Wednesday, July 20, 2016

Kenapa Anak Kecil Suka Sepahkan Rumah Dan Pakar Motivasi Berikan Solusinya


Kegembiraan mempunyai anak sudah pasti dirasai oleh semua ibu bapa dan apabila anak-anak sudah pandai berjalan, memang letih nak melayan kerenahnya, tetapi merekalah sebenarnya individu yang mampu 'merawat' keletihan kita dikala baru pulang kerja.

Sepahkan rumah
Gambar hiasan.

Mendengar cara percakapannya yang entah apa apa (baru belajar) membuatkan hati kita terhibur, namun satu tabiat yang kanak-kanak kecil suka lakukan ialah menyepahkan rumah lalu membuatkan ibu bapa tidak henti-henti mengemas rumah.

Kenapa anak-anak kecil suka sepahkan rumah?

Mari kita baca satu artikel yang menarik dikongsikan yang oleh saudara Nur Firdaus, seorang pakar motivasi.

KENAPA ANAK KECIK SUKA SEREPAH-SEREPAH?

Lazimnya, anak kecil lebih suka lambakkan permainan-permainan mereka. Lagi nampak berserepah, lagi mereka gembira.

Kenapa ya? Mak ayah tak pandai ajar anak berkemas ke?

Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud.

Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.

Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita 'hilang' sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.. ;)

Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).

Buatlah macammana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Berbalik kepada rumah bersepah tadi, bagi anak-anak ini, permainan mereka 'ada' bila ia DAPAT DILIHAT.

Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita.

Ya, ia memang perlu diajar, tetapi apabila kena dan tepat masanya.

Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

Dan jangan sesekali mahu anak-anak cepat membesar! Kenapa?

Mereka tidak akan menjadi anak kecil selamanya.

Suatu hari nanti, anda akan merindui suasana itu. Nikmatilah ia sekarang.. :(

Solusinya?

Terpulang.. Kalau saya, sediakan satu bilik khas untuk anak saya.

Terpulanglah, dia nak serepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.

BACA INI JUGA: Dahsyatnya Kesan Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak

Sumber: Siakapkeli

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon