Saturday, March 04, 2017

Dubai Bina Dynamic Tower Hotel, Bangunan Berputar Pertama Di Dunia


Bandar Dubai adalah 'rumah' kepada banyak penciptaan ajaib manusia, daripada pulau buatan manusia terbesar dunia, sehinggalah bangunan tertinggi di dunia, semuanya ada di bandar kosmopolitan itu.

Dynamic Tower Hotel

Memetik laporan CNN, dan terbaharu bandar Dubai merancang untuk membina bangunan pencakar langit yang boleh berputar.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Dynamic Tower Hotel akan menjadi pencakar langit berputar pertama di dunia apabila siap kelak, yang mana ia akan memberi penghuninya pemandangan 360 darjah.

Dijadualkan siap pada 2020, Dynamic Tower Hotel adalah ilham arkitek David Fisher daripada Dinamik Architecture.

Menurut Fisher beliau mendapat idea untuk membina pencakar langit berkenaan selepas merenung keluar dari menara Olympik di New York, dan melihat keadaan sekitar.

Bangunan itu yang akan dibina setinggi 80 aras dan berketinggian 420 meter itu akan mempunyai lantai yang boleh berputar dalam kedua-dua arah.

Penghuninya boleh memprogramkan pangsapuri mereka untuk bergerak seiring dengan matahari, supaya mereka boleh mendapatkan cahaya matahari sepanjang hari.

Mereka juga boleh menggunakan kawalan suara untuk menyesuaikan kelajuan atau menghentikan putarannya.

Bangunan pencakar langit itu, dikatakan menggunakan kuasa sendiri, menampilkan 79 turbin angin mendatar antara lantai, serta panel solar yang dipasang pada bumbung.

Unit-unit pangsapuri boleh dibeli pada harga antara AS$4 juta (RM17.8 juta) sehingga AS$40 juta (RM178 juta).

BACA INI JUGA: Bandar Hantu St. Kilda, Pulau Terpencil Yang Dilupakan Dunia

Sumber: sh

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon