Friday, August 25, 2017

Kenali Ultras, Penyokong Fanatik Bola Sepak Dan Bezanya Dengan Hooligan (Samseng)

Menyebut tentang ultras pastinya ada membayangkan sekumpulan peminat bola sepak yang menyokong pasukan mereka dengan cara yang fanatik dan meriah di dalam stadium.

Ultras Malaya

Namun, tahukah anda nama Ultras diambil dari bahasa latin yang bermaksud ‘diluar kebiasaan’.

Golongan ultras merupakan golongan yang tidak henti memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kegemaran mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Malah, golongan ini juga antara yang paling semangat memberi sorakan dengan nyanyian lagu dan berdiri sepanjang perlawanan. Menyalakan flare juga merupakan simbolik sebagai kumpulan ultras.

Secara kebiasaannya, setiap golongan ultras pastinya diketuai oleh seorang ketua yang akan memberi arahan chant buat para pemain.

Setiap ahli ultras juga harus mengetahui lagu atau chant yang hendak dibuat membolehkan aktiviti ini berjaya dilakukan dengan seragam.

Ketua ultras pastinya dipilih daripada individu yang paling bersemangat dan berikut merupakan kata-kata daripada ketua Brigate Rossonere yang menyokong pasukan AC Milan:

“As an ultra I identify myself with a particular way of life. We are different from ordinary supporters because of our enthusiasm and excitement. This means, obviously, rejoicing and suffering much more acutely than everybody else”.

Kata-kata yang cukup bersemangat ini sedikit sebanyak berjaya untuk buatkan kita fahami ultras dengan lebih dekat.

Ultras bukanlah sekadar kumpulan supporter malah mereka lebih kepada menjiwa semangat menyokong pasukan mereka dengan mendalam.

Mereka yang paling gembira kita pasukan menang dan paling sedih apabila pasukan mereka tewas namun semangat menyokong pasukan kegemaran mereka tidak pernah luntur.

Asal-usul Penubuhan Ultras

Yellow Wall
Borussia Dortmund, Ultras The Unity, Yellow Wall.

Terdapat banyak pendapat yang mengenai sejarah penubuhan ultras. Dikatakan ultras pertama wujud sekitar 1930-an di Brazil.

Pendapat lain pula mengatakan ultras lebih sinonim dengan kelab-kelab bola sepak di Balkan seperti Red Star Belgrade dan Dinamo Zagreb.

Fenomena ultras ini dibawa dibawa ke Itali dan kelompok Ultras Fossa dei Leoni yang menyokong pasukan AC Milan antara ultras terawal di negara itu.

Ditubuhkan pada 1968, Ultras Fossa dei Leoni mula mendapat perhatian kelab dan seterusnya Ultras Inter Club Fossati ditubuhkan setahun kemudian.

Ultras ini menjadi saksi yang melihat jatuh bangun kelab mereka dan semakin rancak pada pertengah 1980-an.

Di Malaysia, aktiviti ultras mula mendapat perhatian media dunia sekitar 2007 melalui Ultras Malaya 07 yang menyokong pasukan kebangsaan.

Selepas kewujudan UM’07, budaya ultras diteruskan dengan Kumpulan-kumpulan sub-berdasarkan kelab, negeri mereka.

Berikut merupakan beberapa senarai sub-kumpulan di dalam Malaysia:
  • Silver State Ultras (Perak FA)
  • Ultras Kedah (Kedah FA)
  • UltraSel (Selangor FA)
  • Boys of Straits (B.O.S) (Johor United)
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
  • The Red Mania (Kelantan FA)
  • Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan FA)
  • Ultras Tranung (Terengganu FA)
  • Elephant Army (Pahang FA)
  • Kuala Lumpur Ultras (Kuala Lumpur FA)
  • Ultras Taming Sari (Melaka FA)
  • North Borneo Ultras (Sabah FA)
  • Gallore Buceros (Sarawak FA)
  • Ultras Panthers (Penang FA)

Terdapat juga sesetengah aktiviti ultras yang dilihat sebagai rebellious yang seringkali dikaitkan dengan hooligan.

Walaubagaimanapun, perjuangan ultras lebih kepada menyokong pasukan serta melawan fahaman politik serta perbezaan politik di dalam kelompok pengurusan bola sepak.

Hooligan

Hooligan

Kelompok hooligan pula merujuk kepada sekumpulan golongan pemuda yang bertindak ganas. Kumpulan yang berasal daripada England sekitar 1960-an ini kian rancak pada 1970-an sehingga melibatkan kes pembunuhan.

Terdapat juga hooligan yang sengaja mencari gaduh bersama penyokong pihak lawan secara sengaja. Hal ini kerap kali berlaku di England dan usaha England untuk mengurangkan bilangan golongan ini tampaknya berjaya sekitar tahun 1980 sehingga 1990.

Tanpa kita sedar, kelompak ultras ini juga yang buatkan menonton bola sepak di stadium bertambah meriah. Para pemain lebih bersemangat dan berkeyakinan.

Di negara luar, desakan golongan ultras juga berjaya membuatkan pengurusan kelab membuat penstrukturan yang lebih baik.

Paling penting, pemain pihak lawan pastinya gentar tatkala melihat penonton yang begitu energetic dan fanatik menyokong pasukan mereka.

Manakan tidak, lihat saja bagaimana Ultras The Unity daripada Borussia Dortmund yang famous dengan Yellow Wall menyokong pasukan mereka.

Tidak dinafikan, perlakuan ultras yang extreme juga boleh membuatkan perlawanan dibatalkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hooliganisme, Samseng Bola Sepak Yang Ditubuhkan Khusus Untuk Menyerang Penyokong Lawan!

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon