Monday, June 25, 2018

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Tidur sebenarnya dapat merehatkan tubuh setelah seharian mengerah tenaga namun, tidur sering diabaikan oleh mereka yang kuat bekerja.

Benarkah Amalan Tidur Siang Bahaya Untuk Kesihatan?

Syukur kerana anda masih berupaya untuk tidur kerana jika dihidapi insomnia atau sukar untuk tidur boleh mengganggu kesihatan dan kualiti hidup.

Tidur yang cukup selama lapan jam sehari boleh menyegarkan tubuh dan menajamkan fokus dalam kehidupan seharian.

Selain itu, memiliki tidur yang berkualiti boleh meremajakan kulit dan kekal awet muda.

Tahukah anda?

Tidur yang secukupnya membantu tubuh untuk membenarkan organ-organ berfungsi dengan baik.

Ketika tidur proses detoksifikasi (pengeluaran racun daripada tubuh) berlaku di bahagian hati, hempedu dan paru-paru.

Sedar atau tidak anda sering membuang air ketika tengah malam? Ini kerana proses detoks sudah berlaku dan berakhir di usus besar.

Selain itu darah juga turut terhasil melalui sum sum tulang ketika sedang tidur.

Bahaya tidur lewat

Tidur lewat sering terjadi kepada penggemar media sosial ketika ini. Sebenarnya tidur lewat malam boleh mengundang kemerosotan kesihatan kepada seseorang.

Amalan ini menjadi punca kerosakan hati dan mengganggu keseimbangan sistem tubuh yang lain. Tambah memburukkan keadaan jika makan lewat malam kemudian terus tidur.

Tidur tanpa bra

Tidur membantu tubuh untuk menghasilkan hormon imuniti. Tidur dengan bra atau pakaian dalam boleh menyekat proses pembaikan dan detoks tubuh.

Menurut Penyelidik Sydney Singer, dalam bukunya Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.

Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko pembentukan kanser payudara.

Tidur dalam gelap?

Ada suka tidur di dalam bilik yang diterangi lampu atau gelap?

Sebenarnya tidur di dalam bilik yang gelap memberi manfaat kepada tubuh. Ketika dalam gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin.

Hormon melatonin ini sangat penting kepada tubuh kerana boleh membantu mencegah penyakit terutama kanser.

Pengeluaran hormon ini tidak akan terhasil jika terdapat cahaya atau sinar yang menerangi.

Tidur dan melatonin

Melatonin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak. Ketika malam paras melatonin ini mula meningkat.

Peningkatan ini mempengaruhi rasa mengantuk dan memberi arahan supaya merehatkan tubuh dengan tidur.

Kitaran melatonin ini penting kerana membantu tubuh menyeimbangi keperluan siang dan malam.

Tubuh juga memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Ekstra

Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu pasti kita akan sukar untuk menyesuaikan diri untuk tidur.

Namun, paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.

Kepentingan tidur

Tidur penting untuk melancarkan beberapa fungsi tubuh seperti menjana pembaikan otot, menguatkan daya ingatan, mengawal atur bahan-bahan kimia tubuh (terutama hormon yang berkait dengan tumbesaran dan selera makan) dan menguatkan sistem imun.

Tidur seimbang berat badan

Tidur yang cukup memaksa anda untuk tidur awal. Apabila tidur awal secara tidak langsung membantu bangun lebih awal.

Memiliki kehidupan yang sihat dengan memulakan hari bersarapan awal mampu menyeimbangkan berat badan.

Apatah lagi jika anda bersenam di awal waktu, pasti berat badan tidak akan naik.

Bahaya tidur siang

Jika sekali-sekala tidur siang kerana kepenatan tidak mengapa. Bagaimana pula tidur siang dijadikan rutin?

Sebenarnya tidur siang meningkatkan perubahan negatif kepada hormon kerana meningkatkan stres kepada tubuh ketika bangun.

Ada juga yang mengatakan tidur siang menyumbang kepada mimpi buruk.

Justeru, kita memang tidak digalakkan tidur selepas waktu asar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nona

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Panduan Cara Menanam Serai Secara Komersial

Menanam serai dikatakan agak senang dan mudah hendak diuruskan, tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dan untuk menjana pendapatan tetap RM1,000 sebulan, tanah yang diperlukan adalah 1/2 ekar.

Panduan Menanam Serai Secara Komersial

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp, juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi.

Jenis-jenis Serai

Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.

Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan.

Serai Wangi (cymbopogonnardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan.

Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan.

Selain itu, serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent).

Kegunaan Serai

Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.

Pada asasnya, serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali variety serai wangi.

Namun, apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan, ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan-akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut.

Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar.

Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar.

Serai yang telah keringkan dicampur ke dalam minuman teh bagi menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut.

Asal-usul Serai

Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia.

Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun.

Iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti.

Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian.

Tanaman serai berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

SERAI PAHA GAJAH

Keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat.

Hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram.

Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar).

Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak.

Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan.

Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram.

SERAI PAHA AYAM

Serai peha ayam mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa.

Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya.

Dan pastinya, serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam.

Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan.

Untuk integrasi kita boleh menanam antara 5,000–8,000 rumpun serai seekar.

Serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses.

Kalau tanah subur, baja boleh mencapai sehingga 9 kg serumpun.

PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL

1. Persediaan Awal

Sebelum menanam serai, pengusaha perlu meneliti samada kawasan penanaman mempunyai ciri seperti berikut:

Jenis tanah yang sesuai iaitu tanah gambut, tanah merah, tanah berpasir dan tanah BRIS.

Struktur kawasan penanaman samada berbukit, tanah rata, beralun atau laluan berair. Sistem pengaliran air yang berkesan bagi tujuan penyiraman dan pengaliran air banjir.

Jenis tumbuhan asal kawasan tersebut mempunyai akar, rumpai atau pokok berkayu.

Kawasan yang dipilih perlu dibajak dan digembur terlebih dahulu sekurang kurangnya 14 hari sebelum penanaman.

Proses penggemburan ini dilakukan bagi meningkatkan kandungan mineral di dalam tanah dan memudahkan proses pencucukan anak benih.

Sekiranya perlu, kawasan tersebut perlu disembur racun rumpai bagi mengawal pertumbuhan rumput yang akan mengganggu proses tumbesaran serai.

Benih serai perlulah berusia lebih lapan bulan atau lebih dan telah mula mengeluarkan akar dibahagian bawah batang.

Benih yang telah sedia perlu ditanam 4 hingga 6 benih serai pada satu lubang dengan menanam bahagian akar sedalam 1 inci.

Jarak tanaman adalah 0.5 meter diantara pokok dan 1.0 meter setiap barisan.

Tanaman serai mengikut jarak tersebut boleh menghasilkan kepadatan tanaman sehingga 20,000 rumpun bagi 1 hektar kawasan.

2. Penyediaan Anak Benih

Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja.

Sebelum beli, rancang dahulu berapa rumpun kita nak tanam. Contohnya, kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun kita letak 5 anak benih.

Jadi, kita kena beli 50 batang serai sebagai anak benih.

3. Merendam anak benih dalam air

Apabila cuba menanam terus benih serai yang dibeli dari pasar ke tanah, ada yang hidup dan ada yang mati.

Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih susah nak hidup.

Jadi, kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air. Kenapa perlu dalam jag air? Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar.

Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag. Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar.

Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.

Kebiasannya, akar benih serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.

Benih yang kita ambil terus daripada rumpun serai tidak perlu direndam dengan air kerana sudah mempunyai akar.

4. Penyediaan Tanah

Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.

Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik, tanam merah dengan tanah bakaran sampah.

5. Cara Menanam Benih Serai Yang Betul

Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas adalah satu proses yang amat penting.

Pastikan kita menanam serai dengan kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.

Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.

6. Mengasingkan Serai

Apabila telah matang dan serai sedia untuk dituai, dalam satu rumpun pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.

Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ini sebelum dihantar kepada pembeli.

7. Pantang Larang Serai

Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran. Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.

Tetapi akibatnya membuatkan serai tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.

Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.

PENGURUSAN TANAMAN

Benih serai yang telah ditanam perlu disiram sekurang kurangnya 2 kali sehari, namun jika bekalan air siraman kurang diberikan, serai masih boleh hidup subur kerana ianya mempunyai sifat tahan kepada cuaca panas dan kemarau.

Jika air berlebihan dibekalkan kepada tanaman serai, ia akan menyebabkan serai reput, berulat dan busuk terutama di bahagian akar.

PEMBAJAAN DAN KAWALAN RUMPAI

Pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 di sekeliling pangkal pokok pada kadar 40 gram sepokok. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan.

Tanaman serai tidak memerlukan penjagaan yang rapi, dimana kawalan rumput di sekelilingnya perlu dicabut bagi mengelakkan persaingan mendapatkan makanan dan cahaya matahari.

Rumput pada tanaman serai sangat mudah untuk tumbuh membiak dan pengusaha tanaman perlu melakukan aktiviti merumpai sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

Oleh kerana serai adalah sejenis tumbuhan herba, maka tiada serangga yang mendekati dan hinggap di pokok serai kecuali masalah Ulat Pengorek Batang.

Pengusaha perlu membuang rumpun yang terkena serangan ulat ini.

Manakala penyakit yang sering menyerang pokok serai adalah reput akar di mana bahagian batang dan akar serai akan membusuk.

Ini adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak lalu menyebabkan tanah di kawasan serai tersebut lembap.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan merosakan rumput serai tersebut.

Pengusaha perlu mencabut rumpun yang telah rosak dan mengalihkannya pada kawasan yang agak kering dan panas.

Bagi kawasan berkepadatan 20,000 rumpun sehektar akan menghasilkan 25 hingga 30 tan batang serai yang boleh dipasarkan.

Proses penuaian serai dilakukan di antara tempoh masa 4 hingga 6 bulan bergantung kepada kemajuan tumbesaran serai.

Serai akan dicabut keseluruhan rumpun dan memotong bahagian pangkal serta daunnya.

Tinggalkan kira kira 10 cm hingga 15 cm bahagian batang.

Bahagian batang yang mempunyai umbisi akan dibersihkan dari kotoran tanah.

Kemudian, serai tersebut diikat menggunakan getah dan dikumpulkan di dalam bekas besar untuk dijual kepada peraih atau pemborong.

ANGGARAN PENDAPATAN SEEKAR TANAMAN SERAI

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 kaki persegi.

2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’

Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3,628 rumpun serai (43560/12=3628).

3. Pendapatan Kasar

Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg.

Oleh itu pendapatan kasar adalah, 3,600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400.

4. Perbelanjaan

a. Benih = RM1,000 seekar (21,600 batang).

b. Baja = RM560
  • 8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar.
  • 1 beg (50kg) berharga RM70
  • (8 beg x RM70 = RM560.00).

c. Racun = RM 390
  • 12 liter racun BASTA diperlukan dalam seekar.
  • 1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak.
  • 1 kotak berharga RM130.
  • 3 kotak x RM130 = RM390.

d. Upah tanam per ekar = RM 200

e. Upah meracun (3 kali) RM60/ekar = RM 180.

f. Upah membaja
  • RM30 per ekar (3 kali) = RM 90.
  • 2 kali baja Urea.
  • 1 kali baja 0:18:20:TE.

g. Upah menyiram = RM210
  • Pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam, waktu menyiram 4.30~5.00 petang.
  • Upah siram RM30 per ekar (RM30x7 kali = RM 210).

h. Upah menuai = Lebih kurang RM1,000
  • Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4,000
i. Pendapatan Bersih
  • PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000 = RM 10,000.
  • RM 10,000.00/5 bulan, sebulan RM2,000.00.

Bayangkan sekiranya anda tanam seluas 10 ekar, berapa pendapatan sebulan?

Ini adalah kiraan pendapatan paling minimum, tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah.

Tanaman serai 2′x3′ seekar boleh mendapat hasil lebih tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri | IG | mybaha76

Sunday, June 24, 2018

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Studio produksi, Pixel Play milik pelakon Bront Palarae melancarkan kempen bagi mengumpul RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara, 'Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen'.

Kisah Benar 'Dawn Raid' Akan Difilemkan

Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata, usaha ini dilakukan sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.

“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.

“Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan.

"Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront.

Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai.

“Hal ini kerana kita gunakan Ogos untuk urusan logistik, manakala kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September ini,” tambahnya.

Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.

Bagi membantu anda boleh melayari; www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen

'Dawn Raid' adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.

Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan' di London Stock Exchange.

Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai 'Serangan Subuh' membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar.

Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Rendang adalah makanan sinonim orang Melayu yang pada kebiasaannya dimakan bersama-sama ketupat ketika sambutan Hari Raya. Pasti seronok kalau dapat menyediakan rendang yang sedap dan dapat tahan lama tapi, rendang yang dimasak cepat basi walaupun sudah berulang kali dipanaskan.

7 Petua Elak Rendang Cepat Basi

Semestinya anda mahu rendang yang dimasak dapat tahan lama supaya dapat dihidangkan beberapa kali untuk menjamu selera.

Terdapat petua yang dapat dikongsikan untuk menjadikan rendang anda tahan lama dan tidak cepat basi.

1. Penggunaan Santan

Jika anda tahu, tidak semua resepi rendang menggunakan santan kerana penggunaan kerisik yang menggantikan santan mengandungi lemak yang tersendiri.

Sebaiknya kalau anda mahu menggunakan santan, seeloknya mengurangkan kuantiti yang biasa digunakan supaya rendang tahan lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan santan yang segar dan berkualiti untuk menikmati rendang yang lazat dan tidak cepat basi.

2. Alat Perkakas Kering

Penggunaan alat perkakas untuk memasak rendang juga dianggap penting kerana boleh memberi kesan terhadap masakan anda.

Alat perkakas seperti senduk, periuk, kuali dan lain-lain perlu dikeringkan dahulu agar rendang yang dimasak tidak terjejas dan tahan lebih lama.

3. Goreng Separuh Masak

Anda disyorkan menggoreng ayam atau daging hingga separuh masak sebelum memasak rendang.

Boleh juga jika dimasak tanpa air atau minyak dengan membakar makanan tersebut ataupun digaulkan dengan rempah.

Cara ini dilaksanakan untuk mengeringkan makanan tersebut supaya rendang yang dimasak nanti lambat basi.

4. Pecah Minyak

Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.

Jadi, semasa anda menumis, perlu pastikan bahan-bahan betul-betul sudah garing dan pecah minyak.

Kemudian, barulah masukkan daging atau ayam yang hendak dimasak.

5. Rendang Kering

Cara terbaik memasak rendang adalah memasaknya sehingga kering dan tidak berkuah.

Selain rendang dapat tahan lebih lama, daging yang dimasak akan rasa lebih lembut dan sedap.

6. Periuk Tidak Tutup Rapat

Selepas selesai memasak rendang, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang.

Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi, sama juga dengan lauk dan makanan lain.

Cara yang terbaik adalah membuka sedikit penutup agar terdapat ruang untuk wap tersebut keluar dari periuk.

Jika rendang sudah sejuk, anda boleh menutup rapat periuk tersebut.

7. Menyejukkan Rendang

Rendang sudah siap dimasak yang ingin disimpan hendaklah diletakkan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama.

Digalakkan untuk disimpan dalam bekas-bekas kecil mengikut kadar penggunaan hidangan.

Cara ini disyorkan supaya tidak menyimpan dalam bekas yang besar bagi mengelakkan rendang tersebut keluar masuk peti sejuk beberapa kali untuk dipanaskan.

Jadi, anda hanya perlu mengambil satu bekas kecil sahaja keluarkan dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tidak akan bersentuh.

Semoga petua yang dikongsikan ini membantu anda menghasilkan rendang yang tahan lebih lama dan tidak mudah basi.

Jangan hidangkan rendang yang basi pula pada tetamu, nanti diri anda yang malu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Kisah Pembunuhan Altantuya, Terbongkar Angkara Tambang Teksi

Kisah Pembunuhan Altantuya, Terbongkar Angkara Tambang Teksi

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan bekas PM Najib Razak, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan dijatuhkan hukuman mati.

Kisah Pembunuhan Altantuya

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri pernah bertemu mangsa pembunuhan misteri, Altantuya Sharibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation pada 5 March 2009, Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama dengan mangsa dan mereka berdua juga didakwa sebagai pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bahan bukti tetapi negara pernah di gemparkan dengan pendedahan gambar yang kononnya gambar milik Najib bersama Altantuya Sharibuu.

Najib yang pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu dengan wanita Mongolia itu, seorang model yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Najib juga pernah bersumpah bahawa dia tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pakatan pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah menjalani proses pendakwaan di mahkamah, keputusan kes bunuh tersebut telah mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang juga pengawal peribadi PM Najib bersalah.

Sedikit kekeliruan yang tak berjawab hingga kini ialah, siapakah mastermind yang merancang kejadian bunuh tersebut.

Manakala Abdul Razak Baginda, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu pula dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah membabitkan isu wanita Monggolia tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak-gerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan misteri wanita itu ada hubung kait dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan yang di ketuai oleh Najib pada ketika itu.

Pendedahan pembunuhan misteri ini juga telah di muat naik dalam blog oleh penulis blog popular, Raja Petra Kamarudin melalui blognya, Malaysia Today.

Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk 'Abuse of Power by the Deputy Prime Minister'.

Pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang PM Najib telah campur tangan dan berkepentingan dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Hajah Rosmah Mansor turut hadir di tempat pembunuhan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011 setelah tidak sehaluan lagi dengan Ketua Pembangkang yang juga rakan rapat beliau satu ketika dulu.

Berikut terjemahan laporan yang di buat oleh media Perancis, Liberation French Newspaper pada 5 Mar 2009 oleh Arnaud Dubus.

***

Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan.

Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau, “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu.

Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006.

Ini satu-satunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisihan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang.

Kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Perancis, Armaris, menjual tiga kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu billion Euro, adalah luar dari kebiasaannya.

Impak “Kes Altantuya” di Perancis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya.

Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisyen atau “commission” sebanyak Euro 114 juta atau lebih kurang RM 570 juta yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu di Malaysia.

Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan pelbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut.

Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga kini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda, Altantuya dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh.

Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang mengikut arahan seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian.

“Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar jangan dibunuh sebab beliau mengandung.

"Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi.

"Saya terus menembak sebelah kiri mukanya.

"Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastik hitam.

"Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan.

"Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu.”

Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya.

Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan berita dalam drama yang sungguh menarik melibatkan penjual senjata Perancis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia.

Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (ketika itu) disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Perancis yang membina kapal-kapal tentera.

Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimiliki oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua).

Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia) dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing.

Selain dari Bahasa Inggeris, beliau fasih dalam bahasa Rusia, Cina dan Korea.

Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004.

Razak Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia.

Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya.

Altantuya yang dipanggil ‘Tuya’ oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Razak Baginda menterjemahkan bahasa Rusia kepada Inggeris.

Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Menteri Pertahanan, Najib Razak (Razak Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan).

Razak Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala didampingi oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Razak Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancong ke Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Razak Baginda.

Menginap di hotel-hotel mahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka.

Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancongan; kontrak pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan.

“Kami tahu bahawa Razak Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk berunding perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak.

Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris.

"Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut. Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak.

Saya tanyakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan dan Najib adalah ‘Perdana Menteri’, kata Amy, sahabat baik Altantuya.

Menurut seorang detektif peribadi, yang kemudiannya bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah dikenalkan kepada Najib oleh Razak Baginda pada hujung 2004.

Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapat tahu bayaran wang komisyen oleh syarikat Perancis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur.

Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Razak Baginda.

Altantuya bergegas ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Razak Baginda.

Beliau mendakwa berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang komisyen tersebut.

Razak Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih.

Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya.

Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diiringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk memukau Razak Baginda jika dia enggan membayar wang pembahagian komisyen tersebut.

Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya itu.

Pada 18 Oktober, Razak Baginda sudah tidak tahan lagi dengan gelagat telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya.

Razak Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai aide de camp Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Razak Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit.

Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’.

Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali.

Seterusnya mereka memusnahkan mayat Altantuya dengan bahan letupan C 4, sejenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

Kemasukan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod imigresen Malaysia.

Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tinggal mengenainya.

Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah.

Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak mengambil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi seharian itu diculik di depan matanya.

Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat.

Beberapa hari kemudian, polis mengenal pasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan.

Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) pun tidak berdaya hendak menyekatnya.

Najib cuba menutup kes tersebut.

Beberapa jam sebelum Razak Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada dia, “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini, masalah akan selesai. Bertenang”.

Beberapa jam kemudian, Razak Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008.

Azilah dan Sirul yang dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah.

Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hukuman mati. Keputusan mahkamah ditetapkan pada 9 April 2009.

Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau.

Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Razak Baginda merupakan simbol ketidakadilan proses kehakiman Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,” kata beliau.

Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Perdana Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang.

Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percaturan politik Malaysia antara Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Najib berjaya menepis, tetapi pembunuhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dilehernya.

Suatu aspek yang masih tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris.

Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar.

Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.

Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Perancis DCNS?

DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual.

“Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris.

Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Perancis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasuki zon Schengen (dalam mana Perancis adalah negara ahli).

Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur.

Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat.

Agensi-agensi perisikan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan dan FSB Rusia (dulunya KGB) mengikuti kes Altantuya dengan rapi.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya.

Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya.

“Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari.

"Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahu emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut.

Razak Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bebaskanmalaysia

Saturday, June 23, 2018

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Pembinaan kereta api yang selari dengan perkembangan sains dan teknologi membawa kepada inovasi reka cipta sehingga mampu menyediakan perkhidmatan yang cukup selesa buat penumpangnya.

Menurut portal Tribun News, terdapat 9 kereta api paling mewah yang pastinya membuatkan anda terpukau dan teringin mahu menaikinya.

1. The Golden Eagle Express

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Nampak kereta api ini macam biasa tetapi perlu anda tahu bahawa ia adalah yang termahal dunia dengan perjalanan menghubungkan benua Asia dan Eropah yang melalui kawasan Rusia, China dan beberapa kawasan di Eropah.

Perjalanan yang jauh ini mampu memberikan pemandangan yang menarik di kawasan-kawasan yang dilalui antaranya di tepi laut, kawasan berbukit dan bandar.

Pastinya sangat menakjubkan jika anda berpeluang menaiki kereta api yang mewah seperti yang disebutkan semua tadi umpama sedang berada dalam hotel lima bintang.

Malah, perkhidmatan dan kelengkapan yang disediakan cukup selesa bak raja membuatkan anda seperti tidak mahu meninggalkan kereta api tersebut.

2. The Golden Chariot

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Golden Chariot adalah kereta api mewah menghubungkan tempat-tempat pelancongan penting di India seperti di wilayah Karnataka, Goa, Kerala, Tamil Nadu dan Pondicherry, bergantung pada jadual perjalanan yang dipilih.

Setiap gerabak kereta api ini bewarna ungu serta mempunyai ukiran seni India yang menjadi tarikan buat para pelancong.

Malah, di dalam kereta api ini disediakan ruang makan yang selesa, gimnasium dan tempat rehat untuk para penumpang.

3. The Blue Train

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Kereta api yang terletak di Afrika Selatan ini telah menghubungkan perjalanan dari Cape Town ke ibu negara, Pretoria sejauh 1,600 kilometer.

Perkhidmatan yang cukup mewah ala hotel lima bintang terhadap penumpang-penumpang yang kebiasaanya dinaiki oleh raja-raja dan pentadbir negara.

Para penumpang disediakan perkhidmatan pelayan khas, bilik rehat yang cukup santai, tab mandi dan ruang kalis bunyi.

4. The Royal Scotsman

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Belmond Royal Scotsman adalah kereta mewah di Scotland yang bermula pada tahun 1985 menghubungkan beberapa wilayah lain di Britain.

Menariknya, kereta api ini menyediakan spa kepada penumpangnya selain menyediakan perkhidmatan asas kereta api buat keselesaan para penumpangnya.

5. Orient Express

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Orient Express adalah perkhidmatan kereta penumpang jarak jauh yang diwujudkan pada tahun 1883 oleh Compagnie Internationale des Wagons-Lits (CIWL).

Uniknya, kereta api ini dibina menghubungkan dua ibu negara iaitu Istanbul, Turki dengan Paris, Perancis merentasi beberapa negara lain dengan laluan yang sering berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Kereta api klasik ini dibina dengan cukup mewah dengan pelbagai perkhidmatan disediakan bagi keselesaan para penumpang dalam satu perjalanan yang panjang.

6. The Imperial Russia

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Kereta api yang menghubungkan negara Rusia dengan China antara yang termewah dinaiki oleh penumpang yang berada dan ahli politik.

The Imperial Russia hanya beroperasi beberapa kali dalam setahun dengan perjalanan yang telah ditetapkan.

Kereta api ini dihiasi dengan lampu mahal yang cukup cantik, karpet merah dan tempat duduk yang cukup istimewa bak seorang raja dan permaisuri.

7. Rovos Rails Express

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Rovos Rail adalah perusahaan kereta api swasta yang beroperasi di Capital Park Station di Pretoria, Afrika Selatan.

Kereta api mewah ini melalui perjalanan hampir separuh benua Afrika dengan perjalanan menghubungkan dari Pretoria, Afrika Selatan hingga ke Namibia dan Tanzania.

Selain dapat menikmati keindahan alam dan taman haiwan, ia menyediakan ruang bilik yang pelbagai dengan tandas dan tab mandi setiap bilik.

Malah, tempat dan hidangan makanan juga seperti restoran cukup mewah.

8. The Eastern & Oriental Express

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

Tidak terlepas juga, terdapat kereta api mewah di negara kita yang menghubungkan laluan dari Singapura, Malaysia hingga ke Thailand.

Kereta api ini dikendalikan oleh Belmond Ltd. dengan perjalanan beberapa kali sebulan sepanjang tahun.

Selain ruang kereta api yang selesa buat para penumpang, kereta api ini turut menyediakan perpustakaan, kedai cendramata, tempat makan yang selesa dan piano.

9. The Maharaja Express

9 Kereta Api Paling Mewah Di Dunia

The Maharaja Express menghubungkan perjalanan lebih 12 destinasi di kawasan Timur Laut dan Tengah India yang berpusat di Rajashtan.

Kereta api termahal di Asia ini mempunyai reka bentuk persis istana kerajaan India yang disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh.

Dengan mendapat pengiktirafan The World Travel Awards lima tahun berturut-turut, kemewahan kereta api ini seolah-olah tidak dapat ditandingi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Bunga ros merupakan lambang cinta seseoran, tapi tahukah anda terdapat beberapa maksud di sebalik warna bunga tersebut.

Lepas ni bolehlah anda teka apa maksud seseorang itu beri bunga ros kepada anda!

ROS WARNA MERAH

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Merah bermaksud cinta yang tulus dan keikhlasan serta keberanian.

Jika ada seseorang memberikan bunga ros berwarna merah kepada anda, mungkin dia sukakan anda!

Kerana ia seperti bermaksud ‘saya sayangkan awak’.

ROS WARNA KUNING

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Awas jika orang yang anda suka tiba-tiba memberi bunga ros berwarna kuning kerana ia sekadar bermaksud persahabatan.

Tapi jangan risau, ia juga boleh digambarkan sebagai suatu permulaan yang baharu dalam sesebuah perhubungan.

ROS WARNA PUTIH

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Manakala putih pula sinonim dengan simbol kesucian yang bermaksud cinta yang suci.

Malah, bunga ros putih juga sering digunakan sebagai gubahan dalam majlis perkahwinan.

ROS WARNA UNGU

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Kata orang dari mata turun ke hati! Warna ungu membawa maksud tanda cinta pandang pertama.

Lepas ni kalau nak luahkan perasaan kepada seseorang yang anda baru pertama kali lihat wajahnya, jangan lupa berikan juga bunga ros ungu.

ROS WARNA MERAH JAMBU

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Bunga ros warna pink cerah membawa maksud kekaguman dan tanda simpati.

Selalunya wanita akan lebih suka pink cerah sebab ia warna yang lembut dan selalu dikaitkan dengan sifat wanita itu sendiri yang mempunyai sifat lemah lembut, comel dan ayu.

ROS WARNA OREN

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Ia membawa maksud mengharapkan perhubungan yang lebih jauh dan bermakna.

Bagi mereka yang baru berkenalan, bunga ros ini boleh dijadikan simbol untuk menunjukkan minat mengenali hati budinya dengan lebih mendalam.

Bagi mereka yang bekerjasama di dalam perniagaan, bunga ros oren adalah tanda kerjasama di dalam perniagaan.

Selain itu, ia juga menggambarkan keghairahan hati untuk mengenali hati budi dan kenginan yang tulus murni.

ROS WARNA BIRU

Maksud Warna Bunga Ros Dalam Perhubungan

Bunga Ros Biru membawa maksud “Jangan Bermimpi di siang hari“ dimana ia menjelaskan hubungan yang mustahil untuk diteruskan.

Bunga ini bukanlah semulajadi kerana ia adalah buatan sendiri.

Oleh yang demikian, bunga ini menunjukkan ia adalah fantasi sahaja dan begitulah juga di dalam hubungan.

Tetapi anda tidak perlulah 100% meletakkan kepercayaan ke atas warna bunga ros itu sendiri.

Kerana ia sekadar andaian sesetengah pihak sahaja.

Ini kerana bunga ros asalnya memang berwarna merah tetapi terdapat cara untuk menukarkan warna kelopak itu kepada warna yang lain.

Jadi, jika selepas ini crush anda memberikan bunga ros berwarna kuning, jangan pula ada yang menangis kekecewaan! Tidak semestinya apa yang ditafsirkan itu benar.

Bagaimanapun, pemberian bunga seperti bunga ros tidak akan pernah lari dengan hubungan percintaan kerana bunga ros itu umpama lambang cinta seseorang itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Friday, June 22, 2018

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Croatia melakar kejutan terbesar Piala Dunia 2018 apabila atasi pasukan pilihan Agentina 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Dunia, sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir lebih awal.

Video Gol Croatia Aibkan Argentina 3-0 Di Piala Dunia FIFA 2018

Tiga gol dijaringkan oleh Ante Rebic pada minit ke-53, diikuti kapten Luka Modric 27 minit kemudian, sebelum Ivan Rakitic melengkapkan kemenangan bergaya pada masa kecederaan babak kedua di Stadium Nizhny Novgorod.

Juara dunia dua kali, Argentina yang dibintangi penyerang prolifik Barcelona, Lionel Messi berdepan dengan misi paling sukar untuk mara ke peringkat kalah mati selepas hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan.

Manakala Croatia muncul pendahulu Kumpulan D dengan enam mata, menyebabkan bekas rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta meminta Messi perlu bersara daripada peringkat antarabangsa jika Argentina terkandas.

“Saya berasa sangat kasihan dengan Lionel Messi,” katanya kepada BBC. Messi gagal menyerlahkan permainan terbaiknya ketika Argentina tewas kepada Croatia sekali gus berdepan dengan penyingkiran awal.

Zabaleta, yang merupakan sebahagian tonggak yang muncul finalis edisi 2014, percaya sudah tiba masanya bintang kelab Barcelona berkenaan menamatkan kerjaya antarabangsanya sekiranya mereka gagal mencapai pusingan 16.

“Ini peluang terakhir untuk memenangi sesuatu bersama Argentina jadi, saya tidak akan terkejut jika selepas ini dia bersara daripada bola sepak antarabangsa. Dia pasti sangat kecewa dan terpaksa tunggu empat tahun lagi di Qatar.”

Argentina tumbang susulan kesilapan Willy Caballero yang memberi ruang kepada jaringan pembukaan Rebic pada minit ke-53 manakala jaringan Modric dan Rakitic pada penghujung permainan menambah lagi duka Argentina.

Mengulas lanjut, Zabaleta berkata sukar untuk menjelaskan prestasi skuad kebangsaannya selain memberi amaran kepada barisan pemain bahawa penyokong tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang pencapaian buruk.

“Penyokong di Argentina pasti berasa sangat marah sekarang. Mereka menaruh harapan besar kepada barisan pemain ini. Mereka sangat dahagakan kejayaan Piala Dunia dan pasti tidak akan menerima keputusan ini.

“Saya tidak pernah melihat persembahan seperti ini yang dipamerkan oleh Argentina, langsung tidak pernah. Kurangnya semangat dan ia sangat aneh untuk disaksikan,” ujar beliau lagi.

Mario Kempes, sebahagian daripada pemenang Piala Dunia Argentina 1978, turut senada dengan Zabaleta serta melabel pemain-pemain mempamerkan prestasi cukup “memalukan”.

“Persembahan memalukan, penyingkiran semakin dekat dalam setiap perlawanan.

"Apabila kita jangka kebangkitan dalam perlawanan kedua, adalah sangat mengejutkan kerana berlangsung lebih buruk daripada yang pertama."

Sayonara Argentina.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: mynewshub

Sembahyang Zohor Sebelum Atau Selepas Solat Jumaat?

Sembahyang Zohor Sebelum Atau Selepas Solat Jumaat?

Wanita pada hari Jumaat, adakah solat Zohornya selepas solat Jumaat atau boleh solat setelah Azan sebab ada yang kata solat Zohor selepas jumaat untuk perempuan.

Sembahyang Zohor Sebelum Atau Selepas Solat Jumaat?

JAWAPAN:

1. Pada asasnya solat wajib dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan. Waktu zohor bermula masuk apabila matahari tergelincir di bahagian barat, maka dari situ bermula solat zohor diwajibkan.

Sehinggalah bayang-bayang menyamai panjangnya objek dan ini bermakna solat zohor sudah tamat.

2. Manakala bagi sesiapa yang diwajibkan solat Jumaat, maka seseorang itu tidak boleh mengerjakan solat Jumaat sehingga ia didirikan bersama-sama imam solat di sesuatu tempat.

3. Antara golongan-golongan yang tidak diwajibkan iaitu diuzurkan dari solat Jumaat ialah wanita, kanak-kanak lelaki, orang sakit dan musafir.

Meskipun mereka ini tidak diwajibkan solat Jumaat, namun mereka tetap diwajibkan solat Zohor.

Jadi golongan ini diharuskan solat Zohor setelah masuk waktunya tanpa menunggu selesainya solat Jumaat.

Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “Raudah at-Tolibin”:

Maksudnya: Jika seseorang yang keuzuran (untuk mengerjakan solat Jumaat) melaksanakan solat Zohor sebelum tamat solat Jumaat, maka solat Zohornya sah.

4. Malah, mereka yang berkeuzuran dari solat Jumaat telah mengerjakan solat Zohor, namun setelah selesai solat Zohor ternyata uzurnya hilang seperti sembuhnya penyakit setelah solat zohor sedangkan solat Jumaat masih belum didirikan lagi, maka dia tetap tidak diwajibkan menghadiri solat Jumaat.

Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”:

Maksudnya: “Jika seseorang yang uzur Jumaat telah melaksanakan solat Zohor kemudian keuzuran hilang dan dia mampu untuk melaksanakan solat Jumaat, maka solat Zohornya tetap sah dan dia tidak dimestikan untuk solat Jumaat dengan sepakat (para ulama mazhab).”

5. Jika ada seseorang yang tidak berkeuzuran tetapi sengaja meninggalkan fardu Jumaat dengan memilih untuk mengerjakan solat Zohor sahaja.

Jika solat Zohor itu dilaksanakan sebelum solat Jumaat didirikan maka solat Zohornya tidak sah bersamaan dia menanggung dosa besar kerana sengaja meninggalkan fardu Jumaat tanpa ada uzur.

Oleh itu dia wajib mengulangi Zohornya setelah solat Jumaat didirikan.

Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam “Raudah at-Tolibin”:

Maksudnya: “Sesiapa yang tiada keuzuran jika dia melaksanakan solat Zohor sebelum selesai solat Jumaat, maka solat zohor tidak sah menurut fatwa baru (Imam Syafi’ie).”

6. Kesimpulan, kaum wanita boleh terus mengerjakan solat Zohor sama ada di rumah atau di mana sahaja setelah masuknya waktu Zohor tanpa perlu menunggu solat Jumaat selesai dilaksanakan.

Wallahu a’lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: aburuqayya

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Kelapa Matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tag nanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG' bagaimanapun, jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah dan jika berbuah pun, ia tiada ciri MATAG.

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Ia mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah kelapa MATAG yang dicambah.

Jika benar, anda sebenarnya menanam benih tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi F2.

Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih.

Ini kerana kelapa MATAG sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina.

Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza.

Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD.

Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.

Potensi Kelapa Di Malaysia

Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa.

Kebanyakan mereka menanam kelapa varieti 'Malayan Tall' yang telah tua dan tidak produktif lagi dengan penghasilan yang sangat rendah.

Seramai lebih 80,000 petani dilaporkan terlibat dengan penanaman kelapa pada 2010 dengan keluasan mencapai 110,000 hektar terutama di beberapa kawasan seperti di Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Anak benih kelapa MATAG tulen hanya dikeluarkan Jabatan Pertanian melalui ladang benih kelapa di Pusat Pertanian Pagoh, Johor dan Pusat Pertanian Lekir, Perak.

Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak juga mengeluarkan benih kelapa hibrid MATAG iaitu masing-masing di Stesen Kelapa Menumbok dan Pusat Pertanian Tarat.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG disediakan bertujuan menyeragamkan proses pengeluaran anak benih kelapa di setiap ladang benih dan tapak semaian.

Ia bagi menjamin ketulenan benih kelapa hibrid MATAG yang dikeluarkan Jabatan Pertanian.

Pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG antara aktiviti di bawah Projek Pengeluaran Benih Tanaman dalam rancangan lima tahun sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kelebihan Kelapa Matag

Penanaman Kelapa Matag, Apa Istimewanya Buah Ini?

Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana selain pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat.

Pokok kelapa MATAG daripada anak benih yang dikeluarkan mengikut prosedur ini berpotensi menghasilkan buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.

Kelapa hibrid MATAG boleh memberikan hasil buah kelapa yang banyak dalam jangka panjang dengan saiz lebih besar dan popular dalam kalangan pengguna domestik selain dapat menghasilkan kelapa muda, jeli kelapa, dijual muda untuk air dan tua untuk santan.

Penanaman

Anak benih tulen merupakan asas kepada kejayaan penanaman kelapa 'Matag'.

Petani perlu mendapatkan bekalan anak benih 'Matag' daripada pembekal sah yang mampu menyediakan benih tulen iaitu Jabatan Pertanian dan Ladang Jenderata (UP) sahaja.

Walaupun ada nurseri swasta yang mendakwa mempunyai anak benih kelapa matag, ia perlu diawasi kerana peratus kejayaan proses pendebungaan kelapa matag sekitar 45-50% sahaja yang menjadi kelapa matag.

Manakala 50% lagi mungkin tidak menjadi kelapa matag tetapi jadi kelapa MRD atau Tagnanan atau lain-lain.

Penyediaan anak benih kelapa matag adalah menggunakan debunga dari pokok varieti 'Tagnanan' (tinggi) dengan pokok varieti 'Malayan Red Drawrf' (MRD) atau 'Malayan Yellow Dwarf' (MYD) yang rendah dan renek.

Debunga Tagnanan disembur kepada bunga betina MRD/MYD dan ditutup rapat.

Lazimnya selepas setahun baru akan dapat anak benih matag selepas proses menakai (culling) pokok yang bukan jenis matag.

Jarak penanaman kelapa matag adalah mengikut jenis tanah tetapi lazimnya sekitar 8.1 meter x 8.1 meter dengan kadar kepadatan sebanyak 178 pokok sehektar.

Pokok kelapa memerlukan 100% cahaya matahari untuk memberikan hasil yang optima.

Sediakan lubang penanaman dengan ukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m sebelum menanam dan berikan baja organik dan 200 gram baja Fosfat digaul kedalam lubang penanaman.

Penanaman kelapa sering diintergrasikan dengan tanaman selingan seperti pisang, nanas, tanaman kontan seperti jagung, sayur-sayuran, keledek, keladi dan sebagainya.

Kaedah ini akan memastikan petani mendapat pendapatan lebih cepat sementara menunggu pokok kelapa matag berbuah.

Aktiviti penternakan seperti menternak ayam, kambing atau lain-lain yang sesuai juga digalakan dalam program pemulihan kawasan kelapa oleh kerajaan.

Program pembajaan kelapa matag diberikan sebanyak 1 kg sepokok dengan NPK 15:15:15 pada tahun pertama dan ditambah kepada 1.5 kg/pokok pada tahun kedua dan seterusnya.

Baja NPK 12:12:17:2 diberikan sebanyak 5 kg/pokok/ tahun setelah pokok mula berbuah pada tahun keempat atau tahun kelima.

Pengapuran sebanyak 2-3 mt/ha/ tahun disyorkan untuk diberikan terutama dikawasan tanah persisir pantai.

Penyakit dan perosak

Masalah serangan kumbang tanduk (Oryctes rhinocerous) merupakan ancaman peringkat awal penanaman yang perlu dikawal.

Kumbang tanduk yang masuk ke dalam anak pokok yang baru ditanam akan memakan umbut dan menyebabkan pokok akan mati jika tidak dikawal.

Kawalan dengan cara manual (musnahkan perumah) atau gunakan racun yang sesuai seperti carbofuran.

Perosak lain tanaman kelapa seperti kumbang jalur merah (Rynchoporus schach) yang juga serangga merosakkan batang dan pucuk kelapa matag dikawal dengan racun monocrothopos atau metamidophos (5-10 mL/pokok) iaitu cara suntingan batang pokok.

Masalah lain ialah seperti serangan ulat beluncas , ulat pengorek daun (Artona catoxantha) dan beberapa perosak lain.

Penuaian

Kelapa Matag lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding dengan varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada iaitu petani boleh mengutip hasil buah kelapa seawal 3-4 tahun selepas penanaman.

Berdasarkan laporan penilaian yang dibuat Jabatan Pertanian mendapati seluas lebih 67 hektar kelapa matag ditanam di Perak, Johor dan Selangor pada tahun 2009 dimana melibatkan sebanyak 17,000 pokok dibuat kajian.

Kebanyakan petani menanam dengan tanaman selingan seperti pisang, herba, koko, sayur-sayuran malahan ada yang menanam di celah-celah kelapa sawit.

Kajian tersebut menyatakan sebanyak 992,120 biji kelapa telah dihasilkan dengan produktiviti pengeluaran hasil kelapa matag sebanyak 9,532 biji/ha/tahun (umur pokok 7 tahun), sebanyak 12,941 biji/hektar/tahun (umur 8 tahun) dan sebanyak 23,757 biji/hektar/tahun (umur pokok 9 tahun).

Purata penghasilan bagi ketiga-tiga tahun tersebut adalah sebanyak 14,937 biji/hektar/tahun.

Hasil pengeluaran terus meningkat saban tahun dengan penjagaan yang baik.

Potensi

Malaysia masih merupakan pengguna tegar produk kelapa untuk kegunaan harian.

Banyak menu makanan harian menggunakan asas produk santan kelapa seperti nasi lemak, masakan kari, kuih muih, masak lemak cili padi, masak lemak putih dan bermacam lagi jenis masakan.

Santan segar atau santan siap proses kini terdapat dipasaran dengan harga yang berpatutan.

Keperluan produk kelapa di musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bertambah berlipat kali ganda untuk masak rendang serta lain-lain menu menyebabkan berlaku pengimportan buah kelapa dari negara jiran (terutamanya dari Indonesia) untuk menampung kekurangan ini.

Program menambahkan kawasan atau menanam varieti kelapa baru seperti kelapa matag dijangka dapat memenuhi keperluan kelapa untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | hmetro

Apakah Hukum Ziarah Kubur Dan Tujuan Sebenar Amalan Ini

Apakah Hukum Ziarah Kubur Dan Tujuan Sebenar Amalan Ini

Selain bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya, salah satu aktiviti yang kita selalu lakukan adalah pergi menziarahi kubur orang tersayang, meskipun ziarah kubur bukanlah amalan yang diwajibkan dalam Islam pada pagi 1 Syawal, tetapi rasa seperti tidak lengkap hari lebaran sekiranya tidak berziarah.

Hukum Ziarah Kubur

Menurut beberapa nas dan pendapat sahih, amalan ziarah kubur adalah sunat dan digalakkan untuk mengingatkan kita pada kematian dan hari akhirat.

Walaupun begitu suatu ketika dahulu Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat untuk ziarah kubur.

Tetapi tidak lama kemudian berdasarkan sebuah hadis, Baginda mengizinkan, malah menyuruh para sahabat untuk turut berziarah.

"Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah." Hadis Riwayat Muslim

Terdapat juga riwayat hadis sahih lain yang tidak melarang amalan ini, antaranya ialah:

Menurut sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata, "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang yang berada disampingnya turut serta menangis."

Kemudian baginda bersabda, "Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar bagi pihak ibuku, namun Dia tidak memberikan keizinan kepadaku. Dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia membenarkan ku. Maka ziarahilah kubur, kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian." Riwayat Muslim

Perbahasan mengenai amalan ziarah kubur pada hari raya atau bulan Ramadhan

Meskipun terdapat beberapa hadis yang jelas tidak melarang amalan ini, namun, isu ini masih menjadi perbahasan para ulama.

Secara umumnya, terdapat 2 pandangan utama yang telah berjaya dirumuskan daripada perbahasan mereka ini.

Pandangan Pertama

Menziarahi kubur dalam bulan Ramadhan serta pagi Syawal hukumnya Makruh, tidak dibenarkan malah tidak digalakkan sebab ia dianggap sebagai bidaah.

Sebabnya, tiada nas mahupun hadis yang mengatakan rasul kita pergi ziarah kubur pada hari raya.

Sebaliknya, Rasulullah SAW melayan tetamu yang berkunjung serta pergi menziarahi rumah para sahabat dan sanak-saudara untuk meraikan hari kemenangan tersebut.

Pandangan Kedua

Menziarahi kubur dalam bulan Ramadhan serta pagi Syawal hukumnya Harus, sebab tiada perintah dan larangan khusus yang jelas mengharamkan amalan ini.

Terdapat juga fatwa didalam Mazhab Hanafi yang berpendapat bahawa hari raya merupakan hari yang terbaik untuk menziarahi kubur, serta hukumnya adalah sunat.

Tiada dalil pengharaman amalan ini dalam islam

Meskipun tiada dalil pengharaman ziarah kubur dipagi raya, kita harus beringat yang niat kita ketika ziarah itu yang memainkan peranan yang besar dalam menentukan hukum halal atau haram sesuatu perkara.

Sekiranya kita secara tidak sengaja menganggap ziarah ini sebagai perkara yang wajib, atau seperti amalan sesetengah orang tua di pantai timur yang mesti menziarahi kubur selepas puasa enam, atau seperti kisah viral raya-raya tahun lepas: sesi live, selfie ataupun segala jenis aktiviti yang sudah lari daripada niat yang betul dihadapan kubur, maka hukum amalan ini bukan lagi harus.

Malah lebih menyedihkan, semua ini boleh menimbulkan fitnah serta buah mulut orang pada hari yang mulia.

Satu lagi persoalan yang sering ditanya juga, Apakah hukum bagi perempuan untuk ziarah kubur?

Seperti amalan ziarah kubur juga, terdapat pelbagai pendapat dan perbahasan mengenai isu ini.

Namun yang menjadi kebiasaan masyarakat kita ialah: hukum bagi wanita untuk menziarahi kubur adalah MAKRUH.

Tiada kaitan soal sexist mahupun feminist disini, sebaliknya antara sebab hukumnya makhruh ialah kerana hati wanita yang lembut dan boleh secara tidak sengaja hilang kawalan ketika meratapi pemergian orang yang tersayang.

Haram bagi umat Islam untuk meratapi kematian yang melampaui batas.

Sebaliknya, sekiranya kita pergi ziarah kubur sebaik sahaja selesai solat sunat hari raya dengan tujuan untuk menghadiahkan al-fatihah, memperingati kematian dan sebagainya, ianya tidak dilarang sama-sekali.

Amalan sunnah dan adab ketika menziarahi kubur

Selain itu, terdapat juga amalan sunnah yang pernah dilakukan Rasulullah ketika menziarahi kubur.

Antaranya ialah:

1. Memahami tujuan sebenar menziarahi kubur

Tujuan sebenar menziarahi kubur, menurut hadis-hadis riwayat At-Tirmizi ialah sebagai muhasabah diri tentang kematian dan hari kebangkitan:

"Sesungguhnya ia (iaitu menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada akhirat." (Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Jaa Fi ar-Rukhsah Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 1054, hasan sahih).

"Disebutkan tentang syurga dan neraka kepada engkau, tetapi engkau tidak menangis. Lalu engkau menangis untuk hal ini pula? Uthman menjawab: Sesungguhnya Rasulullah SAW menjawab: Sesungguhnya kubur merupakan tempat persinggahan yang pertama daripada tempat-tempat di akhirat.

"Seandainya seseorang selamat daripadanya, maka apa yang berlaku selepas itu adalah lebih mudah untuknya. Sesiapa yang tidak terselamat daripadanya, maka apa yang akan berlaku selepas itu lebih teruk daripadanya." (Sunan at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd, hadis no: 2240, hasan gharib).

2. Sedekah doa kepada si mati

Daripada Buraidah r.a., Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat-sahabat apabila mereka keluar untuk pergi ke tanah perkuburan untuk membaca:

"Kesejahteraan ke atas kalian wahai penduduk tempat ini daripada kalangan orang beriman dan muslim. Sesungguhnya kami, Insya-Allah, akan menyertai kalian. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan untuk diri kami dan diri kalian." (Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Yuqal ‘Inda Dukhul al-Qubur wa ad-Dua’ li Ahliha, hadis no: 975.)

Aisyah r.a. pernah mengekori Nabi SAW pada waktu malam sehingga tiba di perkuburan Baqi’, Aisyah r.a. menceritakan,

"Kemudian aku mengikut jejak baginda sehingga baginda tiba di Baqi."

Baginda berdiri dengan lama kemudian baginda menadah tangannya sebanyak tiga kali.

Apabila kembali ke rumah, Nabi SAW berkata kepada ‘Aisyah, “Sesungguhnya Jibril datang kepada aku ketika engkau melihat aku.

"Jibril memanggil aku dan aku merahsiakannya daripada engkau.

"Aku menyahut panggilannya akan tetapi aku merahsiakan hal itu daripada engkau.

"Jibril tidak masuk menemui engkau kerana ketika itu engkau dalam keadaan tidak berpakaian.

"Aku pula menyangka engkau telah tidur jadi aku tidak suka untuk mengejutkan engkau kerana aku risau engkau akan berasa takut.

Jibril menyatakan kepada aku, “Sesungguhnya Tuhan mu menyuruh kamu untuk pergi kepada penghuni Baqi’ dan memohon keampunan untuk mereka.”

Aisyah pun bertanya, “Bagaimana caranya untuk aku mendoakan mereka ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: Sebutlah,

“Kesejahteraan kepada penghuni tempat ini daripada kalangan orang beriman dan Islam.

"Semoga Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami dan mereka yang akan datang kemudian.

"Sesungguhnya kami, In Sha' Allah, akan menyertai kalian.”

(Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Yuqal ‘Inda Dukhul al-Qubur wa ad-Dua’ li Ahliha, hadis no: 974.)

Segala perbuatan kita di tanah perkuburan haruslah melambangkan yang kita sedang mengingati kematian dan berdoa untuk si mati.

Jangan lupa, kubur bukanlah tempat berhibur, bergurau senda, berselfie, membuat live di Instagram ataupun Facebook dan lain-lain.

3. Tidak duduk di atas kubur

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda,

"Duduknya seseorang di atas bara api yang akan membakar pakaiannya dan membakar kulitnya itu lebih baik daripada seseorang duduk di atas kubur." (Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab an-Nahy ‘An al-Julus ‘Ala al-Qabri wa al-Solat ‘Alaihi, hadis no: 971.

4. Tidak solat menghadap kearah kubur

Daripada Abu Marsad al-Ghanawi r.a., Nabi SAW bersabda:

"Janganlah kalian duduk di atas kubur dan janganlah kalian solat ke arahnya." (Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab an-Nahy ‘An al-Julus ‘Ala al-Qabri wa al-Solat ‘Alaihi, hadis no: 972.)

Satu-satunya solat yang dibenarkan di kubur ialah solat jenazah kerana kita tidak sempat solat sebelum jenazah ditanam.

5. Tidak memakai kasut

Daripada Bashir r.a., Rasulullah SAW pernah melihat seseorang berjalan di kubur dengan memakai kasut, lalu baginda berkata, "Wahai orang yang memakai kasut. Celaka engkau, bukalah kasut engkau!"

"Lelaki yang memakai kasut itu melihat (ke arah baginda)."

"Apabila dia menyedari bahawa itu adalah Rasulullah SAW, dia terus menanggalkan kasutnya dan mencampakkan kedua-dua kasutnya.”

(Sunan Abu Daud, Kitab al-Janaiz, Bab Al-Masyi Fi an-Na’li Baina Al-Qubur, hadis no: 3230, Shaikh Muqbil menyatakan ia sahih, rujuk Al-Sahih Al-Musnad.)

Terdapat ulama yang mempunyai pendapat berbeza tentang hukum memakai kasut di kubur.

Menurut pandangan mazhab Syafie, tiada masalah untuk memakai kasut. Sebaliknya, menurut pandangan mazhab Ahmad memakai kasut hukumnya makruh.

Terdapat juga sebahagian ulama menyatakan sebab larangan itu ialah kesombongan; penghormatan kepada si mati; kotoran di kasut dan sebagainya.

Ulama mazhab Syafie pula menyatakan hukum membuang kasut adalah harus berdasarkan hadis berikut:

Daripada Anas r.a., Nabi SAW bersabda, "Apabila seorang hamba diletakkan di dalam kubur, maka sahabat-sahabatnya akan pulang sehingga si mati akan mendengar bunyi tapak kasut mereka." (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no://1338)

Kesimpulan

Tiada dalil mengkhususkan amalan menziarahi kubur si mati.

Tiada dalil melarang atau mengharamkan khusus untuk amalan ziarah

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi