Friday, August 25, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Ogos)


Tanggal 25 Ogos merupakan hari ke 237 (hari ke 238 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 128 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Voyager 2.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Uruguay (1825).

Peristiwa

1609 - Ahli astronomi Itali Galileo Galilei menunjukkan teleskop pertamanya, sejenis teleskop pembiasan, kepada pihak berkuasa Venice.

1912 - Parti Kuomintang diasaskan oleh Song Jiaoren dan Dr. Sun Yat-sen di Guangdong, China.

1920 - Perang Poland–Soviet: Angkatan Poland di bawah Józef PiÅ‚sudski berjaya memaksa Rusia Soviet berundur dari Warsaw dalam Pertempuran Warsaw.

1944 - Perang Dunia Kedua: Paris dibebaskan oleh orang Perancis dan Pihak Berikat daripada pendudukan Jerman Nazi.

1989 - Kapal angkasa lepas Voyager 2 tiba di Neptun, planet terakhir yang dilawatinya sebelum meninggalkan Sistem Suria, dan mengesahkan kewujudan gelang planet itu.

2009 - Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Malaysia diadakan berikutan kematian ADUN Mohd Hamdan Abdul Rahman.

2011 - Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki membakar sebuah kasino di Monterrey, Mexico.

2011 - Steve Jobs meletak jawatan sebagai CEO Apple untuk menjadi pengerusinya, dan digantikan oleh Tim Cook.

Kematian

1822 - William Herschel, seorang ahli astronomi.

1993 - Wan Mohamed bin Wan Teh, Menteri Besar Perak ke-7.

2001 - Penyanyi A.S. Aaliyah Dana Haughton.

2012 - Angkasawan A.S. Neil Armstrong, orang pertama berjalan di Bulan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Ogos)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon