Tuesday, March 03, 2015

Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Qur'an Dalam Instagram!


Kecoh jadinya atmosfera dunia hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik gambar ayat Al-Qur'an dalam laman akaun Instagram miliknya.

Lindsay Lohan

Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia.

Perkongsian ayat Al-Qur'an yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’ dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan.

Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para peminat.

Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.

Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Qur'an tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang.

Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Mynewshub.cc

4 comments

  1. Hidayah Allah itu Maha Luas, tak mustahil juga. Kita anggap yang baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tahu mungkin Lindsay Lohan dapat hidayah kan..

      Delete
  2. Manalah tau terbuka hati dia nanti... aamiin..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon