Jun 1, 2016

Dahsyatnya Kesan Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak

Anak-anak yang kerap dipeluk akan tampil menjadi anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penuh dengan kasih sayang dan kurang tekanan.

Pelukan Ibu.jpg

Mereka akan menjadi anak yang lebih tenang di mana keadaan ini akan membantu perkembangan diri mereka.

Namun jika perkara ini jarang dilakukan hubungan ibu bapa dan anak-anak akan menjadi sangat dingin.

Fitrah diri mereka yang amat memerlukan sentuhan dan kehangatan kasih sayang terpaksa mengharungi satu keadaan yang amat tegang dan penuh dengan emosi yang keras.

Cuba semak antara 7 kebaikan yang anak akan terima daripada sebuah pelukan...

1. Memeluk anak-anak dapat meningkatkan rasa tenang dan percaya diri dalam diri mereka. Kebiasaan ini secara tidak langsung dapat menjaga kualiti hubungan anda sekeluarga.

2. Sebuah pelukan ternyata mempunyai khasiat luar biasa. Ini mampu membuat rasa cemas dan juga tekanan darah menurun.

3. Memeluk orang-orang tersayang adalah cara paling sederhana dapat membuat mereka merasa bahagia.

4. Saat anak-anak bermasalah dan tertekan, pelukan merupakan ubat paling mujarab membantu menenangkan fikiran dan jiwa yang bergolak.

5. Pelukan daripada ibu bapa mahupun keluarga anak membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.

6. Kebiasaan memeluk anak-anak membuatkan bukan sahaja kehidupan anak-anak, tetapi juga ibu bapa menjadi lebih seimbang. Ini memberi kita kekuatan untuk mengendalikan emosi agar lebih tenang dan bahagia.

7. Apa yang dirasakan memang selayaknya disuarakan. Namun meskipun tanpa bicara pelukan dapat menjadi cara terbaik untuk menyampaikan isi hati dan perasaan.

BACA INI JUGA: Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya

Sumber: Mingguanwanita

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon