Thursday, June 15, 2017

Pesawat Pejuang Hawk 108 Terhempas, Dua Juruterbang TUDM Terkorban!


Kedua-dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi (15/6/2017) disahkan meninggal dunia.

Hawk 108
Gambar fail.

Mayat kedua-dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, TUDM memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11:30 pagi.

"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.

Juruterbang TUDM Maut

"Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami," katanya dalam sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan.

Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 berasal dari Kuala Lumpur dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, pula dari Negeri Sembilan.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA: 10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon