Thursday, June 28, 2018

Bureau 121: Hackers 'Geng DarkSeoul' Elit Korea Utara

Bureau 121: Hackers 'Geng DarkSeoul' Elit Korea Utara

Di lorong-lorong bercahaya lampu lip-lap di bandar Shenyang, China, anda akan menjumpai restoran, hotel, karaoke dan perniagaan lain yang dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan Korea Utara.

Bureau 121: Hackers 'Geng DarkSeoul' Elit Korea Utara

Di sebalik perniagaan-perniagaan ini, anda juga akan menjumpai satu rangkaian ketenteraan Korea Utara, yang dikenali sebagai Biro 121.

Apa itu Biro 121?

Biro 121 adalah agensi perang siber Korea Utara yang terdiri daripada sekumpulan pakar komputer dan penggodam elit Korea Utara.

Ia merupakan sebahagian daripada Biro Peninjuan Am Tentera Korea Utara yang dikendalikan oleh tentera mereka sendiri.

Operasi siber dianggap menjadi cara yang menjimatkan kos bagi Korea Utara untuk mengekalkan pilihan ketenteraan dan juga cara untuk mengumpulkan pegawai perisikan. Sasaran utama Biro 121 adalah Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Ditubuhkan pada tahun 1998, penggodam Korea Utara ini beroperasi secara rahsia di Shenyang untuk beberapa tahun, yang berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menyembunyikan aktiviti dan lokasi mereka.

Geng DarkSeoul

Kumpulan ini juga dikenali sebagai "Geng DarkSeoul" dan kebanyakan daripada 6,000 ahli biro ini diambil daripada Universiti Automasi yang terletak di Pyongyang.

Pada awal tahun 2015, BBC melaporkan kira-kira 2,500 pemohon baru yang memohon untuk menyertai pasukan ini.

Mereka yaang diterima masuk wajib menamatkan pengajian selama 5 tahun untuk secara rasminya menjadi sebahagian daripada Biro 121.

Namun, disebabkan Korea Utara merupakan sebuah negara terasing dan kurang pelaburan asing, infrastruktur mereka dikatakan tidak maju yang mungkin menyebabka operasinya dilakukan di luar negara.

Walaupun penggodam-penggodam ini berada di luar negara, ahli keluarga mereka di Korea Utara menerima manfaat dan keistimewaaan.

Menurut seorang pembelot Korea Utara, Kim Heung-kwang yang juga bekas profesor sains komputer Pyongyang yang melarikan diri dari Korea Utara pada tahun 2004, Biro 121 memulakan operasi besar-besaran mereka di China bermula tahun 2005.

Ramai bekas pelajar Kim sendiri menjadi penggodam untuk biro ini.

"Pada siang hari, mereka bekerja tetap, tetapi selebihnya, mereka bertindak atas perintah dari Pyongyang," katanya.

Ahli pasukan biro ini memasuki China secara berasingan dalam kumpulan yang kecil iaitu 20 orang dalam satu masa.

Ketika memasuki China, mereka menggunakan pangkat yang berbeza termasuklah pekerja pejabat, pegawai syarikat perdagangan malah sebagai pegawai diplomatik.

Pada waktu siang, mereka mempunyai pekerjaan biasa seperti orang lain namun pada waktu-waktu lain, mereka bertindak menurut arahan dari Pyeongyang.

Lama sebelum Korea Utara mempunyai akses internet sendiri, ia menggunakan server di Shenyang, utara negara Kim Jong-un ini.

Sehingga hari ini, hampir semua trafik internet Korea Utara masih disalurkan melalui China dan operasi Biro 121 di China telah dikecilkan sejak Korea Utara mempunyai akses internet berkelajuan tinggi sendiri.

Biro 121 sangat sukar untuk dikesan

Setakat ini, penjejakan biro ini sangatlah sukar dan terhad, membuatkan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu sukar untuk menilai sejauh mana kekuatan dan keberkesanan biro ini melakukan serangan siber.

Para penyelidik memerlukan maklumat atas kertas untuk menyiasat biro ini yang dikatakan tersangat licik menutup jejak mereka.

Serangan dan tuduhan ke atas Biro 121

Bureau 121: Hackers 'Geng DarkSeoul' Elit Korea Utara

Aktiviti Biro 121 menjadi perhatian awam pada tahun 2014 selepas Sony Pictures membatalkan tayangan pembukaan filem The Interview kerana komputer mereka telah digodam.

Amerika Syarikat menyalahkan organisasi Korea Utara ini walaupun tiada bukti kukuh dan disangkal sendiri oleh Korea Utara.

Satu lagi serangan berlaku setahun selepas itu, yang menyebabkan 3 pembaca berita Korea selatan dan sebuah bank tidak dapat mengakses komputer mereka dan sistem komputer tersebut disita sepenuhnya.

Analisa serangan tersebut menunjukkan ia digodam oleh Darkseoul.

Kebanyakan aktiviti Biro 121 disasarkan kepada Korea Selatan dan sebelum serangan Sony, Korea Utara dikatakan telah menyerang lebih daripada 30,000 komputer di Korea Selatan yang menjejaskan bank dan syarikat penyiaran serta laman sesawang Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye.

Mereka juga dikatakan bertanggungjawab ke atas penyebaran aplikasi permainan yang menjangkiti beribu-ribu telefon pintar Korea Selatan pada tahun 2013.

Serangan ini dikatakan dilakukan oleh Geng DarkSeoul dan syarikat keselamatan komputer, Symantec, menganggarkan hanya dilakukan oleh 10 hingga 50 ahli dengan kemahiran unik menyusup dan menggodam laman sesawang.

Dakwaan lain terhadap penggodaman oleh Biro 121 termasuklah rompakan Bank Bangladesh pada Februari 2016, godaman perbankan SWIFT di antara tahun 2015 hingga 2016 dan serangan ransomware WannaCry pada Mei 2017.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, June 27, 2018

Lagu Daripada Kisah Benar Pembunuhan Presiden Amerika Syarikat!

Lagu Daripada Kisah Benar Pembunuhan Presiden Amerika Syarikat!

Serangan terhadap James Garfield, Presiden Amerika Syarikat yang ke 20 pada 2 Julai 1881 di Washington telah menjadi ilham kepada sebuah lagu bertajuk Mr. Garfield, yang liriknya menterjemahkan kesedihan sebuah negara yang kehilangan pemimpin.

Lagu Daripada Kisah Benar Pembunuhan Presiden Amerika Syarikat!

Ketika serangan, James Garfield dalam perjalanan ke kem musim panasnya dan singgah ke sekolah lamanya untuk menyampaikan ucapan.

Penembaknya, Charles J. Guiteau, ditangkap pada hari sama ketika berjalan keluar dari sekolah.

James Gerfield bertahan hidup hampir 80 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 19 September 1881.

Mr. Garfield

Me and my brother was down close to the depot
When I heard the report of a pistol
I hollered, "I wonder what was that!"

He run out and come back and he said
"That was a report of a pistol"

And I thought I was gonna faint when he said it
"Mr. Garfield's been shot down, shot down, shot down
Mr. Garfield's been shot down low"

Lord, I knew the President was supposed to be down the depot that day
But I just wouldn't let myself believe that he'd been shot

Me and my bother run out there and everybody was all confused
And hollering' and running' round
And I stepped up to this one lady and I said that

"Ma'am what was it really that happened Ma'am?", and she said that
"Mr. Garfield's been shot down, shot down, shot down
Mr. Garfield's been shot down low"

Well, it looked like everybody felt just about as bad as I did
Everybody started drift off to home
Me and my brother did too

Then a few weeks later, I heard that the President was still alive
So I told my brother, I said, "Hey let's get on a train
And go to that Big House up there and see how the President is"

"Let's go up there to where he's laid up hurt and sick we'd see him"
So we went on up there and that big White House
And there was a soldier boy standin' round upside, outside

And, I sidled up to him and I said to that soldier boy
I said "Who was it that did it?
Who was it that shot the President?"
And he said that, "It was Charlie Guiteau that shot Mr. Garfield"

And I said, "Charlie Guiteau done shot down a good man, good man
Charlie Guiteau done shot down a good man low
Charlie Guiteau done shot down a good man, good man"

That soldier boy said that
Miss Lucretia Garfield was always at his bedside
In the heat of the day fannin' him when he was hot

And he said just that mornin' that he had been at the window
And he'd overheard Miss Lucretia and Mr. Garfield talkin'
And Mr Garfield said, "Crete, honey", he called her Crete

He said, "Crete, honey, if somethin' worse would happens to me"
He said, "You get yourself a good man"
And she said, "Now James", she called him James

She said, "James, I won't hear to that now
'Cause I love you too much"

And he said that "You'll make some good man a good wife, good wife
You'll make some man a good wife gal
Don't pull in single harness all your life, good gal
Don't pull in single harness all your life"

That's what he said, "Don't pull in single harness all your life"

Well a little while later, we come back around there
And things have changed
The flag was hangin' halfway up the flagpole

And everybody was cryin' and standin' 'round sad
And I walked back up to this soldier boy and I said
"Soldier boy, is he, is Mr Garfield?" and he said, "Yeah, he's gone"

Gonna lay him by that cold lonesome branch down low
Mr. Garfield's been shot down low
Oh, Mr. Garfield's been shot down, shot down, shot down
Mr. Garfield's been shot down low

Have you heard the news?
Mr. Garfield's been shot down, shot down, shot down
Mr. Garfield's been shot down low, Lord

Lagu ini dihasilkan oleh Ramblin Jack Elliott dan dinyanyikan oleh Johnny Cash dalam album yang diterbitkan pada tahun 1965.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, June 26, 2018

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!

Bagi anda yang belum tahu, buaya dan aligator nampak sama tetapi sebenarnya adalah berbeza dan cara untuk membezakan antara kedua-duanya, rahang aligator lebih berbentuk U, manakala rahang buaya berbentuk V.

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!
Buaya.

Buaya mempunyai kelenjar masin pada lidah yang membolehkan ia menyesuaikan diri dengan air masin, manakala aligator tidak mempunyai kelenjar begitu sebab itu ia hanya hidup di kawasan tasik atau air tawar.

Perbezaan Buaya Dan Aligator

Secara amnya, kita tahu buaya itu digelar sebagai Crocodile, berasal daripada keluarga Crocodylidae dan terdapat 13 spesis termasuk C. porosus (buaya laut masin), C. acutus (Buaya Amerika), C. niloticus (Buaya Nil), C. rhombifer (Buaya Cuba), M. cataphractus (Buaya Afrika), O. tetraspis (Buaya kecil Afrika).

Ketika era Mesozoik, dalam lingkungan 100 juta tahun yang lalu, buaya adalah salah satu pemangsa terkenal di dalam rantaian makanan.

Jika dilihat sekarang, buaya mudah dijumpai diserata dunia dan kebiasaannya tinggal di sekitar tasik, sungai, paya dan juga laut air masin.

Jadi, mari kita selami perbezaan antara Crocodile dan juga Alligator.

Alligator VS Crocodile

Crocodile atau buaya selalu ramai yang terkeliru dengan alligator, tetapi ada cara yang mudah untuk membezakan mereka berdua ini.

Rahang aligator kebiasaannya lebih kepada bentuk U, manakala buaya pula kebiasaannya rahang akan berbentuk seperti V.

Mereka juga mempunyai gigi yang sentiasa kelihatan di luar mulutnya apabila ia di tutup.

Tahukah Anda Buaya Dan Aligator Sebenarnya Berbeza!
Aligator.

1. Perbezaan muncung

Perbezaan yang sangat jelas ialah muncung yang berbeza. Buaya berbentuk V manakala alligator berbentuk U.

Aligator boleh dikatakan mempunyai daya gigitan yang sangat kuat sehingga mampu memcahkan cengkerang kura-kura.

Manakala buaya pula lebih sesuai untuk memburu mangsa seperti ikan, haiwan reptilian dan juga mamalia.

2. Saiz dan tahap agresif

Secara amnya, buaya dewasa akan membesar sehingga 19 kaki panjang manakala aligator pula sehingga 14 kaki panjang.

Apabila di darat, buaya akan lebih pantas berbanding Aligator.

Tingkah laku Aligator sangat berbahaya berbanding buaya dan kebiasaannya akan cuba melarikan diri daripada manusia dengan berenang jauh.

Aligator juga sangat takut kepada manusia dan kadang-kala boleh hilang rasa takut jika manusia sering mendekati mereka dengan sering memberikan mereka makanan.

Hanya suatu masa sahaja Aligator akan menyerang manusia jika ia diganggu atau untuk melindungi anaknya.

Buaya pula jika dilihat lebih panas baran sehingga boleh menyerang manusia walaupun ia tidak diganggu.

Buaya air masin Australia, diikuti buaya sungai Nil sering dilihat oleh pakar sebagai jenis yang amat berbahaya di dunia.

Lain cerita pula pada buaya Amerika, mereka jarang sekali menyerang manusia manakala di USA, hanya Aligator sahaja yang akan menyerang manusia.

3. Warna

Buaya kebiasannya lebih terang atau seperti warna zaitun, manakala Aligator pula kebiasaannya berwarna kelabu kehitaman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Ini Kisah Abang Alias Pok Ya Cong Codey

Ini Kisah Abang Alias Pok Ya Cong Codey

Seorang lelaki berusia lewat 60an sedang duduk di kerusi depan rumahnya. Rambutnya putih, memakai cermin mata. Badannya tegap, juga nampak tinggi. Dari perwatakannya, dia bukan calang-calang orang.

Ini Kisah Abang Alias Pok Ya Cong Codey
Gambar hiasan.

Dahulu, siapa tak kenal Abang Alias. Dari selatan Thailand hinggalah ke Johor, nama Abang Alias dikenali.

Dia terkenal seorang yang berani dan suka berkawan. Kalau dia jerkah kucing pun boleh terberak. Jangan kata suara, jelingan Abang Alias saja pun sudah membuatkan orang lain kecut perut.

Dalam masa yang sama, terdapat seorang lagi lelaki bernama Bakri, seorang penarik kereta dan kaki pukul yang ditakuti.

Kalau Bakri buat kerja, pendek kata separuh mati orang itu dikerjakannya. Bunuh orang perkara biasa baginya. Tiga buah negeri Bakri pegang masa itu.

Berbeza dengan Abang Alias yang tidak suka mencari masalah dengan orang. Tapi kalau orang cari masalah, memang dia tak kasi lepas.

Kemuncak berakhirnya zaman nakal Abang Alias apabila dia ditangkap. Kisahnya bermula satu pagi Jumaat pada tahun 1988.

***

Pagi itu, Abang Alias baru balik dari bersarapan. Kemudian datang seorang jiran memintanya menggali telaga.

Pada mulanya Abang Alias menolak kerana hari Jumaat dia tidak bekerja. Tetapi jirannya mendesak juga. Waktu itu Abang Alias mempunyai jentera pengorek dan merupakan kontraktor kelas D.

Disebabkan jirannya mendesak, dia terpaksa terima dan sampai disitu, Abang Alias tengok sudah ada tempat ditandakan yang perlu digalinya.

Siap semua peralatan, Abang Alias mula menggali. Masuk kali ketiga dia mengorek lubang, tiba-tiba datang seorang lelaki marah-marah dan mendakwa itu tanahnya.

"Saya tak tahu ini tanah siapa. Haji Man mintak tolong saya gali lubang," beritahu Abang Alias.

Lelaki itu terus marah-marah.

"Jangan marah saya. Haji Man yang mintak tolong. Saya tak tahu," balas Abang Alias dengan baik.

Lelaki itu menghidupkan motosikalnya dan berlalu dari situ. Disebabkan tidak mahu berpanjangan, Abang Alias mengambus semula lubang itu dan berlalu dari situ.

Selepas itu, Abang Alias pergi ke satu tempat lain untuk menggali sebuah lubang aliran penanaman. Lebih kurang tengah hari. kerja itu selesai.

Abang Alias pergi ke rumah jirannya. Sebaik sampai, dia perasan Bakri dan empat orang rakannya lalu di kawasan itu seolah-olah mencarinya. Abang Alias biarkan saja.

Kemudian, Abang Alias pergi ke sebuah kenduri. Sewaktu sedang makan, Bakri dan kawannya juga datang ke situ.

Walaupun duduk di meja lain, Bakri dan rakannya memandang Abang Alias seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Selesai makan, Abang Alias mahu pulang ke rumah kerana sudah hampir masuk waktu solat Jumaat. Semasa dalam perjalanan, Bakri tiba-tiba menahannya.

"Ada apa? Aku nak cepat ni. Nak balik solat Jumaat," kata Abang Alias.

"Turun sekejap je," kata Bakri.

Dia kemudian mengajak Abang Alias masuk ke dalam sebuah pondok.

"Tadi siapa suruh gali?" soal Bakri.

"Haji Man minta tolong gali," balas Abang Alias.

"Dah dia bagi upah berapa?" soal Bakri lagi.

"Dia tak upah. Dia minta tolong je," balas Abang Alias lagi.

"Dah dia tak bagi upah, biar aku upahlah" kata Bakri sambil memaut kepala Abang Alias dan menolak ke bawah.

Kemudian, mereka berlima memukul Abang Alias Tangan dipegang dari belakang. Mereka terus melampiaskan sepak terajang ke tubuh Abang Alias.

Kebetulan waktu itu ada seorang kawan Abang Alias lalu di kawasan itu. Dia menjerit dan membuatkan mereka semua terkejut. Abang Alias terus bangun dan Bakri serta rakan-rakannya terus melarikan diri.

Selepas itu, Abang Alias pulang ke rumah. Beberapa batang giginya patah, mukanya juga pecah.

Abang Alias pergi membuat laporan polis dan kemudian ke hospital. Doktor mahu menahannya di wad tapi dia menolak.

"Hari ini kalau doktor nak tahan, saya nak balik juga.

"Apa cara sekalipun, saya tak mahu duduk di hospital," kata Abang Alias.

Sampai di rumah, ada rakan datang beritahu Bakri sudah lari kerana ada laporan polis di buat dan polis sedang mencarinya.

"Takpalah kalau dia tak kena tangkap, biar aku cari," kata Abang Alias.

Malam itu Abang Alias mencari guni, pedang dua bilah dan senapang patah selaras dan meletakkan barang-barang itu dalam kereta. Malam itu juga Abang Alias mulakan pencarian.

Segenap tempat dia cari. Semua tempat dia masuk. Bar, kelab malam, kedai judi, semua dijejakinya, tapi kelibat Bakri tidak kelihatan sehingga ke Subuh.

Akhirnya Abang Alias balik ke rumah. Selesai solat, seorang jiran datang ke rumah dan memberitahu Bakri ada di rumahnya. Abang Alias terus keluar dan pergi ke rumah Bakri.

Sebaik tiba, dia lihat Bakri bersama tiga lagi rakannya sedang duduk di atas pangkin di depan rumah. Melihat Abang Alias berdiri di depannya, Bakri dan rakannya terus bangun.

"Bakri! Hari ni kalau kau nak minta maaf, nak settle yang kelmarin, aku terima," kata Abang Alias.

"Hari ini aku tak nak minta maaf. Hari ni, kalau kau tak mati, aku yang mati," kata Bakri, sebelum masuk ke dalam rumah.

Bakri kemudian keluar sambil badannya diselimuti dengan kain sarung. Dia terjun dari pangkin rumahnya menuju ke arah Abang Alias.

Abang Alias kemudian mengeluarkan sepucuk senapang patah.

"Kau jangan masuk. Kalau kau masuk aku tembak," kata Abang Alias.

"Hari ini kalau kau tak mati, aku mati!" kata Bakri mengulang ayat sama sambil terus menuju ke arah Abang Alias.

Abang Alias kemudian melepaskan satu das tembakan dan terkena ke arah dada dan tengkuk Bakri.

Bakri terpelanting beberapa meter ke belakang dan menggelupar di atas lantai. Rupanya dalam kain pelekatnya tersembunyi sebilah pedang.

Abang Alias terus pulang ke rumah. Dia memberitahu ibu dan isterinya yang dia telah menembak Bakri. Dia kemudian menghidupkan jenteranya dan pergi membuat kerja.

Hampir jam 2 petang, polis datang ke tempat kerja Abang Alias dan menahannya.

Berita kematian Bakri mula tersebar. Tiada seorang pun penduduk kampung yang bersimpati dengan kematiannya. Semua mengucapkan syukur, malah ada yang menari-nari meraikan kematiannya. Bayangkan, betapa ramai yang gembira.

"Itulah kemuncak dia. Kalau saa nak lari, saya boleh lari tapi, buat apa saya nak lari.

"Janji saya dah menang. Bakri pun mati," kata Abang Alias sambil tersenyum.

Kata Abang Alias, kita manusia sama sahaja. Kalau dia hebat tumbuk tangan kiri, kita hebat tumbuk tangan kanan.

"Yang lebih, yang hebat, semuanya milik Allah," kata Abang Alias.

Tambahnya lagi, apa yang kita buat, kena berani tanggung. Sebab itulah kena fikir dahulu sebelum buat. Kalau tak berani tanggung, jangan buat.

Masuk penjara pula sebenarnya bukanlah tak elok. Dalam penjara macam-macam perkara boleh belajar.

Abang Alias mengakui dia belajar menjahit dan cara membuat pasu. Ilmu itulah yang digunakan selepas dia keluar penjara.

"Cuma ingat satu perkara. Tidak semua yang masuk penjara adalah orang jahat.

"Orang yang keluar penjara dan mampu berubah, dialah orang yang berjaya. Ubah mentaliti kita yang menganggap orang masuk penjara adalah manusia jahat," pesan Abang Alias.

Sedang bersembang, terdengar laungan suara azan Asar. Abang Alias terus bangun dan meminta izin untuk ke masjid.

"Orang yang hebat ialah orang yang menjaga solat di awal waktu. Nak jadi hebat jom ke masjid," kata Abang Alias tersenyum sebelum berlalu.

Sehingga kini, nama Abang Alias masih lagi dikenali bukan hanya di kawasan tempat tinggalnya, tetapi juga di beberapa negeri.

Biasanya, kalau sesiapa yang ada masalah akan datang bertemu dengan Abang Alias.

Teringat satu ayat yang diungkapkan oleh Halim sebagai anak buah Pok Ya dalam drama Pok Ya Cong Codey.

"Pok Ya ni buke jahat, tapi dia ni penyelesai masalah ore.

"Tok semuo ore bulih selesai masalah ore supo Pok Ya."

nota editor: dipetik dari majalah mastika keluaran mei 208 dan disiarkan buat kali pertama di blog sentiasapanas.com.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Penunjuk dalam mengukur indeks ini termasuklah perang, perang saudara, jumlah kematian, pembunuhan beramai-ramai bagi setiap 100,000 orang, kemudahan akses senjata api, hubungan dengan wilayah jiran, bilangan banduan, perbelanjaan ketenteraan, aktiviti pengganas, ketidakstabilan politik merupakan antara kriteria utama.

Kami kongsikan kepada pembaca 10 negara paling berbahaya di dunia menurut indeks keamanan global (GPI) pada tahun 2018.

1. Syria

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Sebab utama yang menjadikan Syria sebagai negara paling berbahaya di dunia adalah perang saudara di antara beberapa kumpulan pemberontak dan pemerintahan diktator Bashar al-Assad.

Syria adalah negara yang mana majoriti penduduknya adalah Islam Sunni dan diperintah oleh pemerintah Syiah yang kerajaannya mempunyai sedikit atau tiada sokongan majoriti rakyat.

Keadaan ini melahirkan protes dan konflik bersenjata di seluruh negara.

Kerajaan Syria cuba menyelesaikan isu-isu ini dengan menggunakan kekerasan dan senjata kimia pada rakyat sendiri.

Rusuhan politik melahirkan beberapa kumpulan pemberontak bersenjata seperti tentera Free Syrian dan banyak lagi.

Kumpulan lain seperti ISIS mengambil kesempatan atas situasi ini dan dengan sokongan oleh penduduk tempatan, mereka berjaya menubuhkan kerajaan yang selari dalam beberapa bidang.

Anggaran kematian yang disebabkan oleh konflik berterusan ini adalah kira-kira 200,000 orang dan 1 hingga 1.5 juta yang lain cedera.

2. Afghanistan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Afghanistan berada di tangga ke-2 senarai negara paling berbahaya di dunia.

Sebab utama di sebalik kedudukan ini adalah pendudukan asing lebih daripada satu dekad.

Selepas serangan 9/11, sekutu NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat memutuskan untuk menggulingkan Kerajaan Taliban Afghanistan dengan mendakwa negara ini adalah kediaman selamat kepada para pengganas.

Sejak tahun 2001, Afghanistan telah diduduki oleh tentera Amerika Syarikat dan perang yang berlarutan ini mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan kebanyakan infrastruktur negara ini.

Perang berterusan ini menghancurkan ekonomi yang membawa kepada kadar pengangguran tinggi dan golongan muda terdedah kepada ekstremisma.

3. Sudan Selatan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Bermula tahun 2011, Sudan telah terbahagi kepada dua negara berasingan iaitu Republik Sudan dan Sudan Selatan.

Sejak kemerdekaan, negara timur laut Afrika ini dibelenggu perang saudara di antara puak yang berlainan, demi mendapatkan kuasa.

Konflik berterusan ini membawa kepada terbunuhnya beratus-ratus ribu nyawa dan mungkin mencapai jutaan nyawa.

Ditambah pula dengan keganasan terhadap etnik yang berterusan menyebabkan negara ini mempunyai keadaan kesihatan paling teruk di dunia.

Wabak malaria dan HIV yang berleluasa menjadikan situasi semasa bertambah buruk.

4. Iraq

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Selepas tahun 2003, pencerobohan Iraq oleh Amerika Syarikat yang secara rasminya berakhir pada tahun 2011, adalah punca utama Iraq berada dalam senarai negara-negara paling berbahaya di dunia.

Sebelum itu Iraq diperintah oleh Saddam Hussein dan campur tangan AS telah menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein dalam perang selama 21 hari serta menghapuskan tentera Iraq.

Tentera AS campur tangan di Iraq mendakwa untuk menhentikan Saddam daripada membina stok senjata kimia dan senjata nuklear yang mana kemudiannya dibuktikan sebagai tidak benar.

AS kemudiannya cuba untuk membetulkan situasi dengan memasang Kerajaan pro-AS yang mana menjadikan keadaan bertambah buruk disebabkan oleh diskriminasi kerajaan baru terhadap majoriti penduduk Islam Sunni.

Ketika ini, masalah utama negara ini adalah perkembangan pesat kumpulan ISIS.

Dengan bantuan penduduk tempatan, kumpulan ini dapat merebut kawalan beberapa bandar penting seperti Mosul, Tikrit, Fallujah dan beberapa kawasan minyak.

ISIS dikatakan mengawal 1/3 Iraq, 1/3 lagi dikawal oleh pasukan Kurdis dan bakinya dikawal oleh Kerajaan Iraq.

Pembunuhan besar-besaran dalam peperangan oleh pasukan AS/NATO bersama kumpulan pemberontak menjadikan Iraq sebagai negara ke-4 paling berbahaya di dunia.

5. Somalia

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Somalia, negara tanpa kerajaan adalah tanah yang paling sesuai untuk kumpulan radikal.

Somalia dibelenggu perang saudara sejak tahun 1991 dan ia merupakan salah satu perang saudara paling lama di dunia.

Perang berterusan ini membawa kepada kemiskinan melampau dan campurtangan antarabangsa menjadikan keadaan menjadi bertambah parah.

Serangan udara oleh Amerika Syarikat dan NATO meningkatkan sokongan kumpulan pengganas.

Al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan banyak lagi kumpulan berasaskan puak bertanggungjawab dalam konflik ini.

Konflik tak berkesudahan ini bertanggungjawab ke atas ratusan ribu nyawa orang awam dan melanggar beberapa hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Ketika ini, "penjaga keamanan" yang diketuai oleh PBB cuba untuk memperbaiki keadaan di Somalia.

Ekonomi yang musnah, kelaparan dan krisis air menjadikan Somalia negara ke-5 paling berbahaya di dunia.

6. Sudan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Sudan berhadapan masalah yang sama seperti Sudan Selatan.

Keganasan etnik yang berpanjangan, 2 perang saudara dan konflik antara puak telah membahagikan negara menjadi pelbagai sektor, mengakibatkan terhasilnya Sudan Selatan.

Namun, apa yang menjadikan negara ini berbahaya adalah pembersihan entik, kemiskinan yang parah serta perhambaan yang berleluasa.

Kelemahan kawalan kerajaan, keadaan kehidupan yang teruk dan daif serta pelanggaran hak asasi manusia meletakkan Sudan di kedudukan ke-6 negara paling berbahaya di atas muka bumi.

7. Republik Afrika Tengah

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Negara terkandas Republik Afrika Tengah mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960.

Selepas kemerdekaan, negara ini berada di bawah pemerintahan tentera.

Pertama, pilihan raya diadakan pada tahun 1993 dan selepas itu, berlaku pergolakan.

Sudan dan Sudan Selatan terletak di utara dan timur laut Republik Afrika Tengah dan pengaruh di 2 negara bermasalah ini dilihat merebak ke Republik Afrika Tengah.

Kerajaan, pelampau Kristian dan Islam masing-masing cuba untuk berebut kuasa pemerintahan negara.

Konflik bersenjata berterusan ini membawa kepada kematian dan pengasingan sejumlah besar rakyat negara ini.

Banyak penyalahgunaan oleh pihak kerajaan, keganasan, hak asasi manusia yang teruk dan keganasan terhadap kanak-kanak serta wanita meletakkan Republik Afrika tengah di bawah radar banyak organisasi hak asasi manusia.

8. Republik Demokratik Kongo

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Selepas pengasingan rejim autokratik, sejak tahun 1997, Kongo berhadapan dengan perang saudara yang berterusan.

Lebih daripada 5.5 juta orang terbunuh akibat perang atau situasi yang berlaku disebabkan perang.

Pengasingan besar-besaran membawa kepada keadaan hidup yang kotor dan tak sihat, termasuk malaria, cirit-birit, radang paru-paru dan kekurangan nutrisi yang berleluasa di kawasan terlibat.

Separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Kongo mempunyai skor Indeks Pembangunan Manusia kedua terendah di dunia, di kedudukan 186 daripada 187 negara.

9. Pakistan

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Di kedudukan ke-9 negara paling berbahaya di dunia adalah milik Pakistan.

Sejak merdeka, Pakistan terlibat dalam 3 peperangan dengan India yang telah melemahkan ekonomi mereka.

Ketidakstabilan politik dan pemerintahan tentera membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Sebuah negara yang diasaskan sepenuhnya berdasarkan agama menjadi tempat selamat bagi puak pelampau dan menggunakan tanah Pakistan sebagai pangkalan mereka.

Untuk memanipulasi struktur kuasa geopolitik, Pakistan dan ISIS secara aktif menyokong dan melatih pemberontak (terutamanya untuk menentang India, Pakistan, Afghanistan dan Iran).

Dasar ini berjaya untuk jangka masa panjang namun baru-baru ini ia memakan diri apabila Taliban, Lashkar-e-Tayiba, Harkat-ul-Mujahideen dan kumpulan lain yang dilatih Pakistan telah membelot terhadap mereka.

Ketika ini, Pakistan adalah negara yang paling terjejas oleh keganasan di dunia.

Negara ini juga berhadapan dengan masalah mencabar seperti kemiskinan, rasuah, buta huruf, keganasan dan ketidaksamaan pendapatan.

Pakistan juga diserang oleh pengganas kira-kira sebanyak 1,500 kali setiap tahun termasuk serangan pada tahun 2014 yang membunuh 145 nyawa, 135 daripadanya adalah kanak-kanak.

10. Korea Utara

10 Negara Paling Berbahaya Di Dunia 2018

Korea Utara adalah negara dengan kuasa nuklear yang mana dunia tidak tahu apa-apa mengenainya.

Semua aspek hak rakyatnya dikawal oleh kerajaan.

Selepas mendapat kemerdekaan daripada Jepun, Korea terbahagi kepada dua bahagian dan Kerajaan Komunis Korea Utara diperintah oleh keluarga Kim.

Pembangunan ketenteraan yang pesat dan perang dengan Korea Selatan membuatkan ekonomi negara ini tidak stabil.

Rakyat tidak memiliki apa-apa di negara ini kerana semuanya adalah milik kerajaan, mengakibatkan rasuah di tahap tertinggi.

Menurut PBB, Korea Utara mempunyai rekod pelanggaran hak asasi manusia antara yang terburuk di dunia dan rakyat mereka tidak mempunyai hak kebebasan bersuara serta akses kepada keperluan asas manusia.

Kerajaan sewenang-wenangnya menahan dan menyeksa rakyat yang menentang pandangan pemimpin tertinggi.

Banyak kematian disebabkan politik, hukuman mati, kekurangan makanan, infrastruktur dan keperluan asas meletakkan Korea Utara di antara 10 negara paling berbahaya di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, June 25, 2018

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Hwaseong merupakan sebuah bandar yang terletak dalam daerah Gyeonggi, Korea Selatan dan merupakan bandar yang berteraskan perladangan namun, bandar ini juga menyimpan satu kisah hitam.

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Antara tahun 1986 sehingga 1991, penduduk negara ini dikejutkan dengan kejadian pembunuhan bersiri yang berlaku di Hwaseong. Ia dikatakan antara pembunuhan berantai terbesar dalam sejarah kes jenayah negara republik itu.

Dalam tempoh tersebut, 10 mayat wanita berusia antara 14 tahun sehingga 71 tahun ditemui dengan corak pembunuhan yang sama.

Mayat-mayat itu ditemui dalam keadaan diikat dengan pakaian mereka sendiri dan didapati telah diperkosa dan dijerut sehingga mati.

Bermula pada 15 September 1986, Hwaseong mula dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita disebuah kawasan sawah padi.

Mayat itu diikat dengan pakaiannya sendiri. Hasil siasatan mendapati mayat itu telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Mangsa dikenali sebagai Lee Wan Im, berusia 71 tahun.

Ketika polis sedang menyiasat kes tersebut, pada 20 Oktober, satu mayat wanita berusia 25 tahun pula ditemui.

Mangsa kedua bernama Park Hyun Sook ditemui dalam keadaan serupa seperti mayat pertama.

Ketika itu, pihak polis mula sedar, satu kes pembunuhan bersiri sedang muncul dan mungkin akan ada wanita lain bakal menjadi mangsa. Jangkaan mereka tepat.

Pada 12 Disember, mayat ketiga ditemui dikenali sebagai Kwon Jung Bon berusia 25 tahun.

Hanya selang dua hari kemudian, pada 12 Disember, mayat keempat pula muncul. Seorang gadis berusia 23 tahun bernama Lee Kye Sook.

Mayat-mayat ditemui dalam keadaan yang sama. Mereka diperkosa, diikat dan dicekik sehingga mati dengan pakaian sendiri.

Kes ini mula mendapat liputan meluas. Rakyat mula ketakutan terutamanya penduduk di bandar Hwaseong.

Siasatan besar-besaran segera dilakukan yang melibatkan lebih kurang dua juta anggota polis bagi menangkap pembunuh bersiri tersebut.

Pun begitu, agak sukar untuk pihak polis mengesan pelakunya memandangkan ketika itu kemampuan penyiasatan mereka masih terhad, apatah lagi ia merupakan kes paling besar dan rumit yang harus ditangani.

Ketika pihak polis masih buntu mengesan penjenayah itu, mayat kelima ditemui pada 10 Januari 1987. Mangsanya ialah gadis berusia 19 tahun, Jong Jin Young.

Selang beberapa bulan kemudian, mayat keenam pula muncul pada 2 Mei yang menyaksikan Park Eun Joo, berusia 29 tahun menjadi mangsa.

Pada 7 September, mayat Ahn Gi Soon, wanita berusia 54 tahun ditemui sebagai mangsa ketujuh.

Tidak sampai 10 hari kemudian, mayat remaja berusia 14 tahun pula ditemui.

Penemuan mayat Park Sang Hee pada 16 September membawa kepada penangkapan seorang pemuda berusia 22 tahun apabila polis menemui rambutnya ditempat kejadian.

Tetapi, dia dibebaskan selepas siasatan yang dijalankan mendapati dia tiada kaitan dengan pembunuhan bersiri tersebut.

Selepas remaja 14 tahun menjadi mangsa, tiada lagi mayat baru ditemui dalam waktu terdekat namun, siasatan besar-besaran masih dijalankan.

Kes pembunuhan bersiri ini bukan sahaja membabitkan anggota polis paling ramai yang terlibat, bahkan telah menahan lebih kurang 20 ribu orang suspek.

Lebih 40 ribu individu telah diambil cap jari mereka, 570 sampel darah dan 180 sampel rambut untuk dianalisis, malangnya ia masih gagal memberi sebarang petunjuk.

Dua tahun kemudian, pada 15 November 1990, mayat remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui sebagai mangsa kesembilan.

Corak jenayah yang ada pada mayat Kim Mi Jung sama dengan lapan mayat sebelumnya.

Mayat kesepuluh pula ditemui pada malam 3 April 1991 di kawasan pergunungan Hwaseong.

Mangsanya ialah Kwon Soon Sang, wanita berusia 69 tahun. Mayatnya ditemui dengan lehernya dibelit dengan stokin panjang kepunyaannya.

Walaupun pelbagai cara dilakukan, ia masih gagal memberi sebarang petunjuk siapa pembunuh sebenar.

Pada penghujung tahun 80an, Korea masih diambang teknologi yang lemah terutamanya berkaitan dengan kajian DNA.

Forensik ketika itu hanya mampu mengesahkan jenis darah pembunuh tersebut sebagai kategori 'B'.

Semasa mayat kesembilan dan kesepuluh ditemui, sampel darah dan air mani dari tempat kejadian telah dihantar ke Jepun untuk dianalisis, tetapi tiada satu pun yang sepadan dengan semua suspek yang pernah ditahan polis.

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong
Filem Memories of Murder.

Hasil siasatan hanya sekadar mampu memberi gambaran asas pembunuh tersebut dikatakan seorang lelaki kurus berusia 20an dengan ketinggian lebih kurang 170 sentimeter.

Gambaran itu diperolehi daripada salah seorang mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah lelaki itu yang melakukan semua jenayah tersebut.

Apa yang menyedihkan, di Korea Selatan, status pendakwaan sesuatu kes akan tamat selepas 15 tahun.

Ini bermakna tiada lagi pendakwaan atau perbicaraan untuk kes ini kerana sudah tamat tempoh, melainkan jika undang-undang baru digubal.

Nasib semua wanita ini tidak dapat dibela sedangkan penjenayahnya mungkin sedang hidup bergembira diluar sana.

Kisah pembunuh bersiri Hwaseong turut menjadi ilham penerbit untuk menghasilkan filem berjudul 'Memories of Murder' pada tahun 2003 yang diinspirasikan daripada kejadian tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Tidur sebenarnya dapat merehatkan tubuh setelah seharian mengerah tenaga namun, tidur sering diabaikan oleh mereka yang kuat bekerja.

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Syukur kerana anda masih berupaya untuk tidur kerana jika dihidapi insomnia atau sukar untuk tidur boleh mengganggu kesihatan dan kualiti hidup.

Tidur yang cukup selama lapan jam sehari boleh menyegarkan tubuh dan menajamkan fokus dalam kehidupan seharian.

Selain itu, memiliki tidur yang berkualiti boleh meremajakan kulit dan kekal awet muda.

Tahukah anda?

Tidur yang secukupnya membantu tubuh untuk membenarkan organ-organ berfungsi dengan baik.

Ketika tidur proses detoksifikasi (pengeluaran racun daripada tubuh) berlaku di bahagian hati, hempedu dan paru-paru.

Sedar atau tidak anda sering membuang air ketika tengah malam? Ini kerana proses detoks sudah berlaku dan berakhir di usus besar.

Selain itu darah juga turut terhasil melalui sum sum tulang ketika sedang tidur.

Bahaya tidur lewat

Tidur lewat sering terjadi kepada penggemar media sosial ketika ini. Sebenarnya tidur lewat malam boleh mengundang kemerosotan kesihatan kepada seseorang.

Amalan ini menjadi punca kerosakan hati dan mengganggu keseimbangan sistem tubuh yang lain. Tambah memburukkan keadaan jika makan lewat malam kemudian terus tidur.

Tidur tanpa bra

Tidur membantu tubuh untuk menghasilkan hormon imuniti. Tidur dengan bra atau pakaian dalam boleh menyekat proses pembaikan dan detoks tubuh.

Menurut Penyelidik Sydney Singer, dalam bukunya Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.

Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko pembentukan kanser payudara.

Tidur dalam gelap?

Ada suka tidur di dalam bilik yang diterangi lampu atau gelap?

Sebenarnya tidur di dalam bilik yang gelap memberi manfaat kepada tubuh. Ketika dalam gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin.

Hormon melatonin ini sangat penting kepada tubuh kerana boleh membantu mencegah penyakit terutama kanser.

Pengeluaran hormon ini tidak akan terhasil jika terdapat cahaya atau sinar yang menerangi.

Tidur dan melatonin

Melatonin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak. Ketika malam paras melatonin ini mula meningkat.

Peningkatan ini mempengaruhi rasa mengantuk dan memberi arahan supaya merehatkan tubuh dengan tidur.

Kitaran melatonin ini penting kerana membantu tubuh menyeimbangi keperluan siang dan malam.

Tubuh juga memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Ekstra

Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu pasti kita akan sukar untuk menyesuaikan diri untuk tidur.

Namun, paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.

Kepentingan tidur

Tidur penting untuk melancarkan beberapa fungsi tubuh seperti menjana pembaikan otot, menguatkan daya ingatan, mengawal atur bahan-bahan kimia tubuh (terutama hormon yang berkait dengan tumbesaran dan selera makan) dan menguatkan sistem imun.

Tidur seimbang berat badan

Tidur yang cukup memaksa anda untuk tidur awal. Apabila tidur awal secara tidak langsung membantu bangun lebih awal.

Memiliki kehidupan yang sihat dengan memulakan hari bersarapan awal mampu menyeimbangkan berat badan.

Apatah lagi jika anda bersenam di awal waktu, pasti berat badan tidak akan naik.

Bahaya tidur siang

Jika sekali-sekala tidur siang kerana kepenatan tidak mengapa. Bagaimana pula tidur siang dijadikan rutin?

Sebenarnya tidur siang meningkatkan perubahan negatif kepada hormon kerana meningkatkan stres kepada tubuh ketika bangun.

Ada juga yang mengatakan tidur siang menyumbang kepada mimpi buruk.

Justeru, kita memang tidak digalakkan tidur selepas waktu asar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nona

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Menanam serai dikatakan agak senang dan mudah hendak diuruskan, tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dan untuk menjana pendapatan tetap RM1,000 sebulan, tanah yang diperlukan adalah 1/2 ekar.

Panduan Menanam Serai Secara Komersial

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp, juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi.

Jenis-jenis Serai

Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.

Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan.

Serai Wangi (cymbopogonnardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan.

Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan.

Selain itu, serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent).

Kegunaan Serai

Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.

Pada asasnya, serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali variety serai wangi.

Namun, apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan, ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan-akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut.

Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar.

Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar.

Serai yang telah keringkan dicampur ke dalam minuman teh bagi menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut.

Asal-usul Serai

Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia.

Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun.

Iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti.

Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian.

Tanaman serai berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

SERAI PAHA GAJAH

Keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat.

Hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram.

Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar).

Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak.

Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan.

Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram.

SERAI PAHA AYAM

Serai peha ayam mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa.

Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya.

Dan pastinya, serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam.

Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan.

Untuk integrasi kita boleh menanam antara 5,000–8,000 rumpun serai seekar.

Serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses.

Kalau tanah subur, baja boleh mencapai sehingga 9 kg serumpun.

PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL

1. Persediaan Awal

Sebelum menanam serai, pengusaha perlu meneliti samada kawasan penanaman mempunyai ciri seperti berikut:

Jenis tanah yang sesuai iaitu tanah gambut, tanah merah, tanah berpasir dan tanah BRIS.

Struktur kawasan penanaman samada berbukit, tanah rata, beralun atau laluan berair. Sistem pengaliran air yang berkesan bagi tujuan penyiraman dan pengaliran air banjir.

Jenis tumbuhan asal kawasan tersebut mempunyai akar, rumpai atau pokok berkayu.

Kawasan yang dipilih perlu dibajak dan digembur terlebih dahulu sekurang kurangnya 14 hari sebelum penanaman.

Proses penggemburan ini dilakukan bagi meningkatkan kandungan mineral di dalam tanah dan memudahkan proses pencucukan anak benih.

Sekiranya perlu, kawasan tersebut perlu disembur racun rumpai bagi mengawal pertumbuhan rumput yang akan mengganggu proses tumbesaran serai.

Benih serai perlulah berusia lebih lapan bulan atau lebih dan telah mula mengeluarkan akar dibahagian bawah batang.

Benih yang telah sedia perlu ditanam 4 hingga 6 benih serai pada satu lubang dengan menanam bahagian akar sedalam 1 inci.

Jarak tanaman adalah 0.5 meter diantara pokok dan 1.0 meter setiap barisan.

Tanaman serai mengikut jarak tersebut boleh menghasilkan kepadatan tanaman sehingga 20,000 rumpun bagi 1 hektar kawasan.

2. Penyediaan Anak Benih

Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja.

Sebelum beli, rancang dahulu berapa rumpun kita nak tanam. Contohnya, kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun kita letak 5 anak benih.

Jadi, kita kena beli 50 batang serai sebagai anak benih.

3. Merendam anak benih dalam air

Apabila cuba menanam terus benih serai yang dibeli dari pasar ke tanah, ada yang hidup dan ada yang mati.

Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih susah nak hidup.

Jadi, kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air. Kenapa perlu dalam jag air? Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar.

Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag. Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar.

Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.

Kebiasannya, akar benih serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.

Benih yang kita ambil terus daripada rumpun serai tidak perlu direndam dengan air kerana sudah mempunyai akar.

4. Penyediaan Tanah

Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.

Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik, tanam merah dengan tanah bakaran sampah.

5. Cara Menanam Benih Serai Yang Betul

Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas adalah satu proses yang amat penting.

Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.

Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.

6. Mengasingkan Serai

Apabila telah matang dan serai sedia untuk dituai, dalam satu rumpun pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.

Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ini sebelum dihantar kepada pembeli.

7. Pantang Larang Serai

Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran. Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.

Tetapi akibatnya membuatkan serai tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.

Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.

PENGURUSAN TANAMAN

Benih serai yang telah ditanam perlu disiram sekurang kurangnya 2 kali sehari, namun jika bekalan air siraman kurang diberikan, serai masih boleh hidup subur kerana ianya mempunyai sifat tahan kepada cuaca panas dan kemarau.

Jika air berlebihan dibekalkan kepada tanaman serai, ia akan menyebabkan serai reput, berulat dan busuk terutama di bahagian akar.

PEMBAJAAN DAN KAWALAN RUMPAI

Pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 di sekeliling pangkal pokok pada kadar 40 gram sepokok. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan.

Tanaman serai tidak memerlukan penjagaan yang rapi, dimana kawalan rumput di sekelilingnya perlu dicabut bagi mengelakkan persaingan mendapatkan makanan dan cahaya matahari.

Rumput pada tanaman serai sangat mudah untuk tumbuh membiak dan pengusaha tanaman perlu melakukan aktiviti merumpai sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

Oleh kerana serai adalah sejenis tumbuhan herba, maka tiada serangga yang mendekati dan hinggap di pokok serai kecuali masalah Ulat Pengorek Batang.

Pengusaha perlu membuang rumpun yang terkena serangan ulat ini.

Manakala penyakit yang sering menyerang pokok serai adalah reput akar di mana bahagian batang dan akar serai akan membusuk.

Ini adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak lalu menyebabkan tanah di kawasan serai tersebut lembap.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan merosakan rumput serai tersebut.

Pengusaha perlu mencabut rumpun yang telah rosak dan mengalihkannya pada kawasan yang agak kering dan panas.

Bagi kawasan berkepadatan 20,000 rumpun sehektar akan menghasilkan 25 hingga 30 tan batang serai yang boleh dipasarkan.

Proses penuaian serai dilakukan di antara tempoh masa 4 hingga 6 bulan bergantung kepada kemajuan tumbesaran serai.

Serai akan dicabut keseluruhan rumpun dan memotong bahagian pangkal serta daunnya.

Tinggalkan kira kira 10 cm hingga 15 cm bahagian batang.

Bahagian batang yang mempunyai umbisi akan dibersihkan dari kotoran tanah.

Kemudian, serai tersebut diikat menggunakan getah dan dikumpulkan di dalam bekas besar untuk dijual kepada peraih atau pemborong.

ANGGARAN PENDAPATAN SEEKAR TANAMAN SERAI

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 kaki persegi.

2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’

Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3,628 rumpun serai (43560/12=3628).

3. Pendapatan Kasar

Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg.

Oleh itu pendapatan kasar adalah, 3,600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400.

4. Perbelanjaan

a. Benih = RM1,000 seekar (21,600 batang).

b. Baja = RM560
  • 8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar.
  • 1 beg (50kg) berharga RM70
  • (8 beg x RM70 = RM560.00).

c. Racun = RM 390
  • 12 liter racun BASTA diperlukan dalam seekar.
  • 1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak.
  • 1 kotak berharga RM130.
  • 3 kotak x RM130 = RM390.

d. Upah tanam per ekar = RM 200

e. Upah meracun (3 kali) RM60/ekar = RM 180.

f. Upah membaja
  • RM30 per ekar (3 kali) = RM 90.
  • 2 kali baja Urea.
  • 1 kali baja 0:18:20:TE.

g. Upah menyiram = RM210
  • Pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam, waktu menyiram 4.30~5.00 petang.
  • Upah siram RM30 per ekar (RM30x7 kali = RM 210).

h. Upah menuai = Lebih kurang RM1,000
  • Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4,000
i. Pendapatan Bersih
  • PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000.
  • RM 10,000.00/5 bulan, sebulan RM2,000.00.

Bayangkan sekiranya anda tanam seluas 10 ekar, berapa pendapatan sebulan?

Ini adalah kiraan pendapatan paling minimum, tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah.

Tanaman serai 2′x3′ seekar boleh mendapat hasil lebih tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri | IG | mybaha76

Sunday, June 24, 2018

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Studio produksi, Pixel Play milik pelakon Bront Palarae melancarkan kempen bagi mengumpul RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara, 'Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen'.

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata, usaha ini dilakukan sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.

“Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan.

"Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront.

Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai.

“Hal ini kerana kita gunakan Ogos untuk urusan logistik, manakala kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September ini,” tambahnya.

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.

Bagi membantu anda boleh melayari; www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen

'Dawn Raid' adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.

Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan' di London Stock Exchange.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai 'Serangan Subuh' membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar.

Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Rendang adalah makanan sinonim orang Melayu yang pada kebiasaannya dimakan bersama-sama ketupat ketika sambutan Hari Raya. Pasti seronok kalau dapat menyediakan rendang yang sedap dan dapat tahan lama tapi, rendang yang dimasak cepat basi walaupun sudah berulang kali dipanaskan.

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Semestinya anda mahu rendang yang dimasak dapat tahan lama supaya dapat dihidangkan beberapa kali untuk menjamu selera.

Terdapat petua yang dapat dikongsikan untuk menjadikan rendang anda tahan lama dan tidak cepat basi.

1. Penggunaan Santan

Jika anda tahu, tidak semua resepi rendang menggunakan santan kerana penggunaan kerisik yang menggantikan santan mengandungi lemak yang tersendiri.

Sebaiknya kalau anda mahu menggunakan santan, seeloknya mengurangkan kuantiti yang biasa digunakan supaya rendang tahan lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan santan yang segar dan berkualiti untuk menikmati rendang yang lazat dan tidak cepat basi.

2. Alat Perkakas Kering

Penggunaan alat perkakas untuk memasak rendang juga dianggap penting kerana boleh memberi kesan terhadap masakan anda.

Alat perkakas seperti senduk, periuk, kuali dan lain-lain perlu dikeringkan dahulu agar rendang yang dimasak tidak terjejas dan tahan lebih lama.

3. Goreng Separuh Masak

Anda disyorkan menggoreng ayam atau daging hingga separuh masak sebelum memasak rendang.

Boleh juga jika dimasak tanpa air atau minyak dengan membakar makanan tersebut ataupun digaulkan dengan rempah.

Cara ini dilaksanakan untuk mengeringkan makanan tersebut supaya rendang yang dimasak nanti lambat basi.

4. Pecah Minyak

Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.

Jadi, semasa anda menumis, perlu pastikan bahan-bahan betul-betul sudah garing dan pecah minyak.

Kemudian, barulah masukkan daging atau ayam yang hendak dimasak.

5. Rendang Kering

Cara terbaik memasak rendang adalah memasaknya sehingga kering dan tidak berkuah.

Selain rendang dapat tahan lebih lama, daging yang dimasak akan rasa lebih lembut dan sedap.

6. Periuk Tidak Tutup Rapat

Selepas selesai memasak rendang, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang.

Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi, sama juga dengan lauk dan makanan lain.

Cara yang terbaik adalah membuka sedikit penutup agar terdapat ruang untuk wap tersebut keluar dari periuk.

Jika rendang sudah sejuk, anda boleh menutup rapat periuk tersebut.

7. Menyejukkan Rendang

Rendang sudah siap dimasak yang ingin disimpan hendaklah diletakkan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama.

Digalakkan untuk disimpan dalam bekas-bekas kecil mengikut kadar penggunaan hidangan.

Cara ini disyorkan supaya tidak menyimpan dalam bekas yang besar bagi mengelakkan rendang tersebut keluar masuk peti sejuk beberapa kali untuk dipanaskan.

Jadi, anda hanya perlu mengambil satu bekas kecil sahaja keluarkan dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tidak akan bersentuh.

Semoga petua yang dikongsikan ini membantu anda menghasilkan rendang yang tahan lebih lama dan tidak mudah basi.

Jangan hidangkan rendang yang basi pula pada tetamu, nanti diri anda yang malu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Kisah Pembunuhan Altantuya, Terbongkar Angkara Tambang Teksi

Kisah Pembunuhan Altantuya, Terbongkar Angkara Tambang Teksi

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan bekas PM Najib Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan dijatuhkan hukuman mati.

Kisah Pembunuhan Altantuya

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri pernah bertemu mangsa pembunuhan misteri, Altantuya Sharibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation pada 5 March 2009, Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama dengan mangsa dan mereka berdua juga didakwa sebagai pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bahan bukti tetapi negara pernah di gemparkan dengan pendedahan gambar yang kononnya gambar milik Najib bersama Altantuya Sharibuu.

Najib yang pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu dengan wanita Mongolia itu, seorang model yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Najib juga pernah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pakatan pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah menjalani proses pendakwaan di mahkamah, keputusan kes bunuh tersebut telah mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang juga pengawal peribadi PM Najib bersalah.

Sedikit kekeliruan yang tak berjawab hingga kini ialah, siapakah mastermind yang merancang kejadian bunuh tersebut.

Manakala Abdul Razak Baginda, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu pula dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah membabitkan isu wanita Monggolia tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak-gerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan misteri wanita itu ada hubung kait dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan yang di ketuai oleh Najib pada ketika itu.

Pendedahan pembunuhan misteri ini juga telah di muat naik dalam blog oleh penulis blog popular, Raja Petra Kamarudin melalui blognya, Malaysia Today.

Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk 'Abuse of Power by the Deputy Prime Minister'.

Pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang PM Najib telah campur tangan dan berkepentingan dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Hajah Rosmah Mansor turut hadir di tempat pembunuhan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011 setelah tidak sehaluan lagi dengan Ketua Pembangkang yang juga rakan rapat beliau satu ketika dulu.

Berikut terjemahan laporan yang di buat oleh media Perancis, Liberation French Newspaper pada 5 Mar 2009 oleh Arnaud Dubus.

***

Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan.

Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau, “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu.

Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006.

Ini satu-satunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisihan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang.

Kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Perancis, Armaris, menjual tiga kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu billion Euro, adalah luar dari kebiasaannya.

Impak “Kes Altantuya” di Perancis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya.

Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisyen atau “commission” sebanyak Euro 114 juta atau lebih kurang RM 570 juta yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu di Malaysia.

Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan pelbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut.

Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga kini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda, Altantuya dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh.

Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang mengikut arahan seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian.

“Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar jangan dibunuh sebab beliau mengandung.

"Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi.

"Saya terus menembak sebelah kiri mukanya.

"Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastik hitam.

"Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan.

"Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu.”

Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya.

Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan berita dalam drama yang sungguh menarik melibatkan penjual senjata Perancis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia.

Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (ketika itu) disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Perancis yang membina kapal-kapal tentera.

Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimiliki oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua).

Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia) dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing.

Selain dari Bahasa Inggeris, beliau fasih dalam bahasa Rusia, Cina dan Korea.

Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004.

Razak Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia.

Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya.

Altantuya yang dipanggil ‘Tuya’ oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Razak Baginda menterjemahkan bahasa Rusia kepada Inggeris.

Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Menteri Pertahanan, Najib Razak (Razak Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan).

Razak Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala didampingi oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Razak Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancong ke Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Razak Baginda.

Menginap di hotel-hotel mahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka.

Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancongan; kontrak pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan.

“Kami tahu bahawa Razak Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk berunding perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak.

Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris.

"Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut. Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak.

Saya tanyakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan dan Najib adalah ‘Perdana Menteri’, kata Amy, sahabat baik Altantuya.

Menurut seorang detektif peribadi, yang kemudiannya bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah dikenalkan kepada Najib oleh Razak Baginda pada hujung 2004.

Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapat tahu bayaran wang komisyen oleh syarikat Perancis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur.

Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Razak Baginda.

Altantuya bergegas ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Razak Baginda.

Beliau mendakwa berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang komisyen tersebut.

Razak Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih.

Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya.

Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diiringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk memukau Razak Baginda jika dia enggan membayar wang pembahagian komisyen tersebut.

Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya itu.

Pada 18 Oktober, Razak Baginda sudah tidak tahan lagi dengan gelagat telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya.

Razak Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai aide de camp Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Razak Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit.

Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’.

Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali.

Seterusnya mereka memusnahkan mayat Altantuya dengan bahan letupan C 4, sejenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

Kemasukan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod imigresen Malaysia.

Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tinggal mengenainya.

Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah.

Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak mengambil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi seharian itu diculik di depan matanya.

Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat.

Beberapa hari kemudian, polis mengenal pasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan.

Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) pun tidak berdaya hendak menyekatnya.

Najib cuba menutup kes tersebut.

Beberapa jam sebelum Razak Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada dia, “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini, masalah akan selesai. Bertenang”.

Beberapa jam kemudian, Razak Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008.

Azilah dan Sirul yang dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah.

Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hukuman mati. Keputusan mahkamah ditetapkan pada 9 April 2009.

Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau.

Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Razak Baginda merupakan simbol ketidakadilan proses kehakiman Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,” kata beliau.

Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Perdana Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang.

Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percaturan politik Malaysia antara Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Najib berjaya menepis, tetapi pembunuhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dilehernya.

Suatu aspek yang masih tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris.

Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar.

Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.

Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Perancis DCNS?

DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual.

“Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris.

Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Perancis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasuki zon Schengen (dalam mana Perancis adalah negara ahli).

Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur.

Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat.

Agensi-agensi perisikan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan dan FSB Rusia (dulunya KGB) mengikuti kes Altantuya dengan rapi.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya.

Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya.

“Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari.

"Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahu emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut.

Razak Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bebaskanmalaysia