Thursday, April 19, 2018

Cara Proses Pengiraan Undi Semasa Pilihan Raya

Cara Proses Pengiraan Undi Semasa Pilihan Raya

Pilihan Raya Umum semakin hampir dan semua rakyat Malaysia mampu merasakan bahang kehangatannya. Bendera-bendera parti-parti bertanding dipasang di setiap tempat yang boleh dipasang menunjukkan betapa sengitnya perebutan tampuk kepimpinan negara.

Cara Proses Pengiraan Undi

Dan apabila hari mengundi tiba, orang ramai akan berpusu-pusu mengundi parti yang dirasakan akan memberikan kebaikan kepada negara.

Selepas pengundian selesai, undi-undi akan dikira yang akan menentukan siapa yang bakal menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Berikut adalah prosedur, cara dan proses kiraan undi dibuat bagi pilihan raya umum Malaysia.

Selepas masa mengundi tamat

Setelah masa mengundi tamat, Ketua Tempat Mengundi (KTM) dikehendaki untuk menutup pusat mengundi.

Bagi pengundi yang masih berada dalam bilik mengundi, mereka akan diberikan masa untuk mengundi, manakala mereka yang baru tiba untuk mengundi tidak dibenarkan masuk kerana sudah terlewat.

KTM akan menjelaskan dengan baik mengapa pengundi yang baru tiba tidak dibenarkan mengundi.

KTM kemudian akan memeterai peti undi yang disaksikan oleh ejen mengundi yang hadir dan pelekat keselamatan ditandatangani.

Pada masa yang sama, semua poster dan label akan ditanggalkan oleh kerani manakala Ejen Mengira Undi (EMU) akan dimaklumkan bila waktunya untuk proses mengira keputusan undi akan dijalankan.

Prosedur dan cara pengiraan undi

Dalam menentukan keputusan yang adil, terdapat 10 prosedur proses pengiraan undi yang harus dipatuhi:

1. Mengisi Borang 13 (Kertas Undi)
  • Borang perlu diisi dengan lengkap dan digunakan semasa mengira undi.

4 Perkara ditekankan dalam borang ini ialah:
  • Bilangan kertas undi yang diterima dari pusat mengundi.
  • Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.
  • Bilangan kertas undi rosak (contohnya kertas undi yang sudah diceraikan daripada buku undi tetapi tidak digunakan/tidak dimasukkan ke dalam peti undi).
  • Bilangan kertas undi tidak digunakan dan jumlah kertas undi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam peti undi.

2. Pihak yang dibenarkan derada di tempat mengira undi adalah:
  • Ahli panel & Pegawai SPR.
  • Pegawai Pengurus, KTM & Petugas Pilihan Raya.
  • Calon pilihan raya, ejen pilihan raya & EMU setiap calon.
  • Mereka yang memiliki kebenaran bertulis dari SPR.

3. Proses mengira undi dimulakan.
  • Kertas undi dikeluarkan dan diletakkan ke dalam dulang ‘Undi Belum Kira’.
  • Kertas undi dikira & diikat 10 helai bagi setiap satu ikatan.
  • Kertas undi dikira dalam jumlah sepuluh helai mengikut ikatan dan ditandakan dalam bilangan 100 pada borang SPR 757 (Borang catatan bilangan pengesahan kertas undi).

4. Perbandingan bilangan kertas undi yang terdapat dalam dulang ‘Undi Belum Kira’ dengan Penyata Borang 13.

5. Kerani Mengira Undi memaparkan setiap helaian kertas undi kepada EMU sambil meneriakkan simbol calon – Jika tiada bantahan, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang calon yang berkaitan.

6. Jika terdapat bantahan EMU calon, kertas undi dimasukkan ke dalam dulang ‘undi ragu’.

7. KTM menyatakan keputusan kertas ‘undi ragu’ dan pengiraan semula kertas undi setiap calon dilakukan.

8. EMU berhak memohon KTM agar melakukan proses ulang kira jika terdapat perbezaan 4 % atau ke bawah antara bilangan undi calon terbanyak dengan calon kedua terbanyak, tidak termasuk undi yang ditolak.

9. Hanya 1 kali permohonan ulang kira undi bagi EMU calon dibenarkan – namun undang-undang pilihan raya masih boleh memberi kuasa kepada KTM agar melakukan ulang kira undi lebih daripada sekali untuk memuaskan hati pihak pemohon.

10. Selepas pengiraan undi, KTM perlu:
  • Menguruskan penyimpanan peralatan dan dokumen berkaitan ke dalam sampul.
  • Membawa peti undi, penyata pengundian, Borang 14 dan peralatan mengundi ke pusat penjumlahan rasmi undi.

Begitulah cara dan proses pengiraan undi di setiap lokasi mengundi dijalankan.

Sama-sama kita berdoa agar pilihan raya umum kali ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang unsur penipuan.

Bagaimana jika calon tak berpuas hati dengan keputusan selepas dikira?

Selepas proses kiraan undi, mana-mana calon atau parti yang tidak berpuas hati atau tidak setuju dengan keputusan dibenarkan untuk membuat bantahan dengan mengisi petisyen Pilihan Raya di mahkamah.

Calon atau parti yang tak setuju dengan keputusan selepas proses kiraan undi dijalankan, boleh menghantar surat bantahan dengan mengisi petisyen Pilihan Raya di mahkamah.

Jika berlaku ketidakadilan dalam proses pengiraan undi yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mendapat pengesahan daripada mahkamah, kawasan tersebut akan dilangsungkan semula pilihan raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bagaimana Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Berlangsung?

sumber: iluminasi

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Sebuah mesin ‘pod bunuh diri’ yang membolehkan penggunanya menamatkan riwayat mereka sendiri dengan hanya menekan satu butang telah ditunjukkan kepada umum di sebuah ekspo kematian di Amsterdam pada 14 April 2018 lalu.

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Diberi nama “Sarco”, singkatan kepada perkataan “sarcophogus” atau “keranda”, mesin dicipta daripada teknologi cetakan 3D oleh aktivis eutanasia Australia Phillip Nitschke dan pereka Belanda, Alexander Bannink, direka dengan keranda khas berserta palang yang mempunyai tabung berisi gas nitrogen.

“Individu yang ingin mati hanya perlu menekan butang (ini) dan kapsul ini akan serta-merta diisi dengan nitrogen.

"Dia akan berasa sedikit pening kepala dan kemudiannya hilang kesedaran secara drastik dan akhirnya mati,” kata Nitschke, yang telah diberikan jolokan “Dr. Kematian” atas usahanya untuk meluluskan eutanasia.

“Keranda “Sarco” ini merupakan alat yang menyediakan kaedah kematian terbaik kepada mereka yang berhajat untuk mati,” kata Nitschke lagi kepada AFP.

Para perekanya meletakkan model protaotaip itu untuk dipamerkan kepada umum, berserta sebuah set cermin mata realiti maya (virtual reality) untuk memberikan pelawat “meninjau” bagaimana rasanya duduk di dalam kapsul tersebut, sebelum menekan butang itu dengan segera.

Kata Nitschke, dia menyasarkan untuk membina pod pertama sebelum akhir tahun 2018.

Pereka Belanda Cipta Mesin Bunuh Diri 'Sarco'

Selepas itu, rekaan tersebut boleh dimuat turun melalui dalam talian oleh sesiapa sahaja yang inginkannya.

“Ini bermakna, sesiapa sahaja boleh memuat turun pelannya dan melakukan percetakan 3D untuk membina alat ini sendiri.”

“Sarco” menarik perhatian ramai pelawat yang hadir ke Ekspo Pengebumian Amsterdam, di mana trend terbaharu kematian seperti keranda biodegradasi dan keranda rod panas.

Macam-macam.
BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

Dalam konsep cinta dan perhubungan, bermesej atau texting adalah medium yang lazim diguna pakai oleh mana-mana pasangan masa kini agar kita boleh terus berhubung secara ringkas dengan pasangan terutamanya ketika sedang berjauhan.

10 Perkara Jangan Lakukan Bila Bermesej Dengan Lelaki

Ini bertentangan dengan cara orang-orang dahulu di mana pasangan hanya akan saling mengirim dan membalas surat untuk berhubung dan ternyata cara itu jarang sekali membuatkan hubungan menjadi retak.

Keadaan itu dilihat beza dengan pasangan masa kini kerana meskipun teknologi membuatkan segalanya lebih mudah, tanpa sedar sebenarnya apabila mudah berhubung dan sering bertukar mesej malahan akan menjadi punca kepada pergaduhan dan salah faham. Adakah perkara ini normal?

Dalam situasi sesebuah perhubungan, perempuan akan dilihat sebagai individu yang sering memperbesar masalah manakala lelaki pula menjadi mangsa untuk dipersalahkan hampir dalam setiap perkara. Jadi adalah tugas dan tanggungjawab seorang wanita bagi memahami apa lelaki suka dan tidak suka.

Bunyi macam berat sebelah kan? Namun itulah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Kali ini kami ingin berkongsi tips bagaimana anda boleh menjaga bahasa dan memperbaiki cara anda saat bermesej dengan pasangan.

1. Berhenti Bagi Alasan

Kebanyakan perempuan suka buat hal bila tak dapat perhatian yang secukupnya daripada lelaki.

Bila lelaki tanya, kenapa anda bertindak agresif sebegitu nanti mulalah menggunakan alasan:

“Saya tak ada mood, tengah datang bulan dan awak sebagai lelaki harus tahu bagaimana untuk memujuk saya dan melayan saya”.

Stop it. Asyik awak je datang bulan, ingat lelaki tak ada ‘hanginnya’ ke? Lelaki sangat meluat bila perempuan banyak beri alasan dan suka memaksa begitu.

Apa yang harus anda lakukan adalah bersabar dan sentiasa memahami masanya. Dia juga manusia dan mempunyai banyak kerja lain yang harus diberikan perhatian.

Jika dia tidak bermesej sekalipun, tidak semestinya dia sudah tidak menyayangi anda. Biasakan diri untuk bersabar, dan jangan cepat melenting okay?

2. Janganlah Terlalu Manja

Kita faham anda sayangkannya tetapi dalam umur anda yang sudah dewasa ini, keadaan sudah banyak berubah dan anda harus membiasakan diri dengan perubahan itu.

Dia juga bekerja, dia juga punya banyak tanggungjawab jadi tak perlulah mengharap secara berlebihan.

Don’t be too clingy sebab itu adalah punca mengapa ramai lelaki takut untuk mendekati anda. Ini kadang-kadang sampai 10 kali anda mesej tanyakannya macam-macam, kata yang anda rindu dan cintanya. Buat apa? Cukuplah sekali hingga dua kali dalam sehari.

Percayalah, apabila lelaki cakap yang dia sayangkan kita… they really mean it.

3. Elak Salah Faham

Perempuan memang seorang yang teliti. Bila dapat mesej daripada teman lelaki atau suami kadang-kala kita mudah untuk terus menilai secara melulu.

Tulisan mesej seperti:

“Sayang…” dianggap lembut manakala “Sayang!” akan mudah dianggap kasar kerana menyangka tanda seru yang diggunakan itu adalah marah.

Sebenarnya anda sudah salah faham kerana mungkin apabila teman anda memanggil “Sayang!” yang ditaip berserta tanda seru adalah membayangkan perasaannya yang sedang girang dan teruja. Jadi, sila hati-hati dalam menilai isi mesejnya.

4. Jangan Balas Mesej Dengan ‘Okay’ Saja

Lebih parah bila seseorang hanya membalas dengan “K”. Seperti kita, lelaki juga butuhkan perhatian daripada perempuan. Mereka juga teringin di manja. Jika mereka mengadu apa-apa pada anda, sila LAYAN.

Lelaki: “Sayang, I sakit… penatlah banyak kerja di pejabat tadi.”

Perempuan: “Okay”.

Please, don’t do that! Jawablah bersungguh sikit untuk tunjuk yang anda mengambil berat tentangnya.

5. Jangan Luahkan Perasaan Melalui Mesej

Jika anda berdua sedang bertengkar, hati anda akan banyak berkata-kata, seolah terbakar lalu tangan lantas menaip mengikut hati tanpa sempat berfikir dahulu.

Ramai yang akan menulis perkataan mencarut, cacian dan maki hamun tanpa sedar ketika sedang bergaduh. Oleh itu, adalah lebih baik membuat penggilan atau bersemuka ketika bergaduh. Bermesej untuk selesaikan masalah cuma akan mengeruhkan keadaan.

6. Jangan Serabutkan Mesej Dengan Emoji

Jika teman lelaki atau suami anda boleh terima baguslah, tapi tak semua lelaki suka bermain dengan emoji tau?

Apa yang penting adalah kata-kata dan tulisan mesej anda itu… jadi untuk selamat, sila hadkan penggunaan emoji.

7. Tahu Jadualnya

Lain kali, sebelum anda menghantar mesej, ambil tahu tentang jadualnya. Bila masa yang dia lapang dan bila masa yang dia sibuk. Untuk itu, pergaduhan dan salah faham boleh dikurangkan.

Nanti kalau anda mesej dan dia lambat balas atau tidak membalas langsung, anda juga yang mengamuk kan?

8. Jangan Biar Dia Tertunggu-Tunggu

Sepertimana anda mengambil berat tentang jadual dan kesibukannya, anda juga harus peka dengan waktu kesibukan anda. Jika anda mahu keluar atau melakukan sesuatu, sila beritahu pasangan supaya nanti dia tidak tertunggu-tunggu andainya anda lambat atau tidak membalas mesej-mesejnya.

9. Berjenaka Secara Keterlaluan

Bergurau memang seronok tapi haruslah menjaga batasan seperti tidak menyebut perihal yang membangkitkan sensitivitinya.

10. Nak Tidur, Bagitahu

Anda dan si dia memang suka bermesej sampai larut malam dan sampai satu masa nanti anda tidur meninggalkan mesej tergantung dan membuatkan dia berasa kesal serta fikir yang bukan-bukan.

Berhenti buat dia rasa kecewa dan jika anda sudah mengantuk, ada baiknya anda memberitahunya dan mengajak dia tidur.

Kalau anda rasa perangai perempuan adalah ‘mengecewakan’ kerana sering mengada-ngada dan mahu menang, lelaki akan jadi lebih ‘mengecewakan’ bila mereka mula meluat dengan kita yang perempuan ni dan nekad mahu memutuskan hubungan kerana sudah bosan.

Takut kan?

Fikir-fikirkanlah. Lelaki dan perempuan harus sama-sama bertolak ansur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanista

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Jika sebelum ini Apple telah mengumumkan iPhone X sebagai model iPhone sempena sepuluh tahun pelancaran, Nokia nampaknya bakal mengikuti pemilihan nama model yang hampir sama dengan pelancaran terbaharu Nokia X.

Nokia X RAM 6G Bakal Mencabar iPhone X?

Pada model ini, Nokia dikatakan mahu memberikan yang terbaik sekali gus ingin tampil kompetitif di dalam dunia smartphone Android.

Berdasarkan ura-ura, Nokia X mungkin bakal disertakan dengan processor terbaru daripada Snadragon atau MediaTek.

RAM 6 GB antara yang bakal disertakan dalam memberikan kelajuan yang diperlukan buat pengguna.

Dari segi kamera, Nokia X dikatakan merupakan cubaan terbaik Nokia untuk mengembalikan ‘zaman kegemilangan’ Nokia seperti dahulu kala.

Lensa Carl-Zeiss antara yang bakal digunakan.

Setakat ini masih belum banyak spesifikasi dan gambar yang dikongsikan mahupun tertiris.

Segalanya bakal terjawab pada 27 April 2018 ini apabila Nokia melancarkannya secara rasmi.

Mampukah Nokia X menjadi pencabar Apple iPhone X?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

sumber: thevocket

Patung 'Luk Thep' Azimat Popular Di Thailand

Patung 'Luk Thep' Azimat Popular Di Thailand

Campurkan satu bahagian tahyul, dua bahagian fesyen, sedikit penyembahan berhala dan timbunan kegilaan media. Apa yang anda akan dapat? Di Thailand, anak patung dijadikan azimat, dikasihi kaki judi, samseng serta anggota polis yang mahukan kuasa perlindungan ajaib dan dipuja kanak-kanak kerana kecomelannya.

Patung 'Luk Thep' Azimat Popular Di Thailand

Bagi golongan dewasa, mereka percaya anak patung itu membawa tuah sekiranya dijaga dengan baik dengan membawanya bersiar-siar, keluar makan dan bersembahyang di kuil.

Anak patung dikenali sebagai ‘luk thep’ yang bermakna ‘anak syurga’, sebelum ini hanya diketahui dalam kalangan pengumpul setianya.

Ia mula terkenal apabila mendapat liputan meluas media apabila sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Thai Smile, mengarahkan kakitangan melayani anak patung Luk Thep seperti manusia, dengan syarat, tambangnya perlu dibayar.

Perkara sama juga berlaku di restoran apabila ada restoran mengumumkan polisi mesra anak patung Luk Thep.

Layanan polis pula sangat berbeza apabila memberi amaran anak patung itu mungkin dijadikan alat menyeludup dadah selepas 200 pil methamphetamine pernah ditemui telah disembunyikan di dalam patung Luk Thep.

Apa yang menjadikan anak patung Luk Thep istimewa adalah, ia direstui sami Buddha yang memberi penanda suci kepadanya.

Namun, ia bukan amalan agama Buddha dan ada kuil dilaporkan mengharamkan perbuatan itu.

Bagaimanapun, rakyat Thailand tidak begitu cerewet dengan menggabungkan amalan keagamaan dan elemen lain dalam agama mereka.

Anak patung itu, yang kebanyakannya diimport, berharga puluhan hingga ratusan dolar.

Ada diantaranya dibuat khas oleh penjual dan pemilik sering menghiasinya dengan barangan kemas dan aksesori lain, kononnya untuk mendapatkan tuah.

Pegawai kesihatan mental memberi amaran terhadap amalan karut itu tetapi mengakui keberkesanan kaedah teraputik untuk mengurangkan tekanan.

Namun, aspek tahyul yang menjadikan Luk Thep lebih menonjol dan diperkatakan orang ramai.

Anak patung yang biasanya dipegang sebelah tangan ini mempunyai persamaan seperti azimat tradisional Buddha, bersaiz duit syiling yang dipakai di leher dan dipercayai mempunyai kuasa ajaib.

Mengumpul azimat sememangnya popular di Thailand tetapi kini dilihat ketinggalan zaman.

Anak patung lebih popular bagi golongan remaja, penduduk di bandar termasuk selebriti dan pelajar.

Ada yang percaya anak patung itu mempunyai kaitan atau ada latar belakang yang mengerikan.

Masyarakat Thailand percaya ada amalan ilmu hitam yang dikenali sebagai Kuman thong, upacara mengambil janin bayi yang kemudian disalai sebelum dibalut dengan daun emas.

Ketika pelbagai cerita muncul, ada individu masih cuba menjalankan upacara pelik berkenaan dengan menggunakan anggota tubuh manusia.

Namun, amalan itu berbeza dengan anak patung luk thep kerana ia dikatakan membawa semangat kanak-kanak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Gantung Anak Patung Di Bumper Kereta Untuk Menghalau Hantu!

sumber: hmetro

Wednesday, April 18, 2018

Misteri Kehilangan Jenazah Saddam Hussein

Misteri Kehilangan Jenazah Saddam Hussein

Di kampung kelahirannya, Al-Awjah, makam diktator Iraq, Saddam Hussein hanya tinggal serpihan konkrit bersama belitan kawat berduri, tiada tanda jenazahnya berada di sana. Pemimpin itu dihukum gantung subuh hari pada 30 Disember 2006 selepas memerintah secara kuku besi selama suku abad.

Misteri Kehilangan Jenazah Saddam Hussein

Peristiwa memalukan puak Sunnah itu yang mana Saddam turut tergolong, disambut penuh gembira oleh penduduk majoriti Syiah di Iraq.

Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W. Bush meluluskan supaya jenazah diktator berkenaan dipindahkan ke dalam sebuah helikopter tentera dan diterbangkan dari Baghdad ke bandar Tikrit, dekat Al-Awjah, utara Iraq.

Misteri dan kesangsian berhubung tempat persemadian sebenar lelaki yang namanya menimbulkan ketakutan di hati rakyat Iraq itu kekal sehingga sekarang, malah dilaporkan berita luar negara.

Adakah mayatnya masih di Al-Awjah atau telah dikeluarkan? Jika benar, ke mana jenazahnya dibawa pergi?

Ketua puak Albu Nasser yang juga suku Saddam, Sheikh Manaf Ali Al-Nida berpegang teguh kepada sepucuk surat yang ditanda tangani keluarganya, bersetuju supaya jenazah Saddam segera dikebumikan.

Saddam, 69, ditanam sebelum subuh di makam yang dipilih oleh beliau sendiri beberapa tahun sebelum itu.

Lokasi itu menerima kunjungan ramai penyokongnya dan kanak-kanak sekolah terutama tanggal 28 April, hari kelahirannya.

Hari ini, pelawat memerlukan kebenaran khas untuk melawat makam Saddam yang musnah, manakala Sheikh Manaf pula terpaksa meninggalkan kampung tersebut dan berlindung di wilayah Kurdistan, Iraq.

Sejak pendudukan AS di Iraq pada 2003, puak Albu Nasser ditindas kerana hubungannya dengan Saddam, kata Sheikh Manaf yang memakai jubah dan kufiya puaknya.

"Adakah adil bahawa kami perlu membayar harga tinggi ini dari generasi ke generasi hanya kerana kami berasal daripada keluarga yang sama?" katanya kepada Agensi berita AFP.

Di tapak perkuburan Saddam, kumpulan separa tentera Syiah, Hashed Al-Shaabi yang bertanggungjawab mengawal keselamatan setempat menyatakan bahawa makam itu musnah dalam serangan udara Iraq yang menyasarkan militan Daesh.

Sheikh Manaf tiada di tempat kejadian semasa serangan udara itu berlaku tetapi beliau yakin kubur Saddam telah digali dan diletupkan.

“Itu tidak benar, mayatnya masih di kubur tersebut,” kata ketua keselamatan Hashed Al-Shaabi, Jaafar Al-Gharawi.

Salah seorang pejuangnya, bagaimanapun, mendakwa bahawa anak perempuan Saddam yang hidup dalam buangan, Hala, telah menggunakan sebuah pesawat peribadi untuk mengangkut jenazah bapanya ke Jordan.

“Tidak, tak mungkin perkara itu berlaku,” kata seorang profesor universiti yang melakukan kajian era pemerintahan Saddam tetapi enggan identitinya didedahkan.

“Hala tidak akan menjejakkan kakinya di bumi Iraq.

"Jenazah Saddam mungkin dibawa ke satu tempat rahsia. Tiada siapa tahu siapa yang memindahkan atau ke mana ia dibawa,” katanya kepada AFP.

“Sekiranya telahan saya benar, keluarga Saddam akan merahsiakan lokasi kuburnya,” tambah ilmuwan tersebut.

Namun, sebilangan lagi individu termasuk warga Baghdad, Abu Samer percaya bahawa Saddam masih hidup.

“Saddam tidak mati. Individu miripnya yang menjalani hukuman gantung tersebut,” kata lelaki itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Iraq Lebih Aman Bersama Saddam, CIA Sahkan Iraq Tiada Senjata Pemusnah!

sumber: kosmo

Apa Itu Penyakit Bipolar? Sakit Mental Atau Kemurungan?

Apa Itu Penyakit Bipolar? Sakit Mental Atau Kemurungan?

Bipolar adalah salah satu jenis penyakit mental yang mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan mereka bertindak agresif tanpa disedari dan dianggap sebagai salah satu gangguan saraf otak yang akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan yang keterlaluan pada emosi, tenaga dan keupayaan mereka.

Apa Itu Penyakit Bipolar

Contohnya, pernahkah anda berasa terlalu gembira secara tiba-tiba tanpa disedari? Atau pernahkah anda berasa terlalu sedih dan murung secara tiba-tiba?

Pernahkah emosi anda melonjak keghairahan untuk berbelanja sehingga melebihi kemampuan diri sendiri?

Mungkin anda beranggapan perasaan itu adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap individu tetapi tahukah anda perasaan yang tiba-tiba melonjak keterlaluan dan diluar kebiasaan tergolong di dalam gangguan mental jenis ‘bipolar’?

Ramai antara masyarakat negara ini menganggap simpton itu sekadar ‘tiada mood’ yang dialami setiap manusia tetapi masyarakat kita harus didedahkan bahawa hal tersebut merupakan tanda-tanda gejala bipolar yang mampu menjejaskan hubungan bersama keluarga, teman dan pasangan, prestasi kerja serta pelajaran.

Mania atau kemurungan adalah faktor penyebab seseorang pesakit itu hilang rasional berfikir dan biasanya gejala bipolar akan menyerang individu pada penghujung umur remaja dan awal dewasa.

Namun, penyakit mental ini juga mampu menyerang seseorang yang lebih tua dan kanak-kanak.

Setakat ini masih belum ada lagi saintis perubatan yang berjaya mengetahui punca sebenar gangguan bipolar ini secara tepat tetapi mereka percaya bahawa penyakit ini di dorong pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan permasalahan di dalam otak.

Mengikut kajian, ramai di antara mereka yang menderita akibat bipolar adalah disebabkan keturunan.

Sekiranya, seseorang itu mempunyai latar belakang keluarga yang pernah mempunyai sejarah bipolar, jelaslah bahawa mereka antara golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapinya.

Bipolar mempunyai beberapa perubahan emosi berangkai atau episod misalnya, daripada terlalu gembira akan bertukar kepada sedih dan kemurungan kemudian, kembali kepada rasa gembira semula dan ia adalah emosi dianggap ‘normal’.

Perubahan ini bergantung pada tenaga dan kelakuan pesakit dan emosi ini digelar ‘episod mania’ dan kemurungan.

Bipolar agar sukar untuk dikesan kerana selalunya pesakit akan berkelakuan normal dan dilihat gembira serta progresif.

Ia dianggap sebagai sifat yang positif kerana secara tidak langsung telah menyembunyikan permasalahan sebenar yang dihidapi pesakit.

Hakikatnya, pesakit itu sebenarnya berhadapan dengan pelbagai perubahan emosi yang berulang.

Berikut merupakan antara faktor yang boleh dikenalpasti sama ada seseorang itu merupakan pesakit Bipolar.

Gejala Mania

1. Tenaga meningkat dan berkemampuan melakukan banyak aktiviti.

2. Terlalu gembira atau sedih.

3. Sering resah.

4. Banyak berfikir, bertutur laju dan idea berubah-ubah.

5. Sukar menumpukan perhatian.

6. Sukar untuk tidur dan tidur dalam tempoh yang singkat sudah mencukupi.

7. Mudah percaya dengan perkara yang tidak realistik.

8. Lemah pertimbangan.

9. Suka berbelanja besar.

10. Perubahan kelakuan yang berpanjangan.

Gejala Kemurungan

1. Kesedihan, keresahan dan rasa kosong berpanjangan.

2. Rasa diri tidak berguna pesismis.

3. Rasa bersalah dan tidak berdaya.

4. Hilang minat pada aktiviti digemari termasuk melakukan hubungan seks.

5. Rasa tidak bertenaga dan cepat penat.

6. Sukar menumpukan perhatian.

7. Sukar mengingat dan membuat keputusan.

8. Mudah resah dan terganggu.

9. Tidur terlalu banyak dan tidak boleh tidur.

10. Selera berubah sama ada naik secara mendadak atau turun tanpa disedari.

11. Sentiasa sakit tetapi bukan disebabkan kecederaan fizikal.

12. Timbul keinginan untuk membunuh diri.

Namun, selain daripada dua gejala bipolar di atas pesakit juga berkemungkinan mengalami episod mania yang ringan atau ‘hipomania’.

Sekiranya penghidap hipomania ini mendapat sokongan keluarga boleh memilih untuk tidak dimasukkan ke hospital tetapi haruslah menjalani rawatan ‘mood stabilizer’ bertujuan mendapatkan bantuan psikososial dan psikoterapi jika diperlukan.

Apakah bipolar ini mempunyai kaedah rawatan yang mampu menyembuhkan pesakit tersebut sepenuhnya?

Menurut Ketua Pakar Psikiatrik dan Ketagihan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Amer Siddiq, keadah perubatan sebenarnya masih belum menjumpai rawatan yang mampu menyembuhkan bipolar sepenuhnya.

Bipolar merupakan penyakit yang berpunca daripda otak dan oleh itu tiada penawar yang tepat dijumpai lagi.

Setakat ini rawatan yang disediakan untuk penderita Bipolar adalah kaedah rawatan untuk episod mania dan kemurungan.

Kajian telah membuktikan bahawa rawatan yang digunapakai amat efektif untuk mengelakkan pesakit tersebut bertindak agresif.

Biasanya, pesakit mudah risau dengan kesan sampingan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor dan kami akan sentiasa memantau dari masa kesemasa dalam pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Disoal mengenai kaedah rawatan mana yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang iaitu farmakologikal atau bukan farmakologikal?

Atau adakah kedua-dua kaedah rawatan tersebut lebih berkesan sekiranya digabungkan bersama?

Jelas Dr Amer, kaedah yang lebih berkesan adalah digabungkan bersama dalam rawatan penyakit bipolar.

Walau bagaimanapun, penting untuk pesakit mengikut jadual perubatan dan rawatan yang sudah ditetapkan oleh doktor mereka sehingga sesi rawatan selesai sepenuhnya.

Mungkin proses ini akan mengambil masa yang agak lama sedikit tetapi membantu mereka pada masa akan datang untuk menjalani kehidupan normal seperti biasa.

Stigma masyarakat sekeliling sememangnya memainkan peranan yang amat besar kerana pesakit biasanya akan berasa lebih paranoid mengenai hal tersebut.

Hal itu mendorong pesakit untuk tidak meneruskan rawatan yang sedang dijalani mereka kerana dianggap akan memberi kesan kepada diri mereka di masa akan datang.

Bagi penghidap gejala bipolar kemurungan, ia akan memberi kesan terhadap fizikal pesakit itu misalnya sakit jantung, rendah tahap imun dan sakit-sakit badan.

Percayakah anda bahawa ada diantara penghidap bipolar ini masih menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa?

Bahkan, selebriti-selebriti dunia yang mengalami penyakit bipolar ini masih dapat meneruskan karier seni mereka dengan begitu aktif dan berkembang di persada dunia.

Berikut merupakan contoh selebriti yang menghidapi ‘Bipolar’ tetapi karier seni mereka masih berdiri gah dan terus bersinar.

1. Demi Lovato

Siapa yang tidak mengenali Demi Lovato, gadis berasal Amerika Syarikat yang mempunyai bakat besar sebagai seorang penari, penyanyi dan pelakon di persada antarabangsa.

Lovato atau nama sebenar, Dementria Devonne lahir pada 20 Ogos 1992 melalui era kegemilangan sejak ditawarkan berlakon di dalam Filem ‘Camp Rock’ dan ‘Sonny Munroe’.

Selain itu, bakat beliau dalam dunia nyanyian tidak boleh disangkal lagi apabila album kedua Lovato bertajuk ‘Here We Go Again’ menduduki tempat pertama di Billboard 200.

Namun, disebalik kejayaan yang diperolehi gadis berusia 23 tahun ini, dia sebenarnya sedang bergelut dengan penyakit bipolar.

Menariknya, beliau tidak malu untuk mengakui kepada dunia bahawa dia adalah salah seorang pesakit bipolar berbanding artis lain yang tampak segan dengan penyakit itu.

Menurut laporan media, Lovato pernah mengalami zaman sekolah yang begitu teruk sekali kerana sering menjadi mangsa buli teman-temannya.

Hal ini berlanjutan terlalu lama membuatkan beliau berasa amat tertekan.

Berkemungkinan kerana inilah menyebabkan Lovato diserang bipolar.

Akuinya, pada awalnya bukan mudah untuk mengawal penyakitnya itu apatah lagi sebagai seorang ikon dunia, perubahan emosi yang terjadi secara tiba-tiba amat menganggu diri lebih-lebih lagi sedang berhadapan dengan peminat-peminatnya.

Menariknya, Lovato kini bangga menjadi salah seorang penderita penyakit bipolar kerana berjaya membuktikan penyakit itu tidak pernah menghalang dirinya terus berkarya.

Hal ini sudah cukup menunjukkan dia seorang gadis yang kuat dan tabah kerana mampu menangani penyakit mental tersebut.

2. Catherine Zeta Jones

Masih ingatkah kita dengan filem ‘The Legend Of Zorro’ yang dibintangi pelakon wanita terkenal, Catherine Zeta Jones?

Isteri kepada aktor Michael Douglas ini lahir pada 25 September 1969 di Wales Britania Raya.

Dia berjaya mencipta nama sebagai pelakon dengan semangat yang tidak putus sehingga berjaya berada di puncak kegemilangan sebagai pelakon wanita Hollywood yang disegani.

Bahkan, bakatnya diiktiraf kerana berjaya merangkul kemenangan dalam Academy Award suatu ketika dahulu.

Namun, disebalik kejayaan hebat pelakon wanita ini, dia sedang berusaha gigih dalam menangani penyakit bipolar yang dihidapinya.

Ramai yang menyangka bahawa pelakon ini diserang bipolar kerana tahun demi tahun, persaingan dalam dunia lakonan semakin bertambah dan membuatkannya menjadi tertekan.

Pada tahun 2012, Catherine disahkan menderita penyakit bipolar.

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama dia secara tiba-tiba turut dihujani dengan pelbagai masalah lain.

Antaranya, apabila suaminya disahkan menghidapi penyakit kanser, berhadapan dengan tindakan undang-undang mengenai royalti filem dan banyak lagi.

Hal ini sekaligus menyebabkan Catherine berasa terlalu tertekan.

Sejak disahkan menghidap penyakit tersebut, karier lakonan Catherine semakin menjunam, ditambahkan pula dengan sikap media-media barat yang mempropagandakan isu berkenaan.

Dia dilihat seperti ‘dibuli’ di media sosial sehingga membuat keputusan menutup kesemua akaun laman sosialnya untuk seketika.

Semangat yang kuat dimiliki Catherine untuk menjalani rawatan psikiatrik akhirnya membuahkan hasil apabila dia mula merasakan bahawa tahap mentalnya semakin pulih.

Dia juga bersedia untuk kembali ke dunia lakonan disamping masih meneruskan rawatan psikiatrik agar emosinya sentiasa dikawal.

Kini, Catherine dilihat sudah lebih berkeyakinan untuk tampil di hadapan masyarakat umum dan berjaya membuktikan biarpun dia merupakan salah seorang penderita bipolar tetapi masih berjaya dalam karier pilihannya.

3. Mariah Carey

Bintang pop Mariah Carey pada April 2018 akhirnya mendedahkan dirinya menderita gangguan bipolar dalam sebuah wawancara, dan mengakui telah didiagnos pada tahun 2001 dan hanya kemudiannya selepas pendedahan ini mula mengambil ubat-ubatan.

Mariah memberitahu majalah hiburan People, bahawa diagnosis mengenai hal itu diterima ketika berada di hospital, berikutan mengalami kemurungan emosi dan fizikal. Ketika itu, dia sedang dikritik teruk menerusi filem Glitter.

Dia memberitahu, pada mulanya dia tidak mahu mempercayainya dan hanya akhir-akhir ini rasa terbuka untuk menerima rawatan.

"Saya hidup dalam penafian dan memencilkan diri. Saya juga kerap berasa takut jika seseorang mendedahkan tentang diri saya.

"Ia suatu beban yang sangat berat untuk ditanggung dan saya tidak mampu melakukannya lagi. Saya mencari dan menerima rawatan.

Saya dekati mereka yang positif di sekeliling saya dan saya kembali melakukan perkara yang saya cintai – menulis dan menghasilkan lagu,” ujar Mariah.

Pelantun lagu Vision of Love itu berkata, dia mengambil ubat-ubatan bagi gangguan jenis bipolar II, iaitu gangguan yang dikategori sebagai 'mengalami perubahan mood yang kurang serius antara kemurungan dan hiperaktif'.

"Dalam tempoh yang lama, saya sangkakan saya mengalami gangguan tidur yang teruk.

"Namun, ia bukan insomnia yang biasa dan saya tidaklah terjaga dan mengira biri-biri untuk kembali tidur.

Saya ketika itu hanya bekerja, bekerja dan bekerja. Saya mudah tersinggung dan sering ketakutan jika mengecewakan orang lain. Rupa-rupanya saya mengalami sejenis mania,” ujarnya.

Mariah mendedahkan perkara itu kepada umum selepas sekian lama mengalami pelbagai dugaan dalam hidupnya.

Ini termasuk perceraiannya dengan pengacara dan pelawak Nick Cannon, selain pertunangan profil tinggi pada 2016 dengan usahawan bilionair Australia, James Packer.

Tambahnya, dia kini mengambil ubat-ubatan yang ‘tidak terlalu menjadikan dirinya rawa penat atau malas’ dan sedang dalam proses menghasilkan album baharu yang bakal dilancarkan tahun ini.

"Saya dalam tempat yang terbaik sekarang, iaitu saya selesa bercakap tentang cabaran saya dengan gangguan bipolar II ini.

“Saya amat berharap kita akan sampai ke satu keadaan bebas stigma dan seseorang itu tidak lagi perlu menghadapi situasi seumpamanya bersendirian,” ujarnya.

Bipolar sukar disembuhkan

Ketiga-tiga ikon dunia ini harus dijadikan contoh buat penderita bipolar supaya tidak segan meminta bantuan dari pakar psikiatrik jika merasakan diri anda merupakan salah seorang penderita bipolar.

Hakikatnya, bipolar merupakan salah satu penyakit mental yang sukar disembuhkan dan jika ianya berhasil disembuhkan, tidak mustahil akan diserang kembali.

Meskipun demikian, penderita bipolar haruslah kuat semangat mencari serta menjalani rawatan yang sewajarnya agar emosi yang terganggu itu mampu dikawal sebelum ianya memuncak dan bertindak di luar kawalan.

Paling penting sekali, jangan mudah melatah.

Malangnya, pemikiran rakyat Malaysia sudah dididik supaya meletakkan satu stigma yang negatif terhadap pesakit mental.

Jika kita tidak bersama-sama membantu mereka, tidak mustahil jumpa pesakit mental di negara kita akan terus meningkat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Penyakit Mental, Jenis, Punca Dan Rawatannya

sumber: malaysiandigest

Pertama Kali Mengundi? Ini Tips Dan Panduan Penting Untuk Anda

Pertama Kali Mengundi? Ini Tips Dan Panduan Penting Untuk Anda

Pilihan raya ke 14 kali ini adalah pilihan raya orang muda kerana menurut SPR, lebih kurang lima juta pengundi muda akan mengundi untuk pertama kali. Ini menyumbang kepada 34 peratus kepada keseluruhan pengundi.

Pertama Kali Mengundi? Ini Tips Dan Panduan Penting Untuk Anda

Mengundilah kerana ia adalah tanggungjawab anda.

Oleh itu, kepada orang muda yang pertama kali mengundi pula, boleh baca tips menarik di bawah.

1. Pastikan menyemak dulu status anda.

Ini untuk mengetahui anda akan mengundi di kawasan mana.

Jika belum mendaftar, bermakna anda tidak layak untuk mengundi.

Jika mendaftar sekarang pun, anda tidak sempat untuk mengundi tahun ini. Tunggulah lima tahun lagi.

Proses pengesahan daftar pemilih pun memakan masa empat bulan menurut laman sesawang SPR.

2. Setelah mengetahui kawasan mengundi anda, rancanglah perjalanan.

Jika kawasan mengundi dekat tiada masalah. Jika anda terpaksa pulang ke kampung maka perlulah memohon cuti tambahan.

Jika anda ada duit, boleh menaiki kapal terbang saja.

3. Setelah sampai di kampung, pastikan anda berehat dahulu. Tenangkan fikiran.

Pastikan tidak berjumpa dengan JKKK atau yang sewaktu dengannya.

Cuba elakkan diri berjumpa dengan perayu-perayu undi.

Jika ibu anda bertanya, “Kau nak undi siapa tahun ini.”

Jawab sahaja, “Rahsia."

Ini untuk mengelakkan anda dipengaruhi.

4. Menjelang malam, elakkan menonton berita jam lapan.

Kalau boleh tontonlah siaran lain dan jka ada Astro, boleh menonton dokumentari Animal Planet.

Atau tutup sahaja televisyen dan membaca buku. Lebih baik lagi tidur awal.

Saya juga cadangkan anda duduk saja di bilik. Tidak perlu keluar.

Lagi pun, rancangan televisyen mungkin sudah dimonopoli oleh ibu anda untuk melihat drama Melayu.

5. Jika tidur mencukupi, sudah pasti bila bangun pagi otak anda akan berasa segar.

Otak perlu segar kerana anda bakal melakukan satu perkara yang besar untuk negara.

Saya nasihatkan anda supaya tidak bersarapan di warung-warung.

Sarapan saja di rumah.

6. Sampai saja di tempat mengundi, elakkan dari bertembung dengan perayu-perayu undi.

Jika terpaksa, mungkin ketika anda sedang beratur pastikan menjawab dengan sopan.

“Bang pastikan pilihan betul ya.

"Tengok logo warna hijau ini ya bang."

Anda hanya perlu senyum dan mengangkat ibu jari sahaja tanda bagus.

“Encik jangan lupa warna biru ya."

Sekali lagi anda hanya perlu senyum dan mengangkat ibu jari.

7. Bila tiba giliran anda, berikan kad pengenalan kepada petugas.

Petugas akan membuat semakan dan jika nama ada di senarai tersebut anda akan diberi dua keping kertas undi.

Selepas itu jari anda akan dicalit dengan dakwat sebagai tanda sudah pun mengundi.

Dua keping kertas ini adalah satu untuk undi wakil DUN dan satu lagi untuk Parlimen.

Semak kertas tersebut. Pastikan logo mana yang anda hendak undi.

Kemudian PANGKAH. Bukan tanda rait. Pangkah untuk memilih.

Pangkah DUN lain, Parlimen lain boleh ke?

Suka hati.

8. Setelah selesai memilih, terus bergerak ke peti undi, lipat dan masukkan ke dalam peti undi yang disediakan.

“Bang kalau saya nak swafoto boleh tak?"

“Buat apa nak swafoto?"

“Biasalah bang, nak letak dalam media sosial."

Kau kena tanya petugas.

9. Keluar dari tempat undi. Pastikan anda senyum. Berjalan dengan yakin.

Perayu-perayu undi mungkin akan mendekati anda lagi.

Seperti biasa terus saja mengangkat ibu jari sebagai tanda selesai jika sesiapa saja mendekati anda.

Elakkan berbual dengan mereka.

10. Santai

Setelah itu terpulang kepada anda mahu pulang ke rumah, ke tempat kerja atau jika anda bercuti bolehlah menelefon kawan-kawan untuk minum teh tarik.

Selamat mengundi.

BACA INI JUGA: Cara Daftar Mengundi Dan Semakan Lokasi Pengundian Online

sumber: sinarharian

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Siapa tidak mengenali Bonnie dan Clyde, dua pasangan penjenayah paling terkenal dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 1931 sehingga 1934.

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Mereka melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.

Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga mereka diberkas dan ditembak mati di Louisiana.

Kematian dan segala kegiatan jenayah yang dilakukan, membuatkan pasangan Bonnie dan Clyde sangat popular sehingga dilabelkan sebagai penjenayah kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilemkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.

Pada tahun 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilemkan kisah hidup pasangan jenayah ini dengan judul The Bonnie Parker Story.

Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story.

Plot kisah mereka mudah. Memaparkan pasangan romantis seperti Romeo & Juliet, melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.

Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang ‘penjenayah sentimental’ susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.

Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka sambil bergaya bersama puluhan senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.

Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.

Bonnie

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan Charles Parker dan Emma Krause.

Bonnie dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas dan ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia lalu mereka kemudiannya berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.

Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam.

Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail’s End.

Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.

Bagaimanapun, usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi.

Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.

Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.

Clyde

Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas, merupakan anak kelima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker.

Membesar dalam keluarga miskin, mereka kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal tahun 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.

Sebagai seorang remaja, Clyde cuba untuk memasuki angkatan Tentera Laut AS, tetapi kesan daripada penyakit masa kanak-kanak yang serius, mungkin malaria atau demam kuning, menyebakan dia tidak diterima atas alasan perubatan. Ini adalah tamparan keras untuk Clyde, yang telah melabelkan mencacah tatu "USN" di lengan kirinya.

Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada tahun 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan.

Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya, Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda.

Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan selama dua tahun di Eastham Prison Farm.

Cinta Bonnie dan Clyde

Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, beliau bukan gadis kasar.

Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya, menjadikan Bonnie seorang gadis liar.

Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.

Beliau sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak hairan pasangan ini dikenal sebagai penjenayah dua sejoli kerana sering melakukan kegiatan jenayah bersama.

Selain aktif melakukan jenayah, pasangan ini juga dikatakan sering mengambil gambar bersama mangsa.

Mereka melakukan kegiatan jenayah dan pembunuhan di Texas, Oklahoma, New Mexico dan Missouri.

Walaupun sering digambarkan sebagai Robin Hood yang mencuri dari institusi kewangan yang kaya dan berkuasa, Bonnie dan Clyde lebih banyak melakukan rompakan di stesen-stesen minyak dan kedai runcit berbanding merompak bank. Rompakan mereka biasanya hanya melibatkan jumlah yang kecil sekitar $5 atau $10.

Jenayah

Bonnie dan Clyde bertemu di Texas pada bulan Januari, 1930, yang pada masa itu, Bonnie berusia 19 tahun, Clyde berusia 21 tahun.

Tidak lama selepas itu, Clyde telah ditangkap kerana mencuri dan dihantar ke penjara sebelum melarikan diri, menggunakan pistol Bonnie yang diseludup kepadanya, namun dia berjaya ditangkap dan dihantar semula ke penjara.

Clyde berjaya melarikan diri pada Februari 1932, menyertai Bonnie dan meneruskan kehidupan jenayah.

Selain tuduhan mencuri kereta, Bonnie dan Clyde disyaki terlibat dalam jenayah lain. Sebelum dibunuh dalam serang hendap pada tahun 1934, mereka dipercayai melakukan 13 pembunuhan dan beberapa rompakan.

Barrow, disyaki membunuh dua pegawai polis di Joplin, Missouri dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita di luar bandar Louisiana sebelum membebaskan mereka berhampiran Waldo, Texas.

Di Texas juga, Clyde didakwa membunuh seorang lelaki di Hillsboro, membuat rompakan di Lufkin dan melakukan pembunuhan di Dallas, membunuh seorang sherif dan mencederakan seorang lagi di Stringtown, Oklahoma, menculik seorang timbalan sherif di Carlsbad, New Mexico, mencuri sebuah kereta di Victoria, cuba membunuh seorang timbalan sherif di Wharton, melakukan pembunuhan dan rompakan di Abilene dan Sherman, menculik sherif dan ketua polis di Wellington dan melakukan pembunuhan di Joplin dan Columbia, Missouri.

Pada tahun 1932, Bonnie dan Clyde kemudiannya bergabung dengan Raymond Hamilton, seorang lelaki muda namun meninggalkan pasangan itu beberapa bulan kemudian dan digantikan oleh William Daniel Jones pada bulan November 1932.

Ivan M. "Buck" Barrow, abang Clyde, dibebaskan dari Penjara Negeri Texas pada 23 Mac 1933, setelah diberi pengampunan penuh oleh gabenor.

Dia kemudiannya menyertai Bonnie dan Clyde, membawa bersama isterinya, Blanche, menjadikan kumpulan itu kini berjumlah lima orang.

Mereka kemudiannya memulakan satu siri rompakan berani yang menjadi tajuk utama di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, semasa tembak menembak dengan polis di Iowa pada 29 Julai 1933, Buck Barrow cedera parah dan Blanche ditangkap.

Jones, yang sering disalah anggap sebagai "Pretty Boy" Floyd, ditangkap pada November 1933 di Houston, Texas oleh pejabat sheriff.

Pada 22 November 1933, perangkap telah diatur oleh sheriff Dallas, Texas dan timbalannya dalam usaha untuk menangkap Bonnie dan Clyde berdekatan Grand Prairie, Texas, tetapi pasangan tersebut berjaya melarikan diri.

Mereka merompak seorang peguam di lebuh raya dan mengambil keretanya, yang mereka tinggalkan di Miami, Oklahoma.

Pada 21 Disember 1933, Bonnie dan Clyde menahan dan merompak seorang penduduk tempatan di Shreveport, Louisiana.

Pada 16 Januari 1934, lima orang banduan, termasuk Raymond Hamilton (yang menjalani hukuman penjara lebih daripada 200 tahun), berjaya dibebaskan dari Eastham State Prison Farm di Waldo, Texas, dalam serangan nekad oleh Clyde dan Bonnie.

Dua pengawal ditembak ketika mereka melarikan diri dengan pistol automatik, yang disembunyikan di longkang oleh Clyde.

Antara banduan yang berjaya melarikan diri itu ialah Henry Methvin dari Louisiana.

Pada 1 April 1934, Bonnie dan Clyde bertembung dengan dua orang pengawal sempadan berhampiran Grapevine, Texas, dan membunuh mereka.

Pada 6 April 1934, seorang konstabel di Miami, Oklahoma cedera parah ditembak oleh Bonnie dan Clyde, kemudian mereka menculik seorang ketua polis yang cedera.

Kematian

Kisah Bonnie Dan Clyde, Pasangan Penjenayah Paling Terkenal Di Dunia

Pada 13 April 1934, seorang agen FBI, melalui siasatan di sekitar Ruston, Louisiana, memperoleh maklumat lokasi persembunyian Bonnie dan Clyde, dirumah Henry Methvins.

Agen khas di Texas telah mengetahui bahawa Bonnie dan Clyde selalu melakukan perjalanan dari Texas ke Louisiana untuk bertemu Henry Methvins.

FBI dan penguatkuasa tempatan di Louisiana dan Texas mendapati bahawa Bonnie dan Clyde, bersama Henry Methvins telah mengadakan pesta di Black Lake, Louisiana pada malam 21 Mei 1934 dan akan kembali ke situ dua hari kemudian.

Sebelum fajar pada 23 Mei 1934, pasukan keselamatan yang terdiri daripada pegawai polis dari Louisiana dan Texas, termasuk Texas Ranger Frank Hamer, bersembunyi dalam semak di sepanjang lebuh raya berhampiran Sailes, Louisiana.

Kemudian, tembakan bertalu-talu dilepaskan.

Pada 1934, merupakan tahun kumpulan mereka tumpas. Bonnie dan Clyde mati ditembak oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.

Akhirnya terpisah

Walaupun mereka adalah pasangan bercinta ketika hidup, Bonnie dan Clyde terpisah selepas kematian, walaupun pasangan itu ingin dikebumikan bersebelahan.

Ibu Bonnie, yang tidak pernah merestui hubungan anaknya dengan Clyde, mengebumikan anak perempuannya di tanah perkuburan Dallas secara berasingan.

Clyde dikebumikan di sebelah abangnya Marvin dengan batu nisan yang tertulis, "Pergi tetapi tidak dilupakan."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

sumber: sinarharian

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Bangunan lama atau bangunan terbiar sering dikaitkan dengan kisah-kisah misteri dan menyeramkan kerana kononnya, terdapat roh-roh tidak tenteram yang masih menghuni bangunan tersebut atas pelbagai sebab.

Laguna Beach Haunted House

Antaranya termasuklah roh seorang lelaki yang dikatakan masih menghuni sebuah rumah lama di Laguna Beach, California, Amerika Syarikat, kisah seram yang dikatakan berlaku kira-kira 17 tahun yang lalu.

Sepasang suami isteri yang hanya dikenali sebagai David dan Lily baru berkahwin.

Mereka mencari rumah sewa di sekitar Laguna Beach, kemudian menjumpai sebuah rumah besar dengan harga sewa yang cukup berpatutan.

Tanpa berfikir panjang, David terus menyewa rumah tersebut dan mula berpindah masuk bersama isterinya.

David diberitahu, bangunan itu sudah wujud semenjak tahun 1920-an.

Ia sudah mula kelihatan agak usang, namun David tidak kisah memandangkan harga sewanya yang berpatutan.

Begitu pun, mimpi ngeri David bermula apabila dia dan isterinya diganggu oleh bayang-bayang misteri hampir setiap hari.

Bayang-bayang lelaki

Pada suatu hari, David bertengkar teruk dengan Lily. Wanita itu kemudian turun ke tingkat bawah untuk menenangkan diri.

“Ketika isteri saya turun ke bawah, saya duduk bersendirian di dalam bilik.

"Tiba-tiba, saya terlihat satu bayang-bayang seorang lelaki berdekatan pintu bilik.

“Saya amat terkejut memandangkan hanya saya dan isteri yang ada di rumah ketika itu,” dedah David.

Beberapa saat kemudian, bayang-bayang itu hilang begitu sahaja.

Begitu pun, insiden sama berulang kembali kira-kira dua minggu kemudian.

Ketika itu, David sedang berdiri berdekatan cermin solek di dalam biliknya.

Tiba-tiba, dia ternampak bayang-bayang sama.

“Ia berwarna hitam pekat dengan ketinggian sekitar 1.8 meter. Lebih menakutkan, kali ini, bayang-bayang itu seolah-olah sedang merenung saya.

“Saya cuba memberanikan diri dan berjalan ke arah bayang-bayang tersebut kerana mungkin ada manusia yang sedang berdiri di situ.

“Namun, tiada sesiapa yang berada di situ dan saya terus menjerit memanggil isteri saya,” ujar David.

Lelaki berambut perang itu sudah mulai tidak sedap hati dan mahu berpindah daripada rumah tersebut.

Begitu pun, hasratnya itu dihalang Lily kerana bagi wanita itu, ia hanyalah mainan perasaan suaminya.

“Lily tidak pernah terserempak dengan bayang-bayang tersebut menyebabkan dia mahu terus tinggal di situ,” kata David.

Terlalu takut

Sebulan selepas insiden menyeramkan itu, David diganggu lagi oleh bayang-bayang yang sama semasa dia berseorangan di dalam rumah.

“Ketika itu, saya sedang berdiri betul-betul di hadapan almari pakaian di dalam bilik.

"Sebaik sahaja pintu almari itu ditutup, saya ternampak bayang-bayang misteri itu di sebalik pintu bilik tidur.

“Kali ini, ia bergerak ke arah saya, menyebabkan saya terkejut dan terus berlari ke luar rumah,” ujarnya.

David terlalu takut dan tidak berani untuk masuk semula ke dalam rumah tersebut.

Dia menelefon Lily dan meminta isterinya itu untuk pulang ke rumah dengan segera.

Kira-kira 10 minit kemudian, Lily tiba di rumah dan David terus meminta wanita itu untuk mengemaskan barangnya dan berpindah keluar daripada rumah tersebut.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang dapat merungkaikan misteri kehadiran bayang-bayang misteri itu.

Namun, ada yang mendakwa bayang-bayang tersebut merupakan roh salah seorang pendatang tanpa izin yang pernah disembunyikan di situ.

Lelaki tersebut dikatakan telah mati akibat diracun oleh rakan-rakannya sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

sumber: kosmo


Tuesday, April 17, 2018

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Minuman isotonik yang mengandungi gabungan air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia dikategorikan sebagai minuman sukan iaitu bagi membantu atlet menggantikan air dan tenaga dengan pantas selepas bersukan atau bertanding.

Apa Itu Isotonik, Minuman Untuk Menggantikan Air Dalam Tubuh Ketika Cuaca Panas

Minuman berisotonik selain air kelapa sangat digalakkan untuk diminum bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh terutamanya ketika musim panas.

Apa itu elektrolit atau electrolytes? Secara umumnya, ia merujuk kepada penjanaan tenaga dalam badan, sama seperti tenaga terhasil dari bateri ke lampu.

Elektrolit dalam isotonik ialah sodium, potassium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.

Peluh yang keluar daripada liang-liang roma badan mengandungi kepelbagaian elektrolit ini dan cecair.

Kehilangan berterusan elemen ini akan membawa kepada nyahhidrasi (kurang air dalam badan) dan boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta membawa pitam.

Meminum air kosong yang banyak digalakkan dan dalam konteks bersukan, air isotonik merupakan jawapannya.

Menurut pakar diet Mary Easaw-John di Insitut Jantung Negara, secawan minuman isotonik iaitu 240 mililiter (ml) mengandungi 115 miligram (mg) sodium klorida.

Sekiranya anda seorang yang hipertensif (darah tinggi), pengambilan sodium anda tidak boleh melebihi 2400 mg sehari.

Bagi penghidap diabetes yang kerap bersenam, minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan kehilangan cecair dan mengelakkan hypoglycaemia (kurang gula dalam badan).

Pesakit diabetes wajar mendapatkan nasihat daripada pakar tentang pelan pemakanan dan minuman mereka sebelum bersenam.

Berapa banyakkah minuman isotonik yang wajar kita minum?

Secara umumnya, anda boleh meminumnya sebanyak dua liter hari. Tetapi elok disertakan dengan air kosong, susu dan jus buah-buahan.

Berapa lama pula minuman isotonik boleh disimpan?

Jika di dalam tin, seelok-eloknya minum terus kerana jika tidak, karbon dioksida di dalamnya akan lupus.

Jika di dalam botol, pastikan penutupnya ditutup ketat dan habiskannya dalam tempoh paling lama tiga hari.

Seorang pengkaji di University of New Mexico, Robert Rogbergs yang mengkaji air minuman berjenama Gatorade berkata, air isotonik tidak perlu diminum oleh ahli sukan bagi acara yang tidak melebihi 90 minit.

Malah, Institut Sukan Australia mencatatkan pengambilan garam berlebihan semasa bersenam boleh membawa ketidak seimbangan cecair dalam badan.

Apa kelebihan meminum minuman Isotonik ini dan kenapa ia popular di kalangan remaja dan orang dewasa?

1. Meningkatkan tenaga

Sangat jelas manfaat minuman tenaga iaitu mendorang peningkatan tenaga. Dalam beberapa minit, minuman ini amat berkesan untuk tubuh dan dapat meningkatkan tenaga.

2. Mengurangkan keletihan

Minuman ini juga mampu merangsang tubuh dan menyegarkan fikiran. Sekiranya anda tidak cukup tidur, ini adalah pilihan terbaik.

3. Meningkatkan tumpuan

Ia mengandungi pelbagai Vitamin B khusunya Vitamin B12. Ia dapat meningkatkan tumpuan dan keseluruhan fungsi.

4. Meningkatkan prestasi

Minuman ini berkesan meningkatkan prestasi fizikal dan diakui oleh para ahli sukan.

5. Minum tambahan (suplemen)

Minuman tenaga mengandungi banyak vitamin, mineral dan herba bagi meningkatkan pola pemakanan yang sihat.

6. Meningkatkan saingan

Mengambil minuman tenaga adalah cara terbaik untuk meningkatkan daya saing ketika bersenam atau bersukan.

7. Mengurangkan kelesuan

Minuman tenaga memberi kesan kepada produktiviti kerja daripada keletihan fizikal dan mental. Sesuai buat mereka yang terpaksa kerja sehingga lewat malam.

8. Meningkatkan metabolisme

Walaupun ada beberapa minuman tenaga mengandungi kadar gula dan kalori yang tinggi, ada juga yang mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah. Ia akan membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dan membantu anda dalam merencanakan diet yang lebih sihat.

Apa yang pasti, wujud situasi check and balance dalam soal minuman isotonik.

Boleh dirumuskan, minuman isotonik ini ada baik dan buruknya. Ia menjadi buruk jika diambil berlebihan. Samalah seperti minum air kosong berlebihan.

Minuman selain Isotonik

Susu sebenarnya memberi kesan hidrasi yang lebih baik daripada banyak jenis produk minuman isotonik yang ada di pasaran.

Kandungan sodium yang berada pada paras tinggi dan jelas membantu 'pengisian' semula cecair dalam tubuh. Komposisi lemak dalam susu pula bertindak melengahkan proses penyerapan.

Maka, untuk menggantikan kehilangan cecair tubuh dengan segera akibat perpeluhan, pengambilan susu rendah lemak atau susu skim boleh dipertimbangkan.

Satu lagi pilihan minuman untuk menggantikan tenaga segera adalah soda. Ya, bunyinya agak pelik biarpun ramai yang tidak menggalakkan pengambilan walaupun minuman berkarbonat yang tinggi dengan kandungan gula ini.

Kombinasi kafein, gula dan cecair memang 'mujarab' untuk mengembalikan kesegaran dan mengawal hidrasi selepas bersukan.

Hanya tambahkan sedikit garam ke dalamnya atau diminum sambil mengambil snek bergaram seperti biskut dan pretzel agar tubuh dapat menyimpan cecair itu lebih lama.

Tembikai pula antara buah yang tinggi kandungan airnya. Tekak yang haus boleh terubat dengan meminum jus buah ini yang juga mengembalikan tenaga.

Memakan beberapa potongan buah ini juga sudah memadai. Ia sememangnya buah yang istimewa kerana 92 peratus daripada komposisi beratnya terdiri daripada air.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

sumber: utusan | kosmo | abangbrian