Thursday, August 24, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Ogos)


Tarikh 24 Ogos merupakan hari ke 236 (hari ke 237 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 129 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gunung Vesuvius
Gunung Vesuvius dilihat dari Pompeii.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Ukraine (1991).

Peristiwa

79 - Mengikut kodeks Laurentianus Mediceus, Gunung Vesuvius di Itali meletus, menimbus bandar Pompeii, Herculaneum dan Stabiae dengan abu.

410 - Visigoth pimpinan Alaric I menjarah Rom.

1572 - Pembunuhan Hari St. Bartholomew bermula: Dianggarkan 30,000 orang maut di Perancis dalam masa beberapa minggu.

1814 – Perang 1812: Washington, D.C. dibakar oleh angkatan British.

1821 - Perjanjian Córdoba ditandatangani di Córdoba, Veracruz, meratifikasi Rancangan Iguala dan menamatkan Perang Kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol.

1853 - Di Saratoga Springs, New York, A.S., tukang masak George Crum dikatakan menyediakan kerepek kentang pertama selepas bosan dengan seorang pelanggan yang asyik mengadu kentang gorengnya terlalu tebal dan kembang.

1954 - Presiden Brazil Getúlio Vargas membunuh diri di Rio de Janeiro.

1992 - Hurikan Andrew, bencana alam paling merugikan sebelum abad ke-21 di Amerika Syarikat, bertemu daratan di Florida Selatan sebagai ribut Kategori Lima.

2006 - Kesatuan Astronomi Antarabangsa mentakrifkan semula istilah "planet", mengelaskan Pluto sebagai planet kerdil.

2008 - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.

2012 - Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada pelanjutan.

2012 - Pelumba basikal A.S. Lance Armstrong dilarang menyertai sebarang pertandingan oleh USADA kerana dikatakan mengambil dadah.

Kelahiran

1895 - Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong pertama.

1902 - Fernand Braudel, seorang sejahrawan Perancis.

1948 - Sauli Niinistö, Presiden Finland ke-12.

1949 - Mohd Ali bin Mohd Rustam, seorang Ketua Menteri Melaka ke-9.

1988 - Rupert Grint, seorag pelakon Harry Potter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Ogos)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon