Monday, October 17, 2016

Fesyen Pelik `Langkah Mayatku’ Untuk Orang Mati!


Fesyen dalam kubur memang pelik bunyinya, namun sebuah gedung fesyen telah menghasilkan rekaan baju untuk dipakai oleh orang yang telah meninggal ketika berada di dalam keranda.

`Langkah Mayatku’

Ia sekaligus membolehkan orang mati masih dapat bergaya walaupun tertanam enam kaki di bawah tanah.

Fesyen pelik yang digelar sebagai ‘langkah mayatku’ ini turut menampilkan rekaan untuk lelaki dan wanita, lengkap dengan barang kemas dan aksesori.

Mereka yang ingin kelihatan cantik walaupun selepas mati boleh menggunakan koleksi ‘Over My Dead Body’ untuk memastikan mayat mereka segak pada majlis pengebumian.

Ia dihasilkan selepas satu kajian yang dijalankan di Britain mendapati ramai yang sanggup membelanjakan wang semata-mata mahu kelihatan bergaya meskipun sudah berada di dalam kubur.

Hasil kajian oleh Lyst itu mendapati 52% wanita mahu kelihatan bergaya dengan fesyen mahal dan ada pula yang hanya memilih pakaian malam sahaja. Wanita juga mahu dipakaikan kasut tinggi.

Soal harga tidak menjadi masalah kepada mereka asalkan dapat bergaya.

`Langkah Mayatku’

Menurut pengarah editorial Lyst, Katherine Ormerod, apa yang dipakai pada saat akhir akan memberikan gambaran mengenai personaliti seseorang dan itu yang mahu dibawa bersama ketika berada dalam keranda.

Rangkaian baju, barang kemas dan aksesori diperagakan wanita yang bergambar di dalam keranda, malah mereka turut dikenakan solekan untuk lebih nampak seperti mayat.

Macam-macam benda pelik direka, hakikatnya pakaian akhir hanyalah kain kapan berwarna putih, tidak kira siapa pun.

“Tidak hairanlah jika pakaian saat dikebumikan juga dipandang serius segelintir masyarakat.

"Buat apa memilih pakaian membosankan selepas meninggal dunia?

"Kematian adalah sesuatu yang abadi jadi tidak hairan jika pakaian dikenakan cantik dan menarik,” katanya.

Namun, hakikatnya emua orang adalah sama, hanya amal ibadat yang akan membezakan manusia di sisi Allah.

BACA INI JUGA: Misteri Keranda Bergerak Di Makam Chase Vault

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon