan sabun atau guna hand sanitizer sebelum memegang pemegang pam minyak.
  • Pakai sarung tangan (jika anda ingin memakainya). Pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu (langkah 1).
  • Buka penutup minyak kereta dan gunakan pam minyak mengikut kesesuaian kereta anda.
  • Tutup penutup minyak dan letakkan pam minyak di tempat asal.
  • Tanggalkan sarung tangan anda.
  • Basuh tangan sekali lagi menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

Jika dilihat pada data pesakit seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mahupun mana-mana kajian di dunia, tiada individu yang positif COVID-19 selepas menggunakan pam minyak.

Model jangkitan bagi mereka yang menggunakan pam minyak agak logik jika mengikut teori namun hakikatnya, risiko jangkitan berada pada tahap yang sangat rendah.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan dalam tempoh masa yang pendek. Selepas siap melakukan sesuatu, tanggalkan dan terus buang. Jangan gunakan sarung tangan yang sama berulang kali.

Konklusi

Jangan risau! Risiko untuk anda mendapat jangkitan virus korona baharu selepas menggunakan pam minyak berada pada tahap yang sangat rendah.

Pastikan anda cuci tangan dengan kerap, amalkan jarak sosial dan patuhi arahan kawalan pergerakan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor