Monday, April 14, 2014

Fesyen-fesyen Terkini Tapi Pelik


Dunia serba moden kini menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen-fesyen terkini sealiran dengan peredaran zaman.

Namun yang pasti bukan semua fesyen terkini lebih cantik, canggih dan menarik. Malah sebahagiannya ada yang kelihatan pelik. Fesyen-fesyen ini bukan sahaja bermaksud pakaian tapi apa sahaja yang dirasakan boleh mencantikkan penampilan, gaya dan keterampilan seseorang.

Jom kita lihat antara fesyen-fesyen terkini yang lain daripada yang lain.

Facekini

Facekini

Salah satu cara untuk mengelakkan sinaran matahari yang membahayakan ialah dengan berada di dalam rumah. Tapi jika ingin keluar, ramai yang menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan sinaran itu terkena secara langsung dengan kulit mereka seperti menggunakan losyen atau krim penahan sinaran matahari.

Namun, dinegara China, terdapat satu lagi kaedah untuk mengelakkan sinaran matahari terkena muka jika berada di luar iaitu dengan mengenakan topeng 'Facekini'. Facekini digunakan dioleh para pengunjung pantai di perairan Laut China Timur untuk mengelakkan kulit mereka terkena pancaran sinaran matahari.

Topeng ini telah dicipta pada tahun 2005 dan kini dipasarkan secara meluas dan biasanya dijual disepanjang kawasan pantai di negara tersebut. Harga Facekini ialah antara USD$1.50 ke USD$4. Selain melindungi daripada sinaran cahaya matahari, ia turut membantu mengelakkan serangan serangga dan obor-obor.

Pendakap gigi tiruan

Pendakap gigi tiruan

Ingin memakai pendakap gigi tapi tak mahu mengambil risiko? Mungkin memakai pendakap gigi tiruan adalah jawapan untuk mereka yang mahukan fesyen terkini untuk digayakan di gigi mereka. Bagi sesetengah remaja di Thailand, Indonesia dan China, memakai pendakap gigi telah menjadi satu gaya baru yang telah memberi impak yang cukup besar di negara-negara tersebut. Ini kerana memakai pendakap gigi menunjukkan lambang kekayaan, status dan gaya. Oleh kerana pendakap gigi sebenar boleh mencecah harga USD$1,200, ramai remaja yang ingin menggayakan trend tersebut menggunakan pendakap gigi tiruan yang boleh dibeli dengan harga serendah USD$100.

But muncung

Botas Picudas Mexicanas

But muncung yang turut dikenali sebagai 'Botas Picudas Mexicanas' adalah satu gaya but yang memang berbeza kerana mempunyai bahagian depan yang muncung tirus dan melengkung naik keatas. Sejak tahun 2009, fesyen but sebegini menjadi begitu popular di kalangan lelaki di Mexico dan sebahagian kawasan di Amerika Syarikat. Lelaki-lekaki muda mula menjadi obses dengan but-but ini yang dikatakan berasal dari Matehuala, San Luis Potosi.

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas

Cermin mata tanpa gelas menjadi kegilaan remaja terutamanya di Korea Selatan dan Hong Kong. Cermin mata tanpa gelas dibuat dalam pelbagai warna serta bentuk dan biasanya digunakan sebagai satu padanan gaya bersama baju atau rambut pemakai. Menurut mereka yang rajin memakai cermin mata ini, ia bukan sekadar fesyen semata-mata, malah dapat menutup kekurangan yang ada pada wajah, contohnya lingkaran gelap di bawah mata.

Seluar baju panas

Swants Sweater Pants

Sesuai dengan musim sejuk, maka fesyen seluar baju panas ataupun dikenali juga dengan panggilan 'Swants Sweater Pants' boleh juga digunakan. Seluar yang diperbuat daripada baju panas ini perlulah diubahsuai sepertimana yang dilakukan dalam tutorial oleh Steven May.

Janggut palsu

Trend Janggut palsu

Bagi lelaki yang teringin untuk memiliki janggut tetapi tidak boleh kerana masalah gen yang tidak memungkinkan mereka untuk memiliki janggut, maka jawapannya ada pada janggut-janggut palsu ini. Janggut-janggut palsu keluaran Jepun ini digunakan untuk lelaki-lelaki yang inginkan kelainan pada rupa paras mereka tetapi tidak mampu memiliki janggut sendiri. Janggut-janggut palsu ini bagaimanapun hanya terdapat dalam warna hitam. Namun, bagi mereka yang mempunyai warna rambut seperti warna perang atau merah, kurang sesuai untuk memakainya.

Aksesori haiwan peliharaan hidup

Fur Is Alive

Seorang artis seni dari Belanda, Cecilia Vilentine telah muncul dengan satu idea aksesori yang pelik tetapi pada masa yang sama sangat menarik. Daripada koleksi siri 'Fur Is Alive' miliknya, terdapat aksesori hiasan seperti cekak rambut yang mempunyai sangkar burung yang memuatkan seekor burung kecil dan sebuah rantai yang boleh memuatkan haiwan peliharaan seperti tikus, harmster dan ketam hermit.

Ekor robotik

Ekor robotik

'Tailly' ialah sejenis ekor robotik yang dicipta oleh Shota Ishiwatari. Ia mampu mengenalpasti perasaan teruja seseorang yang memakainya dengan mengukur kadar degupan jantung melalui satu pengesan yang dipasang pada tali pinggang pada ekor tersebut. Tailly akan bergoyang-goyang jika kadar degupan jantung pemakainya naik dan akan mengendur semula jika kadar degupan jantung pemakainya turun.

Anda suka yang mana satu?

BACA INI JUGA: Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon