Saturday, November 17, 2018

Misteri Sumpahan Almari Cooley

Misteri Sumpahan Almari Cooley

Kisah ini terjadi lebih kurang 150 tahun yang lalu di Kentucky, sebuah daerah di selatan Amerika Syarikat. Jacob Cooley, seorang lelaki kaya yang mempunyai ramai hamba abdi, pada suatu hari selepas mengetahui isterinya mengandung, telah mengarahkan Hosea, salah seorang hambanya yang mahir bertukang untuk membuat sebuah almari untuk bayinya.

Jacob Cooley Cursed Cupboard

Dengan kemahiran yang ada, Hosea telah membina sebuah almari kecil yang diperbuat daripada kayu mahal dan mempunyai empat laci.

Namun, entah mengapa Jacob tidak menyukai almari itu lalu memukul Hosea sehingga cedera parah dan akhirnya mati. Berang dengan perbuatan kejam Jacob, hamba abdi yang lain sepakat membalas dendam.

Salah seorang daripada hamba abdi tersebut pandai dalam ilmu sihir, lalu mengenakan sumpahan ke atas almari tersebut. Tujuannya agar semua keturunan Jacob yang menggunakan almari itu akan menerima nasib malang.

Dikatakan bahawa darah burung hantu telah ditaburkan pada almari itu semasa upacara tersebut. Adakah Jacob menerima akibat dari perbuatan kejamnya? Tidak.

Jacob Cooley terselamat, namun tidak keturunannya.

Keturunan Terkena Sumpahan

Tragedi bermula apabila bayi Jacob lahir. Bayi yang almari itu dibina untuknya tidak hidup lama. Ia meninggal tidak lama selepas dilahirkan.

Almari itu kemudiannya digunakan oleh salah seorang anak lelaki Jacob malangnya, dia mati ditikam oleh orang gajinya sendiri.

Jacob mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama John Cooley yang berkahwin dengan gadis bernama Ellie. Pasangan ini mewarisi kebanyakan harta termasuklah almari yang telah disumpah itu.

Kemudian, salah seorang anak perempuan Jacob bernama Melinda berkahwin dengan lelaki Ireland bernama Sean.

Untuk membantu kehidupan adiknya, John menyerahkan ladang di Tennessee untuk diuruskan oleh Melinda dan Sean.

Dipendekkan cerita, perkahwinan Melinda tidak bahagia walaupun dikurniakan beberapa orang anak.

Sean tidak gembira dengan kehidupan ladang, sebaliknya lebih suka berhibur dan berfoya-foya di bandar.

Ellie kemudiannya menghantar almari yang sudah sekian lama tersimpan di loteng rumahnya kepada Melinda sebagai hadiah untuk menggembirakan hati Melinda.

Apa yang terjadi?

Sejak menerima almari itu, hidup Melinda semakin tertekan apabila suaminya, Sean, lari meninggalkannya. Akhirnya, Melinda mati akibat terlalu stres dan kemurungan.

Tidak lama kemudian, Sean juga meninggal dunia selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Tamatkah sumpahan almari itu?

Selepas kematian adiknya, kebanyakan barangan peribadi Melinda dipulangkan semula ke rumah John Cooley di Kentucky termasuklah almari itu.

Anak bongsu Melinda bernama Evelyn yang dibawa John untuk tinggal bersamanya dipelihara seperti anak mereka sendiri.

Evelyn membesar menjadi seorang guru dan kemudian berkahwin dengan seorang lelaki bernama Malcolm. Selepas berkahwin, Ellie menghadiahkan almari lama itu kepada Evelyn.

Untuk seketika, tiada tragedi buruk berlaku sepanjang almari itu berada di dalam simpanan Evelyn. Mereka hidup bahagia dan melahirkan tiga orang anak. Mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Arabella.

Setelah dewasa, Arabella berkahwin dan kemudian berpindah mengikuti suaminya, namun meninggalkan gaun pengantin dirumah keluarga angkatnya itu.

Suatu hari, Evelyn yang sedang mengemas rumah kemudiannya menyimpan gaun perkahwinan tersebut di dalam almari yang disumpah itu. Tidak lama kemudian, suami Arabella mati secara tiba-tiba.

Sumpahan itu nampaknya belum terhenti!

Anak Arabella juga meninggal dunia tidak lama selepas ibunya menyimpan pakaiannya di dalam almari itu.

Salah seorang menantu perempuan Evelyn juga menemui ajalnya selepas menyimpan barang-barang perkahwinannya di dalam almari itu.

Nampaknya, sesiapa yang menyimpan pakaian atau barangannya di dalam almari itu akan menerima nasib malang.

Kemudian, salah seorang saudara Evelyn yang mengait sarung tangan dan skarf untuk anaknya sebagai hadiah krismas telah menyimpan tenunannya di dalam almari itu.

Tidak lama kemudian, dia mati setelah terjatuh di landasan kereta api, hanya sehari sebelum krismas, tanpa sempat memberikan hadiah tersebut kepada anaknya.

Satu demi satu kematian menjengah keluarga Evelyn, membuatkannya tertekan dan dihantui rasa bersalah hingga dia meninggal dunia.

Sumpahan Almari Kisah Dongeng

Masa berlalu. Menjelang abad ke 20, almari itu diwarisi oleh salah seorang cucu Evelyn bernama Virginia Cary Hudson.

Walaupun tahu kisah sumpahan almari itu, namun dia tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya sebuah cerita dongeng.

Almari lama dengan reka bentuk yang sangat sukar ditemui adalah barangan vintaj. Baginya, rugi jika tidak menggunakannya.

Apabila dia mula menggunakan almari tersebut, satu persatu perkara buruk menimpa keluarganya. Bayi pertama Virginia mati selepas pakaiannya disimpan di dalam lamri tersebut.

Masa terus berlalu selepas insiden itu. Virginia menggunakan semula almari itu untuk menyimpan pakaian anaknya yang lain dan tidak lama kemudian, anak itu menjadi lumpuh.

Salah seorang anak perempuannya juga menyimpan baju pengantinnya di dalam almari itu dan suaminya tiba-tiba menghilangkan diri.

Salah seorang anak lelakinya pula ditikam pada tangan, pun selepas menyimpan bajunya di dalam almari itu.

Bukan hanya keturunan Jacob, seorang rakan Virginia yang datang ke rumahnya dan menyimpan bajunya di dalam almari itu turut menerima nasib malang. Dia ditembak semasa memburu di dalam hutan.

Lama-kelamaan, Virginia mula percaya dengan sumpahan almari kayu tersebut. Dia lalu menceritakannya kepada rakan baiknya, Anne, yang kebetulan mempunyai kebolehan dalam perubatan mistik.

Menurut Annie, sumpahan almari itu hanya boleh dihapuskan dengan tiga syarat.

Pertama, Virginia perlu mencari bangkai burung hantu yang diberikan orang tanpa dia memintanya.

Kedua, daun pokok willow perlu direbus bermula dari matahari terbit sehinggalah matahari terbenam, di tepi bangkai burung hantu sebagai 'saksi'.

Ketiga, air rebusan itu perlu dimasukkan ke dalam jug bertangkai dan ditanam di bawah rimbunan pokok bunga dengan bahagian tangkainya menghadap ke arah timur dan lokasinya harus menghadap arah matahari terbit.

Mustahil?

Demi untuk melupuskan sumpahan almari itu dan tidak mahu ia meragut nyawa keturunannya di masa akan datang, Virginia nekad melakukan syarat-syarat itu dengan dibantu Annie. Akhirnya, mereka berdua berjaya menyempurnakan ketiga-tiga syarat tersebut.

Jug berisi air rebusan itu ditanam di bawah rimbunan pokok bunga di belakang rumahnya.

Menurut Annie, sumpahan itu akan berakhir apabila salah seorang dari mereka berdua mati sebelum musim baru menjelma.

Tidak lama kemudian, Annie meninggal dunia pada awal bulan September, sebelum musim luruh bermula.

Sumpahan Terakhir

Jika diikutkan kiraan, Annie adalah mangsa yang ke 17 dan yang terakhir. Selepas itu, almari itu diwarisi oleh salah seorang anak Virginia bernama Virginia C. Mayne.

Hidup pada alaf moden, Mayne agak skeptikal dengan kisah sumpahan almari itu, namun dia tidak mahu mengambil risiko.

Mayne sendiri tidak pernah menggunakan almari tersebut dan hanya disimpan diloteng rumah.

Pada tahun 1976, Mayne menyerahkan almari itu kepada Muzium Sejarah Kentucky untuk dijadikan salah satu barang pameran.

Adakah sumpahan misteri itu benar-benar telah lenyap?

Tiada siapa yang tahu.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Terapi Ruqyah, Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Terapi Ruqyah, Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Jin menurut bahasa Arab berasal dari kata ijtinan, yang membawa maksud sesuatu “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu bangsa yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.

Cara Mengetahui Kehadiran Jin Dalam Badan

Dinamakan sebagai jin, kerana ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Kalau adapun manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.

Tanpa kita sedari, jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan menetap di dalamnya. Mereka mengalir bersama aliran darah atau tinggal di kuku manusia yang panjang dan kotor.

Biasanya jin akan merasuki manusia yang imannya lemah justeru itu, bagaimanakah caranya untuk mengesan kehadiran jin dalm tubuh badan kita?

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan adakah dalam badan kita benar-benar ada gangguan jin, ataupun sebaliknya.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda kaedahnya yang dalam menjayakan kaedah ini, ada tiga langkah yang perlu dilakukan.

Langkah 1:

Mendengar Bacaan Ruqyah. Mudah saja caranya. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengarlah sehingga habis.

Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat.

Langkah 2:

Dengar Bacaan Ruqyah dengan teliti. Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan ruqyah tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun di dalam hati.

Langkah 3:

Perhatikan tindakbalas yang berlaku selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah. Cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda.

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Antara gejala tersebut adalah:
  • Batuk.
  • Berpeluh-peluh.
  • Terasa nak muntah.
  • Jantung berdegup dengan laju.
  • Berdebar-debar.
  • Terasa benda bergerak di bawah kulit.
  • Sendawa.
  • Mengantuk.
  • Pening kepala.
  • Menguap.

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, ini menunjukkan bahawa memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda.

Maka di sini, kami menasihatkan anda agar segera mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:


sumber: perawatislam

Friday, November 16, 2018

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro5: Apa Kelebihan Minyak Ini Kepada Enjin Kereta Anda?

Diesel Euro 5 dicipta untuk tahan lebih lama dengan setiap tangki, selain mengekalkan kebersihan enjin dan menawarkan bahan api lebih cekap kepada pengguna kerana mengandungi sulfur rendah untuk prestasi maksimum bagi penjagaan enjin.

Minyak Diesel Euro5

Diesel Euro 5 bakal menjadi gred minyak di semua stesen menjelang 2020 yang digazet perlaksanaannya oleh kerajaan Malaysia, untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan kualiti minyak diesel yang lebih baik, juga terbukti dan diuji sepenuhnya dalam perlumbaan Rali Dakar, sebagai medan ujian bagi teknologi Diesel Euro 5 ini.

Sesuai untuk kegunaan trak pikap, kenderaan komersial dan kereta penumpang, Euro5 tidak sahaja melindungi enjin dan mengekalkan kuasa malah menghasilkan pembakaran lebih bersih serta dapat mengurangkan asap dan lebih jimat.

Kelebihan Diesel Euro5

Jika dibandingkan dengan diesel Euro 2M yang ditawarkan sekarang, diesel Euro 5 mempunyai kandungan sulfur yang jauh lebih rendah dan dapat disesuaikan dengan enjin moden supaya mencapai tahap optimumnya.

5 ciri isitimewa diesel Euro 5;
  • Aditif 100% baharu, yang dapat membersihkan enjin serta muncung dan dalaman 'injector'.
  • Dapat membantu memulihkan enjin, membersihkan mendapan/deposit yang ada pada enjin.
  • Ramuan yang dapat meningkatkan pembakaran. Ini adalah berkenaan rumusan kimianya.
  • Jumlah 'Cetane' yang tinggi. Enjin akan mudah stabil apabila baru dihidupkan dan kurang asap.
  • Kadar ketumpatan tinggi. Tenaga dapat diperoleh daripada sumber yang lebih kecil. Membawa kepada penjimatan bahan api.

Formula Euro 4M Ron97 kurangi geseran silinder

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah lama memperkenalkan bahan api petrol terbaru, Petronas Primax 97 (Ron97) yang pertama dengan formula tenaga dirumus khas menepati spesifikasi Euro 4M, yang mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) lebih rendah.

Petrol itu adalah rumusan baru pertama di dunia yang mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan lebih lancar.

Bahan api dari Petronas ini dihasilkan dari loji penapisan Kertih dan Melaka, dihasilkan melalui penyelidikan dari makmal tempatan dan bukan bahan api yang diimport.

PDB menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan petrol tanpa plumbum pada Ogos 1990 dan Ron 97 teknologi baru bertaraf dunia, Euro 4M.

Setiap tahun, PDB memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex), RM500 juta dan lebih kurang 50 peratus diperuntukkan bagi segmen runcit termasuk pengenalan bahan api baharu.

Minyak petrol Euro 4M Ron97 Petronas dicipta bagi melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama Malaysia, memberikan pembakaran lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Anti-Yahudi Di Amerika Syarikat

Anti-Yahudi Di Amerika Syarikat

Kini sikap anti-Yahudi semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat (AS). Kebencian terhadap Yahudi sudah pun merebak. Di UK atau Britain, sikap anti-Yahudi dalam kalangan kulit putih sering mendapat tajuk berita besar di akhbar, TV dan radio.

AS Anti-Yahudi
Yahudi yang membenci Zionis Yahudi.

Ini membuktikan bahawa Yahudi yang berzaman-zaman dibenci di Eropah dan banyak tempat lain di dunia terus disangsikan.

Baru-baru ini terdapat satu tinjauan pendapat yang merumuskan bahawa orang Yahudi ialah yang dibenci zaman berzaman walaupun perkataan ‘benci’ dimaniskan dengan istilah ‘diskriminasi’ seperti terkandung dalam ayat ‘Yahudi ialah bangsa yang paling luas mengalami diskriminasi’.

Di Poland, maklumat yang diberikan ialah sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat 1 dalam 3 orang Poland adalah terdiri daripada Yahudi. Sekarang ini, hanya satu dalam 100. Sebabnya mereka dibunuh beramai-ramai oleh Hitler.

Ramai yang selamat selepas perang berpindah ke tempat-tempat lain, terutama ke AS. Kota New York adalah salah sebuah yang terkaya di dunia, kalaupun tidak yang terkaya, di mana terdapat konsentrasi Yahudi paling ramai, kira-kira dua juta orang.

Dengan memiliki sumber-sumber kekayaan yang pelbagai di situ, Yahudi menggenggam ekonomi AS.

Dari situ, mereka kontrol politik dan universiti-universiti utama. Saluran TV Bloomberg di Kuala Lumpur adalah salah satu kepunyaan Yahudi.

Bloomberg ialah bekas Datuk Bandar New York. Ini bererti beliau menonjol dalam politik dan ekonomi. Bank-bank besar AS mempunyai pemilik saham dominan, seperti Citibank, terdiri daripada orang Yahudi.

Bakal calon Presiden AS yang diatasi Hillary Clinton dalam parti Demokrat pada tahun 2016, Bernie Sanders, adalah orang Yahudi. Orang paling kuat di sebelah Presiden Trump ialah Kushner, menantunya.

Keputusan Trump memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmuqaddis dan mengenakan himpitan keras kepada Iran adalah permainan Kushner.

Semuanya itu sebagai satu tindakan anti Palestin dan tindakan untuk menyedapkan Israel, takut kalau-kalau Iran ada bom atom untuk memeranginya.

PM Tun Mahathir mengatakan bumi Arab menjadi tidak aman setelah Israel ditubuhkan. Kemudiannya Yahudi mengenyahkan orang Palestin dari bumi mereka dalam tahun 1948, 70 tahun dulu.

Namun orang Palestin sedar dan faham pengajaran dari sejarah. Pejuang Sepanyol mengambil masa 800 tahun untuk menghalau orang Arab yang memerintah Sepanyol Selatan, atau Andalusia, sehingga tahun 1492.

Pengajarannya ialah, kegigihan yang berterusan, walau berapa banyak kematian dan pengorbanan, suatu hari akan membawa kejayaan.

Itulah juga yang dialami Iskandar Zulkarnain yang meninggal di utara India 2,300 tahun dulu – menang bertukar kalah apabila dilawan oleh orang tempatan tanpa kunjung padam.

Begitu jugalah nasib Genghis Khan 800 tahun dulu: menang berganti kalah akibat asakan anak watan yang berterusan.

Yahudi kini hanya bergantung kepada AS. Jika berlaku perubahan hati orang Amerika, bilamana sentimen anti-Yahudi menebal dan meluas, Yahudi akan hilang Israel lambat laun. British, Jerman dan Perancis akan lepas tangan.

Penindasan Yahudi terhadap orang Palestin akan berlalu. Maka logiknya Yahudi akan balik asal. Ini disedari dan difahami mereka.

Justeru ia kini tidak ada pilihan lain melainkan melakukan apa saja selagi ada sokongan AS.

Antisemitisme

Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga.

Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.

Etimologi

Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi") dan telah digunakan sedemikian sejak itu.

Tokoh anti Semitik

Mana-mana tokoh yang anti-kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop/dilabel sebagai anti-Semetik.

Antaranya:

1. Tun Mahathir Mohamad, kerana menyelar peranan George Soros dalam krisis kewangan Asia 1997-1998. Dalam Sidang Kemuncak OIC 2003 ke-10 di PICC, Putrajaya, Mahathir menafikan beliau anti Semitik.

"Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Mereka menggunakan orang lain untuk berperang dan mengorbankan nyawa bagi pihak mereka. Kaum Yahudi hendaklah berhenti daripada membunuh orang Arab, manakala orang Arab berhenti dari membunuh orang Yahudi."

Ekoran kenyataannya itu, Malaysia menerima reaksi negatif daripada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Malah Britain memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London.

Diplomat Israel Dr. Moshe Yegar menulis, "A Visit in Malaysia (1960)" dan Malaysia Anti-Semitism Without Jews (2006) yang secara jelas mengkritik dan melabel mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik.

2. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009.

Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan. Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).

Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'. Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'.

3. Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerana menyelar peranan agensi APCO membantu mempromosikan nama dan jenama 1Malaysia.

4. Faruq Hosni, kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | wikipedia

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Larangan mempercayai pawang, dukun atau bomoh dan mempelajari ilmu daripada mereka disebabkan terselitnya unsur-unsur penipuan dan kebatilan.

Belajar Ilmu Dukun
Gambar hiasan.

Kebanyakan perkhabaran berita, syarat dan bentuk amalan yang ditetapkan oleh mereka merupakan ilham dan bisikan oleh syaitan.

Firman Allah dalam surah as-Syu’ara ayat 221-223:

”Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”

Antara sebab utama ilmu perbomohan dianggap sebagai perbuatan kufur ialah kerana ilmu tersebut berasal dari syaitan.

Ilmu perbomohan menetapkan syarat-syarat yang pelik-pelik, tidak logik dan tiada kaitan dengan sebab dan musabbab.

Syarat-syarat tersebut merupakan helah iblis dan syaitan untuk melihat sejauh mana kepatuhan anak Adam kepada mereka.

Satu kisah yang paling jelas untuk kita hayati ialah sebuah athar yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab Sunan beliau bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata:

“Telah datang kepadaku seorang wanita dari penduduk Daumah Al-Jandal mencari Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda untuk bertanya tentang satu perkara berkaitan mempelajari sihir tetapi tidak beramal dengannya.

Kata wanita ini, “Suamiku telah hilang dariku. Kemudian datang seorang wanita tua lalu aku mengadu hal ini kepadanya. Lalu wanita tua itu berkata: “Sekiranya engkau melakukan apa yang aku suruh, nescaya suamimu akan kembali kepadamu”.

Apabila tiba waktu malam, wanita tua itu datang bersama dua ekor anjing hitam. Maka aku menaiki salah satu anjing itu dan dia menaiki yang seekor lagi. Dalam masa yang sekejap, kami sudah sampai di Babilon. Aku dapati ada dua orang lelaki yang tergantung dengan kakinya.

Lalu lelaki itu berkata, “Apa yang kamu mahu?” Maka aku berkata, “Aku ingin belajar sihir”. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami ini fitnah, jangan kamu kufur. Oleh itu, pulanglah”.

Aku tidak mempedulikan nasihat mereka lalu berkata, “Aku tidak akan pulang!” Mereka berdua berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya. Selepas itu, datanglah kembali”.

Maka aku pun pergi dan aku rasa menggeletar serta takut. Kemudian aku kembali mendapatkan mereka berdua dan aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”.

Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?”. Aku menjawab, “Aku tidak nampak apa-apa”. Maka mereka berkata, “Engkau berbohong. Engkau belum kencing di situ. Pulanglah ke negeri engkau dan jangan kamu jadi orang yang kufur. Sesungguhnya engkau bertanggungan atas urusan kamu”.

Aku enggan pulang, lalu mereka berkata, “Pergilah engkau kepada bekas nyalaan api itu dan kencinglah padanya”. Lalu aku pun pergi dan kencing padanya. Maka aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku.

Dan aku datang bertemu dengan kedua-duanya lalu aku berkata, “Aku telah lakukan apa yang kamu suruh tadi”. Mereka bertanya, “Apa yang kamu nampak?” Aku menjawab, “Aku melihat seorang pahlawan berkuda yang memakai baju besi keluar dari tubuhku dan naik ke langit sehingga dia hilang dari pandanganku”.

Kedua-duanya berkata, “Engkau benar. Itulah iman telah keluar dari engkau. Sekarang pergilah engkau”.

Maka aku berkata kepada wanita tua itu, “Demi Allah! Aku tidak tahu sesuatu tentang ini dan tiadalah kedua-dua orang itu memberitahu aku sesuatu apa pun”. Maka perempuan tua itu berkata, “Bukan begitu. Tiadalah sesuatu yang engkau inginkan kecuali ia akan menjadi. Ambil biji gandum ini dan semai”.

Maka aku semaikan dan aku berkata, “Tumbuhlah!”Maka tumbuhlah gandum itu. Dan aku berkata lagi, “Membiaklah!” Maka gandum itu berkembang biak. Dan aku berkata, “Tuailah!” Maka iapun tertuai. Dan aku berkata, “Kisarlah!” Maka ia pun terkisar. Dan aku berkata, “Jadilah roti!” Maka ia menjadi roti.

Dan apabila dapati setiap sesuatu yang aku inginkan segera berada ditanganku, maka aku rasa amat menyesal. Dan demi Allah wahai Ummu Mukminin, tiadalah aku melakukan sesuatu dan aku tidak akan melakukannya selama-lamanya.”

Berdasarkan athar di atas, kita akan dapati betapa mudahnya untuk mempelajari sihir. Hanya dengan kencing di bara api, maka wanita itu sudah mempunyai kebolehan yang luar biasa.

***

Perbuatan belajar dari bomoh dan pawang dengan tujuan untuk beramal dengan ilmu tersebut secara jelas mengingkari perintah Nabi SAW.

Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa kita berasa tidak cukup dengan apa yang telah dibekalkan oleh Rasulullah SAW sehingga terpaksa mendapatkan dari sumber yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Thursday, November 15, 2018

5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

Dalam anda bergembira merancang percutian ke Indonesia, anda harus mengetahui perkara-perkara yang tidak patut anda lakukan disana demi keselamatan dan perjalanan berjalan lancar dan sememangnya Indonesia adalah antara negara yang menjadi tarikan pelancong kerana pelbagai destinasi yang menarik di sana.

Melancong Ke Indonesia
Bali, Indonesia.

Ini adalah perkara-perkara jangan lakukan, yang anda perlu ambil perhatian.

1. Jangan bergurau tentang bangsa, agama dan etnik

Sedia maklum, rakyat Indonesia terdiri dari berbilang bangsa, budaya dan kepercayaan. Jika anda melancong ke negara tersebut, anda haruslah menghormati kepelbagaian mereka dan tidak menghina bangsa atau agama kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan.

Isu berkaitan bangsa dan kepercayaan sesuatu yang sensitif dan tidak harus dipandang rendah.

2. Jangan minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad di tempat awam

Buat pengetahuan semua, adalah tidak digalakkan untuk minum minuman beralkohol atau bermain permainan kad yang sering dikaitkan dengan perjudian di tempat awam.

Ini kerana undang-undang di Indonesia masih dipengaruhi oleh prinsip-prinsip Islam. Tapi jika anda bercuti ke Bali, anda dibenarkan melakukan perkara ini.

3. Jangan menyeludup dadah

Dadah adalah perkara serius dan bagi mereka yang tertangkap kerana memiliki dan mengedar dadah, anda boleh dihukum sehingga mati dan ini juga berlaku kepada pelancong antarabangsa.

4. Jangan terlalu bergantung pada kad kredit

Jika anda seorang yang tidak suka membawa wang tunai, ianya akan menjadi satu masalah. Ini kerana jika anda datang melawat ke tempat-tempat yang penuh kebudayaan, tempat yang penuh dengan alam semula jadi, anda memerlukan wang tunai untuk membayar.

Selalunya tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong, untuk bergambar pun perlu bayar, jadi jika anda tiada aliran tunai, mungkin anda akan terlepas peluang bergambar.

5. Elakkan hitchhike

Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia

Ketika berada di Indonesia, anda haruslah berhati-hati ketika seseorang menawarkan anda pertolongan ketika dalam perjalanan kerana mungkin mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

Meskipun hitchiking dianggap cool di dalam filem, adalah lebih baik untuk mengelakkannya kerana anda mungkin tidak bernasib baik.

Terdapat beberapa kes dimana pelancong telah dibawa ke tempat lebih jauh dan diugut untuk membayar wang untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Sekiranya anda bakal ke Indonesia, diharap anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Fakta Menarik Tentang Zombie

Fakta Menarik Tentang Zombie

Zombi adalah cerita rakyat atau urban legend, diceritakan dari mulut ke mulut yang terkenal di negara barat terutamanya negara Amerika Utara dan Eropah.

Fakta Menarik Tentang Zombie

Di negara kita pula, kisah tentang Zombi telah difilemkan sebagai filem komedi seram yang bertajuk Zombi Kampung Pisang, berlatar belakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian Zombi berlaku. Filem ini merupakan filem Zombi pertama di Malaysia.

Menurut cerita rakyat, Zombi adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang dipukau sehingga hilang pertimbangan dan kesedaran diri, namun masih mampu untuk bergerak dan bertindak balas terhadap rangsangan di persekitaran.

Mengikut ilmu hitam voodoo yang asal, perkataan Zombi pada mulanya merujuk kepada sumpahan yang dibuat oleh tukang-tukang sihir yang membolehkan mereka untuk mengawal minda seseorang, oleh itu memberi kesan terhadap tindakan-tindakan mereka yang digelar Zombi.

Walau bagaimanapun, disebabkan pengaruh penting voodoo Haiti dan voodoo New Orleans terhadap mitologi ilmu sihir, makna perkataan Zombi ini telah berubah menjadi mayat manusia yang hidup semula secara misteri untuk berkhidmat kepada makhluk ghaib.

Sejak abad ke-19 lagi, Zombi telah meraih populariti yang besar di luar negara, terutamanya dalam cerita rakyat Amerika Utara dan Eropah.

Dalam budaya yang lebih popular, terdapat beberapa bentuk Zombi. Terdapat orang-orang yang dibangkitkan dari antara orang mati oleh sihir atau ritual atau rohnya dikembalikan oleh beberapa peristiwa ghaib seperti dalam filem George Romero atau orang biasa bertukar menjadi kanibal yang ganas yang disebabkan oleh virus seperti dalam filem “28 Days Later” atau filem-filem “Residen Evil”.

Ada yang tidak mempunyai akal fikiran, berwajah seperti raksasa dan yang lainnya licik dan tangkas.

Zombi boleh muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada dibangkitkan semula daripada kematian oleh sihir Greek atau dengan bantuan syaitan.

Ketika mula-mula dibangkitkan, ingatan dan personaliti Zombi mungkin masih utuh dan mereka boleh berkelakuan normal seperti manusia biasa selama beberapa hari sebelum mula menjadi ganas, tidak terkawal dan timbul keinginan yang sangat kuat untuk memakan daging manusia.

Sebagai makhluk yang dibangkitkan semula daripada kematian, Zombi mempunyai kekuatan dan ketangkasan yang luar biasa dan kuasa pemulihan semula badan mereka juga sangat cepat.

Dari segi kekuatan, Zombi lebih kuat berbanding manusia dan disebabkan kekuatan yang luar biasa, Zombi dapat mengalahkan manusia dengan mudah, walaupun mereka ini agak lemah berbanding dengan kebanyakan raksasa yang lain.

Dilihat dari sudut kepantasan pula, Zombi boleh bergerak dengan langkah yang cepat dan lebih laju daripada manusia.

Mereka dapat bergerak secara bersahaja melalui hutan, walaupun melalui hutan yang tebal. Zombi mempunyai stamina yang tinggi. Mereka tidak mudah merasa penat walaupun mereka berada dalam keadaan kelaparan yang teramat sangat.

Zombi mempunyai deria pendengaran dan mungkin juga deria penglihatan yang lebih baik berbanding manusia. Ini termasuklah mempunyai deria bau yang kuat.

Selain itu kuasa pemulihan semula Zombi adalah sangat cepat. Walaupun badan Zombi boleh menerima kecederaan dan kerosakan, mereka boleh membaik pulih dari kecederaan mereka dengan cepat.

Badan Zombi juga mampu untuk tumbuh semula jika mengalami kecederaan. Zombi sangat sukar untuk dibunuh semula walaupun mereka boleh dicederakan kerana mereka telah lali pada rasa sakit.

Kaedah untuk menghapuskan Zombi secara amnya melibatkan pemancungan kepala, pancang atau dibakar.

Di samping itu juga, ciri-ciri lain untuk mengenal Zombi adalah melalui kematian tumbuh-tumbuhan. Kehadiran Zombi di sesuatu tempat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan di kawasan mereka layu dan mati kerana Zombi adalah satu bentuk korupsi alam ghaib bagi hukum alam.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Zombi melalui lambakan filem-filem tentang Zombi yang telah banyak diterbitkan pada masa ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kisahseram

Wednesday, November 14, 2018

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Apa Sebenarnya Maksud Kecerdasan Buatan?

Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence, juga dikenali sebagai (AI) merupakan kajian kejuruteraan mesin yang mampu melakukan fungsi dengan ciri-ciri pemikiran manusia yang telah bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20, membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan.

Kecerdasan Buatan

Secara ringkasnya juga, Kecerdasan Buatan adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengan fungsi mesin untuk menyelesaikan masalah yang rumit untuk diselesaikan oleh manusia.

Perkara ini biasanya dilakukan dengan mengikuti atau mencontohi karakteristik dan analogi berfikir manusia dan menerapkannya sebagai algoritma yang dikenali oleh komputer.

Dengan suatu pendekatan yang lebih fleksibel dan efisien bergantung keperluan, akan mempengaruhi bagaimana wujudnya perilaku kecerdasan buatan.

AI biasanya dihubungkan dengan komputer, tetapi juga berkaitan dengan bidang lain seperti Matematik, Psikologi, Kajian, Biologi, Filosofi dan banyak lagi.

Kemampuan untuk mengkombinasikan pengetahuan dari semua bidang ini akhirnya akan memberi manfaat bagi kemajuan dalam upaya mencipta suatu kecerdasan buatan.

Pada awal penciptaan komputer, ia hanya berfungsi sebagai alat mengira sahaja, namun seiring dengan perkembangan zaman, maka peranan komputer semakin mendominasi kehidupan manusia.

Komputer tidak lagi digunakan sebagai alat mengira, malah kini diharapkan untuk melakukan semua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia.

Jadi, secara ringkasnya, kecerdasan buatan adalah sebahagian ilmu komputer yang membuatkan mesin mampu melakukan pekerjaan seperti dan setanding manusia.

ISTILAH

AI adalah satu bidang ilmu komputer yang dicipta pada pertengahan tahun 1950-an dan istilah ini telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.

Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik dan sistem diagnostik.

PENGGUNAAN

Program AI mempunyai banyak aplikasi yang digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, perkhidmatan keselamatan dan pelbagai lagi.

Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet dan program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu.

Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakar analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik dan contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997.

Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat.

Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.

Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari.

Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal.

JENIS AI

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk:

Algoritma genetik

Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.

Logik kabur

Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum, berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.

Rangkaian neural

Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar, berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.

SEJARAH KECERDASAN BUATAN

Aplikasi kecerdasan tiruan (buatan) merupakan proses dimana peralatan dapat melaksanakan kerja dengan menggunakan pemikiran atau kecerdasan seperti manusia.

Tahun 1963, merupakan tahun bersejarah lahirnya beberapa aplikasi kecerdasan buatan.

Seperti Samual yang menulis sebuah program lalu memberikannya nama checker playing program, ia bukan hanya digunakan untuk bermain game, tetapi dicipta untuk belajar dari pengalaman pada permainan sebelumnya.

Pada tahun yang sama banyak ditemui pembuktian theorema (theorem proving) yang mendukung AI seperti logic theorist yang diawal percubaan digunakan untuk membuktikan teori matematik tentang Prinsip Matematik Whiteheat dan Russel.

Theory Gelernter membuktikan pencarian kawasan yang lain dari matematik iaitu geometri. Lalu ada pembuktian dengan abstraksi/eksternal dengan menggunakan objek sebagai pemecah masalah umum.

SEJARAH PENCIPTAAN AI

Sebelum tahun 1963 dan tahun berikutnya menjadi tolak ukur perkembangan sistem pakar.

Sistem Pakar atau expert System merupakan bahagian dari ilmu kecerdasan tiruan/buatan.

Bila diambil dari sejarah sistem pakar berdasarkan tahun, kesimpulan tahun lahir dan perkembangan sistem pakar adalah seperti berikut:
  • Tahun 1943, Post E.L. Membuktikan bahawa masalah komputer dapat diselesaikan dengan aturan IF-THEN.
  • Tahun 1961, General Problem Solver (GPS) oleh A. Newel dan H. Simon. Sebuah program yang dibangunkan untuk menyelesai masalah mulai dari games sehingga kepada matematik.
  • Tahun 1969, Dendral. Dibangunkan di Stamford University atas permintaan Nasa (Buchanan dan Feigenbaum) untuk melakukan analisisis kimia terhadap keadaan tanah di planet Marikh.
  • Tahun 1970, MCYN. Dibuat untuk mendiagnosa ubat-ubatan oleh Buchanan dan Shortliffe.
  • Tahun 1982, R1/XCON. Dicipta oleh saintis di Carnegie Melon University (CMU), merupakan sistem pakar pertama yang dibuat.

MAMPUKAH AI MENGGANTIKAN MANUSIA?

Oleh kerana bidang ini masih baharu berbanding cabang-cabang sains lain, masih tiada jaminan cara mana akan boleh menghasilkan AI sebenar (true AI); yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | umardanny

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Stan Lee, Pencipta Watak Marvel Meninggal Dunia

Pencipta watak Spider-Man, Iron Man dan Hulk, Stan Lee, meninggal dunia pada usia 95 tahun, namun anak perempuannya, J.C. Lee tidak memaklumkan punca kematian bapanya, yang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai.

Stan Lee Meninggal Dunia
Stan Lee (1922-2018).

Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018) ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat, bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.

Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.

Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekali gus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.

Selepas itu, Stan Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah multimedia gergasi.

Stan Lee telah mengumumkan bahawa beliau menghidap penyakit radang paru-paru sejak awal tahun 2018 dan pernah digegaskan ke hospital pada awal Februari kerana sesak nafas dan denyutan jantung tidak tetap, namun jurucakap mengatakan beliau berkeadaan baik.

Superhero

Stan Lee juga sering membuat penampilan cameo dalam filem-filem Marvel seperti X-Men, Spider-Man, Hulk, Fantastic Four, Iron Man, Thor, Captain America dan Guardians of the Galaxy.

Ketika menjawab pertanyaan salah seorang audiens di Alamo City Comic Con, beliau menceritakan secara ringkas bagaimana karekter Spider-Man dicipta.

Pada awalnya, idea tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh penerbit sebelum ia menjadi salah satu superhero yang terkenal di dunia.

Biografi Stan Lee

Ayahnya bernama Jack Lieber dan ibunya Celia, dan dimasa kecilnya ia sangat terpengaruh dengan kisah-kisah hero karya Errol Flynn.

Usai tamat pengajian, Stan lee pada ketika itu berusia 16 tahun bergabung dengan WPA Federal Theatre Project dan dengan bantuan pakciknya, dia bekerja sebagai pembantu di Timely Comics, sebuah divisyen komik dari penerbit Martin Goodman’s.

Tugas Stan Lee adalah menulis surat, mengasah pensil dan memadam goresan gambar-gambar yang sudah dilukis, namun dia memiliki kemahuan yang kuat untuk mencipta sendiri kisah komiknya.

Menggunakan Nama Stan Lee

Pada tahun 1941, Stan Lee berjaya menjadi pengisi teks untuk Captain America; Foils the Traitor’s Revenge.

Ketika itu dia menggunakan nama pena Stan Lee, kependekan dari namanya yang kemudian kekal sehingga pada saat kematiannya.

Komik Pertama

Dalam biografi Stan Lee, diketahui bahawa komik pertamanya bertajuk Destroyer, yang diterbitkan pada buletin Mystic Comics pada edisi bulan Ogos 1941.

Dan ketika rakan sekerjanya, Jack Kirby, meninggalkannya, Stan Lee menjadi editor di penerbitan Goodman. Ketika  itu dia baru berusia 19 tahun.

Setahun kemudian Stan Lee memasuki tentera darat, apabila AS terlibat dalam Perang Dunia II dan bertugas dalam Signal Corps yang bertugas membuat laporan, membuat filem, slogan dan lain-lain.

Stan Lee dan Jack Kirby, Marvel Comic

Pengalamannya menjadi tentera inilah yang mencetus imaginasi kreatifnya. Stan Lee bersama rakannya, Jack Kirby, menubuhkan syarikat Marvel bersama Martin Goodman.

Pada mulanya, karya-karya DC Comics berjaya menguasai pasaran, namun Stan Lee yang masih bekerja sebagai penerbit Goodman mempunyai ideanya sendiri.

Isterinya, Joan Clayton Boocock, yang dikahwininya pada tahun 1947, mencadangkan kepada Stan Lee untuk menerbitkan idea-ideanya sendiri dan dari situlah dia kemudiannya mengajak Jack Kirby untuk merealisasikan karya mereka sendiri.

Mencipta Karakter Superhero Marvel

Kisah pertama yang mucul dari Marvel adalah Fantastic Four, bersama Kirby, Stan Lee juga mencipta Hulk, Iron Man, Thor dan X-Men.

Dia juga bekerjasama dengan Bill Everett yang akhirnya mencipta Daredevil dan bekerjasama dengan Steve Ditko, yang berjaya dengan cerita Doctor Strange dan Spider-Man.

Bersama Marvel, Stan Lee membuat revolusi komik pada dekad 60-an. Komik-komik Marvel dikenali memiliki ciri khusus berbanding komik keluaran DC. Ketika itu, ramai peminat mula beralih kepada komik keluaran Marvel.

Mereka tertarik dengan gaya penuturan dan penokohan karakternya dan dalam proses kreatifnya, Stan Lee selalu berbincang dengan ramai pelukis sebelum membuat sebuah kisah.

Dia hanya tertarik dengan garis cerita yang akan diangkat oleh pelukis dan inilah yang membuatkan pelukis komik merasa bebas berkarya di Marvel.

Stan Lee tahu bahawa komik memiliki pengaruh yang cukup efektif dan boleh digunakan untuk kempen.

Dia pernah menggunakan komik Spider-Man untuk kempen anti penyalahgunaan dadah dan kempen anti-rasis.

Penghargaan Terhadap Stan Lee

Atas dedikasinya pada dunia komik, Stan Lee telah dianugerahkan banyak penghargaan. Namanya pernah tercatat dalam Will Eisner Comic Book Hall of Fame pada tahun 1994 dan The Jack Kirby Hall of Fame pada tahun 1995. Dia juga telah mengasaskan beberapa buah yayasan sebagai bentuk solidariti sosialnya.

Stan Lee Superhero

Hampir semua komik ciptaan Stan Lee telah diangkat ke dalam filem di Holywood, seperti X-Men, Avengers, Iron Man, Thor, Daredevil, Batman, Captain Amerika dan semuanya menjadi box office.

Menjadi Figura Dalam Filem

Stan lee cameo

Satu hal yang menarik adalah, Stan Lee selalu tampil dalam filem Marvel sebagai figura atau cameo, kini ia akan menjadi superhero dalam komik terbarunya.

Spider-Man atau Spiderman?

Sering kita temui adanya perbezaan dalam penulisan superhero labah-labah ini. Kadang-kala ada yang menulis Spider-Man atau Spiderman.

Sebenarnya, ejaan rasmi adalah Spider-Man dengan adanya kata penghubung. Stan Lee memasukkan tanda baca ini agar pembacaan Spider-Man dengan Superman berbeza di media cetak.

Jadi, bagaimana Stan Lee berusaha mewujudkan karekter Spider-Man?

Katanya, “With great power comes great responsibility.”

BACA INI JUGA:

sumber: biografiku | wikipedia