Tuesday, October 18, 2016

Program Sekolah Guna Ular Dianggap ‘Terlalu Bodoh’

Program Sekolah Guna Ular Dianggap ‘Terlalu Bodoh’

Dianggap sebagai ‘terlalu bodoh’ oleh netizen gara-gara menggunakan ular sebenar dalam sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah sekolah baru-baru ini, ianya bukan sahaja melampau malah tidak berperikemanusiaan.

Ular

Menerusi video berdurasi dua minit 50 saat menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan yang mengikuti sebuah kem pembentukan jati diri menjerit ketakutan akibat dipaksa masuk ke dalam kolam yang diisi seekor ular.

Kejadian dikatakan berlaku di Kuala Kangsar, Perak dan difahamkan dikelola oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai latihan kononnya untuk mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.

Sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta ada yang langsung enggan meneruskan aktiviti tersebut.

Pelajar berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri namun salah seorang daripadanya dimarahi kerana menjerit dan turut diberikan amaran agar tidak berbuat demikian kerana jeritan seperti itu akan membuatkan ular takut.

Netizen rata-ratanya mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan terdapat pelbagai lagi cara lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka.

Malah, latihan pembentukan jati diri seperti itu sedikitpun tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.

“Gila apa? Nak bina keyakinan dengan menakut nakutkan budak? Dimomokkan dengan ular, nak suruh budak-budak ni yakin sebagai apa? Pekebun? Penjaga zoo? Tarzan?” tulis Noonsod Rawaulam.

“Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu. Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka jadi hiburan atas ketakutan orang lain?” kata Zaidin D. Faizul.

“Ini budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar, ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka,” kata Shazwan Ali.

Selain itu, tindakan memancut air ke badan pelajar-pelajar berkenaan umpanya tidak dapat ditafsir apakah tujuan agaknya?

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!



Sumber: Mynewshub

Nokia Berjaya Hasilkan Sambungan Internet Sejuta Kali Lebih Laju!

Nokia Berjaya Hasilkan Sambungan Internet Sejuta Kali Lebih Laju!

Adakah anda merasakan bahawa sambungan internet yang anda sedang gunakan sekarang adalah yang paling laju? Fikirkan dahulu.

Nokia 1Tbps

Agak mengejutkan apabila mengetahui internet terlaju dunia kini dikuasakan oleh sebuah syarikat telefon yang gah suatu masa dahulu iaitu Nokia.

Projek yang pada mulanya dimulakan sekadar untuk bereksperimen akhirnya mula diuji kepada umum dengan kelajuan 1 Tbps. 1000 kali lebih laju berbanding Google Fiber!

Memandangkan Nokia bekerjasama dengan University of Munich dan Deutsche Telekom T-Labs, Bandar Stuttgart, Darmstadt dan Nuremburg antara yang terawal untuk merasai ‘nikmat’ internet yang sangat pantas ini.

Nokia Bell Labs dijangka akan memperluaskan jaringannya di serata negara selepas ini.

Buat anda yang tidak dapat membayangkan kelajuan internet ini, 1 Tbps adalah bersamaan 1 juta kali ganda laju berbanding kelajuan internet 1Mbps, kelajuan internet standard Telekom di Malaysia yang kita gunakan dirumah dan 100,000 kali ganda laju berbanding internet 10Mbps.

Berikut merupakan perbandingan kelajuan internet Nokia berbanding pesaing-pesaing yang lain. Harus diketahui Google Fiber dan Verizon Fios antara syarikat yang menawarkan internet paling laju di dunia.

Nokia 1Tbps

Sudah dapat membayangkan tahap kelajuan internet daripada Nokia?

Hanya bayangkan bahawa anda mampu memuat-turun kesemua episod Game of Thrones dalam masa satu saat sahaja.

Oh ya, kesemua episod tersebut dimuat-turun dalam definisi HD!

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Monday, October 17, 2016

10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Raja Thailand Bhumibol Adulyadej

10 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Raja Thailand Bhumibol Adulyadej

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, 88 tahun, merupakan raja yang paling lama bertakhta di dunia, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj, Bangkok.

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej

Dilahirkan pada tahun 1927 dan menaiki takhta sejak 1946, Raja Bhumibol begitu disenangi di kalangan rakyat Thailand.

Ketika mendapat rawatan di Hospital Siriraj, rakyat Thailand tidak henti-henti mendoakan raja mereka.

Berikut adalah 10 fakta tentang Raja Bhumibol:

1. Baginda dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat ketika ayahandanya, Putera Mahidol Adulyadej melanjutkan pengajian di sana.

2. Raja Bhumibol menaiki takhta pada 9 Jun 1946 setelah kemangkatan kekandanya, Raja Ananda Mahidol. Kemangkatan Raja Ananda Mahidol penuh kontroversi kerana insiden tembakan misteri.

3. Walaupun meminati bidang sains dan teknologi, Raja Bhumibol melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan sains politik di Ecole Nouvelle de la Suisse Romande di Lausanne, Switzerland sebagai persiapan untuk memerintah Thailand.

4. Menurut laporan Forbes, setakat tahun 2011, kekayaan Raja Bhumibol bernilai AS$30 bilion dan merupakan antara kerabat diraja terkaya di dunia.

5. Baginda berkahwin dengan Permaisuri Sirikit Kitiyakara dan dikurniakan empat cahaya mata, termasuk Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang dilahirkan pada 1952.

6. Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam peralihan Thailand kepada sistem demokrasi setelah insiden rampasan kuasa pada 1991, di mana Thailand kembali kepada sistem pemerintahan tentera.

7. Oleh kerana itu, baginda turut disifatkan sebagai tokoh yang menyatukan rakyat di negara itu yang sebelum ini berpecah akibat perbezaan fahaman politik.

8. Tahap kesihatan baginda mula merosot sejak 2006. Keadaan baginda jarang dilaporkan kerana dikawal oleh pihak Istana yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

9. Ketika keadaan baginda dilapor kritikal, rakyat Thailand terus berkumpul di luar Hospital Siriraj di Bangkok untuk mendoakan kesihatannya. Ramai berpakaian warna kuning, warna yang sinonim dengan baginda sebagai tanda sokongan, kesetiaan dan kasih sayang kepada institusi diraja.

10. Baginda merupakan pemerintah monarki paling lama dalam sejarah dunia apabila memerintah selama 70 tahun.

BACA INI JUGA: Pakar Barat Sahkan Hang Tuah Pernah Memerintah Singapura!?

Sumber; AA

Ben Affleck Kekasih Baru Taylor Swift

Ben Affleck Kekasih Baru Taylor Swift

Taylor Swift dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta terbaharu bersama bintang filem The Accountant, Ben Affleck.

Ben Affleck - Taylor Swift

Gossip Cop melaporkan mereka kini dalam proses fasa pertama untuk mengenali hati budi masing-masing.

Menurut sumber, pertemuan pertama mereka terjadi ketika bertemu dibelakang pentas konsert jelalah album 1898 Taylor Swift pada tahun lalu.

Sejak bertemu di belakang pentas tersebut, keduanya dilihat bertukar nombor telefon dan saling berhubung antara satu sama lain.

"Kecantikan Taylor dilihat menarik minat Ben yang ketika itu dalam proses perceraian dengan isterinya iaitu Jennifer Garner.

"Dalam waktu singkat mereka telah menjadi teman rapat. Semuanya bermula dari sms biasa yang kemudian jadi lebih mesra terutamanya selepas Taylor berpisah dengan Tom Hiddleston," kata sumber.

Terdahulu, Taylor Swift telah berpisah dengan pelakon Tom Hiddleston selepas mereka dikatakan sudah sehaluan lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Ketagih Berkahwin!

Sumber: AA

Daun Belalai Gajah Mampu Merawat Kanser

Daun Belalai Gajah Mampu Merawat Kanser

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass dan digelar sebagai rumput ular Sabah kerana dipercayai pokok ini apabila ditanam dapat menghalau ular.

Daun Belalai Gajah

Manakala nama saintifiknya ialah Clinacanthus Nutans atau Clinathanus. Yu Xun Cao pula merupakan panggilan dalam bahasa cina.

Pokok ini mudah disemai atau ditanam dengan cara keratan batang.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, justeru mempunyai keberkesanan yang agak baik terhadap penyakit kanser.

Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. Betulin mempunyai kesan perubatan terhadap kanser hidung dan tekak.

Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino.

Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral dan lain-lain yang amat tinggi.

Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita dan mencegah kejadian kanser.

Kandungan protein mentahnya juga menjadikannya satu makanan kesihatan yang lebih baik.

Seratnya menyerap air dalam badan dan merangsang pergerakan usus.

Ia dapat mencegah aterosklerosis, penyakit jantung, penyakit strok dan lain-lain. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal paras gula dalam darah.

Selain serat kasar dan kandungan kalsium yang tinggi, Daun Belalai Gajah juga tinggi dalam kandungan zat-zat yang lain.

Agaknya disebabkan kandungan kalsiumnya yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat kecederaan akibat jatuh, patah tulang, anemia, penyakit kuning dan penyakit sendi.

Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel.

Kandungan Fosforus, kalsium dan magnesium dalam tumbuhan ini adalah tinggi, oleh itu mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Kebaikan Lain Daun Belalai Gajah

Sifat Daun Belalai Gajah adalah sederhana. Ia menyejukkan badan, menghilangkan lebam dan melegakan bengkak.

Ia juga membantu terhadap masalah sembelit dan mencegah kanser, menghilangkan kesakitan, menyahtoksin dan melancar peredaran darah.

Selain merawat dan mencegah kanser, pengambilan Daun Belalai Gajah juga dapat membantu pesakit dialisis.

Rasa ketidakselesaan selepas sesi dialisis dapat membantu pembuangan fosfat dan enzim, memperbaiki keadaan anemia dan menambah jumlah pembuangan air kencing.

Daun Belalai Gajah juga berguna dalam merawat:
  • Penyakit kuning
  • Penyakit eksim
  • Sakit tekak (sore throat)
  • Radang mulut dan ulser
  • Kitaran haid yang tidak stabil
  • Kelembapan dan angin badan
  • Kecederaan jatuh dan bengkak
  • Gout
  • Penyakit sendi
  • Anemia
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengecilkan tumor (merbahaya/tidak merbahaya)
  • Kanser.

Ia juga boleh digunakan untuk meredakan Leptospirosis pada tahap awal dan kencing manis.

Kesannya juga agak baik terhadap masalah kerap kencing malam dan prostate neoplasms, serta masalah-masalah sistem air kencing yang lain.

Daun belalai gajah boleh diambil sebagai ulam harian bagi yang menanam pokok ini.

Kini, khasiat pokok Daun Belalai Gajah boleh diperolehi melalui bancuhan teh, bancuhan serbuk dan ekstrak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Sumber: Ubatkanser

Bagaimana Cermin Mata Permainan Mampu Merosakkan Mata Anak Anda?

Bagaimana Cermin Mata Permainan Mampu Merosakkan Mata Anak Anda?

Sunglass mainan, risiko terhadap kesihatan mata. Bawa anak ke kedai 2 ringgit, punyalah dia suka dapat sunglass, “Nak pakai spek macam papa!”

Cermin mata anak

Warna merah jambu siap ada watak kartun ‘Let It Go’ lagi. Jalan-jalan bawah cuaca panas, seronok berjalan bersama anak, dengan sunglass-nya itu.

Tindakan menggunakan sunglass murah yang tiada perlindungan UV bukanlah suatu tindakan untuk melindungi mata. Malah kita membiarkan lagi bahayanya radiasi UV, memberi kesan kepada mata.

Mengapa ia bahaya?

Cermin mata anak

Sunglass yang cerminnya hitam, menyebabkan pandangan menjadi redup daripada cahaya yang berlebihan.

Komponen dalam mata yang mengawal cahaya masuk (berada di dalam bola mata), secara automatik, iaitu iris, akan membesarkan saiz bukaan ini.

Ini menyebabkan radiasi UV ini akan terus masuk ke dalam mata dengan kadar yang lebih banyak. Inilah bahayanya!

Radiasi ini akan diserap lebih banyak oleh kanta kristalin (penyerap semulajadi UV) yang terdapat di dalam bola mata.

Ia meningkatkan risiko untuk mendapat keadaan yang dinamakan Katarak apabila umur semakin meningkat.

Katarak

Risiko mendapat hilangnya fungsi saraf ‘melihat’ di dinding belakang dalam bola mata (Macular Degeneration).

Boleh mewujudkan sel-sel kanser. Tetapi ia jarang berlaku (Ocular melanoma).

Lindungi mata anak kita dari perkara atau situasi yang boleh dielakkan.

Kerana pada hari ini, kita mempunyai kuasa sebagai seorang ibu bapa yang amat menyayangi masa depan mereka.

Penglihatan tidak terkecuali untuk dilindungi!

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Fesyen Pelik `Langkah Mayatku’ Untuk Orang Mati!

Fesyen Pelik `Langkah Mayatku’ Untuk Orang Mati!

Fesyen dalam kubur memang pelik bunyinya, namun sebuah gedung fesyen telah menghasilkan rekaan baju untuk dipakai oleh orang yang telah meninggal ketika berada di dalam keranda.

`Langkah Mayatku’

Ia sekaligus membolehkan orang mati masih dapat bergaya walaupun tertanam enam kaki di bawah tanah.

Fesyen pelik yang digelar sebagai ‘langkah mayatku’ ini turut menampilkan rekaan untuk lelaki dan wanita, lengkap dengan barang kemas dan aksesori.

Mereka yang ingin kelihatan cantik walaupun selepas mati boleh menggunakan koleksi ‘Over My Dead Body’ untuk memastikan mayat mereka segak pada majlis pengebumian.

Ia dihasilkan selepas satu kajian yang dijalankan di Britain mendapati ramai yang sanggup membelanjakan wang semata-mata mahu kelihatan bergaya meskipun sudah berada di dalam kubur.

Hasil kajian oleh Lyst itu mendapati 52% wanita mahu kelihatan bergaya dengan fesyen mahal dan ada pula yang hanya memilih pakaian malam sahaja. Wanita juga mahu dipakaikan kasut tinggi.

Soal harga tidak menjadi masalah kepada mereka asalkan dapat bergaya.

`Langkah Mayatku’

Menurut pengarah editorial Lyst, Katherine Ormerod, apa yang dipakai pada saat akhir akan memberikan gambaran mengenai personaliti seseorang dan itu yang mahu dibawa bersama ketika berada dalam keranda.

Rangkaian baju, barang kemas dan aksesori diperagakan wanita yang bergambar di dalam keranda, malah mereka turut dikenakan solekan untuk lebih nampak seperti mayat.

Macam-macam benda pelik direka, hakikatnya pakaian akhir hanyalah kain kapan berwarna putih, tidak kira siapa pun.

“Tidak hairanlah jika pakaian saat dikebumikan juga dipandang serius segelintir masyarakat.

"Buat apa memilih pakaian membosankan selepas meninggal dunia?

"Kematian adalah sesuatu yang abadi jadi tidak hairan jika pakaian dikenakan cantik dan menarik,” katanya.

Namun, hakikatnya emua orang adalah sama, hanya amal ibadat yang akan membezakan manusia di sisi Allah.

BACA INI JUGA: Misteri Keranda Bergerak Di Makam Chase Vault

Sumber: Mynewshub

Kelebihan Makanan Sushi Yang Ramai Tidak Tahu!

Kelebihan Makanan Sushi Yang Ramai Tidak Tahu!

Sebut saja sushi, kita sudah terbayang makanan itu datangnya dari Jepun. Imaginasi kita, sushi ini adalah satu makanan mentah, tidak kena dengan tekak kita sebagai orang Malaysia.

Sushi maguro

Hal ini sebenarnya memang tidak dinafikan berikutan majoriti makanan sushi adalah mentah dan tidak bergoreng. Kenapa begitu?

Jawapannya mudah, bagi orang Jepun, mereka mahu menikmati makanan laut terutamanya dalam keadaan yang asli dan segar, tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti minyak masak dan sebagainya.

Bagi mereka juga, apabila sesuatu makanan laut itu digoreng, khasiat, zat dan proteinnya akan hilang lebih separuh daripada yang asal.

Kepada yang tidak tahu, asal usul sushi ini sebenarnya membawa maksud nasi bercuka.

Cuka ditambah pada nasi yang digumpal, kemudiannya akan dibalut bersama dengan ikan, udang, sotong, atau pun rumpai laut.

Ada bermacam-macam jenis ikan yang popular seperti salmon, maguro (tuna) telur ikan, unagi (belut) dan bermacam lagi.

Makanan-makanan laut ini akan dibalut atau diletakkan di atas nasi yang sudah digumpal tadi serta akan diletakkan bersama-sama wasabi.

Wasabi ini pula diambil dari pokok wasabi dan rasanya sangat perit. Kita akan merasa keperitan di hidung sekiranya makan wasabi ini.

Untuk orang yang baru bermula untuk berjinak-jinak makan sushi, memang sesuatu yang sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan rasa sushi.

Kita rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan makanan bergoreng dan pedas, jadi apa yang akan kita rasa dengan makan sushi ini sememangnya satu pengalaman yang sangat berbeza.

Jenis-jenis Sushi

Antara jenis sushi yang sangat terkenal adalah dua jenis ini iaitu salmon dan maguro.

Dua jenis ikan ini sangat mahal dan atas sebab itu juga tidak hairan harga sushi turut menjadi mahal, terutamanya maguro.

Penduduk Jepun sangat meminati maguro sehinggakan hampir 3/4 ikan maguro atau tuna akan diimport mahupun ditangkap di negara Jepun.

Sekiranya kita berpeluang untuk melawat pasar borong utama Jepun, kita akan dapat melihat bagaimana ikan-ikan ini dibawa dari perairan laut dalam, dipotong dan ‘fillet’ untuk dijual kepada orang ramai.

Ikan-ikan ini semuanya sangat segar dan sudah tentulah harga yang ditawarkan juga sangat mahal berbanding ikan biasa.

Sushi Paling Mahal

Bluefin tuna

Jangan terkejut juga sekiranya kita pergi ke restoran-restoran utama sushi di Jepun, anda akan dihidangkan dengan sepotong hirisan daripada ikan maguro dengan harga yang hampir mencecah RM300!

Harga yang mahal ini adalah kerana bahagian ikan yang dihiris adalah bahagian yang paling baik dan paling sedap sekali.

Hidangan Pelengkap Sushi

Apabila kita makan hidangan sushi, tidak lengkap sekiranya tidak dihidangkan bersama dengan 2 pelengkap iaitu air teh hijau Jepun dan juga sup Miso shiro.

Air teh hijau Jepun adalah air teh pahit kerana langsung tidak ada gula di dalamnya.

Kebanyakan rakyat Malaysia rata-ratanya tidak mampu meminum air ini kerana rasanya yang sangat pahit.

Sup Miso shiro pula adalah sup yang dicampur bersama dengan tauhu dan kacang selain daripada rasanya yang agak masam dan tawar.

Tetapi ada satu yang menarik dengan hidangan-hidangan ini. Sekiranya kita demam dan tidak sihat, ini adalah makanan yang sangat baik untuk diambil kerana ianya sangat baik untuk kesihatan. Makanan yang sangat sesuai untuk orang yang tidak sihat.

Jadi, bagi yang belum pernah, bolehlah mencuba bagaimana rasanya makan makanan mentah sushi ini.

BACA INI JUGA:

Sumber: TBJ

Kenapa Susu Rumusan Friso Gold Terbaik Untuk Anak Anda?

Kenapa Susu Rumusan Friso Gold Terbaik Untuk Anak Anda?

Friso Gold, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang 100% diimport daripada Holland mampu memberikan kesemua nutrient penting untuk kanak-kanak.

Friso Gold

Ini agar anak-anak dapat membesar dengan baik dan kuat supaya mereka dapat terus mengalami pelbagai pengalaman menarik bersama anda setiap hari.

Friso Gold mempunyai 6 khasiat penting didalamnya termasuklah GOS, Vitamin B6, Vitamin C (menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan), Selenium, Zink (amat penting untuk pertumbuhan), DHA & AA.

Friso Gold

Bagi ibu bapa yang mementingkan kekemasan dalam kerja harian, keperluan memilih Friso Gold bukan sahaja kerana kandungan berkhasiat dan nutrient yang terdapat didalamnya tetapi juga kerana Friso Gold merupakan satu-satunya susu tepung rumusan yang mempunyai packaging yang menarik sebab ianya datang dengan ‘protection lid’ supaya penyedian susu kepada anak-anak akan lebih mudah, bersih, accurate dan kandungan susu lebih ‘selamat’ didalam tin sebab packaging Friso Gold come with tight seal. Jadi, susu tak masuk angin. Best kan?

Dengan kandungan nutrient yang sangat baik di dalam Friso Gold, packaging yang sangat best, convenient dan manageable serta mudah untuk dikendalikan, Friso Gold semestinya pilihan utama ibu bapa pada masa ini.

Walaupun Friso Gold ini tepung susu import dari Holland, harga pun tak mahal.

Friso Gold

Paling best sekali semestinya Friso Gold hanya satu-satunya jenama dipasaran yang ada protection lid. Sangat innovative.

Jadi, ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari susu tepung terbaik untuk anak anda, supaya memilih Friso Gold. Pasti anda akan sukakannya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Surayasulatin

Sunday, October 16, 2016

Azrinaz Tampil Berhijab Selepas Cinta Tak Kesampaian?!

Azrinaz Tampil Berhijab Selepas Cinta Tak Kesampaian?!

Hasrat bekas persona­liti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim untuk berhijab akhir­nya termakbul apabila be­liau membuat keputusan menutup aurat pada 1 Muharam lalu.

Azrinaz Mazhar Hakim

Mengambil keberkatan hari penuh kemuliaan untuk bertudung, Azrinaz menyifatkan penghijrahan itu memberikan ketenangan yang amat luar biasa kepadanya.

Bagi Azrinaz, keputusan yang diambil itu semata-mata kera­na memenuhi tuntutan agama dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa isu melibatkan periba­dinya seperti yang dilaporkan di media sebelum ini.

Kesyukuran juga dipanjatkan Azrinaz kepada Allah kerana niat untuk berhijrah juga mula terlintas di fikirannya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 23 September lalu.

“Kebetulan ketika meraikan u­lang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung.

"Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” kata Azrinaz dalam satu perbualan dengan Mingguan Malaysia.

Azrinaz yang kini berada di Dubai atas urusan perniagaan turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan penghijrahan imej yang dilakukannya.

Sokongan orang-orang di sekeliling, kata Azrinaz, membuatkannya bertambah yakin bahawa penghijrahan itu adalah yang terbaik untuk masa depannya.

Kata Azrinaz, sebelum nekad menutup aurat, beliau terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu agama.

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelas Azrinaz lagi.

Dalam perbualan itu juga, Azrinaz berkata, pada masa ini, beliau selesa memberi tum­puan terhadap perniagaannya.

Perniagaan yang diusahakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassa­nal Bolkiah itu juga me­nun­tutnya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Dubai selepas ini.

Ketika ditanya mengenai spekulasi hubu­ngan cintanya dengan ikon fesyen, Wak Doyok yang dilaporkan sudah berakhir, Azrinaz menyifatkan perkara itu sebagai tiada isu.

Bahkan, beliau juga enggan berkongsi apa-apa me­nge­nai hal itu kerana baginya banyak lagi per­kara lebih penting yang harus diberi keutamaan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan