Monday, March 06, 2017

Hargailah Isteri, Mereka Tiada Sesiapa Lagi Selepas Berkahwin Dengan Suami

Hargailah Isteri, Mereka Tiada Sesiapa Lagi Selepas Berkahwin Dengan Suami

Saya setuju dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali 'mati' untuk kita (suami) kerana secara zahirnya apabila mereka melahirkan anak untuk kita, hakikatnya mereka 'sedang mati' untuk kita.

Hargailah+Isteri
Gambar hiasan.

Saya selalu berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yang ada pada perempuan lain.

Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.

Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita.

Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dengan baik.

Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dengan isteri. Mula tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain.

Kenapa ada lagi lelaki yang sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yang kecil?

Kita sebagai suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu.

Sebab itulah saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati.

Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah dan Rasul.

Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan kehendak pasangan.

Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pada pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.

Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah.

Tiada sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah.

BACA INI JUGA: Bila Isteri Ada Tanda Angin Beranak Ini, Tindakan Seterusnya Adalah Sangat Penting

Sumber: ohmymedia

Kleptomania, Keinginan Mencuri Akibat Kecelaruan Mental

Kleptomania, Keinginan Mencuri Akibat Kecelaruan Mental

Apa Itu Kleptomania dan Pengertiannya | Mencuri untuk apa jua alasan tetap salah dan seharusnya dihukum, namun tahukah anda bahawa ada yang mencuri kerana mempunyai gangguan kawalan impuls?

Kleptomania

Mungkin ada antara kita akan berkata begini, “Ah, takkanlah tidak boleh kawal? Alasan sahaja tu, menipu!”

Penghidap penyakit Kleptomania mempunyai simptom ketagihan serta keinginan mencuri yang membuak-buak dan ketidakupayaan untuk membendung diri apabila ‘perasaan’ itu datang.

Benda-benda yang dicuri oleh penderita kleptomania umumnya adalah barang-barang yang tidak berharga, seperti gula, sikat dan sebagainya.

Keinginan untuk mencuri itu terdetik dengan tiba-tiba tatkala seseorang itu melihat sesuatu barangan, meskipun ia mampu dibeli dan bukanlah barangan yang berharga atau diperlukan.

Gejala Kleptomania berbeza dengan jenayah curi yang lain, yang mana jenayah seperti seluk saku atau ‘shoplifting’ kebiasaannya dirancang rapi dan bertujuan untuk keuntungan kewangan.

Kleptomania adalah keinginan untuk mencuri dan bukan sesuatu yang dirancang, tetapi merupakan rangsangan spontan, rasa anxiety, rasa adrenaline rush.

Keinginan itu begitu kuat dan akan menguasai diri kerana seseorang dia tidak berdaya melawan walau tahu mencuri itu salah.

Apabila dia berjaya mencuri, dia akan merasa lega dan puas tetapi kemudiannya akan rasa bersalah dan tidak selesa dengan apa yang telah dilakukannya.

Perasaan itu akan terus bermain-main di minda hinggakan ia mengganggu kehidupan sehariannya.

Kebiasaannya, Kleptomania bermula dari zaman kanak-kanak lagi dan wanita lebih cenderung menderita gangguan psikologi itu.

Kajian Universiti Stanford misalnya mendapati di Amerika Syarikat, lebih sejuta orang dipercayai penderita Kleptomania, yang mana kira-kira 60 peratus daripadanya adalah wanita.

Kesedaran yang rendah mengenai Kleptomania dan diagnos tidak dilakukan, malah kes sebegini tidak dilaporkan, menyebabkan tidak mustahil jumlah penderitanya termasuklah di Malaysia adalah tinggi.

Takut Untuk Mengakui

Penderita Kleptomania memerlukan dorongan dan sokongan yang berterusan dari orang sekeliling terutamanya keluarga terdekat dan sahabat handai.

Sekiranya ada kanak-kanak yang mencuri, ramai yang menganggap mereka nakal sedangkan ini adalah masalah kecelaruan psikologikal, bukannya masalah nakal, bukannya masalah perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Maka, orang yang terdekat kena peka dan faham, jangan terus menghukum apabila mereka mengakui. Cuba dapatkan bantuan seperti kaunseling atau berjumpa dengan pakar psikologi klinikal.

Tidak seperti gangguan psikologi lain seperti kemurungan dan Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD), penderita Kleptomania malu dan takut untuk meminta bantuan kerana risau akan penerimaan dan stigma negatif masyarakat, selain terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.

Kalau dia mengaku, orang sekeliling mungkin tidak akan faham dan akan menghukum atau menghina perbuatannya, malah tingkahlaku mencuri itu sendiri mempunyai kesan perundangan, mungkin akan ada yang melaporkannya ke pengetahuan pihak berkuasa.

Bila difikirkan kesannya, dia jadi takut dan tentunya tidak akan sesekali mengaku atau cuba mendapatkan rawatan berbanding dengan orang yang ada OCD atau kemurungan.

Apabila penderita Kleptomania tertangkap, proses yang terlibat ialah proses perundangan, bukannya proses perubatan psikologikal. Maka dia akan dijatuhkan hukuman sama seperti pencuri yang lain.

Orang lain mungkin tidak sedar termasuklah mereka yang di dalam sistem perundangan mungkin tidak sensitif mengenai kecelaruan psikologikal ini.

Bagi mereka, mencuri adalah mencuri sedangkan yang ditangkap itu sepatutnya diberikan rawatan, bukannya hukuman.

Mereka yang mendakwa mengalami kecelaruan psikologi seperti Kleptomania seharusnya dirujuk terlebih dahulu kepada pakar psikologi klinikal supaya boleh didiagnos, sama ada dakwaan itu benar atau tidak seterusnya mencari cara supaya dapat diatasi dan seterusnya dirawat.

Sewajarnya ada ahli psikologi dilibatkan dalam kes begini kalau pencurian itu kerap sangat dilakukan atau pun pertama kali tetapi mereka tahu tabiat itu salah namun buat juga kerana tidak dapat mengawal diri, sepatutnya mereka dirujuk kepada pakar.

Ia juga bagi memastikan pesalah tidak menjadikan Kleptomania sebagai alasan untuk melepaskan diri dari kesalahan. Kleptomania hanya boleh disahkan oleh pakar sahaja.

Kenapa Kleptomania Berlaku?

Sehingga kini punca dan penyebab penyakit Kleptomania tidak diketahui secara jelas, namun terdapat beberapa teori termasuklah ketidakseimbangan hormon otak (neurotransmitter) dalam sistem saraf.

Satu daripada hormon yang dikenalpasti adalah Serotonin. Kekurangan Serotonin dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak dapat dikawal termasuklah Kleptomania.

Sistem saraf individu yang ketagih juga akan mengeluarkan sejenis bahan bio chemistry yang menyebabkan seseorang itu berasa seronok dan seperti di awan-awangan apabila berjaya mencuri.

Kebiasaannya individu yang didiagnos dengan Kleptomania juga berkemungkinan mempunyai masalah psikologi yang lain seperti kemurungan dan OCD.

Tidak diketahui yang mana datang dahulu, datang serentak atau berturut tidak pasti. Teori tentang Kleptomania memang ada tetapi punca sebenarnya tidak tuntas.

Jika tidak dirawat dari awal, penderita kleptomania mungkin akan terus mencuri untuk seumur hidup, kerana Kleptomania adalah gangguan psikologi yang sukar untuk sembuh.

Kalau punca sebenar adalah masalah sistem sarafnya, maka selagi masalah itu tidak dibetulkan, maka selagi itulah dia akan mencuri, tetapi kalau Kleptomania berpunca dari kecelaruan psikologi yang lain dan kecelaruan itu dapat diubati, mungkin pada masa sama simptom Kleptomania itu pun dapat dikurangkan.

Meskipun tiada rawatan jelas bagi Kleptomania yang boleh menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini, rawatan terapi dan ubat-ubatan bagi memperlahankan seterusnya melawan ‘panggilan’ gangguan psikologi boleh dilakukan.

Management of symptom seperti rawatan terapi yang mana antaranya penderita akan dilatih untuk mengendalikan dan mengurangkan rasa ‘anxiety’ supaya ia tidak akan mendorong kepada mencuri, bila dapat latih rasa ‘anxiety’ itu, dia akan dapat mengawal tingkah lakunya.

Ubat-ubatan bagi menambah bilangan Serotonin dalam sistem saraf juga mungkin akan diberi kepada penghidap Kleptomania, namun ini semua hanya kawalan dan tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Kematangan fizikal dan emosi juga dapat mempengaruhi pesakit Kleptomania untuk berubah sekiranya dia mendapat rawatan sejak awal, selain sokongan sosial yang tidak putus dari orang sekeliling.

BACA INI JUGA: Ketakutan Yang Pelik, Jenis Dan Kategori Fobia

Sumber: mynewshub

4 Simptom Suami Curang

4 Simptom Suami Curang

Dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan bernama suami yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Curang

Menurut pakar, terdapat empat simptom tanda-tanda suami anda curang.

1. Telefon Pintar

Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada 'sesuatu' di situ.

2. Overtime

Kedua, apabila suami sentiasa mengatakan 'overtime' di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.

3. Aktiviti Luar

Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik.

4. Kad Kredit

Satu simptom yang ketara juga adalah apabila suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri.

Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami, menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.

Kesimpulan

Bagaimanapun, apa yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya.

Berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi.

Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.

Contohnya seperti kes 'kahwin paksa' dan juga isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami antara sebab utama kes ini terjadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Ritual Pelik Ayam Belanda Berarak Keliling Bangkai Kucing!

Ritual Pelik Ayam Belanda Berarak Keliling Bangkai Kucing!

Satu kejadian yang dianggap ritual paling pelik telah berlaku di Randolph, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 2 Mac lalu, apabila video sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing viral menerusi laman mikro Twitter.

Ritual Pelik Ayam Belanda

Rakaman ritual pelik berdurasi 24 saat oleh sekumpulan ayam belanda yang berarak membentuk satu bulatan itu dikongsi oleh Jonathan Davis melalui akaun Twitternya @TheReal_JDavis.

Dengan kapsyen “Kumpulan ayam belanda cuba memberikan kucing ini nyawa ke sepuluh”, Davis berkata, ritual pelik yang disaksikannya itu bukanlah sesuatu yang dapat dilihat setiap hari.

Menurut Debra Kriensky, seorang pakar biologi di New York City Audobon, “Perbuatan berarak dalam bulatan bukanlah tingkah laku pelik bagi kawanan ayam Belanda itu apabila tiba musim mengawan.

“Jantan biasanya mengelilingi ayam betina untuk mengawan tetapi ia sesuatu yang pelik apabila melihat haiwan ini mengelilingi benda lain sebagai contoh, kucing mati,” lapor laman Mirror memetik New York Post.

Sementara itu, ahli biologi daripada Universiti California, Alan Krakauer, memberitahu laman The Verge bahawa haiwan tersebut sedang melakukan ‘pemeriksaan pemangsa’ dalam versi yang pelik.

Menurutnya lagi, dia pernah menyaksikan sekumpulan ayam belanda melakukan perkara yang sama pada seekor koyote iaitu sejenis haiwan dalam kumpulan serigala.

Walau bagaimanapun, kucing bukanlah dikategorikan sebagai haiwan yang ganas oleh haiwan tersebut.

“Mungkin ayam-ayam belanda itu menunggu untuk melihat kucing itu bangun?” tambah Krakauer berjenaka.

Menurut pakar ayam belanda dari Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan California, Scott Gardner kepada laman The Verge, tingkah laku aneh dan pelik haiwan itu adalah kerana mereka terikut-ikut antara satu sama lain.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

Sumber: mynewshub

Sunday, March 05, 2017

Misteri Roh Rumah Agam Rocky Hill Castle

Misteri Roh Rumah Agam Rocky Hill Castle

Sekitar tahun 1820, James Edmonds Saunders yang merupakan seorang peladang dan berasal dari Georgia bersama isterinya berhijrah ke Alabama, Amerika Syarikat.

Rocky Hill Castle Mystery

Selepas bertahun-tahun berusaha, akhirnya James Saunders mewarisi sebuah kawasan ladang yang keluasannya lebih 600 ekar.

Namanya juga mula dikenali sebagai seorang yang berpengaruh di kawasan itu.

James Saunders mengimpikan sebuah rumah agam yang gah sebagai kediaman keluarga.

Pada tahun 1858, James Saunders memulakan kerja-kerja pembinaan rumahnya yang terletak di atas sebuah bukit di kawasan ladangnya.

Pembinaan rumah itu menggabungkan seni bina Itali dan Yunani dengan ukiran bahagian dalam rumah menggunakan teknik paling moden ketika itu.

Dibelakang rumah pula dibina sebuah menara kecil berbentuk oktagon dan sebuah jambatan batu yang menghubungkan menara itu dengan rumah agam.

Dikatakan bahawa menara itu adalah rumah untuk hamba abdi. Disebut juga, bila James Saunders berdiri diatas menara itu, dia akan menjerit kepada pekerjanya untuk memberi arahan.

Dari atas menara itu juga, James Saunders akan meninjau kawasan ladangnya. Pada waktu itu, rumah agam yang digelar Rocky Hill Castle ini merupakan antara rumah mewah.

Malangnya, lambang kemewahan ini tidaklah seiring dengan kisah misteri disebaliknya. Rocky Hill Castle disebut sebagai salah satu kawasan berhantu paling popular di Alabama.

Namun, tidak diketahui dengan pasti siapa arkitek yang telah membina rumah ini.

Cerita yang disampaikan sejak dahulu mengatakan bahawa rumah agam ini direka oleh seorang arkitek berbangsa Perancis.

Setelah selesai pembinaannya, James Saunders dikatakan enggan membayar arkitek tersebut. Tidak lama selepas arkitek itu meninggal dunia, rumah agam ini mula diganggu entiti misteri.

Pelbagai bunyi pelik sering kedengaran terutamanya dari tingkat bawah tanah. Kononnya, roh arkitek itu tidak tenang dan datang untuk mengganggu ketenteraman keluarga James Saunders.

Apabila perang Amerika meletus pada tahun 1861, rumah ini turut dijadikan sebagai hospital sementara untuk merawat tentera yang tercedera.

Malah, tentera yang mati turut dikebumikan di kawasan rumah agam ini. Kerana itulah tidak hairan ramai yang mengatakan pernah melihat hantu tentera berkeliaran di situ.

Selain itu, hantu Lady in Blue turut dikatakan berkeliaran di rumah ini dengan bayangan wanita serba biru sering muncul di kawasan tangga atau bilik bawah tanah.

Roh Lady in Blue ini dikatakan roh misteri seorang wanita yang sedang mencari kekasihnya yang hilang.

***

Sejak Rocky Hill Castle dibiarkan kosong tidak berpenghuni, rumah agam ini sering menjadi tumpuan penggemar aktiviti paranormal.

Selepas James Saunders meninggal dunia pada tahun 1896, Rocky Hill Castle diwarisi oleh keturunannya dengan pewaris terakhir adalah cucunya, Dr. Dudley Saunders.

Tidak lama selepas Dr. Dudley tinggal di rumah agam itu, gangguan misteri bermula.

Menurut penduduk di situ, Dr. Dudley meninggalkan rumah itu pada tahun 1920an kerana tidak tahan dengan gangguan misteri.

Menurut cerita, isteri Dr. Dudley yang sangat tertekan pernah bertindak berani dengan bertanya ketika seorang diri di rumah tersebut, "Bersuaralah jika ada roh di sini!"

Tidak lama selepas berkata begitu, kedengaran satu suara halus di tepi telinganya menjawab, "Puan, saya ada di sini!"

Selepas kejadian itu, mereka tidak menunggu lama, mengemas barang-barang dan berpindah keluar.

Sejak itu, Rocky Hill Castle terbiar namun roh-roh yang tidak tenang dikatakan terus menghantui rumah agam tersebut.

Penduduk yang pernah tinggal di dalam kabin berdekatan rumah agam itu pernah menyatakan bahawa mereka sering terdengar bunyi pelik dari rumah tersebut, termasuklah bunyi piano.

***

Pada tahun 1935, seorang jurugambar bernama Alex Bush telah datang ke Rocky Hill Castle yang sudah lama tidak berpenghuni.

Dia merakam gambar-gambar dibahagian luar dan dalam serta disekitar rumah agam tersebut.

Tujuannya, rumah agam itu akan dikelaskan sebagai salah satu binaan bersejarah untuk Historic American Building Survey.

Apa yang mengejutkan, dalam banyak-banyak gambar yang dirakam, salah satu gambar berjaya merakam penampakan entiti misteri seorang lelaki yang memakai baju berkolar.

Gambar entiti misteri itu jelas kelihatan dibahagian kanan pada ruangan pintu di dalam rumah tersebut.

***

Ditelan arus masa, kemewahan dan kegemilangan Rocky Hill Castle mula tenggelam.

Setelah berpuluh tahun dibiarkan kosong, akhirnya pada tahun 1961, rumah agam ini dirobohkan oleh pemilik baru yang telah membeli kawasan tersebut.

Selepas itu, berkuburlah kisah hantu arkitek, hantu tentera, hantu hamba abdi dan hantu Lady ini Blue yang menghantui rumah agam itu sejak lama dahulu.

Namun, sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya, siapa bayangan lelaki yang muncul di dalam gambar tersebut?

Adakah dia arkitek yang membina rumah tersebut atau mungkin roh James Edmonds Saunders?

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

-SENTIASAPANAS.COM

4 Mitos Dan Fakta Cinta Sejati

4 Mitos Dan Fakta Cinta Sejati

Sebaik dilamun cinta, ramai yang percaya mereka telah berjumpa dengan cinta yang sejati. Mereka percaya, sekali mereka jatuh cinta, semua dilema dan masalah yang akan timbul dalam hubungan berkenaan akan hilang dan pudar dengan sendiri.

Mitos Cinta

Padahal, semua kebimbangan dan tekanan yang bakal dihadapi di dunia nyata akan memenuhi ruang lingkup pasangan berkenaan kerana sebenarnya semua masalah tidak akan hilang sebaik sahaja pasangan jatuh cinta.

Mereka masih perlu berfikir mengenai tanggungjawab masing-masing, kerja dan meluangkan masa dengan anak-anak.

Asalkan anda mengetahui realiti kebenaran mengenai mitos cinta yang sejati, anda perlu mengambil masa untuk mengenali siapakah sebearnya pasangan anda, menjadi sahabat karibnya dan jangan sesekali berhenti bekerjasama sebagai sebuah pasukan dalam rumah tangga.

Sebagai pasangan adalah penting untuk mengetahui yang mana adalah cinta sebenar dan yang mana adalah cinta yang hanya memberikan anda kesudahan yang dangkal pada penghujung usia cinta anda.

Carilah insan yang menghormati anda kerana dengan hanya menghormati anda, dia akan merasakan cinta itu sedalam-dalamnya.

Mitos 1: Bersedia lakukan apa sahaja

"Jika awak mencintai saya, awak perlu lakukan sesuatu untuk saya atau jika anda sayang saya awak perlu..." ini adalah satu persoalan yang klise semata-mata untuk membuktikan cinta anda kepadanya.

Kata-kata ini seumpama perangkap maut kepada hubungan anda.

Cinta yang sejati bukannya mengharapkan kepada balasan atau bukti, secara hakikinya ia adalah satu noktah kejujuran bagi perhubungan yang tidak memerlukan ia dibina berdasarkan permintaan untuk membuktikan cinta anda.

Sekiranya diminta untuk membuktikan sesuatu demi cinta, anda seolah-olah dimanipulasi dalam hubungan berkenaan, demi kepentingan orang lain.

Jangan letakkan pagar di dalam hubungan untuk memastikan si dia mencintai anda kerana cinta memerlukan kejujuran.

Mitos 2: Cinta tidak perlukan kawalan

Apabila orang percaya dia sudah jatuh cinta, mereka automatik percaya apabila sebarang masalah berlaku ia pastinya akan pudar perlahan-lahan sebaik sahaja perasaan cinta sudah mula menguasai. Ini sebenarnya adalah mitos.

Dengan hanya satu perkataan, saya cintakan awak, tidak membuatkan masalah hilang dari dalam diri anda semudahnya apatah lagi sekiranya anda mengalami kongkongan daripada pasangan.

Mitos 3: Cinta sudah mencukupi

Sudah semestinya cinta adalah satu komponen yang terpenting dalam hubungan. Tapi sebenarnya untuk menjalinkan hubungan, pasangan itu perlu memasukkan rasa hormat, nilai-nilai murni, setia kawan, berkomunikasi dan kerjasama yang memerlukan umbangan terbesar dalam setiap masa.

Biarpun anda menyayangi pasangan anda namun dengan tiadanya nilai-nilai yang disebutkan tadi, hubungan anda tidak akan ke mana.

Mitos 4: Setakat cukup beri komitmen

Tidak cukup dengan hanya memberi komitmen dalam hubungan cinta sahaja kepada pasangan. Apa yang penting ialah sejauh mana berakhirnya hubungan berkenaan apda masa depan.

Ramai yang percaya sebaik mereka berpasangan dan melafazskan ikrar cinta hubungan ini perlu dibaja dan disemai selalu agar sentiasa mekar berbunga atau tidak hubungan akan cepat bosan dan layu.

Itu sebab sebelum cinta semakin pudar, tindakan-tindakan untuk membajai cinta perlu selalu dilakukan agar tidak terasa tawar dan akhirnya bosan.

BACA INI JUGA: Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara

Sumber: utusan

Anai-anai Sangat Aktif Apabila Mendengar Muzik Rancak!

Anai-anai Sangat Aktif Apabila Mendengar Muzik Rancak!

Tahukah anda dalam satu kajian yang dilakukan di Eropah, anai-anai dikatakan mampu bertindak balas dengan irama muzik.

Anai-anai

Apabila muzik rancak dipasang pada sekumpulan anai-anai yang sedang memakan kayu, didapati anai-anai itu menjadi aktif dan agresif memakan kayu.

Bagaimanapun, anai-anai itu didapati lambat memusnahkan kayu yang diberikan apabila suasana di sekeliling mereka sunyi.

Penyelidik mengandaikan kemusnahan akibat anai-anai akan berlaku lebih cepat jika anai-anai terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.

Bagaimanapun, sehingga kini saintis masih belum tahu apakah faktor yang menyebabkan anai-anai menjadi begitu.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Hindari Semut Masuk Ke Dalam Rumah

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 04, 2017

Dubai Bina Dynamic Tower Hotel, Bangunan Berputar Pertama Di Dunia

Dubai Bina Dynamic Tower Hotel, Bangunan Berputar Pertama Di Dunia

Bandar Dubai adalah 'rumah' kepada banyak penciptaan ajaib manusia, daripada pulau buatan manusia terbesar dunia, sehinggalah bangunan tertinggi di dunia, semuanya ada di bandar kosmopolitan itu.

Dynamic Tower Hotel

Memetik laporan CNN, dan terbaharu bandar Dubai merancang untuk membina bangunan pencakar langit yang boleh berputar.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Dynamic Tower Hotel akan menjadi pencakar langit berputar pertama di dunia apabila siap kelak, yang mana ia akan memberi penghuninya pemandangan 360 darjah.

Dijadualkan siap pada 2020, Dynamic Tower Hotel adalah ilham arkitek David Fisher daripada Dinamik Architecture.

Menurut Fisher beliau mendapat idea untuk membina pencakar langit berkenaan selepas merenung keluar dari menara Olympik di New York, dan melihat keadaan sekitar.

Bangunan itu yang akan dibina setinggi 80 aras dan berketinggian 420 meter itu akan mempunyai lantai yang boleh berputar dalam kedua-dua arah.

Penghuninya boleh memprogramkan pangsapuri mereka untuk bergerak seiring dengan matahari, supaya mereka boleh mendapatkan cahaya matahari sepanjang hari.

Mereka juga boleh menggunakan kawalan suara untuk menyesuaikan kelajuan atau menghentikan putarannya.

Bangunan pencakar langit itu, dikatakan menggunakan kuasa sendiri, menampilkan 79 turbin angin mendatar antara lantai, serta panel solar yang dipasang pada bumbung.

Unit-unit pangsapuri boleh dibeli pada harga antara AS$4 juta (RM17.8 juta) sehingga AS$40 juta (RM178 juta).

BACA INI JUGA: Bandar Hantu St. Kilda, Pulau Terpencil Yang Dilupakan Dunia

Sumber: sh

5 Petanda Anda Kurang Rehat Dan Panduan Mengatasinya

5 Petanda Anda Kurang Rehat Dan Panduan Mengatasinya

Anda mungkin berfikir bahawa hidup ini hanya untuk bekerja siang dan malam demi wang namun di sebalik kesibukan bekerja, tubuh kita sebenarnya ada memberikan beberapa petanda bahawa tubuh kita kepenatan dan memerlukan rehat.

Rehat

Biar sesibuk mana pun, hakikatnya anda perlu mempunyai kehidupan yang seimbang dari segi kesihatan dan kecantikan diri buat kaum wanita.

Bagi anda yang sangat sibuk tapi memerlukan waktu rehat, ada caranya. Jom, semak!

Jangan pernah terlepas waktu makan

Mulakan dengan mengatur jadual makan yang sihat. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa anda terlalu sibuk dengan beberapa hal, namun usahakan untuk tetap makan pada waktu yang sepatutnya.

Hal ini dapat membantu mengoptimumkan otak dan juga membuat anda tidak mudah letih kerana bekerja seharian.

Minum banyak air kosong

Jangan lupa untuk minum air kosong di antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Air putih boleh menghilangkan dan meneutralkan racun dan kotoran lain yang dapat menyebabkan risiko penyakit.

Bersihkan kawasan atau meja kerja anda

Jangan bergantung pada perkhidmatan kebersihan untuk membersihkan kawasan atau meja tempat kerja anda.

Sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, bersihkan komputer kerja anda, meja kerja, telefon dan bahkan tetikus anda.

Hal ini memang kelihatan remeh,namun terbukti mampu menghilangkan kuman dan bakteria yang mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Bergerak walaupun sedikit

Kedudukan duduk dalam waktu yang lama tentunya boleh mencetuskan sakit belakang pada tubuh anda.

Ketika anda sibuk dalam menyelesaikan pekerjaan, jangan lupa untuk berehat sebentar. Bergerak ringan dan rehat sebentar boleh menghilangkan tekanan dan tentunya juga membuat badan anda tidak merasa sakit.

Aromaterapi

Lepaskan semua bebanan anda dengan melakukan aktiviti yang kamu suka sambil ditemani oleh aromaterapi.

Essential oil yang digunakan dalam aromaterapi dapat membantu mengurangkan kemurungan. Aromaterapi dapat membuat anda relaks dan ini adalah cara yang bagus untuk memanjakan diri anda.

Dark Chocolate

Selain rasanya yang enak, dark chocolate juga boleh membuatkan anda relaks. Semakin banyak dark coklat anda makan bermakna semakin tinggi kandungan ‘cacao’ di dalamnya.

‘Cocoa’ mengandungi serotonin yang meningkatkan pengeluaran endorphin, inilah anti-depressant natural yang membuatkan mood anda sentiasa baik dan tenang.

DVD Marathon

Menonton filem adalah cara berkesan untuk memanjakan diri di hujung minggu.

Jika biasanya anda hanya menonton filem cinta yang membuatkan anda berasa sedih, sekali sekala cubalah untuk menonton filem komedi.

Suntikan humor adalah cara paling bagus untuk membuat mood harian dan kesihatan anda selalu baik.

Membaca Buku

Bagi anda yang gemar membaca dan jarang mempunyai masa lapang untuk membaca, inilah saat yang tepat untuk memanjakan diri dengan bacaan yang anda suka.

Pilih buku daripada penulis kegemaran anda, cari ruang yang nyaman di rumah anda dan buatkan secawan teh, tentu akan menjadi idea bagus untuk menemani waktu rehat anda.

Memasak

Inilah waktunya untuk bereksperimen dengan buku-buku resipi yang belum sempat anda cuba selama ini.

Bagi anda yang sangat gemar dalam bidang memasak, tentu anda tidak sabar rasanya untuk memasak. Anda juga boleh menjemput sahabat handai untuk memasak bersama di dapur sambil berbual.

Berendam

Tak ada yang baik selain air hangat jika berbicara tentang merehatkan diri tatkala penat bekerja. Air hangat dapat membuat otot anda yang tegang menjadi relaks dan fikiran menjadi tenang.

Bagi yang memiliki bath tub, anda boleh berendam dengan air hangat dan campurkan sedikit minyak essential untuk membuatkan kulit anda lembut dan lembap.

Bagi yang tidak memiliki bath tub, anda tetap boleh mandi menggunakan air hangat dan cubalah untuk menggunakan sabun yang mempunyai haruman yang menyegarkan seperti lavender.

Manicure atau pedicure

Sebahagian besar kaum hawa yang berkerjaya tidak ada masa untuk menjaga kecantikan mereka akibat terlalu sibuk bekerja.

Cubalah untuk mencari masa yang sesuia untuk anda melakukan manicure atau pedicure atau anda boleh menempah pakej manicure atau pedicure di rumah.

Muzik kegemaran

Mainkan muzik kegemaran anda atau lagu penyanyi kegemaran anda yang mampu membuatkan anda tenang. Ini dapat membuatkan anda berasa relaks dan kekal dalam mood yang baik.

Bershopping

Mungkin ini adalah salah satu ubat untuk kaun hawa bagi merehatkan diri. Anda boleh bershopping ataupun window shopping untuk menghilangkan penat bekerja sehari hari di pejabat.

Tambahan pula, anda boleh melakukan online shopping dengan hanya melayari internet. Mungkin ini dapat membantu anda merehatkan diri.

Aktiviti riadah dan bersenam

Selain itu, anda boleh membuat aktiviti riadah atau bersenam di hujung minggu. Di samping dapat merehatkan diri anda juga boleh menyihatkan badan dengan aktiviti sebegini.

5 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Perlu Bercuti & Lupakan Soal Kerja!

Membuat Kesalahan-Kesalahan Kecil

Adakah anda sering membuat kesalahan-kesalahan kecil yang sebenarnya sangat remeh? Misalnya anda berulang kali salah taip dan melakukan typo.

Atau anda sering tersalah menghantar email. Ketika anda bekerja terlalu sibuk, otak anda akan letih dan semakin sukar untuk mengawal hal-hal lain.

Merasa bosan sepanjang hari

Adakah anda merasa bahawa anda sudah cukup rehat tetapi tetap merasa letih sepanjang hari? Rasa letih itu disebabkan bukan hanya kurang tidur tapi beban kerja dan stres.

Ketika anda merasa tidak mempunyai tenaga sepanjang hari, itu tandanya anda perlu ambil masa cuti dan berehat.

Mudah tersinggung

Pernahkah anda merasa begitu mudah tersinggung hanya kerana satu tindakan bodoh atau remeh dari rakan kerja anda?

Jika anda sering mendapatkan mood yang buruk hanya kerana usikan dan gurauan rakan kerja anda, itulah tanda anda harus mengambil rehat sejenak.

Kalau dibiarkan saja, anda akan menjadi orang yang semakin mudah stress dan bekerja pun tidak proaktif.

Kehilangan motivasi dan cita-cita

Ketika anda merasa bahagia dan bermotivasi, anda akan bekerja dengan giat. Tetapi ketika motivasi dan cita-cita itu hilang, ia adalah masa anda untuk mencari motivasi yang baru dalam hidup anda.

Luangkan waktu sejenak, pergilah ke tempat yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini, dan cuba untuk melihat kembali hidup anda dan impian-impian besar anda.

Mudah hilang fokus

Pernahkan anda menatap skrin komputer dan tulisan kelihatan kabur? Atau mungkin anda menghabiskan sebahagian waktu kerja anda untuk melakukan hal-hal yang tak bermanfaat?

Itu boleh menjadi tanda bahawa anda sudah kehilangan fokus. Dan untuk mengembalikan kemampuan anda untuk fokus, lakukan ulang kaji otak dan fikiran anda.

Bekerja setiap hari memang baik dan boleh membuat anda untuk tetap produktif. Tapi jangan lupa untuk mengambil masa rehat dan bercuti supaya hidup akan terasa lebih ringan dan seimbang.

BACA INI JUGA: Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser?

Sumber: wom

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Renungan Mata

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Renungan Mata

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia dan sangat menarik untuk diketahui tentang personaliti seseorang itu melalui matanya.

Adakalanya kita mampu menafsir sebahagian watak seseorang itu hanya dengan melihat mata kerana personaliti dalaman biasanya terpancar melalui mata.

1. Mata Jarang Berkedip

Mata Jarang Berkedip

Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat.

Orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Renungan Mata Yang Tajam

Renungan Mata Yang Tajam

Jika renungan matanya tajam seperti renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Pemikirannya juga tajam dengan syarat matanya kurang berkedip.

Dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3. Renungan Mata Seolah Merenung Masa Hadapan

Renungan Mata Seolah Merenung Masa Hadapan

Jika renungan matanya tidak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak dengan syarat jangan banyak berkedip.

Nak tahu mata jenis ini, lihat mata Tun Mahathir.

4. Mata sering berkedip

Mata sering berkedip

Apabila mata sering berkedip seolah-olah ada habuk dalam mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang bijak serta mudah ditipu.

5. Renungan mata yang lemah

Renungan mata yang lemah

Mata dengan renungan yang lemah menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam erti kata lain dia hanya berpotensi menjadi watak tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindi.

6. Mata Kecil, Tajam Dan Tidak Berkedip

Mata Kecil, Tajam Dan Tidak Berkedip

Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip dan jika renungannya bercahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi menjadi pakar.

7. Mata Besar Macam Lembu

Mata Besar Macam Lembu

Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tidak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.

8. Renungan Mata Berkeliaran

Renungan Mata Berkeliaran

Jika mata seseorang berkeliaran biji mata hitamnya, orang ini kaki belit, suka menipu serta tidak bijak dan sukar dipercayai.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Semua gambar juga adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Dan Tanda-tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

Sumber: 1001rahsiadiri

Friday, March 03, 2017

Cassie De Pecol Wanita Pertama Lawat Semua Negara Di Dunia!

Cassie De Pecol Wanita Pertama Lawat Semua Negara Di Dunia!

Seorang wanita berusia 27 tahun, Cassie De Pecol, dari Amerika Syarikat menjadi wanita pertama mengembara ke semua negara di dunia iaitu 196 destinasi dalam masa 18 bulan.

Cassie De Pecol

Cassie De Pecol telah mengembara di kesemua 196 negara termasuk Taiwan, Kosovo dan Palestin sejak memulakan ekspedisi pada Julai 2015.

Kejayaan Cassie De Pecol itu akan disenaraikan dalam Guinness World Record selepas dia menamatkan pengembaraan di negara terakhir, Yaman.

Menurut Cassie, pengembaraan tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak $198,000 (RM880,902) dan melibatkan 280 penerbangan.

Walaupun berjaya mengembara ke tempat-tempat luar biasa di seluruh dunia, Cassie mengakui ia bukan satu ekspedisi yang mudah.

"Walaupun apa yang anda mungkin berfikir, ekspedisi ini bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Cassie De Pecol Map
Peta perjalanan Cassie.

Cassie bertindak sebagai duta keamanan bagi Institut Keamanan Antarabangsa Melalui Pelancongan dan Skal Antarabangsa semasa pengembaraannya itu.

Kerja-kerja Cassie melibatkan pertemuan dengan pelajar pelancongan di universiti bagi membincangkan tanggungjawab pelancongan dan ekonomi.

Di samping itu, Cassie turut bekerja dengan Adventurers and Scientists for Conservation untuk mengumpul sampel air untuk menguji kehadiran micro plastik.

"Orang di dunia sebenar daripada semua lapisan masyarakat di setiap negara di setiap warna setiap agama dan kewarganegaraan sangat baik kepada saya," tulisnya di Facebook selepas menamatkan pengembaraan.

Cassie De Pecol

Cassie berkata, sejak di bangku sekolah lagi dia mempunyai keiginan untuk melawat setiap negara di dunia kerana tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya, habitat semula jadi dan agama.

"Melangkah ke setiap negara bagi saya adalah usaha peribadi bagi mengetahui mengenai dunia kita, keluar dari zon selesa dan menjadi selesa dalam keadaan yang tidak diketahui," katanya dipetik Mirror.uk.

Secara purata, Cassie akan menghabiskan dua hingga lima hari di setiap negara.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Rakyat Paling Pemalas Di Dunia

Sumber: sh