Sunday, October 16, 2016

Azrinaz Tampil Berhijab Selepas Cinta Tak Kesampaian?!


Hasrat bekas persona­liti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim untuk berhijab akhir­nya termakbul apabila be­liau membuat keputusan menutup aurat pada 1 Muharam lalu.

Azrinaz Mazhar Hakim

Mengambil keberkatan hari penuh kemuliaan untuk bertudung, Azrinaz menyifatkan penghijrahan itu memberikan ketenangan yang amat luar biasa kepadanya.

Bagi Azrinaz, keputusan yang diambil itu semata-mata kera­na memenuhi tuntutan agama dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa isu melibatkan periba­dinya seperti yang dilaporkan di media sebelum ini.

Kesyukuran juga dipanjatkan Azrinaz kepada Allah kerana niat untuk berhijrah juga mula terlintas di fikirannya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 23 September lalu.

“Kebetulan ketika meraikan u­lang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung.

"Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” kata Azrinaz dalam satu perbualan dengan Mingguan Malaysia.

Azrinaz yang kini berada di Dubai atas urusan perniagaan turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan penghijrahan imej yang dilakukannya.

Sokongan orang-orang di sekeliling, kata Azrinaz, membuatkannya bertambah yakin bahawa penghijrahan itu adalah yang terbaik untuk masa depannya.

Kata Azrinaz, sebelum nekad menutup aurat, beliau terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu agama.

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelas Azrinaz lagi.

Dalam perbualan itu juga, Azrinaz berkata, pada masa ini, beliau selesa memberi tum­puan terhadap perniagaannya.

Perniagaan yang diusahakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassa­nal Bolkiah itu juga me­nun­tutnya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Dubai selepas ini.

Ketika ditanya mengenai spekulasi hubu­ngan cintanya dengan ikon fesyen, Wak Doyok yang dilaporkan sudah berakhir, Azrinaz menyifatkan perkara itu sebagai tiada isu.

Bahkan, beliau juga enggan berkongsi apa-apa me­nge­nai hal itu kerana baginya banyak lagi per­kara lebih penting yang harus diberi keutamaan.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon