Friday, June 16, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Jun)


Tanggal 16 Jun merupakan hari ke 167 (hari ke 168 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 198 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Valentina Tereshkova
Valentina Tereshkova.

Hari ini juga merupakan sambutan Bloomsday di Dublin, Ireland dan sambutan Hari Belia di Afrika Selatan.

Jom kita baca peristiwa penting yang telah berlaku hari ini dalam sejarah dunia.

Peristiwa

632 - Selepas satu siri konflik dalaman, raja terakhir Empayar Sasan di Iran, Yazdegerd III menaiki takhta pada usia lapan tahun.

1487 - Angkatan Lancaster menewaskan penyokong York dalam Pertempuran Stoke Field di Nottinghamshire, England, pertempuran terakhir Perang Bunga Ros.

1745 - Perang Raja George: Angkatan tentera penjajah British menawan Kubu Louisbourg Perancis di Pulau Cape Breton selepas enam minggu pengepungan.

1846 - Giovanni Maria Mastai-Ferretti dipilih sebagai Pius IX, memulakan pemerintahan paus yang paling lama selepas Santo Peter.

1963 - Di atas Vostok 6, angkasawan Soviet Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa lepas.

1976 - Aparteid: Polis di Soweto, Afrika Selatan menembak pelajar sekolah yang membantah pemaksaan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantara di sekolah perbandaran, mencetuskan tunjuk perasaan, mogok, rusuhan dan keganasan di seluruh negara.

1999 - Thabo Mbeki dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan.

2009 - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.

2010 - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.

2011 - Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.

2013 - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.

Kelahiran

1874 - Arthur Meighen, Perdana Menteri Kanada Ke-9.

Kematian

2012 - Nayef bin Abdul-Aziz, Putera Mahkota Arab Saudi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Jun)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon