Wednesday, November 08, 2017

3 Perkara Peminat Kucing Bengal Wajib Tahu Tentang Spesis Ini

Loading...

Bengal atau Benggala sememangnya baka yang tidak asing dalam kalangan pencinta kucing. Tidak keterlaluan jika dikatakan Bengal digemari ramai kerana corak dan warna pada badannya yang disifatkan unik.

Fakta kucing Bengal

Namun tidak ramai sebenarnya yang tahu Bengal antara baka kucing yang sangat demanding atau mendesak perhatian pemiliknya.

Sangat aktif

Bagi pemilik kucing Bengal, masyarakat perlu membuang tabiat membela kucing tanpa memahami karakter dan keperluan kucing itu terlebih dahulu.

Bengal sejenis baka yang suka bersosial dengan manusia. Ia perlu sentiasa dilayan kerana sifat semula jadinya yang aktif dan agresif justeru sangat penting untuk pemiliknya mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama kucing Bengal.

Bengal cepat bosan apabila tidak dilayan. Apabila bosan, mulalah ia membuat perangai, contohnya merosakkan perabot atau kencing di merata-rata tempat, untuk menarik perhatian pemiliknya.

Sanggup 'berkorban'

Bukan itu sahaja, pemilik Bengal juga perlu bersedia untuk menghadapi 'kemusnahan' perkakasan rumah apabila memelihara kucing ini.

Bengal suka melompat dan memanjat. Jika anda memeliharanya di rumah, anda perlu bersedia untuk menyimpan semua barang-barang berharga di tempat yang tertutup dan tidak boleh dicapainya kerana Bengal mampu melompat tinggi.

Cenderung penyakit buah pinggang

Selain karakternya yang aktif, penting juga untuk pemilik mengetahui Bengal mempunyai kecenderungan menghidap penyakit buah pinggang dan masalah hati.

Mereka yang mahu membela Bengal perlu peka dengan tahap kesihatan kucingnya. Penting untuk menjaga pemakanannya bersesuaian dengan sifatnya yang aktif.

Bengal boleh diberi makan daging mentah kerana ia membantu memberi kucing itu bentuk badan yang tegap.

Selain itu, ada beberapa lagi perkara yang penting juga untuk diketahui, jika Bengal menjadi pilihan anda sebagai peliharaan.

Selain perilaku yang aktif, Bengal juga kucing yang 'bising' dan 'suka berbual' dengan manusia, sukakan air, justeru anda perlu berhati-hati jika mempunyai akuarium atau kolam.

Antara rutin grooming yang penting untuk Bengal adalah memberus giginya untuk mengelak penyakit mulut.

Bengal sangat bijak dan ia akan menghormati mereka yang melayannya dengan baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

sumber: astroawani

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon