Sunday, June 04, 2017

Beg Misi Ke Bulan Neil Armstrong Berharga RM17 Juta!

Jika dibandingkan sekarang dengan tahun 1960an, teknologi sekarang semestinya lebih gempak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Neil Armstrong - lunar-sample-bag

Walaupun teknologi angkasa lepas kita semakin baik, tetapi saya tidak pernah dengar tentang misi mendarat di bulan yang dibuat oleh mana-mana negara dalam dekad yang lalu.

Disebabkan itu, sebarang memorabilia yang pernah sampai ke bulan dianggap rare dan one of a kind. Lebih-lebih lagi kalau ianya milik orang pertama yang jejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong.

Sebuah beg yang tertulis ‘Lunar Sample Return’ milik Neil Armstrong bakal dilelong oleh syarikat lelongan Sotheby pada bulan Julai nanti.

Menariknya, Sotheby meramalkan yang beg ini bakal terjual dalam acara lelongan itu pada harga USD4 juta (lebih kurang RM17 juta)!

Apa yang menarik tentang beg ini adalah ianya adalah beg sample yang digunakan Neil sendiri untuk membawa serpihan batu di bulan ke bumi dan menambah keunikan beg ini adalah masih terdapat debu dan partikel batu bulan pada beg ini hasil misi Apollo 11.

Beg ini pada mulanya disimpan oleh NASA Space Center di Texas tetapi, disebabkan oleh satu kes mahkamah, beg ini dikembalikan kepada seorang peguam, Nancy Carlson yang membelinya pada tahun 2015 dengan harga USD995 (lebih kurang RM4,200) sahaja.

Pihak NASA agak kecewa dengan kes ini kerana menurut mereka, sesuatu yang unik seperti ini tidak sepatutnya dimiliki oleh mana-mana individu.

Neil Armstrong
Antara serpihan batu bulan yang dibawa pulang Neil Armstorng.

Kisahnya bermula apabila pihak kerajaan membuat kesilapan ketika melabel beg ketika misi Apollo 11 ini dan melabelkan beg Neil ini sebagai beg yang tidak digunakan ketika misi berkenaan.

Jadi mereka membuat jualan secara online pada tahun 2015 dan Nancy Carlson membelinya tanpa mengetahuinya nilainya yang sebenar.

Tetapi kemudiannya selepas pemeriksaan pihak NASA, beg yang dibeli Nancy adalah beg kepunyaan Neil kerana masih terdapat lunar dust pada beg berkenaan.

Mereka ingin menyimpan kembali beg berkenaan tapi malang buat NASA, kerana keputusan mahkamah berpihak kepada Nancy Carlson sebagai tuan punya baru beg ini.

Menurut penganalisa di Sotheby, Cassandra Hatton beliau berpendapat nilai USD4 juta itu kecil kerana hanya satu sahaja beg ini terdapat di dunia dari misi Apollo 11 dan anda tidak akan jumpa lagi memorabilia seperti ini di masa akan datang.

Dengan pelaburan hanya USD995, ianya umpama jackpot buat Nancy.

Beg sample ini akan mula dilelong pada 20 Julai 2017 dan sama-sama kita tunggu sama ada ianya mampu mencecah harga USD4 juta atau pun lebih.

BACA INI JUGA: Misteri Kata-kata Neil Armstrong Sebelum Mendarat Ke Bumi

sumber: thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon