Friday, June 16, 2017

Penghuni Muslim Jadi Hero Ketika Kebakaran Grenfell Tower London


Penghuni beragama Islam Grenfell Tower di London, yang bangun pada awal pagi untuk bersahur menjadi penyelamat membantu penghuni lain ketika kebakaran di apartmen berkenaan.

Grenfell Tower

Media Britain yang dipetik The Star melaporkan, penghuni beragama Islam kediaman apartmen 24 tingkat itu adalah antara penghuni awal yang menyedari kebakaran berkenaan dan bertindak mengetuk pintu rumah penghuni lain.

Kebakaran yang telah meragut 12 nyawa berlaku ketika penghuni sedang tidur. Tiada amaran bunyi dari penggera kebakaran.

Penghuni apartmen 24 tingkat yang dihuni beberapa Muslim yang bangun untuk bersahur menyedari kebakaran selepas terhidu bau asap.

Khalid Suleman Ahmad, 20 memberitahu HuffPost UK, dia sedang menunggu untuk bersahur melihat kepulan asap dari tingkat bawah ketika memandang keluar dari tingkat lapan kediamannya.

"Saya mengejutkan ibu saudara saya dan kemudian menyarungkan pakaian untuk keluar mengetuk pintu rumah jiran. Semua jiran terjaga kecuali dua buah rumah," katanya.

Menurut Khalid, seluruh koridor gelap dan dipenuhi asap tebal dan pada mulanya menyangka ia tidaklah serius dan hanya mahu memindahkan penghuni lain ke tempat selamat.

Sementara itu, laporan memetik saksi sebagai berkata, penghuni beragama Islam adalah hero dan penyelamat selain anggota bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Andre Barroso,33, memberitahu The Independent, Muslim memainkan peranan besar untuk mengeluarkan penghuni keluar dari bangunan terbakar.

"Kebanyakan orang yang saya lihat adalah Muslim. Mereka turut menyediakan makanan dan pakaian," katanya.

Beberapa masjid dan pusat kebudayaan Islam turut membuka pintu bagi membantu mangsa yang terjejas sementara kumpulan agama yang lain turut terlibat membantu keperluan asas kepada mangsa.

BACA INI JUGA: Israel Terbakar Selepas Larang Azan Di Palestin?

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon