Tuesday, April 18, 2017

20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu


Siapa sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan watak superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe iaitu "Iron Man" pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 20 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

1. Watak Dr Doom

Dr Doom

Dr Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader.

2. Stan Lee

Stan Lee

Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu?

Beliau dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel.

3. Michael Jackson

Michael Jackson

Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri.

4. X-Men

X-Men

Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia.

Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai.

5. Dust Marvel

Dust Marvel

Tahukah anda bahawa salah seorang ahli mutan X-Men adalah beragama Islam? Dust atau nama sebenarnya Sooraya Qadir mempunyai kebolehan menukar fizikal badan menjadi pasir lalu mengawalnya.

6. The Punisher Marvel

The Punisher Marvel

Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’.

Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri.

7. Hulk Marvel

Hulk Marvel

Semasa sesi produksi filem 'The Avengers', krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977.

8. Marvel & DC Amalgram

Marvel & DC Amalgram

Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996.

Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man).

9. Nick Fury Marvel

Nick Fury Marvel

Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya.

Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan watak itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel.

10. Venom Marvel

Venom Marvel

Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200 (RM761)?

11. Blue Ear Marvel

Blue Ear Marvel

Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya.

Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear.

12. Deadpool Deathstroke

Deadpool Deathstroke

Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson).

13. Spider-Man Marvel

Spider-Man Marvel

Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik.

Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan.

14. Mr Immortal Marvel

Mr Immortal Marvel

Mister Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali 'immortality' (hidup kekal abadi).

Mister Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar.

15. Damage Control

Damage Control

Dalam dunia rekaan Marvel, wujudnya sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para 'villain'.

16. Spider-Man Marvel Mary Jane

Spider-Man Marvel Mary Jane

Spider-Man mengahwini Mary Jane Watson pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea.

17. Eminem Marvel

Eminem Marvel

Penyanyi 'rap' Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel!

18. Tony Stark Iron Man Marvel

Tony Stark Iron Man Marvel

Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat.

19. Puteri Diana

Puteri Diana

Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’.

Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa.

20. Avengers

Avengers

Jika anda tertanya-tanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem The Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony.

Spider-Man membuat kemunculan pertamanya dalam filem Captain America: Civil War pada tahun 2016.

BACA INI JUGA: 6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

sumber: aa

1 comment

  1. Tertunggu-tunggu, bila agaknya superhero Malaysia,raja ilya yang dikatakan berlakon juga dalam produksi marvel.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon