Saturday, July 27, 2013

Kumpulan Koir Lelaki Menjerit Dari Finland


Biasanya kalau kita bercakap pasal jerit-menjerit ni, mungkin lebih banyak dilakukan oleh orang perempuan berbanding lelaki.


Namun sebuah koir dari Oulu di Findland menampilkan keistimewaan koir menjerit untuk pasukan koir lelaki mereka yang dinamakan "Shouting Men's Choir'.

Kumpulan koir ini mempunyai seramai 30 orang ahli yang biasanya akan berpakaian sut hitam semasa membuat persembahan.

Seorang pembuat filem tempatan, Mika Ronkainen telah membuat satu dokumentari yang memaparkan kumpulan koir tersebut bersama-sama pengasasnya dan dokumentari itu dinamakan 'Mieskuoro Huutajat' yang bermaksud 'Lelaki-lelaki Yang Menjerit'.

Malahan filem dokumentari itu adalah yang pertama diterima untuk tayangan di Festival Filem Sundance di Finland.

Menurut pengasas koir tersebut iaitu Petri Sirvio, keistimewaan koirnya itu kerana mereka mempunyai elemen-elemen kejutan yang biasanya tidak dimiliki oleh kumpulan-kumpulan koir lain.

Tidak pastilah sama ada kita akan rasa lebih tenteram ataupun tidak selepas mendengar nyanyian ataupun jeritan daripada koir ini.



-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon