Thursday, April 04, 2013

The Anglo-Zanzibar War Perang Paling Singkat Dalam Sejarah


Perang unik antara Inggeris dan Zanzibar pada 27 Ogos 1896 hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah.


Pencetus perang adalah kematian pro Inggeris, Sultan Hamd bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul Inggeris, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut

Tanpa persetujuan Inggeris, Khalid naik takhta menyebabkan pihak Inggeris berang dan memberi amaran kepadanya untuk turun takhta, namun Khalid tak mengendahkan. Sebaliknya, bertindak balas terhadap amaran pihak Inggeris.

Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempersiapkan istananya untuk berperang dengan Inggeris.

Sikap mencabar Khalid dijawab Inggeris dengan serangan di waktu pagi pada 27 Ogos. Inggeris mengebom Istana Khalid dan mencerai-beraikan pasukan yang menjaga istana.


Sekurang-kurangnya 500 korban dari pihak Khalid, sementara hanya seorang tentera angkatan laut Inggeris yang cedera.

Perang singkat itu hanya berlangsung 40 minit. Sultan Khalid kalah teruk!

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon