Wednesday, May 15, 2019

Jackie Chan Sebenarnya Buta Huruf!

Jackie Chan Sebenarnya Buta Huruf!

Semua orang kenal legenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas, Jackie Chan, yang walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepadanya untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi dunia filem Hollywood.

Legenda Jackie Chan
Jackie Chan.

Beliau yang tidak tahu membaca mahupun menulis, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan.

Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan.

Ketika dilahirkan, bapanya yang tidak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran.

Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah.

Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa Jackie Chan akan mengejutkannya pada awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama.

Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu Jackie Chan dalam membina karekter, mengajar erti kesabaran, kekuatan dan keberanian.

Ketika di sekolah rendah, Jackie Chan bersekolah di Nah-Hwa Primary School yang mana dia gagal pada tahun pertama lalu diberhentikan sekolah oleh bapanya.

Wang yang diberikan untuk berulang alik ke sekolah sebaliknya digunakan untuk membeli makanan dan berjalan kaki pergi dan pulang dari sekolah serta kerap bergaduh dengan kanak-kanak kulit putih dalam perjalanan.

Ketika kanak-kanak lain lulus dan melangkah ke darjah 3, Jackie Chan yang gagal masih di darjah 1.

Melihat keadaan itu, bapanya menghantar Jackie Chan yang berusia 7 tahun ketika itu ke Akademi Drama China, sebuah Sekolah Opera Peking.

Ketika berjalan bersama ayahnya di sekolah itu, Jackie Chan terlihat kanak-kanak beraksi dan bermain pedang serta kayu.

Jackie Chan menceritakan ketika itu dia berasa sangat teruja dan bersemangat, serta tidak mahu ke sekolah akademik lagi.

Di sekolah tersebut, Jackie Chan mempelajari seni bela diri, akrobatik, menyanyi dan juga berlakon.

Pelajar sekolah ini diajar disiplin yang sangat tegas di mana mereka akan dipukul jika melanggar arahan atau membuat kesilapan.

Walaupun agak keras baginya, namun Jackie Chan tiada tempat untuk pergi kerana ketika itu ibu bapanya telah berpindah ke Australia dan dia dijaga oleh seorang Master.

Jackie Chan menamatkan pelajaran di akademi ini pada usia 17 tahun, namun ketika itu Opera China sudah tidak lagi popular membuatkannya serta rakan-rakan terpaksa mencari kerja dalam bidang lain.

Namun, ia sangat sukar kerana mereka tidak diajar membaca dan menulis ketika di akademi itu dan satu-satunya kerja yang boleh dilakukannya adalah kerja buruh atau aksi.

Ketika itu juga banyak filem di Hong Kong dihasilkan dan mereka memerlukan stuntman yang muda dan kuat.

Jackie Chan seorang yang sangat lincah dan sanggup mencuba apa saja untuk mendapatkan kerja.

Karier sebagai seorang stuntmat Jackie Chan bermula dengan filem Bruce Lee iaitu Fist of Fury pada dan Enter the Dragon pada tahun 1972 dan 1973, namun ia tidaklah semudah itu.

Kegagalan demi kegagalan dilalui Jackie Chan dan disebabkan kesukaran mencari kerja stuntman, dia berhijrah ke Australia dan tinggal bersama ibu bapanya di sana pada tahun 1976.

Jackie Chan kemudiannya menyambung pelajaran dan bekerja dalam bidang pembinaan.

Kerja dalam bidang pembinaan amat sukar dan membosankan bagi Jackie Chan, membuatkannya tidak gembira tinggal di Australia.

Namun, nasib menyebelahi Jackie Chan apabila penyelamatnya iaitu Willie Chan muncul dalam hidupnya.

Willie Chan yang bekerja dalam industri perfileman Hong Kong sedang mencari seorang bintang untuk filem terbaru Lo Wei (pelakon dan direktor yang popular di Hong Kong).

Willie yang pernah melihat bakat dan aksi Jackie sebagai stuntman berasa kagum, dan telah bertemu dengannya. Ketika ini Jackie Chan belum mengetahui bahawa Willie akan menjadi rakan baik serta pengurusnya.

Jackie Chan kemudiannya pulang ke Hong Kong untuk membintangi filem "New Fist of Fury" ketika berusia 21 tahun.

Namun, filem ini tidak begitu berjaya kerana bakat yang ada pada Jackie Chan tidak digunakan dengan betul.

Kejayaan mula menampakkan bayangnya hanya apabila Jackie Chan menyumbangkan ideanya yang menggabungkan unsur lawak ke dalam filem seni bela diri.

Tidak lama selepas itu, Jackie Chan mula menjadi bintang terkenal, dengan kejayaan dalam filem "Snake in Eagle's Shadow", diikuti dengan filem blockbuster iaitu "Drunken Master".

Filem pertama yang diarahkan oleh Jackie Chan juga mendapat sambutan hangat iaitu "Fearless Hyena".

Jackie Chan tidak berhenti disitu apabila dia mula bereksperimentasi dengan watak komiknya.

Perubahan ini memberikan perspektif baru kepada genre ini yang mana kemahiran yang dipelajari di sekolah opera telah digunakan sepenuhnya oleh Jackie Chan.

Selepas kematian Bruce Lee, pencarian pelakon baru yang boleh menginspirasikan penonton seperti mana dilakukan Bruce Lee, lalu setiap ahli seni bela diri muda diberikan peluang.

Jackie Chan yang tidak mahu meniru gaya dan hidup dalam bayang-bayang Bruce Lee telah menghasilkan gaya tersendiri dalam lakonannya.

Dalam menyempurnakan gayanya yang tersendiri, pelbagai kecederaan yang dialaminya termasuklah patah hidung sebanyak 3 kali, buku lali, hampir kesemua jari, tulang pipi serta tengkorak kepalanya.

Kini, Jackie Chan adalah antara legenda seni bela diri terbaik di dunia setaraf dengan Bruce Lee.

Jackie Chan bukan sahaja sangat popular di Asia malah juga di Hollywood dan banyak filem-filem beliau mendapat sambutan hangat di Hollywood termasuklah Rush Hour dan Shanghai Noon.

Walaupun menerima pendidikan yang sangat minima, Jackie Chan telah dianugerahkan gelaran doktor kehormat sains sosial oleh Hong Kong Baptist University dan rakan kehormat oleh Hong Kong Academy of Performing Arts.

Tidak mampu membaca dan menulis, Jackie Chan masih mampu mencapai kejayaan sebegitu besar disebabkan ketekunan dan kegigihannya dalam bidang yang diceburi.

Usaha inovatifnya menambah elemen komik dalam filem seni bela diri terbukti berkesan dan memberikan impak besar kepada dunia perfileman sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2015, majalah Forbes menganggarkan kekayaan Jackie Chan sebanyak RM1.5 bilion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tips Daging Ayam Beku Tahan Setahun Di Freezer!

Tips Daging Ayam Beku Tahan Setahun Di Freezer!

Ramai antara kita menyangka setiap makanan yang disejuk beku akan bertahan buat selamanya selagi ia disimpan dalam peti ais. Sebenarnya terdapat jangka hayat untuk sesuatu bahan basah itu jika ia disimpan dalam peti sejuk dan panduan ini dapat membantu anda pada masa hadapan.

Cara simpana Ayam Beku tahan lama

Berapa lama ayam dapat bertahan dalam peti sejuk beku? Menurut Ketua Chef Hello Fresh, Claudia Sidoti, ayam boleh disimpan dalam peti sejuk beku sehingga setahun manakala bahagian daging yang dipotong boleh bertahan sehingga sembilan bulan.

Ayam yang dibungkus dalam plastik kedap udara adalah lebih baik.

Ini bermakna, sekiranya ayam itu dipotong menjadi bahagian kecil ia mengurangkan jangka hayatnya sebanyak tiga bulan.

Perlukah ayam dibungkus dalam cara tertentu bagi menjaga kesegaran?

Kaedah paling sesuai untuk membungkus ayam adalah menggunakan bungkusan kedap udara atau menggunakan plastik biasa namun pastikan ia tidak mempunyai udara sebelum di simpan.

Selain itu cuba tandakan bungkusan itu dengan tarikh ia mula disimpan bagi membolehkan anda menyemak tempoh ayam itu berada dalam peti sejuk beku.

Namun kata Claudia, walaupun ayam boleh bertahan selama setahun namun rasanya tidak akan segar apabila ia disimpan terlalu lama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bella Astillah Dan Aliff Aziz Berpisah?

Bella Astillah Dan Aliff Aziz Berpisah?

Susulan kontroversi berhubung gambar mirip suaminya bersama seorang wanita tular, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz nekad mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, yang melalui perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bella berkata, walaupun berat dugaan yang akan ditempuhnya, keputusan itu terpaksa direlakan.

Perpisahan Bella dan Aliff Aziz

“Saya mengambil kira banyak aspek termasuk mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff,” katanya.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu, dia juga bertindak demikian demi memperbaiki kehidupannya bersama satu-satunya anak mereka, Ayden Adrean, yang berusia hampir dua tahun.

“Dalam masa sama saya mahu memperbaiki kehidupan bersama anak,” tulisnya.

Terdahulu, satu imej memaparkan seorang lelaki mirip suaminya dengan tidak berbaju bersama seorang wanita berpakaian seksi mula tersebar di media sosial.

Turut tular, sebuah rakaman klip video live Instagram - juga didakwa memaparkan lelaki menyerupai Aliff - bersama wanita tersebut.

Sebelum ini, krisis rumah tangga Aliff mengundang perhatian ramai pada 2017 selepas dia didapati keluar berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Pada Februari 2019 lalu, nama penyanyi lagu Cinta Dusta itu kembali hangat selepas isterinya membuat pendedahan melalui media sosial berhubung sikapnya yang dikatakan curang.

Pada ketika itu, Aliff didakwa berlaku curang dengan seorang lagi aktres, Octavia Manrose.

Aliff Aziz-Oktovia Manrose-Afifah Nasir

Meskipun dilanda kemelut, Bella, tetap berterima kasih kepada pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kekuatan buatnya.

Pun begitu, Bella menyedari masih terdapat segelintir pihak menggelarnya sebagai seorang yang kurang bijak kerana cuba menyelamatkan bahtera perkahwinan yang kian runtuh.

Pada masa sama, Bella memohon agar semua pihak memberikannya ruang untuk mengharungi situasi tersebut dengan sebaiknya.

“Saya amat hargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan atau menghubungi untuk bertanyakan hal rumah tangga kami,” katanya.

Rata-rata pengikut Bella mendoakan agar Bella terus kuat mengharungi ujian lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

4 Sebab Kenapa Perlu Pelihara Kucing Di Rumah

4 Sebab Kenapa Perlu Pelihara Kucing Di Rumah

Penulis fiksyen ternama, Mauriel Spark, dalam 'A Far Cry from Kensington' menulis bahawa kucing memiliki sikap tenang lebih dari apa yang difahami dan ketenangan kucing akan beransur-angsur mempengaruhi anda, katanya.

Kucing Bengal comel
Kucing Bengal.

Ketenangan itu akan membantu anda menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran.

Menurutnya lagi, kehadiran kucing sahaja sudah cukup kerana kesan kucing terhadap konsentrasi manusia adalah luar biasa dan sangat misteri.

Sejumlah penelitian ilmiah juga menyatakan tentang manfaat kucing untuk kesihatan fizikal dan mental pemiliknya. Memetik Health Line, berikut beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing di rumah.

1. Lebih bahagia

Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.

Memelihara kucing juga baik untuk anak anda. Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200 anak muda berusia 11-15 tahun, anak yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.

2. Mengurangkan stres

Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan.

Situasi ini boleh berlaku kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing tidak mudah stres walaupun tidak mendapat sokongan dari persekitarannya.

Apatah lagi, kucing bukanlah haiwan yang bergantung dengan manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis Turner dari Universiti Zurich.

3. Melatih hubungan sosial yang baik

Kucing memang perlukan perhatian, tapi si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik.

Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.

"Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain," tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky.

Pengkaji Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan rakan-rakannya menulis bahawa haiwan peliharaan dapat menerima secara terbuka penuh kasih sayang, konsisten, setia, dan jujur, karakteristik yang dapat memenuhi keperluan dasar seseorang untuk merasakan memiliki harga diri dan dicintai.

4. Lebih sihat

Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizik. Dalam sebuah kajian, para pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13 tahun.

Mereka yang memiliki kucing pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya untuk meninggal dunia kerana serangan jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing.

Kucing juga menjadi salah satu faktor risiko lain seperti tekanan darah, kolesterol, merokok dan indeks massa tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia

Sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia

Sambutan Hari Spesies Terancam, Endangered Species Day, disambut pada bulan Mei setiap tahun adalah sebagai promosi dan usaha untuk pemuliharaan hidupan liar oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan mengiktiraf sambutan hari-hari berkaitan hidupan liar dan habitatnya.

Hari Spesies Terancam

Sambutan ini adalah sebagai salah satu kaedah mudah bagi mendidik generasi masa hadapan tentang biodiversiti dengan mempamerkan senarai spesies terancam di sekolah dan merayakan sambutan hari-hari tertentu yang diiktiraf antarabangsa seperti hari harimau, hari tapir, hari penyu, hari tenggiling, hari gajah, hari memerang dan lain-lain.

Selain lawatan ke zoo, pameran dalam bentuk poster atau tayangan video pendek boleh diadakan agar semua generasi akan datang tahu tentang spesies haiwan yang terancam dan bagaimana mereka boleh membantu melindungi dan memulihara haiwan terancam berkenaan sekali gus menyokong program pemuliharaan hidupan liar kerajaan.

Di Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) boleh bekerjasama mengeluarkan bahan-bahan kempen diedarkan ke sekolah di seluruh negara bagi mempromosikan spesies terancam di Malaysia.

Sambutan Hari Spesies Terancam merupakan pendedahan penting untuk pendidikan dan kesedaran menyeluruh rakyat Malaysia tentang hidupan liar.

Sekiranya semua hari-hari berkaitan hidupan liar dan hari spesies terancam diberikan peringatan kepada pelajar sudah tentu maklumat tentang hidupan liar dan pemuliharaannya akan ada dalam pengetahuan mereka.

Di Malaysia misalnya, banyak haiwan yang didaftarkan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sebagai haiwan terancam. Antaranya ialah orang utan, harimau, gajah, tenggiling, pelanduk, tapir malaya dan cencurut hitam.

Hari spesies terancam disambut bagi mengingatkan semua orang tentang status haiwan terancam dan usaha pemuliharaan haiwan dan habitat mereka.

Undang-undang dan penguatkuasaan sahaja tidak memadai dalam mengawal kepupusan haiwan terancam.

Banyak laporan media tentang kes berkaitan hidupan liar yang dilindungi, pihak berkuasa sekadar menyebut tentang status haiwan dilindungi undang-undang dan denda yang boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah, namun kejadian seperti kemalangan jalan raya dan penyeludupan terus juga berlaku.

Satu sistem pendidikan secara lebih berkesan perlu dilakukan terutamanya menggunakan media baharu dan merentasi jabatan kerajaan serta komuniti tempatan dan antarabangsa.

Lokasi strategik seperti lapangan terbang, tempat menunggu di agensi kerajaan, pasar raya dan sekolah boleh diadakan promosi melalui video pendek secara berterusan. Maklumat tentang undang-undang perlu dimaklumkan kepada semua orang.

Di Semenanjung Malaysia, spesies hidupan liar yang dilindungi adalah spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Selain haiwan mamalia besar yang bakal pupus sekiranya tidak dijaga, haiwan lain seperti burung, serangga, reptilia dan amfibia juga perlu diberi perhatian.

Banyak lagi haiwan berkenaan yang kita tidak tahu. Burung botak upeh misalnya sudah pupus di habitat liar.

Sebagai sebuah negara yang tinggi kepelbagaian biologi mesti memberikan perhatian serius tentang kepupusan haiwan liar di habitat semula jadi.

Bagi memulihara haiwan yang hampir pupus, pembiakan dalam kurungan mungkin perlu dilakukan untuk dilepaskan ke habitat liar.

Perubahan alam sekitar, pemangsaan yang berlebihan, pemburuan haram, perubahan habit manusia dan bencana alam boleh mengancam populasi haiwan.

Sesetengah haiwan boleh dibiakkan di dalam kurungan tetapi sukar untuk menambahkan populasi di habitat luar.

Perhilitan dan zoo ada menjalankan program pembiakan spesies terancam untuk tujuan pemuliharaan.

Tanggungjawab IUCN

Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menyenaraikan cencurut hitam (Suncus ater) sebagai spesies yang sangat terancam pada tahun 1996.

Haiwan yang saiznya dikatakan antara 20 hingga 100 sentimeter (sm) ini sangat jarang dilihat dan tidak banyak maklumat tentangnya.

Maklumat yang ada hanyalah daripada Medway tahun 1965 berdasarkan kepada satu spesimen yang dijumpai di Gunung Kinabalu, Sabah pada ketinggian 1,650 meter (m) dari paras laut.

Spesies ini mungkin juga boleh ditemui di kawasan tanah tinggi Borneo atau mungkin sudah pupus.

Begitu juga dengan status badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) yang mengikut Mogabay.com sudah tiada di Sabah.

Pada tahun 2008 dianggarkan 50 ekor dan lima tahun kemudian bilangan berkurangan kepada hanya 10 dan sekarang mungkin sudah tiada.

Pengurangan habitat dan pemburuan haram kerana tanduknya adalah punca utama kepupusan. IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terancam sejak 1986 lagi.

Berdasarkan statistik IUCN, tapir malaya (Tapirus indicus) spesies terancam sejak 1986.

Haiwan yang masih ada di habitat liar di Semenanjung berhadapan dengan pengurangan dan gangguan habitat yang cepat akibat pembangunan.

Orang utan (Pongo pygmaeus) memang sudah menarik perhatian dunia kerana populasinya terus terancam akibat habitatnya terus terganggu oleh aktiviti pembalakan dan pembakaran hutan.

IUCN menyenaraikannya dalam spesies terancam sejak 1986. Taburannya juga terhad di Sumatera dan Borneo sahaja.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok Sabah adalah model pemuliharaan spesies terancam orang utan.

Harimau malaya (Panthera tigris jacksoni) sudah hangat dibincangkan kerana populasinya yang cepat berkurangan.

Sejak tahun 1950-an bilangan harimau dianggarkan sebanyak 3,000 ekor dan berkurang kepada antara 250 hingga 340 pada 2013.

Taman Negara, Kompleks Hutan Endau-Rompin dan Kompleks Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan utama untuk pemuliharaan harimau malaya.

Harimau malaya diletakkan dalam senarai spesies terancam pada tahun 2008.

Gajah Asia (Elephas maximus) yang disenarai sebagai spesies terancam sejak 1986.

Gajah memerlukan kawasan keliaran yang luas dan banyak sumber makanan. Kawasan keliaran berkurang menimbulkan pelbagai konflik dengan dengan manusia.

Monyet belanda (Nasalis larvatus) disenaraikan sebagai spesies terancam pada tahun 2008.

Populasinya menurun 80 peratus dalam masa 30 tahun dan sekarang dijangkakan hanya ada 7,000 ekor sejak tahun 2000 akibat daripada kehilangan habitat seperti hutan bakau di pantai.

Tenggiling terus terancam kerana sisik, daging dan kulitnya yang dikatakan mempunyai nilai perubatan. Harga yang tinggi menggalakkan pemburuan haram.

Pada tahun 2016 Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) mengharamkan sepenuhnya perdagangan tenggiling sunda (Manis javanica).

Mengawal kepupusan haiwan adalah tanggunggjawab semua. Program pendidikan, penyelidikan dan kesedaran mestilah dilaksanakan dengan lebih agresif dan sistematik.

Satu pelan tindakan umum dan khusus perlu diadakan dengan jelas serta mampu dilaksanakan.

Selamat menyambut Hari Spesies Terancam Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Tuesday, May 14, 2019

Rahsia Buat 'Duit Cloud' 10K Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

Rahsia Buat 'Duit Cloud' 10K Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

Adakah anda sedang buntu memikirkan masalah kewangan? Sudah cuba pelbagai cara buat side income tetapi tiada hasil? JOM SERTAI DUIT CLOUD. Tak perlu runsing dan sakit kepala lagi. Anda sebenarnya boleh menjana pendapatan sehingga RM2000-RM5000 dalam masa sehari!

Buat duit online dengan Duit Cloud

Duduk diam sahaja di rumah sambil tekan-tekan smartphone anda yang mahal tu dan duit masuk ke dalam akaun bank seperti air mengalir. Macam cerita mengarut kan?

Jangan mengeluh sebelum mencuba. Jangan berfikir banyak kali. Mulakan langkah sekarang!

Apa itu Duit Cloud?

Duit Cloud adalah satu program jana duit automatik secara online yang menggunakan teknik AI (artificial intelligence) terkini menggunakan programming language Python yang dapat merungkai satu formula untuk menembusi lubang harta karun yang belum terdedah selama ini.

Tidak ramai yang tahu tentang lubuk rahsia jana duit secara online ini dan sekarang, sudah tiba masanya untuk anda pula merasai hasil dalam rupa duit yang tak henti-henti masuk ke dalam akaun bank akibat lubang ajaib ini.

Anda hanya perlu beberapa minit sahaja dari masa berharga anda untuk membaca rahsia cara bagaimana lubang ajaib ini yang bakal mengubah hidup anda selepas ini.

Rahsia ini cukup hebat sekali, silap-silap sekadar membaca perutusan di bawah pun, anda sudah boleh dapat idea bagaimana untuk menjadi kaya selepas ini.

Adakah Duit Cloud Halal?

Sebenarnya, anda tidak akan tahu pun dari mana sumber Duit Cloud ini datang. Tetapi yang pasti duit ini HALAL dan menurut segala hukum syarak dan memenuhi segala keperluan perundangan negara Malaysia tercinta ini.

Saya telah mendapat pengesahan dari seorang ustaz dan pakar perundangan, jadi anda tidak perlu risau.

BAGAIMANA DUIT CLOUD BERFUNGSI?

Duit Cloud adalah perisian yang di install atas cloud (internet) yang boleh berjalan secara automatik tanpa apa-apa bantuan manusia dan rahsia yang cukup besar sekali dan tidak diketahui oleh sesiapa selama ini.



Duit Cloud BUKAN Skim Pelaburan Internet

Perlu saya nafikan sekeras-kerasnya bahawa Duit Cloud ini BUKAN skim pelaburan atau skim Ponzi. Anda bukannya melabur sejumlah wang dan mengharap pulangan beberapa peratus sehari atau apa-apa sewaktu dengannya.

Duit Cloud BUKAN Aplikasi Telefon Bimbit

Duit Cloud bukan aplikasi telefon bimbit yang perlu di install di smartphone anda. Tak kira anda gunakan telefon iPhone, Samsung atau telefon murah, tak kisah.

Hanya perlu telefon bimbit untuk login dan melihat sudah berapa banyak keuntungan duit anda sahaja.

Duit Cloud BUKAN E-Bay, Forex, Crypto dan lain-lain

Bukan dan bukan dan bukan. Bukan semua seperti di atas. Ada banyak program seperti ini di luar sana dan jika anda lebih berminat untuk mengambil risiko sebegitu, sila tutup laman web ini dan cari program lain yang menjanjikan anda seorang jutawan dalam tempoh yang singkat.

Duit Cloud BUKAN Sistem Affiliate Marketing

Duit Cloud bukan program kawan cari kawan. Anda tidak perlu mencari sesiapa. Daftar, masuk, install perisian di cloud, duduk diam dan lihat akaun anda sahaja. Saya jelaskan sekali lagi, tidak perlu mencari sesiapa pun!

Duit Cloud BUKAN Skim Piramid atau MLM

Ya, Duit Cloud bukan MLM. Tidak perlu mencari orang kemudian mereka mencari orang hingga ke beberapa peringkat bawah. Ia bukan sebegitu.

Duit Cloud BUKAN Google Adwords atau FB Ads

Saya hanya ada satu teguran sahaja. Adwords dan FB Ads membuang masa dan mengayakan lagi Mark Zuckerberg. Cukup sekadar itu sahaja komen saya.

TIDAKKAH ANDA BOSAN MISKIN WANG?

Sudah buat macam-macam side income tapi tak berjaya? Semangat membuak-buak nak jana pendapatan 5 angka macam orang lain tapi tiada siapa yang boleh guide?

Sudah berhabis banyak duit tapi hasilnya kurang memberangsangkan? Semua orang ada keinginan nak tambah income, nak bantu keluarga, nak nafkah keluarga dan nak tolong suami.

Tapi bila dah mula berniaga, sudah macam-macam cara guna untuk promote produk, tapi tiada siapa minat nak beli.

Niat dah betul tapi akibat tiada ilmu, tiada support, semangat untuk berbisnes mula hilang.

Anda akan bertambah stres, kemudian anda akan lebih cenderung untuk berputus asa dan buat perkara lain pula dan proses diatas akan berulang lagi, lagi dan lagi.

Disinilah PERANAN Duit Cloud untuk membantu menyelesaikan masalah anda dengan mendapatkan pendapatan sebulan sehingga RM10,000 hingga RM 20,000 sebulan. Insyaa-Allah.



Benarkah Buat Wang Dengan Duit Cloud Semudah ABC?

Ya. Sebaik anda menjadi ahli, login ke dalam control panel dengan userid dan password anda sendiri. Boleh masuk melalui telefon bimbit ataupun komputer.

Kemudian, kemaskini nombor akaun bank anda atau apa-apa akaun bank yang lain.

Kemudian, anda hanya perlu tekan BUTANG INSTALL supaya perisian anda dapat di install secara automatik di cloud server admin.

Dalam masa antara 1 ke 2 jam, duit akan mula mengalir ke akaun bank yang anda daftarkan. Mungkin juga dalam tempoh 1 hari, bergantung kepada software yang berjalan sendiri merungkai lubuk duit rahsia untuk anda.

Saya Tak Sabar Untuk Mula Menjana Duit Dari Lubuk Rahsia, Bagaimana Nak Mula?

Anda hanya perlu melakukan 3 langkah paling mudah:
  1. Lakukan Pembayaran Untuk Menjadi Ahli VIP.
  2. Lengkapkan Maklumat Akaun Bank Dan Lain-Lain.
  3. Login Ke Akaun Bank Dan Periksa Baki Anda.

Sangat mudah kan?

Selepas mendaftar, anda boleh meluangkan masa untuk bersama dengan keluarga. Masa untuk membawa keluarga atau yang tercinta ke destinasi-destinasi pelancongan terhebat, di kala orang lain sedang sibuk bekerja.

Inilah yang benar-benar bermaksud KEHIDUPAN!

Apa gunanya kehidupan ini jika anda terpaksa bersengkang mata dari jam 8 pagi hingga jauh malam dan mempunyai cuti selama 15 hari dalam setahun sahaja?

Itu bukannya cara untuk hidup, itu adalah perhambaan zaman moden namanya.

Jaminan Wang Di Kembalikan Dalam Tempoh 60 Hari

Cuba masuk dulu program RAHSIA Duit Cloud saya ini tanpa risau, selama 60 hari.

Jika pada bila-bila jam, anda mahukan wang anda kembali sepenuhnya, beritahu sahaja dan proses pengembalian wang anda secara penuh, tanpa bertanya, tanpa sebarang soal selidik, akan dilakukan serta-merta tanpa berlengah-lengah.

Anda tiada sebarang risiko untuk sekadar mencuba program Duit Cloud ini.



Mengapa Admin Berani Memberikan Jaminan Pulangan Wang Ini?

Kerana program jana duit online ini betul-betul diyakini 100% mampu membantu anda menjana pendapatan lumayan dalam sekelip mata. Ramai orang yang telah memperolehinya cukup berpuas-hati sekali.

Tiada siapa lagi setakat yang meminta kembali wang mereka kerana terus mahu menggunakan program RAHSIA ini untuk menjana pendapatan gila-gila atas angin tanpa henti siang dan malam.

Anda juga boleh menyimpan dan menggunakan segala bonus yang diberi secara PERCUMA walaupun jika telah meminta wang kembali.

Tetapi percayalah, anda pasti 100% akan berpuas hati tanpa mahu minta kembali wang untuk apa-apa sebab sekalipun. Memang POWER!

Saya Nekad Dan Mahu Join Hari Ini;
  • Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menjana pendapatan sebanyak RM10,000-50,000 ke atas sebulan sekelip mata.
  • Saya hendak mula menjana wang dalam masa 15 minit dari sekarang.
  • Saya faham saya boleh meminta kembali 100% wang saya jika tidak berpuas-hati dan boleh menyimpan segala bonus yang bernilai lebih dari RM150,000.
  • Saya faham yang harga terhad akan kembali kepada harga asal bila-bila jam sahaja.
  • Saya Mahu Menjadi Ahli VIP Program RAHSIA Perisian Duit Cloud Serta Merta.
  • Saya hendak dapatkannya SECEPAT mungkin sebelum harganya naik melambung!

KLIK >> DAFTAR DUIT CLOUD << KLIK

Kami doakan semoga anda berjaya dengan gemilang. Amiin.

10 Fakta Kenapa Sistem Pendidikan Di Finland Terbaik Di Dunia

10 Fakta Kenapa Sistem Pendidikan Di Finland Terbaik Di Dunia

Sistem persekolahan di Malaysia masih terlalu mementingkan markah di atas kertas dan membebankan guru dan pelajar dengan silibus yang terlalu terkehadapan berbanding usia. Sejak dari dulu lagi, sistem persekolahan di Malaysia terlalu mementingkan markah. Terlalu menekan pelajar. Yang otak geliga semakin pandai, yang bodoh bertambah bodoh. Maaf.

Sistem Pendidikan Finland

Buktinya, Finland adalah contoh negara yang mengubah sistem pendidikan mereka ke arah yang lebih sihat dan malangnya, sistem pendidikan KBAT di Malaysia nampaknya satu kegagalan besar yang telah terbukti.

Kenapa? Seperti kata orang, pendidikan di Malaysia adalah peluang sesetengah pihak untuk membuat keuntungan lumayan, bukannya bertujuan menjadikan pelajar menjadi bijak dan mampu berdikari sendiri.

Tanpa berniat untuk mengungguli carta pencapaian pelajar, di Finland mereka telah membuktikan dan berjaya mencapainya dengan sistem pendidikan yang lebih holistik.

Berikut adalah 10 sebab kenapa sistem pendidikan Finland dilihat sebagai antara yang terbaik di dunia:

1. Tiada ujian seragam

Ujian seragam seperti UPSR, PMR dan SPM sering dilihat sebagai cara mudah untuk mengukur kefahaman subjek seorang pelajar.

Membulatkan jawapan objektif dan menjawab soalah yang diramalkan dilihat sebagai ukuran penguasaan pelajar.

Akhirnya, pelajar akan belajar untuk mengejar kelulusan ujian dan guru akan mengajar dengan tujuan agar pelajar lulus ujian. Tujuan pembelajaran sebenar entah dicapai atau tidak.

Finland tidak mempunyai ujian seragam melainkan National Matriculation Exam, iaitu ujian sukarela untuk pelajar di peringkat sekolah menengah atas.

Semua kanak-kanak di Finland digredkan secara individu dan sistem penggredan ditetapkan oleh guru mereka.

Pun begitu, Kementerian Pendidikan mereka tetap menyemak perkembangan keseluruhan dengan cara menguji sebilangan pelajar daripada pelbagai jenis sekolah.

2. Guru tidak ‘diawasi’ dengan ketat

Banyak yang menyalahkan guru apabila berlaku sesuatu dan kadangkala ianya wajar. Tetapi di Finland, disebabkan standard yang tinggi untuk menjadi seorang guru, tiada keperluan untuk mengadakan sistem pemarkahan guru yang ketat.

Semua guru dikehendaki memiliki ijazah sarjana sebelum memasuki kerjaya tersebut dan jurusan perguruan merupakan jurusan paling ketat dan terpilih di seluruh negara.

Sekiranya seorang guru tidak berfungsi dengan baik, pengetua yang bertanggungjawab melakukan sesuatu mengenainya. Ini bermakna pengawasan guru bukanlah atas pemeriksaan birokrasi dan ujian seragam. Ia ditangani secara individu.

Di Malaysia, guru akan dilambakkan dengan tugasan kerani dan bagi guru yang membantah, akan ditukar ke sekolah lain sesuka hati. Fakta.

3. Kerjasama, bukan persaingan

Sistem pendidikan Finland tidak seperti di negara lain yang mementingkan persaingan. Tiada senarai sekolah atau guru yang berprestasi tinggi.

Ia bukan persekitaran untuk persaingan, sebaliknya menggalakkan kerjasama, bahkan mereka juga tidak berniat untuk berada di kemuncak perbandingan antara pendidikan negara-negara maju.

Ironinya, sikap tidak mempedulikan status ini telah meletakkan mereka teratas di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, pelajar pintar akan dihimpunkan di satu sekolah yang dilengkapi segala keperluan dan peralatan terkini yang serba lengkap.

Manakala sekolah yang berada jauh dari pusat bandar seolah-olah diabaikan dengan peralatan serba usang, malah ada yang dilengkapi makmal komputer tetapi tiada bekalan elektrik, kecuali set generator. Tak percaya?

4. Mengutamakan yang asas

Tumpuan kepada markah ujian dan kefahaman dalam matematik dan sains selalu membuatkan kita terlupa apa yang membentuk suasana pembelajaran dan pelajar yang bahagia, harmoni dan sihat.

Program yang dijalankan Finland memberi tumpuan kepada yang asas. Ia bukan tentang menguasai pelajaran dan mendapat markah tinggi.

Sebaliknya, mereka mahu membuat persekitaran sekolah menjadi tempat yang menggalakkan kesaksamaan.

Sejak reformasi pendidikan pada tahun 1980-an, pendidikan di Finland telah memberi tumpuan untuk menjadikan asas-asas berikut sebagai keutamaan:
  • Pendidikan harus menjadi instrumen untuk mengimbangkan ketidaksamaan sosial.
  • Semua pelajar menerima makanan sekolah percuma.
  • Kemudahan akses kepada penjagaan kesihatan.
  • Kaunseling psikologi.
  • Panduan diberikan berdasarkan individu.

Perkara ini mungkin kedengaran remeh tetapi memberikan kanak-kanak permulaan yang saksama bererti Finland dapat menangani segala masalah sosio-ekonomi (pengangguran, keciciran daripada sekolah, jenayah dan salah laku sosial) yang lahir dengan ketidaksamaan sosial.

Setiap anak, baik yang miskin mahupun kaya bersekolah dan bersosial dalam persekitaran yang sama, tiada sekolah swasta untuk anak orang kaya dan sekolah kerajaan yang daif untuk anak pelajar miskin.

Di Malaysia, pemberian RMT secara berpilih adalah simbol untuk mengharap dan sentiasa meminta bantuan kerajaan.

5. Memulakan sekolah pada usia lebih besar

Pelajar mula bersekolah pada usia tujuh tahun, bukan enam atau lima. Meskipun tadika untuk kanak-kanak 6 tahun disediakan, kehadiran bukanlah wajib.

Mereka diberikan kebebasan sewaktu zaman perkembangan kanak-kanak untuk tidak dipaksa melalui pendidikan wajib. Mereka membiarkan kanak-kanak bersikap seperti kanak-kanak.

Terdapat hanya 9 tahun persekolahan yang wajib dihadiri kanak-kanak Finland. Pendidikan setelah kelas kesembilan atau pada usia 16 adalah atas pilihan.

Jika dilihat dari sudut psikologi sahaja, ini adalah kebebasan yang ideal. Para pelajar tidak berasa seperti mereka tersekat dalam penjara.

Finland membebaskan mereka daripada tempoh persekolahan yang dipaksakan dan sebaliknya memilih untuk menyediakan pelajar untuk dunia sebenar.

Di Malaysia, tidak menghantar anak ke tadika sahaja boleh menjadi punca dikecam ibu bapa lain bahkan guru darjah itu sendiri.

Disebabkan tekanan untuk memastikan pelajar dapat mengikuti pelajaran darjah satu yang agak terkehadapan, kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun sudah diharap dapat mengenal huruf.

6. Menyediakan pilihan profesional selain ijazah universiti biasa

Bagi kebanyakan negara, aliran pendidikan tradisional kebiasaannya melibatkan persekolahan dan kemudian melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti.

Sama ada kita mahu mengakuinya ataupun tidak, sebenarnya tidak semua orang perlu memasuki kolej atau universiti.

Di Malaysia, ramai pelajar melanjutkan pelajaran dengan mengambil ijazah dalam jurusan yang tidak bermakna kepada mereka dan terpaksa menanggung hutang yang melampau.

Finland menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan pilihan yang masih menguntungkan bagi pelajar yang meneruskan pendidikan mereka.

Universiti dan politeknik merupakan dua pilihan bagi pelajar. Kedua-duanya diiktiraf tinggi secara profesional dan layak bersaing dalam kerjaya.

Bagi kita, bersekolah sekadar di peringkat menengah merupakan satu kelemahan sedangkan di negara-negara Scandinavia, bersekolah sehingga peringkat menengah dan memasuki politeknik tidak dipandang rendah dalam masyarakat kerana ia sudah menjadi kebiasaan.

Di Malaysia, tidak menghabiskan sekolah menengah seolah-olah satu perkara yang hina dan jijik walaupun mempunyai kemahiran.

Ingat, bukan semua orang dilahirkan pandai. Ada yang dicipta Allah dengan bakat dan kemahiran individu.

7. Pelajar tidak perlu bangun awal untuk bersekolah

Terkejar-kejar bersarapan, menunggu bas atau mengayuh basikal pada awal pagi, di samping waktu untuk perhimpunan pagi dan program kokurikulum; kesemuanya mengambil masa pelajar yang banyak. Hasilnya, pelajar akan mengantuk dan penat untuk dididik.

Pelajar di Finland biasanya bermula waktu persekolahan sekitar jam 9:00 – 9:45 pagi.

Kajian menunjukkan bahawa permulaan terlalu awal boleh menjejaskan kesejahteraan, kesihatan dan kematangan pelajar. Sekolah-sekolah Finland bermula agak lambat dan kebiasaannya berakhir sekitar 2:00–2:45 petang.

Mereka mempunyai tempoh kelas yang lebih lama dan waktu rehat yang lebih panjang di antaranya.

Di Malaysia, pelajar bermula pada jam 7 pagi, bersambung dengan sekolah agama sehingga jam 5 petang dan kerja rumah pada waktu malam, belum termasuk waktu tuisyen. Kecemerlangan apa yang menteri pendidikan harapkan?

8. Arahan yang konsisten daripada guru yang sama

Bilangan guru dan pelajar dalam kelas di Finland agak sedikit berbanding negara lain. Pelajar di Finland kebiasaannya mempunyai guru yang sama sepanjang enam tahun pendidikan mereka.

Pada masa ini, guru mengambil peranan seperti seorang mentor atau ahli keluarga. Selama bertahun-tahun, kepercayaan dan ikatan dibina supaya kedua-dua pihak mengenali dan menghormati satu sama lain.

Keperluan dan gaya pembelajaran berbeza mengikut individu. Guru-guru Finland mengenal pasti keperluan pelajar mereka.

Mereka boleh mencatat dengan tepat dan mengawasi perkembangan mereka serta membantu mereka mencapai matlamat mereka. Tiada istilah lepas tangan kepada guru yang lain.

Di Malaysia, pelajar akan ponteng sekolah pada hari tertentu. Kenapa? Kerana ada sebilangan guru yang suka membunuh semangat pelajar.

9. Suasana yang lebih santai

Kurang tekanan, kurang jadual, sebaliknya lebih panduan. Pelajar biasanya hanya belajar beberapa subjek dalam sehari.

Mereka mempunyai masa beberapa kali untuk makan, menikmati aktiviti rekreasi dan berehat. Terdapat waktu rehat sekitar 15-20 minit beberapa kali dalam sehari.

Persekitaran sebegini juga diperlukan guru. Bilik guru yang disediakan juga membolehkan mereka berehat dan bersantai, bersedia untuk pelajaran atau untuk bersosial.

Guru juga manusia dan memerlukan istirehat supaya dapat bekerja dengan baik. Di Malaysia, tak payah cerita la.

10. Kurang kerja rumah dan tugasan luar

Menurut OECD, pelajar di Finland mempunyai jumlah kerja rumah dan tugasan luar paling sedikit berbanding pelajar lain di dunia.

Mereka hanya menghabiskan masa setengah jam untuk kerja rumah. Pelajar Finland juga tidak menghadiri tuisyen.

Mereka mencantas budaya pendidikan yang mementingkan kelas tambahan dan kerja rumah di samping mengelakkan tekanan perasaan kepada pelajar.

Pelajar Finland mendapat semua yang mereka perlukan di sekolah tanpa tekanan tambahan untuk berlumba mendapat markah cemerlang dalam sesuatu subjek.

Tanpa perlu risau tentang gred dan kerja rumah, mereka dapat memberi tumpuan kepada tugas sebenar mereka, belajar dan berkembang sebagai manusia.

Di Malaysia, guru dan pelajar dilayan seperti robot dan buruh kasar. Kasihan.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Apa Itu Cacar Monyet, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Cacar Monyet, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Cacar monyet (Monkeypox) adalah sejenis penyakit yang jarang ditemui, berpunca dari sejenis virus yang dipindahkan dari haiwan liar kepada manusia, selepas makan daging haiwan tersebut yang dipercayai merupakan sumber jangkitan virus cacar monyet.

Cacar Monyet

Virus cacar monyet pertama kali ditemui di Singapura, selepas seorang warga Nigeria dijangkiti penyakit ini. Hasil siasatan, orang Nigeria itu dijangkiti penyakit cacar monyet kerana memakan daging tikus (bush meat) yang dijangkiti virus berkenaan dalam satu kenduri kahwin di Nigeria sebelum masuk ke Singapura.

Monkeypox atau cacar monyet adalah virus yang mirip dengan cacar yang biasa menjangkiti manusia, sebenarnya sudah dibenteras pada 1980.

Virus cacar monyet tidak tersebar dengan mudah kepada manusia kecuali dalam kes yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan akibat yang teruk jika tidak dirawat.

Menurut keterangan dari Pusat Penyelidikan dan Pencegahan Penyakit yang berpangkalan di AS, jangkitan virus cacar monyet pada manusia hanya pernah dilaporkan sebanyak 3 kali di luar Afrika iaitu di Amerika Syarikat, Inggeris dan Israel.

Gejala Dan Simptom Cacar Monyet

Tanda-tanda biasa apabila dijangkiti penyakit cacar monyet adalah demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit belakang, nodus limfa bengkak dan ruam.

Cacar monyet biasanya terhad kepada pesakit dengan kebanyakan mereka akan pulih dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Cacar monyet juga biasanya berlanjutan selama 2-4 minggu, bermula dengan demam dan sakit kepala, sebelum timbulnya benjolan kecil (pustula) yang akan tersebar ke seluruh tubuh.

Dalam sesetengah kes, virus cacar monyet boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia, sepsis, ensefalitis (keradangan otak) dan jangkitan mata dengan risiko kehilangan penglihatan.

Jangkitan

Penyakit cacar monyet hanya boleh berjangkit apabila seseorang itu memakan daging tikus, monyet atau kelawar yang dijangkiti dengan virus berkenaan dan ia tidak merebak melalui sentuhan atau pernafasan.

Rawatan

Beberapa luka yang berlubang akibat dijangkiti cacar monyet akan menjadi nekrosis (sel mati) dan menghancurkan kelenjar sebasea dan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan.

Walau bagaimanapun, cacar monyet tidak berbahaya jika dibandingkan dengan jangkitan cacar air.

Untuk merawat cacar monyet, pesakit akan diberikan vaksin dalam jangka dua minggu selepas cacar monyet dikesan.

Antibiotik serta vaksin immuno globulin turut disarankan untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh bagi melawan jangkitan cacar monyet ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Kartel Dedak Dalam PAS, Dakwaan Terima Duit Dari Parti Lain

5 Kartel Dedak Dalam PAS, Dakwaan Terima Duit Dari Parti Lain

Isu "kartel dedak" mula menjadi panas selepas Zaharudin memuat naik siri hantaran di media sosial menceritakan mengenai isu melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS, yang mengaitkan isu penerimaan wang daripada Umno atau orang Umno dengan beberapa tokoh yang tidak dinamakan secara jelas.

5 Kartel Dedak PAS

Menantu Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad mendedahkan terdapat lima ahli dalam Pas yang dikategorikannya sebagai “kartel dedak”.

Mereka yang disenaraikannya itu ialah:-
  1. Dr. Hussam II.
  2. Mr. NT.
  3. Mr. KT.
  4. Mr. KH.
  5. “Semua dah tahu.

Zaharuddin seterusnya menambah, “Yang nombor 5, sahabat yang bagus. Cuma terlalu ikut kawan-kawan dan jadi ‘front liner’ (barisan hadapan) bela kawan. Yang dia tahu tak banyak pun.

“Ramai-ramai ni, (individu) nombor 1 tu saja saya fokus. Sebab yang dia buat ‘Mr2’ (individu nombor 2) sampai ‘Mr5’ (individu nombor 5) tak tahu pun.

“Dia maha licik mengalahkan Hussam. Sapu kiri kanan.

“Dengan Azmin (Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali) pun rapat. Pernah cuba mendedak dengan Azmin tapi tak tahu dapat ke tidak,” kata Zaharuddin lagi melalui catatan dalam Facebooknya.

Alamak? Yang semua ingin tahu, siapa 5 “kartel dedak” yang dimaksudkan Zaharuddin itu?

Sediakah mereka tampil mengaku atau Zaharuddin mungkin akan mendedahkan maklumat lebih detail selepas ini?

Yang tak kurang menariknya juga ialah sejak bila “kartel dedak” ini wujud dalam Pas?

Hadi Awang Nafi Bagi Restu Dedah Siapa Kartel Dedak

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai "kartel dedak".

Bercakap kepada media di Ampang, Selangor, Abdul Hadi berkata beliau tidak pernah berbuat demikian dan kenyataan dibuat Zaharudin Muhammad di luar pengetahuannya.

“(Saya) restu itu, tak betul. Saya tak ada restu,” tegasnya.

Hadi juga berkata, pendedahan "kartel dedak" yang dikisahkan secara bersiri oleh menantunya itu boleh diibaratkan sebagai filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

"Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.

"Kita anggap perkara itu dah selesai, ia melibatkan disiplin," ujar Abdul Hadi.

Langgar disiplin parti

Antara yang disebut secara jelas ialah dua anggota parlimen PAS iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Dr Khairuddin Aman Razali yang masing-masing mewakilli kawasan Bachok, Kelantan, dan Kuala Nerus, Terengganu.

Turut dilibatkan dalam dakwaan Zaharudin ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Zaharudin, yang mengaku menjadi "komander" untuk menyingkirkan kumpulan "jebon" sebelum ini - memberitahu pendedahannya mengenai kumpulan terbabit direstui Abdul Hadi.

Nik Abduh pula sebelum ini mendakwa Abdul Hadi merestui beliau agar tidak bercakap benar semasa ditanya mengenai kesahihan audio satu ucapan dalam majlis dihadirinya bersama Zaharudin beberapa tahun lalu.

Zaharuddin menerusi kenyataan di Facebook juga menjelaskan tindakannya mendedahkan gerakan "kartel dedah" itu bertujuan mengelak serangan parti lawan serta menjarakkan pimpinan PAS daripada isu wang Umno.

Sementara itu mengulas isu sama, Takiyuddin berkata Jawatankuasa Disiplin PAS sudah menerima aduan mengenai tindakan yang dipercayai melanggar peraturan parti.

"Kita dimaklumkan, menerima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

"Jawatankuasa Disiplin PAS akan membuat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan," katanya.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu menambah, isu tersebut tidak wajar diungkit semula.

Katanya, ada kemungkinan Zaharudin akan dikenakan tindakan disiplin jika jawatankuasa yang menyiasat aduan tersebut berpendapat ia adalah tidak perlu.

Sementara itu Nik Abduh ketika ditemui sebelum bermulanya sidang media dan ditanya isu "kartel dedak" itu enggan mengulas lanjut.

Beliau sebaliknya mengarahkan pemberita bertanya kepada Abdul Hadi secara terus.

"Jangan tanya saya, pergi tanya di dalam (bilik sidang media) di sana ada semua jawapan," katanya ringkas.

MB Terengganu Bukan Ahli Kartel

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tampil menafikan dua nama yang dikaitkan dalam senarai ahli 'kartel dedak' yang didedahkannya sebelum ini.

Melalui hantaran Facebook, Zaharudin menafikan “Dr Hussam II” dan “Mr. KT” dalam senarai yang didedahkannya merujuk kepada Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi.

Zaharudin juga menuduh Amanah bertanggungjawab dalam mengaitkan nama-nama yang ada dalam senarai itu.

“Ini palsu. Tak sama dengan apa yang saya maksudkan.

"Takkan menteri besar Terengganu terlibat? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terlibat. Jangan percaya (dakwaan) Amanah,” tulisnya.

Pada 10 Mei 2019 lalu, Zaharudin mendedahkan wujudnya "kartel dedak", dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3