Oct 16, 2016

Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Barangan elektronik terutamanya, sering kali menjadi mangsa ciplak daripada pihak yang tidak bertanggung-jawab. Iphone juga tidak ketinggalan menjadi mangsa plagiat.

iPhone Palsu

Tidak ada seorangpun yang rela ditipu semasa berurus-niaga, lebih-lebih lagi jika melibatkan satu jumlah yang besar.

Memang tidak dinafikan bahawa cara yang paling selamat untuk membeli Iphone adalah melalui pengedar bertauliah seperti Machine. Tetapi ada satu ketika yang seseorang itu terpaksa membeli Iphone daripada saluran yang lain atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin juga anda ingin membeli iPhone yang suda di-refurbished. Set refurbished adalah produk yang sudah dibaik pulih sama ada oleh Apple sendiri mahu pun pihak ke tiga.

Jadi, anda perlu lebih teliti semasa berurusan bagi mengelakkan menjadi mangsa barangan palsu.

Lima langkah berikut kami garapkan sebagai panduan anda.

1. Periksa Keadaan Fizikal Telefon

iPhone Palsu

Perbandingan rupa luaran adalah langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan bagi membezakan telefon tiruan daripada yang sebenar.

Hanya jauhari akan kenal manikam, jika ada dalam kalangan rakan anda ialah seorang pengguna iPhone, boleh bawanya bersama untuk mengecam.

Jika tiada, anda boleh mencari maklumat daripada Internet tentang iPhone.

Maklumat seperti gambar, berat, dimensi, dan warna memang tersedia di laman web rasmi Apple.

Tetapi, penciplak kini semakin bijak. Sudah tentu mereka tiada masalah untuk meniru rupa fizikal.

Yang perlu dilihat pengguna adalah pada fungsi dan sistem operasinya kerana walaupun mereka mahu, ia sangatlah jerih untuk meniru dan mungkin menelan belanja yang besar dan mematikan objektif untuk menghasilkan iPhone yang lebih murah.

2. Guna Fungsi 3D Touch

iPhone Palsu

3D Touch adalah fungsi baru yang ada pada telefon bermula daripada iPhone 6S. Ia membawakan satu dimensi baru dalam interaksi pengguna dengan sistem operasi.

Teknologi ini memanfaatkan lapisan digitizer yang melapisi panel paparan iPhone. Ia boleh membezakan daya sentuhan penggunanya untuk memberikan reaksi yang berbeza.

Misalnya apabila pengguna menggunakan aplikasi melukis, mereka boleh melakukan lorekkan bayang yang pekat dan nipis mengikut daya yang dikenakan ke atas paparan iPhone.

Oleh sebab 3D Touch memerlukan gandingan sistem operasi dan perkakasan untuk beroperasi, iPhone tiruan yang lebih murah tidak mungkin dapat mereplikasi fungsi ini.

3. Beri Arahan Guna Siri

iPhone Palsu

Siri adalah seorang pembantu maya. Ia diperkenalkan oleh Apple bermula pada iOS 5 dan mula digunkan pada iPhone 4S pada tahun 2011. Sejak itu ia terus ditambah baik.

Terkini, pengguna boleh mengajar siri untuk mengaitkan seseorang dengan ganti nama, misalnya “Aisyah Jamil ialah ibu saya”.

Jadi, setiap kali kita mengarahkan siri untuk memanggil ibu, ia akan memanggil Aisyah Jamil.

Siri memerlukan enjin pemproses yang pantas untuk menapis segala jenis maklumat. Jadi siri memerlukan sambungan Internet untuk berkomunikasi dengan pelayan Apple.

Tidak mungkin sistem operasi tiruan boleh berhubung dengan pelayan yang mengedalikan Siri.

4. Nyah Kunci Telefon Guna Touch ID

iPhone Palsu

TouchI D adalah fungsi pengimbas cap jari yang dibangunkan Apple. Ia diperkenalkan bermula iPhone 5s dan pada iPhone 6s, TouchID generasi kedua yang lebih pantas dan jitu diperkenalkan.

Touch ID terletak pada butang home dan dibuat daripada kristal nilam dan jika dicalarkan TouchID tidak akan berfungsi.

Touch ID menambah satu lagi lapisan keselamatan untuk melengkapi fungsi kod laluan yang ada pada iPhone sekarang.

Data cap jari pengguna disimpan dalam cip pemproses telefon itu sendiri dan tidak akan dikongsi dengan pelayan Apple sendiri.

Jika telefon sudah mengalami reboot atau tidak pernah dinyah kunci untuk 48 jam, Touch ID tidak boleh digunakan.

Jelas sekali komponen TouchID ini tidak mudah untuk ditiru dan boleh menjadi salah satu tolok untuk menguji ketulenan sesebuah telefon.

5. Periksa Status Jaminan

iPhone Palsu

Apple memang terkenal dengan servis selepas beliannya yang mantap. Sebab itulah ramai yang lebih selesa menggunakan produk Apple walaupun ia mahal kerana mereka yakin tentang keutuhan produk dan perkhidmatannya.

Setiap produk Apple memiliki nombor sirinya yang unik. Ia boleh digunkaan untuk memeriksa status jaminan.

Pada telefon anda, pergi ke Setting > General > About. Catat nombor siri tersebut, kemudian masukkan butirannya di https://checkcoverage.apple.com/.

Jika telefon anda asli, sudah tentu maklumat telefon anda ada dalam pengkalan data mereka.

Jika telefon tidak dapat dhidupkan anda bolehlah mencari nombor siri telefon di kotak produk, iTunes, dan resit pembelian.

Kesimpulan

Kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan daripada tertipu. Meluangkan sedikit masa dengan melakukan pembacaan boleh meningkatkan pengetahuan kita bagi menutup setiap ruang eksploitasi yang boleh dimanfaatkan orang lain.

Untuk golongan yangb berminat untuk membeli, mereka sentiasa perlu mengekori rapat perkembangan produk itu sendiri dan tahu tentang ciri-ciri terbaru yang ada padanya.

Produk-produk Apple memiliki ekosistemnya yang tersendiri. Setiap produknya berharmoni antara satu sama lain daripada segi kesesuaian dan saling bergantungan.

Maka, produk iPhone yang tulen semestinya boleh memanfaatkan semua kebaikkan yang ada seperti iCloud.

Kebiasaannya, iPhone tiruan akan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubah suai antara mukanya untuk menjadi seakan-akan iOS.

Sungguhpun begitu, pengguna yang bijak dengn mudah sekali dapat membezakan antara kedua-duanya.

BACA INI JUGA: iPhone, Alat Perisikan Amerika Syarikat!

Sumber: Theskop

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

info terbaik dan berguna untuk semua bro thanks!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon