Thursday, January 11, 2018

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia


Namun disebalik kecomelan dan kegebuan seekor kucing, tahukah anda bahawa harga seekor kucing boleh mencecah belasan ribu malah ratusan ribu ringgit bergantung kepada ketulenan dan baka yang jarang ditemui.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis baka kucing termahal di dunia.

1. Ashera
Harga: RM64,000 hingga RM426,000

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Baka kucing termahal di dunia jatuh kepada, Ashera, merupakan baka yang dikacuk antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik biasa.

Berkarakteristik, sangat bijak, setia dan juga manja, namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikai kerana satu-satunya kucing yand diuji DNA-nya terbukti sebagai baka Savannah.

2. Savannah
Harga: RM6,400 hingga RM212,000

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Sama seperti Bengal, baka Savannah juga merupakan hasil hyrbid atau campuran di antara baka domestik dan juga baka serval.

Baka ini sangat bijak dan pintar serta lebih setia jika dibandingkan dengan anjing.

Pada tahun 2001, baka ini diterima oleh The International Cat Association (TICA) sebagai baka berdaftar yang baru dan diterima oleh TICA sebagai baka kejohanan.

3. Bengal
Harga: RM4,300 hingga RM106,000

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Sekali pandang sebijik macam harimau kumbang, tapi ini sebenarnya seekor kucing. Ia merupakan hybrid yang terhasil daripada campuran baka antara baka domestik dan kucing Asian Leopard (ALC), Prionailurus bengalensis.

Harganya yang terlalu mahal membuatkan baka ini turut melambangkan kekayaan seseorang.

4. Allerca Hypoallergenic
Harga: RM25,500

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Namanya agak panjang dan pelik berbeza daripada baka-baka lain namun ia merupakan kucing yang biasa.

Namun, terdapat sedikit keistimewaan pada baka ini dimana ia merupakan hasil kepada pelbagai ujikaji genetik.

Saintis-saintis yang mengkaji untuk menghasilkan baka ini cuba untuk mencari formula untuk mematikan genetik yang menyebabkan alergi kepada sesetengah orang.

5. Parsi
Harga: RM2,100 hingga RM23,500

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Antara baka kucing yang paling disukai ramai kerana rupanya yang sangat comel dan bulu super-gebu.

Kucing Parsi mempunyai wajah yang bulat dan muncung yang pendek, juga dikenali sebagai Persian Longhair.

Dikenali sebagai kucing Shirazi di Iran dan dipanggil kucing Iran di Timur Tengah, dibiak oleh orang Inggeris pada mulanya dan oleh pembiak di Amerika selepas Perang Dunia Kedua.

Pecahan baka bagi kucing Parsi ini adalah Exotic Shorthair dan juga Himalayan.

6. Peterbald
Harga: RM5,000 hingga RM20,000

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Juga berasal dari Rusia, kucing yang kelihatan seolah-olah seperti Sphynx ini adalah hasil daripada ujikaji mengawan antara baka Juara Dunia kategori betina Oriental Shorthair dan baka Donskoy.

Ia amat bijak, bertenaga serta bersifat ingin tahu sert mempunyai badan yang ramping dan berotot. Baka kucing jenis ini tiada masalah untuk hidup bersama haiwan peliharaan lain.

7. Russian Blue
Harga: RM1,700 hingga RM12,800

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Dikatakan berasal dari pelabuhan Arkhangelsk, Rusia, kucing ini terkenal dengan sifatnya yang suka bermain, ingin tahu serta pintar.

Mereka juga mudah untuk membentuk hubungan yang rapat dengan pemilik mereka dan disukai disebabkan oleh personaliti, kecantikan dan warna mereka.

8. Sphynx
Harga: RM1,280 hingga RM12,800

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Walaupun bagi sesetengah orang, kucing ini kelihatan sangat hodoh dan menakutkan, namun ia merupakan salah satu baka yang paling terkenal di antara baka-baka lain.

Ramai selebriti Hollywood yang memiliki baka jenis ini termasuklah Steven Tyler, Lady Gaga dan Jennifer Anniston.

Ia mempunyai rupa yang sangat mudah untuk dikenali kerana tidak berbulu, namun ia memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus seperti memandikan seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Harganya yang sangat mahal membuatkan kucing ini mempunyai standard tersendiri.

9. Scottish Fold
Harga: RM850 hingga RM12,800

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Baka Scottish Fold amatlah unik. Tengok sahaja anda pasti sudah tahu apakah keunikannya. Ia merupakan baka yang mempunyai genetik dominan yang termutasi memberi kesan kepada tulang rawan di sepanjang badan menyebabkan telinganya seperti terlipat ke depan.

Sebelum ia mendapat nama Scottish Fold pada 1966, baka ini dipanggil "lop-eared" atau "lops" bersempena arnab yang mempunyai telinga yang serupa.

Terdapat beberapa pecahan baka bagi jenis kucing ini yang dikenali sebagai Highland Fold, Scottish Fold Longhair, Longhair Fold dan Coupari.

10. British Shorthair
Harga: RM2,000 hingga RM6,500

10 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Baka kucing ini dikatakan berasal dari Eropah dan diimport masuk ke Britain ketika penjajahan Roman pada abad pertama AD dan merupakan antara baka tertua di dunia.

Ia mempunyai keunikan pada badannya yang montel, bulu lebat serta muka yang lebar.

Warna yang paling lazim bagi kucing baka British Shorthair ini adalah "British Blue", mata berwarna tembaga (seakan oren), ekor sederhana panjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon