Monday, March 06, 2017

Ritual Pelik Ayam Belanda Berarak Keliling Bangkai Kucing!


Satu kejadian yang dianggap ritual paling pelik telah berlaku di Randolph, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 2 Mac lalu, apabila video sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing viral menerusi laman mikro Twitter.

Ritual Pelik Ayam Belanda

Rakaman ritual pelik berdurasi 24 saat oleh sekumpulan ayam belanda yang berarak membentuk satu bulatan itu dikongsi oleh Jonathan Davis melalui akaun Twitternya @TheReal_JDavis.

Dengan kapsyen “Kumpulan ayam belanda cuba memberikan kucing ini nyawa ke sepuluh”, Davis berkata, ritual pelik yang disaksikannya itu bukanlah sesuatu yang dapat dilihat setiap hari.

Menurut Debra Kriensky, seorang pakar biologi di New York City Audobon, “Perbuatan berarak dalam bulatan bukanlah tingkah laku pelik bagi kawanan ayam Belanda itu apabila tiba musim mengawan.

“Jantan biasanya mengelilingi ayam betina untuk mengawan tetapi ia sesuatu yang pelik apabila melihat haiwan ini mengelilingi benda lain sebagai contoh, kucing mati,” lapor laman Mirror memetik New York Post.

Sementara itu, ahli biologi daripada Universiti California, Alan Krakauer, memberitahu laman The Verge bahawa haiwan tersebut sedang melakukan ‘pemeriksaan pemangsa’ dalam versi yang pelik.

Menurutnya lagi, dia pernah menyaksikan sekumpulan ayam belanda melakukan perkara yang sama pada seekor koyote iaitu sejenis haiwan dalam kumpulan serigala.

Walau bagaimanapun, kucing bukanlah dikategorikan sebagai haiwan yang ganas oleh haiwan tersebut.

“Mungkin ayam-ayam belanda itu menunggu untuk melihat kucing itu bangun?” tambah Krakauer berjenaka.

Menurut pakar ayam belanda dari Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan California, Scott Gardner kepada laman The Verge, tingkah laku aneh dan pelik haiwan itu adalah kerana mereka terikut-ikut antara satu sama lain.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

Sumber: mynewshub

1 comment

  1. Memang viral betul video ni kat twitter. Nampak macam pelik dan seram pula.. macam memuja kucing.

    Tapi mungkin ayam2 belanda tu bersimpati dekat kucing tu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon