Tuesday, August 23, 2016

5 Permainan Terbaik Untuk Melatih Anak Asas Subjek Pengkodan Seawal Tadika


Bermula tahun hadapan, pelajar sekolah akan diajar pengekodan komputer seawal darjah tiga, seperti yang diumumkan oleh CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Skill Pengekodan

Pelajar akan mula diajar pengkodan yang mana mata pelajaran Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer Asas akan disepadukan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di semua sekolah seluruh negara.

Usaha ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta pelajar di 10,173 sekolah di seluruh negara.

Ia selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang menggariskan lima aspirasi iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

Langkah itu diharapkan boleh memantapkan kemahiran kognitif serta memupuk pemikiran aras tinggi sambil menjalin masuk pengetahuan IT sebagai alat mengajar.

Jika dahulu kadar celik diukur dengan keupayaan seseorang mengangkat pensil dan menulis di atas kertas namun kini, dalam era digital, kecelikan mula diukur dengan skill pengekodan.

MDEC juga telah mengumumkan akan mula menerapkan subjek pengekodan dalam kurikulum KSSR dan KSSM.

Jadi, jika anda tergolong dalam kalangan ibu-bapa yang optimis, kami cadangkan 5 permainan yang mungkin boleh mempersiapkan anak anda sebelum sesi persekolahan yang akan datang.

Lightbot

Lightbot

Lightbot dilancarkan pada 2008 oleh Danny Yaroslavski semasa beliau berumur hanya 14 tahun.

Misi robot dalam permainan Lightbot adalah untuk menyelesaikan teka-teki demi menyalakan semua lampu.

Pemain perlu menyusung kod dalam bentuk simbol bagi memberi arahan pada Lightbot. Arahan seperti berjalan, berpaling, melompat, dan memasang lampu boleh diberikan.

Permianan ini ditujukan untuk kanak-kanak seawal umur empat tahun. Ia dihasilkan untuk sistem operasi Android, iOS, Mac, Windows.

Sila ke laman web mereka untuk melihat senarai muat turun.

Cargo-Bot

Cargo-Bot

Cargo-Bot ini amat unik. Game pengekodan ini dikodkan terus daripada iPad menggunakan aplikasi Codea. Ia mengambil inspirasi daripada permainan Tetris.

Objektifnya adalah untuk memberi arahan pada sebuah kren untuk memindahkan sejumlah kotak bewarna dalam pola tertentu.

Teka-teki yang dihidangkan pada pemain semakin mencabar daripada tahap ke tahap seterusnya. Pemain akan sentiasa melakukan kesalahan dan terpaksa memeriksa semula “kod” yang telah diberikan. Dalam dunia pengaturcaraan, ia dipanggil “debugging”.

Pembangun Cargo-Bot mensasarkan untuk mengajar pemain cara mengekod tetapi menggunakan cara yang seronok dan penuh visual.

Muat turun Cargo-Bot di iOS sekarang.

CodeMonkey

CodeMonkey

CodeMonkey menyediakan latihan pengekodan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang sebenar untuk menyelesaikan pelbagai teka-teki.

Dalam CodeMonkey, pemain perlu membantu monyet mendapatkan pisangnya. Seperti biasa, teka-teki akan menjadi semakin sukar daripada satu tahap ke yang seterusnya.

Setiap tahap memberikan cabaran pengekodan tersendiri yang memerlukan pemain menggabungkan arahan dan menjadi lebih kreatif dalam mengekod.

CodeMonkey hanya boleh dimainkan pada pelayar web. Berkunjunglah ke laman rasmi mereka untuk mula bermain.

Scratch

Scratch

Scratch adalah hasil tangan sekumpulan pembangun di MIT pada tahun 2006. Ia menggunakan pelayar web, maka pengguna boleh mengakses Scratch daripada pelbagai platform.

Mereka mensasarkan kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas yang berminat dalam dunia pengekodan.

Scratch memansuhkan keperluan untuk menaip kod, tetapi menggantikannya dengan blok-blok kod yang bewarna warni. Ia boleh disusun padan untuk membentuk program.

Sila layari laman rasmi Scratch dan mula mengekod sambil bermain!

The Foos

The Foos

The Foos mengajar pengekodan secara halus menggunakan teka-teki kod. Kanak-kanak perlu menggunakan blok yang sesuai.

Permianan penuh warna-warni ini pasti akan menarik minat anak-anak dan walaupun daripada sudut pandang kita ia nampak mudah, pada kanak-kanak ia sangat bermanfaat.

Seorang pegawai polis Hulk cuba mencari Donut dan misi beliau diganggu oleh seekor raksasa biru yang gila.

Anda boleh terus bermain The Foos melalui laman web.

The Foos juga disediakan untuk peranti mudah alih.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: Kenapa Anak Kecil Suka Sepahkan Rumah Dan Pakar Motivasi Berikan Solusinya

Sumber: Theskop

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon