Sunday, August 27, 2017

9 Bandar Di Dunia Paling Terkenal Dengan Maksiat

9 Bandar Di Dunia Paling Terkenal Dengan Maksiat

Sejajar dengan arus permodenan yang kian berkembang pesat, begitulah juga industri maksiat turut berkembang. Malah, ia turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di bandar-bandar utama ini.

Jom kita selongkar antara lokasi sarang maksiat paling terkenal di bandar-bandar utama seluruh dunia.

1. Pattaya, Thailand - Pelacuran

Pattaya

Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacur kanak-kanak!

Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.

Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh!

Pattaya sememangnya dipenuhi dengan pekerja-pekerja seks.

2. Amsterdam, Belanda - Dadah, Pelacuran

Amsterdam

Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah bandar di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah, Ajax Amsterdam.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka berjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang.

Bukan itu saja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!

Amsterdam

Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan?

Tidaklah menjadi satu kehairanan apabila anda mendapati sebuah cafe menjual sehingga 5 KG ganja sehari tidak kira samada melalui teh, dalam bentuk rokok, dalam pai, kek dan juga brownies di bandar Amsterdam.

Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran.

3. Manama, Bahrain - Pesta Malam

Manama

Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget.

Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan.

Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal (bebas) dan menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.

Bandar Manama merupakan bandar paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya.

4. Las Vegas, Amerika Syarikat - Perjudian

Las Vegas

Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’.

Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian.

Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931.

Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes (pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan dollar untuk membuka pusat perjudian di sana.

Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehingga diibaratkan bahawa seorang pope jika singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi Las Vegas.

5. Rio de Janeiro, Brazil - Bogel

Rio de Janeiro

Ibu kota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi wanita-wanita sawo matang Brazil separuh telanjang tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort.

Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.

Saban hari, pantai ini dihiasi pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan dan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini.

6. Moscow - Disco

Moscow

Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan.

Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi dan begitulah juga di Moscow.

Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.

Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night.

Terliur?

7. Genting Highland, Malaysia - Perjudian

Genting Highland

Genting sudah sinonim dengan aktiviti perjudian dan pelacuran kelas atasan. Meskipun dihiasi dengan permainan-permainan seperti roller coaster dan hanging chair, tetapi itu hanyalah sampingan sahaja.

Aktiviti utama di sini adalah perjudian dan pelacuran. Genting yang terletak di pergunungan negeri Pahang telah digelar The City of Entertainment kerana merujuk kepada aktiviti yang menghala kepada keseronakan dan hiburan di sana.

Genting Highland sebaris dengan Las Vegas menurut kajian daripada majalah Forbes yang merujuk kepada keuntungan dan kemewahan infrastruktur di sana.

8. Bali, Indonesia - Pelancong bogel

Bali

Bali sudah terkenal di seluruh dunia dengan pantainya yang cantik dan hebat dengan perkhidmatannya. Ia sering didatang ribuan pelancong asing saban tahun terutama tahun-tahun sebelum peristiwa pengeboman Bali berlaku.

Bali hancur di sebalik keindahan pantainya. Saban hari, ia akan dihiasi dengan pelancong-pelancong asing yang tidak memakai seurat benang berjemur di pantai.

Ia bukan sahaja merosakkan rakyat tetapi merosakkan nama Indonesia sebagai negara paling ramai rakyat yang beragama Islam.

9. Tijuana, Mexico - Dadah, Tarian bogel

Tijuana

Orang-orang di jalanan kini boleh mendapatkan ubat-ubatan haram untuk dijual, Terdapat kelab bogel menggalakkan "tangan" dengan strippers, dan penjualan minuman keras tequila adalah murah di Tijuana. Keselamatan tidak pernah menjadi keutamaan di sini.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

sumber: selongkar10

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Ogos)

Tanggal 27 Ogos merupakan hari ke 239 (hari ke 240 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 126 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Planet Marikh
Planet Marikh.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Moldova (1991).

Peristiwa

1776 - Tentera British di bawah William Howe menewaskan Angkatan Tentera Benua pimpinan George Washington di Brooklyn, Long Island, New York, pertempuran terbesar Perang Revolusi Amerika.

1896 - Perang Inggeris-Zanzibar menjadi perang terpendek dalam sejarah apabila Zanzibar menyerah dalam masa sejam (9:02 - 9:40) selepas ia meletus.

1928 - Lebih 60 negara menandatangani Pakatan Kellogg–Briand, menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri.

1939 - Kapal terbang jet ujian Heinkel He 178 menjadi pesawat udara pertama terbang menggunakan kuasa turbojet.

1957 - Perlembagaan Malaya mula berkuatkuasa, tiga hari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka secara rasmi daripada United Kingdom.

1985 - Kerajaan tentera Muhammadu Buhari di Nigeria digulingkan secara damai oleh Ketua Turus Tentera Darat, Mejar Jeneral Ibrahim Babangida.

1991 - Moldavia merdeka daripada Kesatuan Soviet.

2000 – Menara Ostankino terbakar, mengorbankan 3 orang dan menggendalakan isyarat radio dan televisyen di Moscow.

2003 - Planet Marikh berada dalam kedudukan terdekat dengan Bumi sejak hampir 60,000 tahun: 55,758,006 km.

2011 - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.

Kelahiran

1908 - Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36.

1977 - Deco, pemain bola sepak Fluminense F.C.

1981 - Maxwell Cabelino Andrade, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Ogos)

sumber: wikipedia

Saturday, August 26, 2017

Tahukah Anda Kota London Sangat Menjijikkan Suatu Ketika Dahulu?

Tahukah Anda Kota London Sangat Menjijikkan Suatu Ketika Dahulu?

Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 sehingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan kehidupan hebat golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau.

THE GREAT STINKS

Contohnya, filem-filem tentang kehidupan Ratu Elizabeth pertama (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna-warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yang dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu, kasut bertumit tinggi dan sebagainya.

Lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham Palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London.

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan?

Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun Melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yang becak serta berlopak, serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah.

Pakaian pula hanya sehelai sepinggang, ada yang berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yang hampir sama bagi semua orang yakni earth tone, hitam dan putih.

Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what, you are wrong! Minda anda telah terprogram dengan filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul.

Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan london pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarahwan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di London penuh dengan tahi dan kencing manusia serta najis haiwan dan sampah sarap.

Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yang tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang mnghadap ke jalan.

Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan!

Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dalam taik!

Jadi di mana sistem perparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air.

Dilaporkan bahawa Sungai Themes telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun.

Pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud, sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum.

Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu, keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarahwan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata. Mungkin kedengaran silly bukan, tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dengan pembuatan minyak-minyak wanginya sebab hendak menutup bau taik yang melekat pada badan mereka!

Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa.

Istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarahwan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool.

Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu.

Digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan, semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan.

Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang membuang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar.

Najisnya terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya.

Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan dia mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tidak menggosok gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yang harus diikuti.

Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yang suka menyapu kapur pada seluruh muka untuk menutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Standard Baru Tinted Kereta Bermula Januari 2018 Semua Pemilik Kereta Wajib Tahu

Standard Baru Tinted Kereta Bermula Januari 2018 Semua Pemilik Kereta Wajib Tahu

Para pemandu, sila beri perhatian. Standard terbaru untuk penggelap tingkap kereta akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2018.

tinted

Masuk sahaja tahun 2018, kenderaan baru yang berdaftar mesti mematuhi standard terbaru bagi penggelap tingkap kereta berdasarkan piawaian MS2669.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mekanisme ini dapat menyelesaikan masalah penguatkuasaan yang melibatkan penggunaan peranti ujian yang berbeza oleh kedai aksesori kenderaan bermotor dan pihak berkuasa.

Liow juga berkata mekanisme tersebut adalah bagi memastikan penggelap tingkap kereta yang digunakan oleh kedai aksesori kereta mematuhi standard.

"Saya percaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda sebarang peraturan atau cara yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penggunaan filem yang mematuhi piawaian MS2669," katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, langkah ke arah keseragaman garis panduan ini bukan sahaja akan memudahkan kerja pegawai penguatkuasa tetapi juga memberi faedah kepada pengguna.

Standard baru ini akan membolehkan pemilik kedai, pengguna, dan pihak berkuasa menyemak penggelap tingkap yang dipakai melalui label kod QR khas.

tinted

Kod QR boleh diimbas melalui aplikasi pada telefon mudah alih. Selain spesifikasi penuh penggelap tingkap, kod itu juga akan mengandungi butiran seperti pembuat kenderaan.

The Star Online melaporkan bahawa label kod QR hanya akan datang dengan MS2669 yang disahkan dan ia boleh didapati di cawangan yang berdaftar di bawah Audio Accessories and Air-Condition Traders Association (AAA).

Untuk penggelap tingkap yang sedia ada, Liow berkata selagi tahap transmisi cahaya minimum (VLT) mematuhi peraturan, tiada perubahan diperlukan

Walau bagaimanapun, kereta yang didaftarkan selepas 1 Januari 2018 akan dikehendaki mengikuti piawaian MS2669.

Tahap VLT yang dibenarkan untuk semua kenderaan adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk tingkap depan, dan 30% untuk tingkap belakang dan cermin belakang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Seorang lelaki dari China nekad mengahwini robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari calon isteri yang sesuai.

Zheng Jiajia

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu pada hujung tahun 2016.

Zheng Jiajia

'Isterinya' yang diberi nama "Yingying" hanya boleh bertutur beberapa perkataan mudah, namun Zheng mempunyai perancangan untuk menaik taraf keupayaannya agar robot itu boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.

Media di China melaporkan pasangan itu 'berkahwin' dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan.

Zheng Jiajia

Majlis turut dihadiri ibunya dan beberapa rakan yang lain.

Pelik atau mengharukan?

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

Dalam temasya Sukan SEA 2017 kali ini, Malaysia selaku tuan rumah telah melakukan satu perkara di luar kebiasaan dengan menghadiahkan bakul berisi anak pokok kepada pemenang pingat.

Sukan SEA

Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan untuk pemenang sesebuah temasya sukan di seluruh dunia untuk diberikan pingat kemenangan dan patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan.

Anak pokok menjadi kelainan yang dipersembahkan oleh Malaysia bagi menyemarakan kempen Green Games dalam penganjuran temasya kali ini.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, ramai yang cuba meneka apakah jenis anak pokok yang diberikan malah bergurau dengan menamakannya pelbagai spesies.

Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.

Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja dan akan ditanam selepas tamatnya temasya sukan ini di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

"Kelainan dilakukan ini bertujuan untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

“Bagi menjayakan program ini, Landskap Malaysia telah dilantik menjadi Rakan Inisiatif Hijau.

"Mengikut perancangan penganjur, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” kata Fahmi Omar selaku Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc).

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan untuk pemenang pingat dalam temasya tersebut.

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

BACA INI JUGA: 5 Fakta Menarik Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

sumber: astroawani

12 Peraturan Seks Yang Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia

12 Peraturan Seks Yang Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia

Setiap negara ada undang-undang dan peraturan budayanya dan itulah yang membezakan sesebuah negara dengan negara yang lain.

Peraturan Seks Pelik

Dalam bab seks pula ada ceritanya yang tersendiri malah banyak yang pelik tapi itulah realiti di dunia.

Jadi jom kita baca dan ketahui beberapa peraturan pelik tentang seks yang termaktub dalam peraturan beberapa negara di seluruh dunia.

1. Lebanon

Di Lebanon, lelaki dibenarkan ‘bercinta’ dengan binatang dengan syarat ia adalah binatang betina.

Hukuman mati dikenakan kepada lelaki yang diketahui berhubungan dengan binatang jantan.

2. Bahrain

Doktor lelaki sah secara hukum untuk memeriksa kemaluan wanita, tetapi dilarang melihatnya secara langsung sepanjang pemeriksaan.

Doktor hanya dibenarkan melihatnya menerusi sebuah cermin.

3. Guam

Ada pekerjaan full-time bagi para lelaki untuk menghilangkan dara gadis-gadis, yang akan membayar mereka untuk melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Alasannya, menurut undang-undang di Guam, wanita yang masih dara dilarang berkahwin.

4. Hong Kong

Isteri yang dikhianati sah disisi undang-undang membunuh suaminya yang curang, tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong.

Sebaliknya, jika seorang isteri curang, dia boleh dibunuh dengan apa cara sekalipun.

5. Colombia

Wanita di Colombia hanya boleh melakukan hubungan seks dengan suaminya pada malam pertama dengan syarat ibu isteri berada di dalam bilik untuk menyaksikan adegan tersebut.

6. Santa Cruz, Bolivia

Menjadi kesalahan disisi undang-undang jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dan anak perempuannya pada masa yang sama.

7. Hungary

Pasangan tidak boleh melakukan hubungan seks dalam keadaan bilik yang terang walaupun hanya diterangi cahaya lilin.

8. Oregan

Lelaki tidak dibenarkan menyebut kata-kata kesat semasa melakukan hubungan seks tetapi wanita bebas untuk mengeluarkan apa-apa saja perkataan.

9. Mesir

Ia adalah salah di sisi undang-undang bagi seorang lelaki untuk mempunyai hubungan seks dengan isterinya jika nafas berbau bawang putih, bawang atau sardin.

Menurut undang-undang, suami perlu memberus gigi jika diminta oleh isteri.

10. Ecuador

Lelaki berhak memulangkan wanita yang dikahwini kepada keluarganya semula jika didapati wanita tersebut sudah tidak mempunyai dara.

11. Florida

Melakukan seks oral boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

12. Newcastle, Wyoming

Satu undang-undang di Newcastle, Wyoming, melarang pasangan untuk melakukan hubungan seks di hadapan freezer daging di pasar raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Peraturan Dan Fakta Pelik Di Jerman

sumber: selongkar10

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Ogos)

Tarikh 26 Ogos merupakan hari ke 238 (hari ke 239 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 127 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gunung berapi Krakatau
Gunung berapi Krakatau.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Namibia dan Hari Kesamaan Wanita di Amerika Syarikat.

Peristiwa

1071 - Perang Byzantine–Seljuk: Turki Saljuk pimpinan Alp Arslan menawan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes dalam Pertempuran Manzikert.

1346 - Perang Seratus Tahun: Kehandalan busur panjang Inggeris berbanding gabungan busur silang dan kesateria berperisai Perancis disahkan dalam Pertempuran Crécy.

1789 - Revolusi Perancis: Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara diluluskan oleh Perhimpunan Pengundi Kebangsaan di Versailles.

1883 - Gunung berapi Krakatau meletus, mengakibatkan tsunami yang memusnahkan banyak petempatan di Jawa dan Sumatera dan membunuh lebih 36,000 orang, dan menurunkan suhu dunia purata sehingga 1.2 °C.

2002 - Sidang Kemuncak Bumi 2002 bermula di Johannesburg, Afrika Selatan.

2008 - Seminggu selepas Perang Ossetia Selatan tamat, Rusia mengiktiraf sepihak kemerdekaan bekas republik Georgia, Abkhazia dan Ossetia Selatan.

2008 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi Ahli Parlimen selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

2011 - Taufan Irene memaksa jutaan di Pantai Timur Amerika Syarikat berpindah selepas menyebabkan kemusnahan teruk di Caribbean.

Kelahiran

1988 - Danielle Savre, pelakon Amerika Syarikat

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Ogos)

sumber: wikipedia

Friday, August 25, 2017

SiteGiant Platform e-Commerce (e-Dagang) Pilihan Terbaik Usahawan Online

SiteGiant Platform e-Commerce (e-Dagang) Pilihan Terbaik Usahawan Online

Selain dari memilih produk paling sesuai, seseorang usahawan e-dagang perlu membuat keputusan yang bijak dalam memilih platform eCommerce yang baik dan sesuai dengan produk yang dijual.

SiteGiant

Antara aspek untuk membuat dan memiliki olatform e-dagang sendiri yang paling diutamakan pastilah kos yang dikenakan oleh platform tersebut dan juga sokongan perkhidmatan pelanggan yang baik.

Menjadi usahawan atas talian bukanlah satu kerja yang mudah.

Jadi, apa platform e-Commerce atau e-Dagang terbaik yang anda boleh pilih bagi memulakan bisnes e-Dagang anda sendiri?

SiteGiant merupakan platform e-Commerce pilihan paling baik yang sangat sesuai dengan keperluan dan produk anda sebagai peniaga online kerana harga yang ditawarkan amatlah berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kelebihan SiteGiant

SiteGiant merupakan kedai e-Commerce yang merangkumi ketiga-tiga generasi kedai e-Dagang iaitu, laman web e-Dagang, kedai Facebook dan laman mobile.

SiteGiant mempunyai banyak pakej mengikut bajet anda:
  • UniCart Basic – RM590 setahun untuk sehingga 500 produk.
  • UniCart Plus – RM990 setahun untuk sehingga 3,000 produk.
  • UniCart Pro – RM1,090 setahun untuk sehingga 20,00 produk.
  • UniCart Premium RM1,790 setahun untuk jumlah produk tanpa batas.

Semua pakej SiteGiant datang dengan domain percuma. Apa itu domain? Domain adalah nama kedai anda.

Jadi, sila buat sedikit kerja rumah sebelum membuat pilihan nama kedai. Seperti kata orang paling kaya di China Jack Ma iaitu pemilik laman e-Commerce AliBaba, pemilihan nama adalah sangat penting.

Pastikan nama anda dikenali secara global. Jangan pilih nama kedai dengan konsep “syok sendiri” tetapi orang susah nak kenal dan susah nak ingat.

Setiap pakej juga mempunyai sehingga 20 template dan 100+ rekabentuk. Ini adalah amat penting kerana anda tidak perlu mencari pakar IT untuk membuat rekabentuk dan imej baru kedai online e-Dagang anda.

Bagaimana kedai online anda berfungsi? Ia akan menggunakan sistem shopping cart canggih untuk menerima tempahan dan memproses bayaran.

Bagaimana pula anda hendak terima bayaran? Anda boleh guna sistem MOLPay ataupun eGHL. Dengan menggunakan sistem bayaran berikut dapat mengurangkan risiko anda ditipu oleh pelanggan scammer.

Isu yang timbul di Malaysia adalah mengenai cukai GST. Bagi anda yang sudah mendaftar akaun GST dengan kastam, sistem SiteGiant ada modul khas untuk menggunakan cukai GST.

Sitegiant E-commerce

Kesimpulan

Semoga pengalaman anda membuka kedai online dengan platform SiteGiant berjalan dengan lancar tanpa masalah.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Kenali Ultras, Penyokong Fanatik Bola Sepak Dan Bezanya Dengan Hooligan (Samseng)

Kenali Ultras, Penyokong Fanatik Bola Sepak Dan Bezanya Dengan Hooligan (Samseng)

Menyebut tentang ultras pastinya ada membayangkan sekumpulan peminat bola sepak yang menyokong pasukan mereka dengan cara yang fanatik dan meriah di dalam stadium.

Ultras Malaya

Namun, tahukah anda nama Ultras diambil dari bahasa latin yang bermaksud ‘diluar kebiasaan’.

Golongan ultras merupakan golongan yang tidak henti memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kegemaran mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Malah, golongan ini juga antara yang paling semangat memberi sorakan dengan nyanyian lagu dan berdiri sepanjang perlawanan. Menyalakan flare juga merupakan simbolik sebagai kumpulan ultras.

Secara kebiasaannya, setiap golongan ultras pastinya diketuai oleh seorang ketua yang akan memberi arahan chant buat para pemain.

Setiap ahli ultras juga harus mengetahui lagu atau chant yang hendak dibuat membolehkan aktiviti ini berjaya dilakukan dengan seragam.

Ketua ultras pastinya dipilih daripada individu yang paling bersemangat dan berikut merupakan kata-kata daripada ketua Brigate Rossonere yang menyokong pasukan AC Milan:

“As an ultra I identify myself with a particular way of life. We are different from ordinary supporters because of our enthusiasm and excitement. This means, obviously, rejoicing and suffering much more acutely than everybody else”.

Kata-kata yang cukup bersemangat ini sedikit sebanyak berjaya untuk buatkan kita fahami ultras dengan lebih dekat.

Ultras bukanlah sekadar kumpulan supporter malah mereka lebih kepada menjiwa semangat menyokong pasukan mereka dengan mendalam.

Mereka yang paling gembira kita pasukan menang dan paling sedih apabila pasukan mereka tewas namun semangat menyokong pasukan kegemaran mereka tidak pernah luntur.

Asal-usul Penubuhan Ultras

Yellow Wall
Borussia Dortmund, Ultras The Unity, Yellow Wall.

Terdapat banyak pendapat yang mengenai sejarah penubuhan ultras. Dikatakan ultras pertama wujud sekitar 1930-an di Brazil.

Pendapat lain pula mengatakan ultras lebih sinonim dengan kelab-kelab bola sepak di Balkan seperti Red Star Belgrade dan Dinamo Zagreb.

Fenomena ultras ini dibawa dibawa ke Itali dan kelompok Ultras Fossa dei Leoni yang menyokong pasukan AC Milan antara ultras terawal di negara itu.

Ditubuhkan pada 1968, Ultras Fossa dei Leoni mula mendapat perhatian kelab dan seterusnya Ultras Inter Club Fossati ditubuhkan setahun kemudian.

Ultras ini menjadi saksi yang melihat jatuh bangun kelab mereka dan semakin rancak pada pertengah 1980-an.

Di Malaysia, aktiviti ultras mula mendapat perhatian media dunia sekitar 2007 melalui Ultras Malaya 07 yang menyokong pasukan kebangsaan.

Selepas kewujudan UM’07, budaya ultras diteruskan dengan Kumpulan-kumpulan sub-berdasarkan kelab, negeri mereka.

Berikut merupakan beberapa senarai sub-kumpulan di dalam Malaysia:
  • Silver State Ultras (Perak FA)
  • Ultras Kedah (Kedah FA)
  • UltraSel (Selangor FA)
  • Boys of Straits (B.O.S) (Johor United)
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
  • The Red Mania (Kelantan FA)
  • Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan FA)
  • Ultras Tranung (Terengganu FA)
  • Elephant Army (Pahang FA)
  • Kuala Lumpur Ultras (Kuala Lumpur FA)
  • Ultras Taming Sari (Melaka FA)
  • North Borneo Ultras (Sabah FA)
  • Gallore Buceros (Sarawak FA)
  • Ultras Panthers (Penang FA)

Terdapat juga sesetengah aktiviti ultras yang dilihat sebagai rebellious yang seringkali dikaitkan dengan hooligan.

Walaubagaimanapun, perjuangan ultras lebih kepada menyokong pasukan serta melawan fahaman politik serta perbezaan politik di dalam kelompok pengurusan bola sepak.

Hooligan

Hooligan

Kelompok hooligan pula merujuk kepada sekumpulan golongan pemuda yang bertindak ganas. Kumpulan yang berasal daripada England sekitar 1960-an ini kian rancak pada 1970-an sehingga melibatkan kes pembunuhan.

Terdapat juga hooligan yang sengaja mencari gaduh bersama penyokong pihak lawan secara sengaja. Hal ini kerap kali berlaku di England dan usaha England untuk mengurangkan bilangan golongan ini tampaknya berjaya sekitar tahun 1980 sehingga 1990.

Tanpa kita sedar, kelompak ultras ini juga yang buatkan menonton bola sepak di stadium bertambah meriah. Para pemain lebih bersemangat dan berkeyakinan.

Di negara luar, desakan golongan ultras juga berjaya membuatkan pengurusan kelab membuat penstrukturan yang lebih baik.

Paling penting, pemain pihak lawan pastinya gentar tatkala melihat penonton yang begitu energetic dan fanatik menyokong pasukan mereka.

Manakan tidak, lihat saja bagaimana Ultras The Unity daripada Borussia Dortmund yang famous dengan Yellow Wall menyokong pasukan mereka.

Tidak dinafikan, perlakuan ultras yang extreme juga boleh membuatkan perlawanan dibatalkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hooliganisme, Samseng Bola Sepak Yang Ditubuhkan Khusus Untuk Menyerang Penyokong Lawan!

sumber: thevocket

Fatwa Hukum Perceraian Yang Tidak Disahkan Mahkamah

Fatwa Hukum Perceraian Yang Tidak Disahkan Mahkamah

Soalan: Sepupu saya mendirikan rumah tangga pasangannya atas dasar cinta. Selepas tiga tahun usia perkahwinan mereka, berlaku perselisihan faham sehingga si suami dalam keadaan marah melepaskan kata cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Apakah status perhubungan mereka?

Hukum Cerai Luar Mahkamah

Jawapan

Umum mengetahui kuasa talak ini adalah di bawah kuasa seorang suami di mana apabila suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak dan perkahwinan akan terbubar.

Bagaimanapun kuasa ini tidak boleh disalahgunakan oleh suami kerana cerai ini adalah halal yang paling dibenci ALLAH SWT.

Talak/pembubaran perkahwinan/cerai ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertama lafaz sarih iaitu secara jelas di mana suami melafazkan dengan jelas menceraikan isterinya.

Pertama, contohnya, “Saya cerai kamu dengan talak satu.”

Dalam hal ini, lafaz yang sarih akan mendatangkan kesan perceraian walaupun tanpa niat.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu: nikah, talak dan rujuk". (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Kategori kedua pula adalah lafaz kinayah iaitu seperti kata-kata sindiran atau kiasan di mana lafaz yang diucapkan oleh suami boleh mendatangkan maksud lain selain maksud talak.

Contohnya, “awak baliklah ke rumah ibu bapa awak.”

Lafaz ini tidak dapat dipastikan dengan jelas maksud suami sama ada menceraikan isterinya atau tidak.

Oleh itu, ia hendaklah disertai niat suami menceraikan isterinya semasa melafazkan ucapan itu. Perceraian juga boleh berlaku dalam bentuk tulisan.

Jumhur fuqaha berpendapat, talak melalui tulisan hendaklah disertai dengan niat.

Menjawab persoalan dalam kes seperti diatas, berkaitan dengan talak dijatuhkan kepada seorang isteri melalui SMS, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2013, telah membincangkan hal ini dan telah memberi keputusan seperti berikut:

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ia adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

2. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut.

3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan syarak.

Pengurusan emosi

Perceraian dewasa ini kerap berlaku akibat emosi yang tidak terkawal antara kedua belah pihak. Setiap pasangan hendaklah cuba sentiasa bertolak ansur dan saling cuba memahami antara satu sama lain.

Pengurusan emosi dan perasaan memainkan peranan penting dalam hal ini, lebih-lebih lagi ke atas pemimpin keluarga iaitu suami kerana suami yang kurang sabar dan tidak dapat mengawal emosi akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dikesali di kemudian hari.

Suami pemegang kuasa talak secara umumnya haruslah berhati-hati dan hendaklah pandai mengawal perasaannya. Ini kerana walaupun perceraian adalah perkara yang halal namun dibenci ALLAH SWT.

Dalam isu kali ini, pengadu menyatakan talak tersebut dijatuhkan dan berlaku sewaktu suami dalam keadaan amat marah.

Bagaimanakah untuk menentu sahkan sama ada jatuh talak dan adakah suami berniat dalam menyampaikan hasratnya untuk bercerai melalui sistem pesanan ringkas?

Bagi menjawab ketidakpastian ini, perkara ini hendaklah dibawa ke muka pengadilan dan hanya Hakim Mahkamah Syariah yang berhak dan mempunyai bidang kuasa dalam menentu sahkan perkara ini.

Sekiranya perkara penting sebegini berlaku, ia tidak boleh dibuat tak tahu dan berdiam diri sahaja.

Seharusnya perlu dibawa perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk siasatan dan pengesahan. Pihak isteri tidak perlu menunggu suami membuat aduan. Ia boleh dibuat tanpa kehadiran pihak suami.

Merujuk kepada Seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984: "...seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada pelafazan talak itu melaporkan kepada Mahkamah."

Selepas aduan diterima, mahkamah akan melakukan siasatan untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan ke atas talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak dan setelah mahkamah berpuas hati talak yang dilafazkan itu adalah menurut hukum syarak.

Selanjutnya, mahkamah akan mengeluarkan perintah membenarkan perceraian tersebut berlaku dengan talak, merekodkan perceraian tersebut dan menghantar salinan rekod itu kepada Ketua Pendaftar untuk tujuan pendaftaran.

Selanjutnya Seksyen 55 Akta yang sama menegaskan lagi berkenaan hal ini, iaitu tiada lafaz talak atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan Ketua Pendaftar berpuas hati, Mahkamah telah membuat perintah muktamad berhubungan dengannya.

Dalam hal ini, sikap seorang suami yang menceraikan isteri melalui SMS adalah suatu perbuatan tidak beradab dan tidak boleh dicontohi. Ini adalah kerana urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu perkara penting dalam Islam.

Sesungguhnya zaman sekarang ini adalah zaman kecanggihan teknologi dan ia tidak wajar disalahgunakan.

Sekiranya pada awal perkahwinan, isteri dinikahi dengan cara baik dan terhormat. Maka begitu jugalah yang harus dilakukan untuk mengakhiri perkahwinan tersebut.

Golongan suami tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka dengan sesuka hati. Talak hendaklah dilafazkan dengan tanggungjawab dan tidak boleh diambil ringan kerana ia adalah hukum dan peraturan yang telah ditetapkan dalam al-Qur'an.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud, “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik...” (Surah Al-Baqarah: 229).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian