Tuesday, May 14, 2019

Apa Itu Cacar Monyet, Punca, Simptom Dan Rawatannya


Cacar monyet (Monkeypox) adalah sejenis penyakit yang jarang ditemui, berpunca dari sejenis virus yang dipindahkan dari haiwan liar kepada manusia, selepas makan daging haiwan tersebut yang dipercayai merupakan sumber jangkitan virus cacar monyet.

Cacar Monyet

Virus cacar monyet pertama kali ditemui di Singapura, selepas seorang warga Nigeria dijangkiti penyakit ini. Hasil siasatan, orang Nigeria itu dijangkiti penyakit cacar monyet kerana memakan daging tikus (bush meat) yang dijangkiti virus berkenaan dalam satu kenduri kahwin di Nigeria sebelum masuk ke Singapura.

Monkeypox atau cacar monyet adalah virus yang mirip dengan cacar yang biasa menjangkiti manusia, sebenarnya sudah dibenteras pada 1980.

Virus cacar monyet tidak tersebar dengan mudah kepada manusia kecuali dalam kes yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan akibat yang teruk jika tidak dirawat.

Menurut keterangan dari Pusat Penyelidikan dan Pencegahan Penyakit yang berpangkalan di AS, jangkitan virus cacar monyet pada manusia hanya pernah dilaporkan sebanyak 3 kali di luar Afrika iaitu di Amerika Syarikat, Inggeris dan Israel.

Gejala Dan Simptom Cacar Monyet

Tanda-tanda biasa apabila dijangkiti penyakit cacar monyet adalah demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit belakang, nodus limfa bengkak dan ruam.

Cacar monyet biasanya terhad kepada pesakit dengan kebanyakan mereka akan pulih dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Cacar monyet juga biasanya berlanjutan selama 2-4 minggu, bermula dengan demam dan sakit kepala, sebelum timbulnya benjolan kecil (pustula) yang akan tersebar ke seluruh tubuh.

Dalam sesetengah kes, virus cacar monyet boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia, sepsis, ensefalitis (keradangan otak) dan jangkitan mata dengan risiko kehilangan penglihatan.

Jangkitan

Penyakit cacar monyet hanya boleh berjangkit apabila seseorang itu memakan daging tikus, monyet atau kelawar yang dijangkiti dengan virus berkenaan dan ia tidak merebak melalui sentuhan atau pernafasan.

Rawatan

Beberapa luka yang berlubang akibat dijangkiti cacar monyet akan menjadi nekrosis (sel mati) dan menghancurkan kelenjar sebasea dan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan.

Walau bagaimanapun, cacar monyet tidak berbahaya jika dibandingkan dengan jangkitan cacar air.

Untuk merawat cacar monyet, pesakit akan diberikan vaksin dalam jangka dua minggu selepas cacar monyet dikesan.

Antibiotik serta vaksin immuno globulin turut disarankan untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh bagi melawan jangkitan cacar monyet ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon