Thursday, February 09, 2017

Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa


Lindsay Lohan menafikan sambil menjelaskan bahawa dia tidak pernah cuba mencari publisiti apabila dirakam memegang Kitab Al-Qur'an sebelum ini.

Lindsay+Lohan

Sebaliknya, gambar itu diambil tanpa disedari dan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memegang kitab suci umat Islam tersebut.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama sebuah rancangan bual bicara Swar Shoaib di Kuwait, Lindsay Lohan mendedahkan emosinya ketika itu tidak tenteram dan merasa aman apabila memeluk al-Qur'an.

"Saya berada dalam situasi sukar ketika itu, banyak yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya rasa tenang apabila memegang al-Qur'an," jelasnya.

Menjawab pertanyaan hos rancangan itu, Lindsay Lohan mendedahkan dia sudah membaca 15 muka surat terjemahan al-Qur'an, selain turut mendengar bacaan ayat suci al-Qur'an melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbitnya.

Aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu, dia pernah cuba solat dan pernah berpuasa selama tiga hari, pada bulan Ramadhan yang lalu.

"Berpuasa sesuatu yang sukar tapi ia menyeronokkan," tambah Lindsay Lohan lagi.

Sementara itu, dalam status terbaharu yang dimuat naik ke akaun Instagram, Lindsay Lohan memetik hadis riwayat Bukhari tentang berbuat baik.

Status Instagram itu sudah mengumpul lebih 153,500 likes setakat ini.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Ucap 'Alaikum Salam' Dan Mengakui Al-Qur'an Membuka Hatinya

Sumber: aa

1 comment

  1. Saya pun antara follower ig dia... mmg nampak perubahan.. subhanallah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon