Friday, December 07, 2018

6 Waktu Paling Sesuai Minum Air Putih


Air merupakan salah satu elemen terpenting dalam tubuh dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda menjadi cergas dan bertenaga. Dan ramai orang cakap, ‘Petua awet muda ialah minum banyak air kosong’. Tapi apa maksudnya?

Minum Air Putih

Air perlu diambil pada waktu dan jumlah yang tepat serta konsisten, tetapi bilakah waktu yang paling tepat untuk minum air putih?

1. Minum Dua Gelas Air Selepas Bangun Tidur

Tidur pada waktu malam membenarkan tubuh berehat dan organ melakukan proses detoksifikasi. Ketika ini tubuh akan mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair. Sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur adalah waktu terbaik untuk minum air putih.

Air putih ini boleh membantu menggiatkan organ dalaman, merangsang metabolisme dan membuang racun di dalam tubuh.

2. Minum Satu Gelas Sebelum Mandi

Kuasa air putih memang tidak perlu disangkal lagi. Sebelum masuk ke bilik air disarankan untuk mengambil segelas air suam kerana jumlah air ini dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah turun.

Kemampuan air putih ini turut mencairkan tingkat natrium dalam tubuh juga turut membantu menurunkan tekanan darah dalam tubuh.

3. Minum Satu Gelas Air 30 Minit Sebelum Makan

Makan bersulamkan air adalah suatu amalan yang patut ditinggalkan. Sebaik-baiknya minum segelas air setengah jam sebelum makan untuk membantu penghadaman. Sementara itu, selepas makan digalakkan untuk minum air semula selepas 30 minit.

Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.

4. Minum Air Ketika Penat

Hampir setiap organ tubuh memerlukan air untuk berfungsi terutamanya otak dan sistem saraf. Memiliki jumlah air yang mencukupi dapat membenarkan otak berfungsi dengan lebih baik.

Kekurangan air pada otak bukan sahaja mempengaruhi fungsi otak malah boleh menyebabkan tubuh cepat penat, hilang fokus, sakit kepala, cepat marah dan mempunyai masalah tidur.

5. Minum Air Sebelum Dan Sesudah Bersenam

Keperluan air selepas bersenam tidak perlu disangkal lagi. Tubuh secara automatik akan mencari air putih untuk menghilangkan penat selepas bersenam. Ironinya dalam situasi ini air putih lebih berharga berbanding dengan jus oren atau tembikai.

Minum air putih dengan banyak sebelum dan sesudah bersenam juga boleh membantu meningkatkan daya otot tubuh.

6. Minum Satu Gelas Air Sebelum Tidur

Ramai yang tidak suka untuk minum air putih sebelum tidur kerana khuatir perlu bangun malam untuk membuang air kecil.

Sebenarnya minum air sebelum tidur adalah tindakan yang baik untuk membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Minum segelas air putih sebelum tidur juga boleh membantu mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung. Selain itu, minum segelas air putih sebelum tidur juga akan membuat tidur kita terasa lebih nyenyak.

BAHAYA MINUM AIR BERLEBIHAN

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup.

Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda.

Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine.

Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan.

Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran.

Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah.

Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh.

Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum.

Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan.

Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Warna air kencing

Ada juga yang berpendapat warna urin juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak.

Sekiranya warna urin anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urin yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik.

Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urin

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus.

Jika merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapatkan bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon