Tuesday, June 30, 2015

Curang Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?!

Curang Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?!

Tidak dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.

Elizabeth Tan

Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.

Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.

Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat.

"Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.

Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.

Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.

“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini.

"Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.

“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.

"Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial.

"Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.

Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.

Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.

Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?

Tak cuba tak tahu kan..

KEMASKINI!

Bekas Tunang Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan

Bekas tunang penyanyi Adira Suhaimi, Shahrul Nasrun Kamarudin menafikan kenyataan Elizabeth Tan yang mendakwa dia cuba mengorat penyanyi yang terkenal dengan lagu Knock-Knock itu ketika dia masih lagi bergelar tunangan Adira.

Sebaliknya menurut Shahrul, tiada sebarang perkara peribadi melibatkan dirinya dan penyanyi berketurunan Cina itu sebaliknya dia hanya berhubung dengan Elizabeth atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang bekerjasama dalam apa saja program atau kempen saya,” katanya.

Walaupun Elizabeth mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkannya, namun Shahrul tidak sesekali menyalahkan penyanyi berusia 22 tahun itu kerana memahami situasi dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

“Sesiapa saja kalau dikaitkan dengan hubungan lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja.

“Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staf saya yang lain saya layan mereka sama saja,” ulasnya memetik laporan portal Rotikaya.

Shahrul turut memohon izin agar dirinya dan Adira mencari kebahagiaan masing-masing berikutan ikatan pertunangan yang terjalin sudah pun terputus sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, Shahrul enggan memberikan sebarang komen lanjut ketika dihubungi kerana dia telah dinasihatkan agar tidak lagi memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung isu ini.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

Sumber: mynewshub

PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

Jualan nombor pendaftaran kenderaan khas, PATRIOT 1 setakat ini berjaya menarik bidaan tertinggi bernilai RM1.308 juta.

PATRIOT

Namun, angka itu tidak mustahil terus meningkat, memandangkan tempoh untuk orang ramai membuat bidaan berbaki 22 hari lagi.

Maklumat itu diperoleh menerusi lawan web www.plat.patriot.org.my yang menyediakan maklumat terkini berhubung urusan bidaan serta jual beli nombor pendaftaran PATRIOT yang ditawarkan, bermula angka 1 hingga 9999 pada harga pembukaan RM50,000 setiap satu.

PATRIOT dikatakan menjadi nombor plat kenderaan khas termahal di Malaysia, apabila ia dibida pada harga pembukaan RM1 juta, manakala lima nombor pertamanya memerlukan pembida membayar deposit sebanyak 20 peratus.

Menurut maklumat di laman web berkenaan, jualan nombor pendaftaran PATRIOT itu ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), melalui kaedah bidaan terbuka.

Syaratnya, pembida wajib mendaftar sebagai ahli Briged Patriot dengan yuran RM20, selain perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakannya daripada Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20 peratus daripada nilai yang ditawarkan.

“YPNM telah diberi kelulusan oleh JPJ untuk menjual plat khas siri PATRIOT,” demikian menurut laman web berkenaan.

PATRIOT [2]
Antara nombor pendaftaran PATRIOT serta nilainya yang boleh dilihat di laman web YPNM.

YPNM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menyemai serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Hasil daripada keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang.

“YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama serta kaum di Malaysia.

“Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT, secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya,” kata kenyataan YPNM yang dipetik daripada laman web berkenaan.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Therakyatpost

Fenomena “Leap Second”, Dunia Terima Bonus Satu Saat

Fenomena “Leap Second”, Dunia Terima Bonus Satu Saat

Hari ini waktu harian di seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai “Saat Lompat” atau “Leap Second”.

1-Saat

Dan pada hari ini juga, International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

Menurut Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.

Beliau menarik perhatian bonus satu saat ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang semakin perlahan.

Kadar putaran bumi antara lain, beliau menjelaskan, dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.

“Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena Saat Lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita Bernama, di ibu negara pada Isnin.

Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung hari ini.

Dalam hal ini, beliau berkata InternationalEarth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

“Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan (berketepatan) tinggi,” katanya.

Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada Ahad, 1 Julai 2012.

Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa pada peranti elektronik seperti di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual berkata, semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol.

Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan Saat Lompat hanya kritikal pada pelayan (server).

Ditanya mengenai kemungkinan pelayan komputer gagal berfungsi dengan baik pada Selasa, beliau menceritakan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada 1 Julai 2012 yang jatuh pada hujung minggu.

“Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan.

“Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari,” katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular.

Oleh itu, bagi hari kerja biasa hari ini, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga diambil terutama dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra.

“Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa.

“Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan.

“Bagaimanapun masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal,” katanya.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

Sumber: Therakyatpost.com

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Kisah Benar UFO Mendarat Di Sekolah!

Guru-guru dan kakitangan di Sekolah Ariel, Ruwa, Zimbabwe, terkejut apabila seramai 62 orang pelajar mendakwa melihat sebuah UFO mendarat di halaman sekolah. Mereka turut mendakwa sosok entiti pelik, makhluk yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini keluar dari objek terbang berkenaan dan datang menghampiri mereka.

Zimbabwe alien invasion
Lakaran yang dilukis para pelajar.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 10:15 pagi, pada 16 September 1994. Pada hari itu, sekumpulan murid berumur antara lima hingga 12 tahun sedang bermain di padang sekolah. Ketika bermain, beberapa orang pelajar tiba-tiba menunjuk ke atas dengan reaksi terkejut.

Kanak-kanak tersebut mendakwa melihat tiga buah objek bulat seperti 'bola' berwarna perak sedang terbang tinggi di udara sekitar sekolah.

Penampakan itu diiringi cahaya terang berwarna merah sebelum hilang dalam kepulan awan kemudian muncul semula tidak jauh dari tempat ia menghilang.

Menurut saksi, perkara itu berlaku sebanyak tiga kali. Selepas kali ketiga, salah satu diantaranya dilihat terbang lebih rendah dan perlahan-lahan mendarat dalam belukar, 100 meter dari tempat mereka bermain.

Dilaporkan, seramai 62 orang pelajar yang berada di padang ketika itu telah menyaksikan secara langsung pemandangan pelik itu.

Kanak-kanak itu menyatakan, sebaik sahaja objek itu mendarat, seorang lelaki kecil dengan ketinggian kira-kira satu meter muncul di atas objek tersebut. Sejurus kemudian, entiti itu turun dan berjalan dengan gaya pelik, mendekati para pelajar.

Daripada keterangan pelajar-pelajar itu, entiti tersebut memakai pakaian berwarna hitam ketat dan berkilat.

Memiliki leher panjang dan kurus, berwajah pucat, rambut hitam sepanjang paras bahu (ada yang mengatakan tidak berambut), bermata besar dan bulat). Ciri-ciri fizikal ini sangat ironi dengan manusia biasa.

Menyedari diperhatikan, makhluk tersebut serta-merta menyorok di belakang objek terbang sebelum hilang dari pandangan.

Kebetulan, dalam kepercayaan masyarakat Zimbabwe, ada lagenda tentang Tokoloshis, syaitan yang suka memakan kanak-kanak, juga bertubuh kecil sama seperti entiti yang baru mereka lihat tadi.

Penampakan ini menambahkan lagi rasa takut mereka. Kerana terlalu takut selepas menyaksikan kejadian itu, pelajar-pelajar diserang histeria, berteriakan dan menangis sekuat hati sambil menjerit-jerit meminta tolong.

Ketika kejadian, guru-guru sedang bermesyuarat. Satu-satunya orang dewasa yang ada ketika itu ialah seorang wanita penjual makanan ringan.

Bagaimanapun, dia tidak melarikan diri kerana risau barangannya di curi.

Keesokannya, seorang pengkaji UFO Afrika, Cynthia Hind, datang ke sekolah untuk menyiasat kesahihan cerita tersebut.

Cynthia meminta kanak-kanak itu untuk melukis apa yang telah mereka lihat. Mengejutkan, 35 lukisan adalah sama!

Namun, apabila mereka menyiasat lokasi pendaratan UFO bersama seorang pakar elektrik yang datang bersamanya, mereka mendapati tiada kesan radiasi ditemui ditempat kejadian.

Cynthia mula tertanya-tanya, adakah kanak-kanak ini sepakat untuk berbohong?

Salah seorang pelajar yang menjadi saksi menolak andaian itu dan sanggup bersumpah atas kejadian tersebut. Guru besar sekolah pula menegaskan yang dia percaya murid-muridnya tidak bercakap bohong.

Pelajar luar bandar pada masa itu kurang pendedahan kepada televisyen mahupun surat khabar, jadi tidak mungkin mereka sekadar mereka-reka cerita.

Seorang penyelidik dari Harvard Medical School, Dr. John Mack bersama rakannya, Dominique Callimanopulos kemudian dipanggil untuk turun ke lokasi menemui pelajar-pelajar berkenaan.

Dan sepanjang dua hari menyiasat, mereka telah menemubual dan memberikan kaunseling kepada seramai 12 orang saksi, termasuk ibu bapa mereka.

Daripada temubual yang dijalankan, didapati semua keterangan memberikan cerita yang konsisten.

Dr. Mack percaya kes itu bukanlah kejadian histeria beramai-ramai dan yakin ia merupakan pertemuan dengan makhluk asing yang benar-benar telah berlaku.

Walau bagaimanapun, keterangan kanak-kank ini masih diragui kerana tiada saksi daripada orang dewasa.

Umum hanya mengklasifikasikan kejadian ini sebagai satu gurauan yang dihasilkan oleh minda dan imaginasi seorang kanak-kanak.

Anda percaya?

BACA INI JUGA: Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

-Sentiasapanas.com

Monday, June 29, 2015

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah.

10-Keistimewaan-Berpuasa

Pertama. Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamakan Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi SAW dalam satu hadisnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh ahli puasa Ramadhan, maka tidak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua. Allah telah memfungsikan puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kukuh dari seksa api neraka, tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul SAW bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari seksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Ketiga. Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya lebih harum dari minyak misik (haruman kasturi). Sehingga Rasul bersabda, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat. Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia ketika berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak.

Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir.

Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Kelima. Puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam. Keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada orang yang puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tidak akan melihat api neraka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh. Dalam Al-Qur'an Allah berfirman yang bermaksud, “(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Qs. At Taubah: 112).

Firman Allah Ta’ala lagi, "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar: 10)

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan. Di saat puasa inilah Allah memberi keistimewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya jugalah ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Kesembilan. Di antara cara Allah dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun hanya dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bersabda, "Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan, meskipun hanya seteguk air. (Hadis riwayat Abu Ya`la).

Kesepuluh. Orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para Malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

Wallahu a'lam

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Sumber: Hasnulhadiahmad

Pasar Raya Nafi Jual Kuih Raya Dari China!

Pasar Raya Nafi Jual Kuih Raya Dari China!

Satu mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadhan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.

Biskut-Raya-China

Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.

“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?

“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.

Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit.

Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

FAKTA

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaan GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.

"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya.

BACA INI JUGA: Awas Beras Tiruan Dari China!

Sumber: Sinarharian.com.my

Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua

Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua

Hanya kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga emas.

Buli

Kejadian ini menjadi bualan ramai selepas video yang dikatakan dirakam berlaku di kawasan Summit USJ, Petaling Jaya baru-baru ini tersebar.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 56 saat, insiden bermula setelah kedua-dua kenderaan berhenti di satu persimpangan. Seorang lelaki kemudian datang ke kereta mangsa dan mula menengkingnya.

Ia menjadi semakin buruk apabila pemandu terbabit bertindak menarik rambut mangsa sebelum menolak mukanya sebanyak dua kali.

Insiden yang disaksikan ramai pengguna jalan raya itu berlanjutan apabila seorang saksi menghampiri dan meminta penjelasan bagi membela warga emas berkenaan.

Ia hanya beransur reda setelah pemandu samseng berkenaan dan ahli keluarganya kembali masuk ke dalam kereta sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun video berkenaan tidak mempunyai audio, ramai beranggapan ia terjadi kerana si pelaku tidak berpuas hati terhadap mangsa yang enggan memberikannya kesempatan untuk memotong kenderaan.

Perkara sebenar yang berlaku bagaimanapun masih belum dapat disahkan.

BACA INI JUGA: Jenis Pemandu Paling Dibenci, Memandu Sambil Main Telefon


Sumber: Mynewshub.cc

Video Pesawat Dinaiki Paris Hilton Hampir Terhempas!

Video Pesawat Dinaiki Paris Hilton Hampir Terhempas!

Baru-baru ini, sosialit terkenal Paris Hilton menangis tidak henti-henti apabila menyangkakan nyawanya sudah berada di hujung tanduk ketika menaiki sebuah pesawat di Dubai.

Pesawat Paris Hilton Terhempas

Inilah jadinya apabila program prank show sudah melampaui batas dalam mengenakan seseorang individu itu.

Paris berada di negara itu bagi menghadiri satu majlis pelancaran sebuah hotel baru dan kemudiannya dijemput menaiki sebuah kapal terbang untuk menikmati pemandangan bandar dari udara selama 15 minit penerbangan.

Tidak mengetahui ianya merupakan satu helah untuk mengenakannya, Paris mulai panik apabila pesawat itu dipandu secara sengaja dalam kedudukan seolah-olah hendak terhempas.

Membuatkan dirinya bertambah cemas apabila pintu kecemasan dibuka dan beberapa orang mulai terjun dari pesawat terbabit.

Sebaik pesawat selamat mendarat, Paris masih tidak dapat melupakan trauma yang dilaluinya dan apabila dikhabarkan ianya merupakan prank, figura berusia 34 tahun itu langsung kelihatan tidak teruja malah masih lagi terkejut dengan perkara itu.

BACA INI JUGA: Selebriti Yang Dibayar Jutaan Ringgit Hanya Untuk Tayang Muka


Sumber: Mynewshub.cc

Hati Ibu Mana Tak Sedih, Yaya Didera Sampai Patah Tulang

Hati Ibu Mana Tak Sedih, Yaya Didera Sampai Patah Tulang

“Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.

Yaya-dera

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya,” kata ibu kandung kepada anak malang itu.

Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.

“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya kepada pemberita.

Kata ibu yang berusia 28 tahun itu, sebelum ini bekas suaminya juga tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya di rumah lelak itu dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya itu.

“Dia juga turut memberi pelbagai alasan lagi,’Yaya’ tidak mahu ke rumah saya lagipun menurutnya anak saya dijaga dalam keadaan baik dan saya tidak perlu bimbang mengenai keadaannya,” katanya.

Namun minggu lalu, dia menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya minggu lalu dan berkata tidak mahu menjaga anaknya itu dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya.

“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya.

“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki ‘Yaya’ didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya setakat ini masih lemah, namun stabil serta belum dapat menceritakan apa-apa akibat trauma dengan kejadian terbabit dan menurut doktor, kesan patah bahagian tulang badan anaknya itu menyebabkan tulangnya bengkok dan mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak itu.

“Apa pun hanya satu yang ‘Yaya’ mampu ungkapkan, dia tidak mahu bekas suami yang dipanggil ‘Papa’ dan ibu tirinya itu melawatnya, dan dia tidak mahu langsung mendengar nama kedua mereka.

“Harapan saya juga sebagai ibu dan demi menuntut keadilan terhadap anak saya ini, agar pelaku ini dikenakan tindakan setimpal dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu di Rantau Panjang, pihak polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan ini di Taman Rantau Mas.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.

Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.

Beliau berkata, bekas isteri suspek mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.

“Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.

“Bekas isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokan harinya.

“Kanak-kanak berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Susulan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini, sepasang suami isteri yang didakwa melakukan perbuatan kejam itu ditahan reman selama empat hari.

Bapa kandung dan ibu tiri kepada kanak-kanak tersebut yang masing-masing berusia 39 tahun dan 25 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa di hadapan restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu, kira-kira 9 malam semalam.

Kes tersebut mengejutkan banyak pihak setelah seorang budak didapati mengalami trauma fizikal yang teruk kerana didera sejak beberapa bulan lalu.

Melalui pemeriksaan pihak hospital, kanak-kanak malang dipanggil ‘Yaya’ itu patah 13 tulang, termasuk 10 tulang rusuk.

Sebaik sahaja kes ini sampai ke pengetahuan umum, ruangan media sosial, wajah didakwa ibu tiri mangsa bersama bapanya yang disyaki melakukan perbuatan tersebut tersebar.

Wajah Ibu Tiri Durjana?

Wajah Ibu Tiri Durjana

Melalui laman Facebook Sheila Khan, wanita tersebut memuat naik lima keping foto beserta kapsyen mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap derita yang ditanggung kanak-kanak dikenali sebagai ‘Yaya’.

BACA INI JUGA: 5 Ibu Mertua Paling Menakutkan Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my