Thursday, May 14, 2015

Gambar Terbaru Lindsay Lohan Peluk Al-Qur'an Cetus Sensasi


Lindsay Lohan sekali lagi mencetuskan sensasi apabila dirakam sedang memeluk kitab suci Al-Qur'an ketika sedang berjalan pulang dari menjalani hukuman di pusat khidmat komuniti di Brooklyn, New York.

Lindsay Lohan Peluk Al-Qur'an

Berita mengejutkan itu sekaligus heboh diperkatakan peminat hiburan dan menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya.

Ini bukan kali pertama Lindsay Lohan menunjukkan minat untuk mendalami agama lain selain dari agama yang dianuti.

Aktres berusia 28 tahun ini secara tiba-tiba dilihat cenderung untuk mendalami agama Islam.

Pada Mac lalu, Lindsay juga pernah memuat naik ayat Al-Qur'an berupa doa dalam laman Instagramnya namum memadam gambar tersebut.

Berikutan itu, ramai yang mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.

Apa pun, tidak salah rasanya bagi Lindsay memilih untuk mendalami agama Islam kerana hidayah itu milik Allah SWT kepada insan yang terpilih.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Qur'an Dalam Instagram!

Sumber: Daily Mail

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon