Saturday, June 17, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Jun)

Tarikh 17 Jun merupakan hari ke 168 (hari ke 169 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 197 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Taj Mahal
Taj Mahal.

Hari ini juga kerupakan Hari Kemerdekaan di Iceland (1944).

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa penting dunia yang berlaku pada tarikh hari ini.

Peristiwa

1631 - Mumtaz Mahal meninggal ketika bersalin, membibitkan idea untuk suaminya Maharaja Mughal Shah Jahan membina sebuah makam yang kini dikenali sebagai Taj Mahal.

1775 - Perang Revolusi Amerika: Angkatan tentera British menawan Bukit Bunker di luar Boston, Massachusetts.

1789 - Revolusi Perancis: Estet Ketiga Perancis mengisytiharkan dirinya sebagai Perhimpunan Kebangsaan.

1940 - Perang Dunia Kedua: Negara-negara Baltik Estonia, Latvia dan Lithuania dijajah oleh Kesatuan Soviet.

1953 - Di Berlin, tentera Soviet dan Volkspolizei menggunakan kekerasan bagi menumpaskan pemberontakan menentang kerajaan Jerman Timur.

1972 - Skandal Watergate: Lima lelaki ditangkap mencuri dari pejabat Jawatankuasa Nasional Demokrat di Kompleks Watergate di Washington, D.C.

1985 – Di atas Space Shuttle Discovery, Sultan bin Salman al-Saud menjadi angkasawan Arab, Muslim dan kerabat diraja pertama terbang ke angkasa lepas.

1994 - O. J. Simpson dikesan dan ditangkap kerana disyaki membunuh isterinya Nicole Brown Simpson serta Ronald Goldman.

2009 - Sekurang-kurangya 28 orang terbunuh dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya Presiden Iran 2009.

2011 - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.

2012 - Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan sekali lagi dalam pilihan raya perundangan Greece.

2013 - Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Jun)

sumber: wikipedia

7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

Kecantikan alam semulajadi, kekayaan budaya, sejarah dan penduduk yang ramah tamah bisa memikat hati-hati mereka yang berkunjung ke Sarawak.

Selain Kuching, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri Sarawak yang menyimpan 1001 rahsia yang ramai tidak tahu.

Mari kita saksikan lokasi-lokasi dan tempat menarik serta perkara-perkara unik yang anda boleh lakukan apabila melawat Sarawak pada masa hadapan.

1. Pemandangan Menakjubkan Di Taman Negara Bako

Taman Negara Bako

Taman Negara tertua di Sarawak ini dibuka pada 1957, meliputi kawasan seluas 27 km persegi, dan terletak lebih kurang 37 km dari bandaraya Kuching. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liar.

Ciri paling penting di sini adalah kawasan terlindung yang terpencil dan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang mengagumkan menghadap Laut China Selatan.

Tempias laut, pukulan ombak dan angin juga mengukir indah gerbang laut dan tunggul laut di dasar cenuram, dengan beberapa yang kelihatan seperti kepala ular.

Batu pasir yang terbentuk di atas cenuram dengan corak besi kemerahan nampak begitu menarik. Di kawasan pedalaman terdapat air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako.

Bako juga didiami oleh hampir 275 Monyet Proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo.

Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif.

Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesis burung telah direkodkan di sini.

Sistem laluan yang luas di Bako terdiri daripada 16 laluan hutan berkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berjalan kaki dan mendaki.

Mereka yang sukakan cabaran boleh memilih untuk mendaki hutan sepanjang hari atau menyertai ekspedisi perkhemahan bermalam, manakala bagi mereka yang tidak gemarkan aktiviti lasak boleh memilih untuk berjalan kaki di denai hutan.

2. Pesta Babulang, Limbang

Pesta Babulang, Limbang

Pesta Babulang adalah acara tahunan yang diadakan oleh komuniti Bisaya di Batu Danu, Limbang.

Highlight festival ini adalah perlumbaan kerbau di antara pasukan-pasukan dari Limbang, Sabah Dan Brunei. Aktiviti lain termasuklah persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pameran kraftangan dan cabutan bertuah.

Selain itu, mereka turut mengadakan pertandingan ratu cantik ‘Ratu Babulang’ yang menarik perhatian ramai wanita-wanita muda menyertainya. Pada tahun ini Pesta Babulang akan diadakan pada 6 Jun sehingga 8 Jun.

3. Selamatkan Penyu! Pulau Talang-Talang Besar

Pulau Talang-Talang Besar

Sarawak adalah rumah kepada 5 jenis penyu iaitu penyu agar, penyu karah, penyu lipas, penyu belimbing and penyu tempayan.

Semua spesis ini adalah spesis terancam, dan mendorong kerajaan negeri untuk mewujudkan beberapa buah taman negara marin sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan-haiwan ini.

Tapak terbaik untuk melihat penyu-penyu ini bertelur adalah di Taman Negara Similajau berhampiran Bintulu dan Taman Negara Tanjung Datu di Barat Daya Sarawak.

Akan tetapi majoriti penyu, kebanyakannya daripada spesis penyu agar mendarat di pulau-pulau sekitar Taman Negara Talang-Satang, tidak jauh dari Kuching menggunakan bot.

Pulau terbesar, Pulau Satang Besar, dibuka kepada pengunjung untuk aktiviti siang dan malam, termasuk lawatan ke pusat penetasan penyu.

Pulau Satang Besar menawarkan lokasi hebat untuk aktiviti snorkelling – anda mungkin dapat lihat penyu berenang di terumbu-terumbu karang berhampiran pulau ini.

Pulau utama sebagai pusat konservasi penyu pula, iaitu Pulau Talang-Talang Besar selalunya ditutup kepada pengunjung.

Walau bagaimanapun melalui Sea Turtle Adoption Programme, peserta akan menghabiskan masa selama 4 hari di sini bekerja bersama-sama pakar konservasi profesional untuk belajar tentang penyu dan melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan seperti: rondaan pantai untuk menjejak pendaratan penyu; pemantauan aktiviti bersarang; penandaan dan mengukur penyu; memindahkan telur ke tapak penetasan; melepaskan anak penyu dan rakaman data.

Layari laman web Sarawak Tourism untuk maklumat lanjut.

4. Bermesra Dengan Orang Utan, Pusat Hidupan Liar Matang Dan Semenggoh

Pusat Hidupan Liar Matang Dan Semenggoh

Walaupun orang utan Borneo memiliki 97% DNA manusia, ia adalah spesis yang sangat terancam disebabkan kemusnahan habitat dan aktiviti pemburuan haram.

Sarawak mengambil inisiatif untuk melatih orang utan survival dan mengembalikan mereka semula ke habitat semulajadi.

Inisiatif ini telah dimulakan sejak 1970-an. Ianya merupakan proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi.

Dalam program Heart 2 Heart with Orangutan yang dianjurkan oleh Sarawak Forestry, para peserta diajar untuk memahami cabaran ini dan mengambil bahagian di dalam pemuliharaan orang utan.

Pelbagai aktiviti pendidikan dan dialog diadakan dalam tempoh satu hari.

Peserta berpeluang belajar daripada pakar-pakar Sarawak Forestry tentang cabaran pemuliharaan orang utan sambil melakukan kerja konservasi di Matang Wildlife Centre dan Semenggoh Wildlife Centre.

Layari laman web Sarawak Tourism untuk maklumat lanjut.

5. Daki Mulu Pinnacles, Taman Negara Mulu

Taman Negara Mulu

Puncak Mulu atau Mulu Pinnacles adalah sekumpulan menara batu kapur yang berbentuk tajam dengan ketinggian 45 meter di atas Gunung Api.

Terbentuk akibat hakisan dan larutan air, formasi pisau tajam dilatari hutan yang menghijau adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Taman Negara Mulu yang menempatkan Pinnacles ini menarik minat ramai pelancong asing, dan merupakan salah satu daripada 4 tapak warisan yang diiktiraf UNESCO di Malaysia.

Pendakian ke Puncak Mulu tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah. Ada yang mengatakan pendakian ke Pinnacles adalah lebih sukar berbanding pendakian menaiki Gunung Kinabalu. Perjalanan mendaki memerlukan masa sehingga 3 hari 2 malam.

Perjalanan bermula dari 9.30 pagi menuju ke Kuala Litut menggunakan bot panjang selama 40 minit. Anda akan berjalan kaki sejauh 8 km menuju ke Camp 5 sebelum hari gelap. Perjalanan mendaki hanya akan bermula keesokan harinya.

Pendakian mendatar adalah sejauh 2.4km, dan pendakian menegak sejauh 1200 meter, dan ada bahagian trek yang menggunakan tangga. Kecergasan amat penting untuk mendaki Puncak Mulu.

Sekiranya anda mahukan aktiviti yang lebih santai, kami mengesyorkan supaya anda melawat beberapa buah gua dengan pemandangan indah di sini. Antara gua yang boleh dilawati adalah Gua Rusa, Gua Lang, Gua Clearwater dan Gua Angin.

Kalau anda bernasib baik, anda dapat melihat banyak rama-rama Rajah Brooke berehat di lantai hutan berhampiran gua-gua ini.

Satu perkara yang sukar saya lupakan adalah melihat bagaimana air sungai bertukar menjadi sangat jernis sejurus menghampiri Gua Clearwater.

Anda juga boleh menonton bats exodus, iaitu acara di mana kelawar keluar beramai-ramai dari gua untuk mencari makanan.

Yang pastinya, Mulu menawarkan 1001 pemandangan yang sukar didapati di tempat lain. Harga sebanyak RM406 untuk mendaki Pinnacles sahaja.

Hubungi Taman Negara Mulu untuk maklumat lanjut.

6. Meluncur Benak Di Sungai Batang Lupar, Sri Aman

Meluncur Benak Di Sungai Batang Lupar

Benak atau tidal bore adalah fenomena alam akibat pertembungan arus laut dan sungai di kuala yang menyebabkan ombak besar menuruni seluruh sungai.

Ombak ini sangat besar sehingga mampu menyebabkan sebuah tongkang bersaiz sederhana terbalik.

Ada yang memanggil arus ini ‘tsunami kecil’, oleh kerana sifatnya yang menolak apa sahaja yang menghalangnya ke muara sungai dengan arus yang begitu kuat sekali. Ia berlaku dua kali setiap hari, pagi dan lewat petang.

Pada masa dahulu, benak di Sungai Batang Lupar ini ditakuti. Sungai Batang Lupar itu sendiri ditakuti kerana pernah menjadi tempat tinggal Bujang Senang, seekor buaya gergasi hitam putih dengan kepanjangan 20 kaki yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa. Sehingga kini, masih banyak buaya-buaya mendiami sungai ini.

Akan tetapi pada masa kini, fenomena benak menarik pelancong luar khususnya peluncur untuk meluncur arus deras ini. Arus yang berterusan tanpa henti ini memberikan keterujaan berbeza berbanding meluncur di laut.

Setiap tahun, sebuah pesta meraikan fenomena alam ini dipanggil Pesta Benak diadakan.

Di antara acara yang diadakan bersempena pesta ini adalah perlumbaan bot panjang, meluncur benak, sukan air, karnival jualan, hiburan malam, dan menonton benak.

Untuk mengetahui tentang pesta ini, lawati Facebook group Pesta Benak.

7. Berkayak Dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawady Di Kuching

Ikan Lumba-Lumba Irrawady

Ikan lumba-lumba Irrawady adalah spesis ikan lumba-lumba yang dilindungi. Ikan lumba-lumba sungai ini memiliki sifat pemalu dan elusif.

Dengan dahi yang bulat dan paruh yang pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca).

Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching.

Walaupun anda boleh menaiki bot, berkayak lebih menyeronokkan kerana ia mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini.

Oleh kerana saiz kayak yang kecil dan tidak menakutkan, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati anda, jika anda bernasib baik.

Anda boleh menghubungi beberapa operator pelancongan seperti Kuching Kayak atau RedRibbon untuk berkayak sambil melihat ikan lumba-lumba di Kuching.

Selamat melancong ke negeri Sarawak.

BACA INI JUGA: 11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah

sumber: thevocket

Friday, June 16, 2017

Penghuni Muslim Jadi Hero Ketika Kebakaran Grenfell Tower London

Penghuni Muslim Jadi Hero Ketika Kebakaran Grenfell Tower London

Penghuni beragama Islam Grenfell Tower di London, yang bangun pada awal pagi untuk bersahur menjadi penyelamat membantu penghuni lain ketika kebakaran di apartmen berkenaan.

Grenfell Tower

Media Britain yang dipetik The Star melaporkan, penghuni beragama Islam kediaman apartmen 24 tingkat itu adalah antara penghuni awal yang menyedari kebakaran berkenaan dan bertindak mengetuk pintu rumah penghuni lain.

Kebakaran yang telah meragut 12 nyawa berlaku ketika penghuni sedang tidur. Tiada amaran bunyi dari penggera kebakaran.

Penghuni apartmen 24 tingkat yang dihuni beberapa Muslim yang bangun untuk bersahur menyedari kebakaran selepas terhidu bau asap.

Khalid Suleman Ahmad, 20 memberitahu HuffPost UK, dia sedang menunggu untuk bersahur melihat kepulan asap dari tingkat bawah ketika memandang keluar dari tingkat lapan kediamannya.

"Saya mengejutkan ibu saudara saya dan kemudian menyarungkan pakaian untuk keluar mengetuk pintu rumah jiran. Semua jiran terjaga kecuali dua buah rumah," katanya.

Menurut Khalid, seluruh koridor gelap dan dipenuhi asap tebal dan pada mulanya menyangka ia tidaklah serius dan hanya mahu memindahkan penghuni lain ke tempat selamat.

Sementara itu, laporan memetik saksi sebagai berkata, penghuni beragama Islam adalah hero dan penyelamat selain anggota bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Andre Barroso,33, memberitahu The Independent, Muslim memainkan peranan besar untuk mengeluarkan penghuni keluar dari bangunan terbakar.

"Kebanyakan orang yang saya lihat adalah Muslim. Mereka turut menyediakan makanan dan pakaian," katanya.

Beberapa masjid dan pusat kebudayaan Islam turut membuka pintu bagi membantu mangsa yang terjejas sementara kumpulan agama yang lain turut terlibat membantu keperluan asas kepada mangsa.

BACA INI JUGA: Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

sumber: sinarharian

Tasha Muslie Gadis Dari Sabah Mirip Kajol

Tasha Muslie Gadis Dari Sabah Mirip Kajol

Seorang lagi sumandak (gadis) dari Sabah mencuri perhatian apabila dikatakan mirip artis Bollywood, Kajol Mukherjee.

Tasha Muslie

Gadis dikenali Tasha Muslie ini mula mendapat perhatian selepas seorang jurusolek @yatimakeover memuat naik gambar #kajolsabah itu di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Phanthegerow Louiselle digelar kembar artis Hollywood, Selena Gomez, manakala kecantikan seorang anak gadis dari Keningau, Tracie Sinidol, mirip wajah cantik beberapa orang artis terkenal.

Kajol Sabah

“Tak boleh ‘move on’ lagi ni. Akak cari gambar Kajol dengan solekan dia lebih kurang dengan adik Tasha semalam (Rabu) untuk bagi nampak lagi sama.

“Kalau suka tolong ‘like’ dan kongsi. Bagi viral Kajol Sabah kita,” tulisnya di Instagram.

Tasha Muslie

Tambah jurusolek dari Sabah itu, dia bersetuju bahawa negeri Sabah sememangnya memiliki ramai gadis yang mirip dengan selebriti tertentu.

“Betullah di Sabah ni macam-macam ada rupa gadis-gadisnya. Gadis berwajah iras Kajol pun ada.

“Terima kasih adik @tashamuslie_ sudi tadah muka untuk kali kedua,” katanya.

Sementara itu, Tasha Muslie yang turut berkongsikan gambarnya di Instagram pula menulis kapsyen: “Be love, be light. Theme make up, would be like Kajol. Yay or nay? (Jadi cinta, jadi cahaya. Tema solekan, menjadi seperti Kajol. Ya atau tidak?”

Tasha Muslie

Tema solekan tersebut adalah Kajol dan nyata hasil solekan tersebut berhasil kerana berjaya menyerupai pelakon Bollywood itu.

Netizen turut memberi pandangan yang sama dengan menjelaskan Tasha seperti kembar Kajol dan dia mungkin boleh dianggap sebagai Kajol Sabah.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Lindsay Lohan Hadiri Majlis Berbuka Puasa Maher Zain

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London pada 14/6/2017..

Lindsay Lohan and Maher Zain

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan gambar Lindsay Lohan di acara tersebut.

Lindsay Lohan and Maher Zain

Bagaimanapun, penyanyi popular yang berasal dari Lubnan itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Jun)

Tanggal 16 Jun merupakan hari ke 167 (hari ke 168 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 198 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Valentina Tereshkova
Valentina Tereshkova.

Hari ini juga merupakan sambutan Bloomsday di Dublin, Ireland dan sambutan Hari Belia di Afrika Selatan.

Jom kita baca peristiwa penting yang telah berlaku hari ini dalam sejarah dunia.

Peristiwa

632 - Selepas satu siri konflik dalaman, raja terakhir Empayar Sasan di Iran, Yazdegerd III menaiki takhta pada usia lapan tahun.

1487 - Angkatan Lancaster menewaskan penyokong York dalam Pertempuran Stoke Field di Nottinghamshire, England, pertempuran terakhir Perang Bunga Ros.

1745 - Perang Raja George: Angkatan tentera penjajah British menawan Kubu Louisbourg Perancis di Pulau Cape Breton selepas enam minggu pengepungan.

1846 - Giovanni Maria Mastai-Ferretti dipilih sebagai Pius IX, memulakan pemerintahan paus yang paling lama selepas Santo Peter.

1963 - Di atas Vostok 6, angkasawan Soviet Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa lepas.

1976 - Aparteid: Polis di Soweto, Afrika Selatan menembak pelajar sekolah yang membantah pemaksaan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantara di sekolah perbandaran, mencetuskan tunjuk perasaan, mogok, rusuhan dan keganasan di seluruh negara.

1999 - Thabo Mbeki dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan.

2009 - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.

2010 - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.

2011 - Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.

2013 - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.

Kelahiran

1874 - Arthur Meighen, Perdana Menteri Kanada Ke-9.

Kematian

2012 - Nayef bin Abdul-Aziz, Putera Mahkota Arab Saudi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Jun)

sumber: wikipedia

Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam

Ukiran Inai Henna ‘Dreamcatcher’ Dilarang Untuk Umat Islam

Wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan henna atau inai perlu berhati-hati memilih corak sesuai kerana terdapat ukiran melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah seperti ‘Dreamcatcher’.

Henna ‘Dreamcatcher'

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain.

Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan henna yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis.

Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati ramai pelukis henna yang menawarkan lukisan berbentuk Dreamcatcher.

Menurut seorang penggemar henna yang mahu dikenali sebagai Mira, beliau terkejut apabila dimaklumkan pelukis henna di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan henna bercorak Dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.

“Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Video Lelaki Kena Belasah Tanpa Seurat Benang Di Labuan!

Video Lelaki Kena Belasah Tanpa Seurat Benang Di Labuan!

Rakaman video seorang lelaki dibelasah beberapa individu di tepi jalan dalam keadaan tanpa seurat benang menjadi viral di media sosial.

Dibelasah Sampai Bogel

Mangsa dikenali sebagai James Hunt mendakwa dia dikejar dari Sekolah St. Anna dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing, Labuan.

“Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka.

“Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan,” tulisnya di laman Facebook.

Namun, berdasarkan maklumat netizen, James dikatakan pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.

Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.

“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya.

Video berdurasi 2 minit 49 saat tersebut dimuat naik sejak awal pagi Rabu oleh pengguna Facebook.

Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.

Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status Facebooknya yang terlalu lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Tonton video di bawah atau di YouTube.

BACA INI JUGA:


sumber: mynewshub

Thursday, June 15, 2017

Kronologi Nahas Pesawat TUDM Sejak Tahun 1991

Kronologi Nahas Pesawat TUDM Sejak Tahun 1991

Berikut kronologi insiden melibatkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.

Nahas pesawat TUDM

22 Okt 1991 - Jurulatih penerbangan terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas di Kepala Batas, Kedah.

27 Feb 1992 - Dua juruterbang terselamat semasa pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki mendarat cemas di Padang Sekolah Menengah Sanglang, Kedah.

11 Julai 1993 - Juruterbang terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas dalam sawah padi Kampung Cemumar, Perlis .

13 Okt 1993 - Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 402 yang mereka naiki terhempas di Kampung Seputeh dekat Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur .

15 April 1996 - Pesawat Aermacchi MB-339 milik TUDM terhempas kira-kira 30 batu nautika dari Pantai Mersing, Johor, berhampiran dengan Pulau Yu. Juruterbang terselamat.

17 April 1996 - Juruterbang pesawat pejuang F-5E terselamat apabila pesawat itu terbakar dan merempuh halangan keselamatan di penghujung landasan Pangkalan Udara Kuantan, Pahang .

18 Jun 1996 - Pesawat Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan dekat Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

23 Julai 1996 - Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan, Labuan. Dua juruterbang terselamat.

3 Sept 1998 - Pesawat MiG-29N yang berpangkalan di Kuantan terhempas di selatan Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, kira-kira 6.4km dari pangkalannya, tetapi juruterbangnya terselamat.

10 Sept 1998 - Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang, kira-kira 200km dari Kota Bharu, Kelantan.

24 Mei 1999 - Pesawat Caribou terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, menyebabkan semua lima orang di dalamnya terbunuh.

2 Okt 2000 -Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.

10 April 2001 - Juruterbang pelatih maut setelah pesawat Pilatus PC-7 yang dikendalikannya terhempas di sawah berhampiran Kampung Kepala Parit, Kedah.

23 Jan 2002 - Pesawat Aermacchi MB-339 terhempas di kawasan hutan Tasik Kenering berhampiran Empangan Air Kala di Gerik, Perak. Dua juruterbang terselamat.

12 Ogos 2003 - Juruterbang pelatih wanita terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-& yang dikendalikannya terhempas di sebuah kebun getah dekat Kampung Lembah Keriang di Sintok, dekat Jitra, Kedah.

18 Dis 2003 - Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

27 Mei 2004 - Juruterbang pelatih terbunuh apabila pesawat latihan Pilatus PC-7 terhempas berhampiran Kampung Padang Gelanggang, Sanglang, Kedah.

9 Nov 2004 - Pesawat MiG-29N terhempas di ladang kelapa sawit Ketengah Perwira, Kemaman, Terengganu. Juruterbang terselamat.

16 Dis 2004 - Juruterbang pelatih dan jurulatihnya terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia, Kepala Batas, Kedah, terhempas.

23 Jun 2005 - Jet pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

11 Mei 2006 - Pesawat latihan Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di kawasan sawah di Kampung Ujung Padang, Kedah. Dua juruterbang terselamat.

4 Mei 2007 - Pesawat Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

11 Sept 2009 - Pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Dua juruterbang terbunuh.

25 Mac 2010 - Juruterbang terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dikendalikannya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.

26 Feb 2016 - Pesawat CN235 mendarat cemas di pesisir pantai Kuala Selangor berikutan kerosakan enjin. Kesemua lapan anak kapal terselamat dengan bantuan nelayan.

17 Mei 2016 - Jurulatih dan pelatih terselamat selepas pesawat latihan Aermacchi MB-339CM terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Serum, Pekan, Pahang.

4 Okt 2016 - Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah. Sebanyak 14 anggota tentera cedera.

21 Dis 2016 - Juruterbang maut manakala tiga lagi cedera apabila pesawat Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

15 Jun 2017 - Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang, setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi.

BACA INI JUGA: MH370: Kehilangan Pesawat Paling Misteri Di Dunia!

sumber: sinarharian

Pesawat Pejuang Hawk 108 Terhempas, Dua Juruterbang TUDM Terkorban!

Pesawat Pejuang Hawk 108 Terhempas, Dua Juruterbang TUDM Terkorban!

Kedua-dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi (15/6/2017) disahkan meninggal dunia.

Hawk 108
Gambar fail.

Mayat kedua-dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, TUDM memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11:30 pagi.

"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.

Juruterbang TUDM Maut

"Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami," katanya dalam sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan.

Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 berasal dari Kuala Lumpur dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, pula dari Negeri Sembilan.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA: 10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

sumber: sinarharian

Apa Sebenarnya Hikmah Disebalik Puasa?

Apa Sebenarnya Hikmah Disebalik Puasa?

Puasa merupakan madrasah akhlak yang besar dalam melatih keperibadian mukmin, melawan hawa nafsu dan tergoda dengan tipu daya syaitan.

Hikmah Puasa

Puasa mengajar erti amanah dan muqarabah kepada Allah SWT sentiasa sama ada dalam sir atau terang-terangan. Begitu juga menguatkan semangat dalam menambahkan lagi kesabaran.

Puasa membawa seorang mukmin mempunyai nizam dan disiplin yang tinggi. Hal ini berdasarkan waktu yang dihadkan untuk makan dan perlakuan ibadah.

Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata, “Puasa adalah tarbiyyah yang berkesan dan suatu jihad mengawal diri dan hawa nafsu serta membiasakan diri dengan bersifat sabra, sama ada sabra melakukan ketaatan atau sabra menjauhi maksiat.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Matlamat Puasa Adalah Takwa Bukan Sekadar Lapar Dan Dahaga

sumber: muftiwp