Thursday, February 09, 2017

Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Lindsay Lohan Kongsi Hadis Di Instagram, Akui Al-Qur'an Menenangkan Jiwa

Lindsay Lohan menafikan sambil menjelaskan bahawa dia tidak pernah cuba mencari publisiti apabila dirakam memegang Kitab Al-Qur'an sebelum ini.

Lindsay+Lohan

Sebaliknya, gambar itu diambil tanpa disedari dan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memegang kitab suci umat Islam tersebut.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama sebuah rancangan bual bicara Swar Shoaib di Kuwait, Lindsay Lohan mendedahkan emosinya ketika itu tidak tenteram dan merasa aman apabila memeluk al-Qur'an.

"Saya berada dalam situasi sukar ketika itu, banyak yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya rasa tenang apabila memegang al-Qur'an," jelasnya.

Menjawab pertanyaan hos rancangan itu, Lindsay Lohan mendedahkan dia sudah membaca 15 muka surat terjemahan al-Qur'an, selain turut mendengar bacaan ayat suci al-Qur'an melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbitnya.

Aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu, dia pernah cuba solat dan pernah berpuasa selama tiga hari, pada bulan Ramadhan yang lalu.

"Berpuasa sesuatu yang sukar tapi ia menyeronokkan," tambah Lindsay Lohan lagi.

Sementara itu, dalam status terbaharu yang dimuat naik ke akaun Instagram, Lindsay Lohan memetik hadis riwayat Bukhari tentang berbuat baik.

Status Instagram itu sudah mengumpul lebih 153,500 likes setakat ini.

BACA INI JUGA: Lindsay Lohan Ucap 'Alaikum Salam' Dan Mengakui Al-Qur'an Membuka Hatinya

Sumber: aa

Cara Mengenali Bulu Babi Ketika Membeli Berus

Cara Mengenali Bulu Babi Ketika Membeli Berus

Berikutan rampasan pihak berkuasa terhadap berus yang disyaki dibuat daripada bulu babi, rasanya pengguna patut tahu bagaimana untuk membezakan, mengenali dan mengetahui rupa berus dan juga produk yang diperbuat daripada bulu babi.

Berus

Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak mengetahui bahawa kebanyakan berus murah yang diimport daripada China dibuat dari bulu babi.

Rampasan pihak berkuasa juga mendapati peniaga tidak mengasingkan berus cat yang dibuat dari bulu babi dengan berus biasa dan tidak meletakkan tag.

Pemeriksaan yang dijalankan juga menemui berus cat yang menggunakan logo halal dan sijil halal palsu.

Berus bulu babi dirampas berdasarkan bulu yang bercabang pada hujung bulu berus tersebut.

Jadi, bagaimana cara untuk kita mengenali dan mengetahui berus, sama ada berus untuk mewarna mahupun berus untuk peralatan bersolek yang dibuat daripada bulu babi?

Ciri-ciri bulu babi:

1. Bulunya bercabang dihujung.

2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3. Sukar ditanggalkan atau cepat rosak.

4. Lebih mudah diperolehi berbanding bulu haiwan lain.

Info tentang bulu

Bulu Khinzir

1. Bulu Babi@Khinzir

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends).

Bristle daripada wilayah Chungking, China, dikatakan adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

2. Bulu Kambing

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir dan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Kaedah Pengesahan Produk Dari Bulu Babi

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengetahui dan mengesan kulit atau bulu babi adalah:

1. Ujian Bakar – Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan – Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya ada unsur haiwan dalam sampel.

3. Rupa bentuk Fizikal – Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke dalam.

Kesimpulan

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat mengetahui dan membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Jadi, berhati-hatilah. Insyaa Allah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.

BACA INI JUGA: 8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Sumber: mrjocko

Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji

Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji

Cuaca sejuk yang sedang melanda negeri Sabah ketika ini adalah berpunca dari tiupan angin sejuk bertekanan tinggi dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara.

kinabalu

Beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi pada pagi rabu.

Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, cuaca pada Februari adalah bulan yang paling sejuk di Malaysia ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.

Daerah Ranau mencatatkan suhu cuaca paling rendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius pada Rabu.

Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan cuaca bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini.

Gunung Kinabalu diselaputi salji

kinabalu

Laban Rata di puncak Gunung Kinabalu dilaporkan diselaputi frost atau embun beku, menjadikan cuaca kawasan sekitarnya seperti bersalji.

Fenomena cuaca sejuk seperti ini dilaporkan belum pernah direkodkan sebelum ini dan dilaporkan masih kelihatan pada awal pagi rabu.

Difahamkan, suhu cuaca di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari.

“Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung’, Nais Momin.

kinabalu

Menceritakan keadaan cuaca sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara.

Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Air Putih seperti kapas, suhu bawah paras beku

kinabalu

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang.

Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

kinabalu

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelumnya.

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu cuaca di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

kinabalu

“Memang cuaca  kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya. -suarasabah

Pukulan Angin Monsun Dan Penjelasan Cuaca Sejuk Angin Siberia

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim.

Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.

Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari.

Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah.

Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia.

Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk.

Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa.

Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

Kebiasaannya, deruan angin sejuk dari Siberia mengambil masa tiga hingga empat hari sebelum kembali seperti biasa.

Deruan angin sejuk ini umpama bom, jika bom meletup, ia mengambil tempoh tertentu untuk merasai kesannya. Begitu juga dengan deruan angin sejuk ini. Apa yang dirasai penduduk di negara itu hanyalah bersifat sementara. -met

BACA INI JUGA: 6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!

-SENTIASAPANAS.COM

Kelab ‘Samseng’ Canelas Dahului Liga Amatur Portugal Guna Taktik Kotor

Kelab ‘Samseng’ Canelas Dahului Liga Amatur Portugal Guna Taktik Kotor

Sebuah pasukan bola sepak Portugal yang dilabel sebagai ‘samseng’ dan ‘penyembelih’ berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan teratas dalam liga amatur selepas meraih beberapa kemenangan kerana lawan terlalu takut untuk bermain dengan mereka.

Canelas
Kekasaran pemain-pemain Canelas (jersi putih) ketika bermain.

Kelab tersebut yang dikenali sebagai Canelas dari pinggir bandar Porto, membariskan seramai tiga ahli ultras ‘Super Dragons’ iaitu sebuah kumpulan penyokong kelab gergasi Portugal, FC Porto, termasuk kapten mereka yang diberi gelaran sebagai ‘Ape’ (beruk).

Kelab-kelab lain di dalam liga amatur divisyen empat itu begitu berang dengan taktik kelab tersebut, tetapi tiada dia antara mereka yang memfailkan aduan rasmi.

Presiden kelab pesaing, Grijo berkata, pemain-pemain Canelas kerap mengugut pemain lawan dan juga pengadil.

“Canelas tidak menghormati peraturan yang telah digariskan, mereka samseng, penyembelih dan pemain kami pula takut untuk berdepan dengan mereka,” kata Manuel Gomes kepada AFP.

Namun, taktik mereka itu ternyata berbaloi. Canelas telahpun memenangi 19 perlawanan musim ini, 13 daripada pertemuan itu diraih mereka ekoran keengganan lawan untuk berdepan dengan mereka dan sebaliknya sanggup membayar denda seba­nyak 750 euro (RM3,568).

Atas faktor itu telah membawa kelab tersebut di kedudukan teratas liga, 14 mata di depan pencabar terdekat mereka.

Sikap mereka menjadi viral di laman sosial pada tahun lalu apabila video yang disiarkan melalui YouTube telah ditonton lebih sejuta orang.

Pemain Canales, yang me­nyarung jersi putih dan biru, tampil dalam perlawanan menentang Vila FC dengan gaya permainan seperti seni mempertahankan diri apabila mereka melakukan tendangan ke arah dada dan kepala, selain melakukan terjahan berbahaya dari arah belakang.

Selepas berdepan Canelas dalam aksi pembukaan musim, kelab pesaing Padroense enggan tampil dalam perlawanan timbal balik bagi separuh kedua musim.

“Para pemain Canelas sering mencari masalah, gemar membuat ancaman, malah mereka juga berani mengugut pengadil,” kata Presiden Padroense, Germano Pinho.

Kapten Canelas, Fernando ‘Ape’ Madureira berkata, mereka memang bermain keras tetapi adil.

“Kami sebuah pasukan agresif yang bermain dengan kesabaran. Tetapi tiada seorang pun daripada kami yang masuk ke padang membawa senjata atau kayu.

"Pada mulanya kami hanya mahu mengutip beberapa mata, tetapi sekarang kami mahu naik ke divisyen tiga kerana tiada orang yang mahu bermain dengan kami,” kata Madureira, yang memiliki Ijazah Sarjana.

BACA INI JUGA: 20 Kelab Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia 2016

Sumber: utusan

Wednesday, February 08, 2017

4 Punca Berlaku Serangan Stroke

4 Punca Berlaku Serangan Stroke

Apakah itu stroke? Strok adalah serangan otak yang berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu kerana otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Stroke

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membekalkan oksigen dan nutrien yang penting kepada tubuh badan kita.

Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan berhenti dan sel-sel otak di dalam badan akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Fungsi otak akan mula mati apabila anda mengalami strok, kesemua deria rasa anda akan mula hilang dan pertuturan sudah mula tidak teratur.

Strok akan mengakibatkan sebahagian tubuh anda lumpuh dan corak pemikiran anda mula berubah.

Apakah punca stroke dan tanda-tanda awalnya? Bolehkan penyakit ini dirawat?

Ketahu 4 punca berlakunya serangan Stroke:

1. Mengamalkan Budaya Hidup yang Tidak Sihat

Antara punca berlakunya strok ialah apabila anda sering mengamalkan yang tidak sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat ialah mengamalkan perbuatan seperti menghisap rokok, jarang meluangkan masa untuk bersenam dan kerap minum minuman yang beralkohol.

Apabila anda sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ia akan mengakibatkan sistem organ  terganggu.

Jika dibiarkan melarat, ia boleh mengakibatkan saluran darah anda terjejas sekaligus melumpuhkan fungsi otak.

2. Pemakanan yang Tidak Sihat

Pemakanan yang tidak sihat juga mampu menyumbang kepada penyakit strok. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak sihat, seperti makanan yang berminyak dan kandungan lemak yang tinggi dan lain-lain lagi.

Elakkan juga daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan garamnya.

Anda hendaklah mengambil makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Penyakit Kencing Manis

Sesiapa yang mempunyai penyakit kecing manis atau diabetes juga adalaah antara yang berisiko besar mengalami strok.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah risiko terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.

Kajian yang dilakukan menunjukkan seramai 60% pesakit strok turut mengidap penyakit kencing manis.

Ia mungkin disebabkan apabila bekalan darah tersumbat kerana gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah.

Ia juga berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal, sekaligus menyukarkan darah mengalir ke seluruh badan anda.

4. Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi juga antara punca strok yang jika berlarutan boleh menyebabkan salur darah kecil dalam otak membengkak dan mudah pecah.

Ia sekaligus akan menyebabkan otak anda sukar untuk berfungsi seperti normal sekaligus membuatkan anda menghidap penyakit strok.

Elakkan diri anda dari penyakit darah tinggi seperti mudah stress, pola pemakanan yang tidak sihat dan pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan anda darah tinggi.

Jadi, pastikan anda mengamalkan hidup yang sihat. Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jaga pemakanan anda dan elakkan gaya hidup yang tidak sihat.

Strok tidak mengenal usia dan jantina. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Sumber: wom

Zenith Gold 'Pelaburan' Skim Cepat Kaya

Zenith Gold 'Pelaburan' Skim Cepat Kaya

Modus operandi yang digunakan oleh penganjur skim cepat kaya biasanya hampir sama sahaja dengan para ‘pelabur’ akan diberi masa dan 'peluang' untuk merasa keuntungan terlebih dahulu sebelum akhirnya gagal dibayar kemudian (skim ponzi).

Zenith Gold

Bak kata Mentor Kewangan, Azizi Ali, “Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim-skim yang pelik-pelik ini? Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia."

ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid, mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini?

Dan 'pelaburan' terbaharu yang sedang hangat sekarang ini iaitu Zenithgold sebenarnya adalah skim bohong, penipu dan tengah aktif mencari mangsa dimana-mana.

Kenapa kita anggap 'peleburan' Zenith Gold ini sebenarnya adalah scam, pelaburan skim cepat kaya dan akan menghilang tidak lama lagi?

1. Zenith Gold dakwa mereka tidak pernah menjamin keuntungan dan modal, jadi mereka bukan riba

Kita nak tanya balik, kalau Zenith Gold tak jamin keuntungan dan modal, kenapa mereka janjikan keuntungan berkali ganda?

Dan akad jual beli apa yang mereka gunakan? Adakah akad musyarakah dan mudarabah?

Yang pasti, tidak ada akad, dan kontrak antara Zenith Gold dan peserta adalah batil kerana tidak ada akad. Akad batil juga haram di sisi Syariah.

2. Selepas ahli masuk Zenith Gold mereka tidak lagi boleh keluarkan duit mereka sehingga cukup tempoh matang

Ini akad jenis apa? Dalam mana-mana pelaburan, anda boleh keluarkan semula duit masing-masing sebelum tempoh matang, sama ada dengan menjual share pada harga hari tersebut ataupun withdraw deposit.

3. Zenith Gold adalah pelaburan gharar kerana tidak berdaftar di mana-mana negara di dunia

Zenith Gold cuma ada laman web yang diuruskan oleh ORANG MALAYSIA yang mendakwa mereka berpangkalan di UK.

Buktinya sampai sekarang geng-geng Zenith Gold tidak pernah mengeluarkan penyata kewangan tahunan pelaburan mereka dalam web palsu zenithgolds.com tu.

Mana-mana syarikat yang menjalankan pelaburan yang sah, akan mengemukakan pelaburan tahunan dan oleh kerana pelaburan Zenith Gold tidak jelas, maka ia termasuk dalam hukum gharar fahisy yang haram.

4. Dakwaan Zenith Gold mereka berdaftar di UK adalah palsu

Syarikat Zenith Gold limited di UK tidak ada kena mengena langsung dengan Zenith Gold yang buat 'pelaburan emas' di Malaysia.

Zenith Gold UK adalah syarikat sewaan bangunan dan hartanah dan tidak ada anak syarikat atau cabang bisnes lain.

Saya sendiri sudah meneliti dan memiliki laporan kewngan tahunan zenithgold di UK itu yang mana anda pun boleh beli dengan harga USD10 sahaja.

Bukti yang paling ketara ialah dalam website zenithgolds.com anda tidak akan jumpai satu pun nombor pendaftaran ditulis dalam laman web.

5. Dakwaan laman web sekuriti tinggi SSL dan tidak ada kena mengena dengan pelaburan dan syarikat yang tidak wujud

Sesiapa sahaja boleh buat laman web begitu dan cuma beli dengan mana-mana provider tanpa perlu ada daftar di mana-mana negara.

Logo-logo syarikat emas dalam website Zenith Gold itu sesiapa sahaja boleh dakwa dan jangan percaya kepada website yang berselindung tanpa syarikat berdaftar.

6. Zenith Gold dakwa mereka melabur dalam BURSA SAHAM DUNIA

Ini sudah cukup bukti bohong. Mana ada Bursa Saham Dunia. Jika Zenith Gold melabur dalam emas, sama ada harga mereka perlu ikut turun naik emas, atau mereka akan labur dalam mana-mana syarikat emas.

Tapi Zenith Gold bukan labur dalam emas, juga bukan dalam syarikat emas.

Harga emas adakalanya melambung naik dan menjunam turun, tapi Zenith Gold masih offer keuntungan harian pada waktu harga sedang turun!

7. Emas jongkong yang anda lihat itu emas yang dibuat di Malaysia saja

Anda juga kena berhati-hati sebab Zenith Gold tidak berdaftar di mana-mana dengan kata lain emas Zenith Gold tidak dapat dipastikan ketulenannya kecuali di buka Cert dan di uji di kedai-kedai emas.

Walaupun ada yang tulen, tapi oleh kerana Zenith Gold tidak berdaftar di mana-mana, maka boleh jadi saja dicampurkan.

8. Tidak berdaftar di Malaysia, bererti Zenith Gold TIDAK BOLEH kutip duit rakyat Malaysia

Risiko WANG YANG DIKUTIP akan diseleweng kerana tidak berdaftar di Malaysia dan tidak ada sesiapa yang memantau.

'Pelabur' yang tidak pernah kenal pelaburan emas cuma melihat nombor dalam website dan berharap dapat untung dalam 400 hari.

Sedangkan keuntungan itu cuma diambil daripada pandaftaran insan-insan bodoh jahil yang baru join.

9. Pulangan Zenith Gold yang dijanjikan adalah lebih kurang 75 kali ganda (atau lebih) dalam tempoh 400 hari!

Ingat, pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya' memberi pulangan 20-34% setahun!

Adakah masuk akal syarikat yang tidak pernah dikenali mampu memberikan pulangan yang sebegitu tinggi?

Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada Zenith Gold. Kenapa tak ada?

Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat? Fikir.

Sekali lagi pesan saya kepada rakyat Malaysia, jangan terdesak sangat 'melebur' duit anda melalui Zenith Gold.

BACA INI JUGA: Apa Itu Money Game, Skim Ponzi Dan Skim Cepat Kaya?

Sumber: amirmarzhuki

Sambutan 'World Quran Hour' Membaca Al-Qur'an Serentak Diseluruh Dunia

Sambutan 'World Quran Hour' Membaca Al-Qur'an Serentak Diseluruh Dunia

World Quran Hour adalah program membaca Al-Qur'an secara serentak di seluruh dunia yang berlangsung selama sejam dengan penyertaan jutaan umat Islam.

World Quran Hour

Sambutan World Quran Hour disertai bukan sahaja umat Islam di Malaysia, malah di lebih 50 buah negara yang melibatkan hampir 100 lokasi di seluruh dunia.

Program World Quran Hour merupakan satu cetusan kepada umat Islam untuk menjadikan bacaan al-Qur'an sebagai satu amalan harian dengan membaca sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Program bacaan al-Qur'an serentak, World Quran Hour di seluruh dunia selama sejam, merupakan kesi­nambungan inisiatif sejak tahun 2013 menerusi program #AktifkanRumahNgaji yang kini memiliki 1,000 pusat di seluruh Malaysia.

Program berskala besar World Quran Hour menyasarkan untuk mengajak umat Islam di seluruh dunia kembali kepada al-Qur'an, memahami dan menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sambutan World Quran Hour akan dijalankan selama satu jam bersempena ibadah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah setiap tahun.

Jemaah haji yang berwukuf di Padang Arafah dan negara lain akan turut menyertai program World Quran Hour di peringkat antarabangsa.

Ikuti temu bual Bernama bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berhubung komitmen serta harapan pihaknya terhadap program bertaraf global itu.

Berikut adalah transkrip temu bual Bernama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub.

BERNAMA: Datuk, apa perkembangan terkini World #QuranHour?

HUSSAMUDDIN: Alhamdulillah, kesedaran tentang World #QuranHour momentumnya semakin memuncak.

Kita tengok di media sosial orang dah mula share dan bercakap tentang perkara ini dan kita sudah terima banyak komitmen untuk penyertaan di UIAM serta yang ingin menyertainya di kawasan masing-masing.

Di UIAM sendiri sebagai penganjur utama, mereka ada penuntut dari 117 negara yang sudah memberi komitmen akan terlibat secara langsung dengan membawa bendera negara masing-masing serta penyertaan daripada alumni mereka.

Kita juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat seperti Celcom selain Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd dan Andalusia Travel & Tours yang akan menggerakkan jemaah haji mereka menyertai program ini di Padang Arafah.

Selain itu, satu organisasi Islam yang mempunyai lebih 10 juta ahli di India akan turut menyertai program ini di sana begitu juga di Indonesia, tetapi yang paling menarik adalah penyertaan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) di Turki yang mempunyai lebih 10,000 cawangan di 165 negara termasuk di Malaysia, New York dan Australia. Hampir setiap negara yang ada orang Islam akan menyertai program ini.

BERNAMA: Mengapa memilih tempoh satu jam?

HUSSAMUDDIN: Satu jam ini satu simbolik sahaja... di Malaysia, World #QuranHour ini kita buat sejam di sini (Malaysia) dan tempoh sama juga dibuat di negara-negara lain tetapi memandangkan zon waktu berbeza, ia akan menjadi sehari.

Kita nak create satu impak di mana dalam sehari orang Islam mula berinteraksi dengan al-Quran, jadi kita harap akan timbul kecintaan terhadap kitab Allah ini.

Kita juga berharap ini merupakan satu titik permulaan di mana orang Islam akan menjadikan ini sebagai satu kebiasaan di mana mereka akan membaca al-Quran setiap hari selama sejam dan insya-Allah selepas 10 tahun mereka akan faham al-Quran sebenar-benarnya, menghayati, mengamalkannya dan dengan sendirinya kita akan lihat karakter seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik.

BERNAMA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengadakan World #QuranHour?

HUSSAMUDDIN: Kita telah memikirkan idea ini dua, tiga tahun lepas lagi kerana kita merasakan orang Islam walaupun mereka menunaikan solat tetapi masih tidak menunjukkan akhlak yang baik.

Sepatutnya orang yang bersolat kalau dia betul-betul faham makna solat, dia faham apa dibacakan ketika solat, dia akan terjemahkan kepada akhlak di mana dia akan menjadi orang yang bertanggungjawab, bersih, cantik kehidupannya, tidak akan memfitnah, rasuah, marah-marah, tetapi kenapa orang Islam masih begini?

Kita biarkan orang miskin tanpa membantunya, kita salah guna kuasa, jadi pemimpin tidak adil.

Puncanya kerana orang Islam tidak faham Islam, jadi cara nak memahami Islam adalah dengan baca dan fahami kitab Allah itu (al-Quran).

Ini yang kita nak push supaya orang Islam go back to basic, memahami Islam betul-betul. Kita lihat orang Islam sekarang contohnya militan Daesh tidak menggambarkan Islam yang betul.

Jadi apa yang dipaparkan dalam kehidupan seharian ini menyebabkan orang bukan Islam memandang Islam itu remeh, tidak bagus, tidak cantik dan benci kepada orang Islam.

Ini silap kita sendiri, jadi kita harap kalau kita boleh mulakan satu gerakan yang besar-besaran di peringkat dunia untuk menyeru orang-orang Islam belajar semula basic Islam melalui al-Quran.

Alhamdulillah, al-Quran sekarang sudah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di seluruh dunia, sekurang-kurangnya kalau nak belajar al-Quran akan mengambil masa tetapi kalau nak baca tafsirannya boleh, itu dikatakan berinteraksi dengan al-Quran.

Jadi maknanya kita nak galakkan orang Islam gali isi al-Quran itu, fahami isi al-Quran itu dengan harapan mereka akan menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Sebenarnya World #QuranHour ini bukan program tetapi satu gerakan berskala besar dan bersungguh-sungguh untuk mengajak orang Islam mula pegang al-Quran, mula buka al-Quran dan mula belek al-Quran, buka mindanya, muka matanya dan buka hatinya.

Ini juga sebenarnya adalah satu proses replacing operating system yang ada dalam hati orang Islam... yang sepatutnya ada dalam hati orang Islam ialah Quranic operating system.

BERNAMA: Datuk ada sebut mengenai orang bukan Islam memandang Islam itu remeh disebabkan kegagalan orang Islam mengamalkan cara hidup Islam sebenarnya. Bagaimana pula dengan fenomena Islamofobia?

HUSSAMUDDIN: Saya tidak salahkan mereka berfikiran seperti itu kerana disebabkan tindak tanduk orang Islam yang tidak baik seperti Daesh.

Kita tengok zaman Nabi Muhammad SAW dahulu kenapa orang tertarik kepada Islam, orang bukan Islam tengok akhlak sahabat dan akhlak nabi.

Masa berperang ada adabnya... lepas berperang bagaimana Rasullullah SAW memaafkan (musuh) dia bawa orang tu ke dalam masyarakat, tetapi kita kalah pilihan raya kita bermusuh, kita buka parti baharu dan kita tidak ikut saf yang betul.

Sebab itu World #QuranHour ini adalah sebagai satu permulaan kepada anjakan besar-besaran untuk umat Islam mula membuka mata dan kembali untuk melihat kepada guide book yang Allah sediakan. Al-Quran dah lengkap cuma masalahnya kita tidak buka, baca dan fahamkan.

BERNAMA: Adakah pengisian tempoh sejam World #QuranHour hanya dengan membaca Al-Quran sahaja?

HUSSAMUDDIN: Kita gunakan konsep berinteraksi... kita nak supaya orang melihat al-Quran sebagai satu guidebook, bukan satu bahan yang dibaca sahaja untuk tadarus, taranum.

Seperti di UIAM nanti kita akan cuba bawa satu pendekatan baharu di mana kita akan ulas ayat-ayat (al-Quran) untuk disesuaikan dengan kehidupan kita hari ini.

Ini maknanya World #QuranHour adalah satu titik permulaan di mana kita nak ajak orang Islam melihat al-Quran dari sudut berbeza sebagai guidebook ataupun user guide untuk kehidupan, pengurusan dan kepimpinan.

Kita nak orang hayati maksud al-Quran dari perspektif berbeza dan kita nak relate dengan kehidupan seharian dalam keadaan sekarang.

Al-Quran itu sebenarnya boleh sesuai dalam apa zaman sekalipun cuma kita hanya fikir tentang baca sahaja, malah kita hantar anak-anak kita ke pusat tahfiz untuk baca dan menghafal sahaja.

Sepatutnya orang yang keluar dari pusat tahfiz kena jadi pemimpin yang betul-betul memahami al-Quran.

BERNAMA: Program ini julung kali diadakan, adakah ia akan diteruskan pada masa akan datang?

HUSSAMUDDIN: Insya-Allah kita dah sarankan kepada UIAM untuk bawa program ini ke international level dengan skala yang lebih besar dan ini akan jadi event tahunan, tetapi kita harap akan ada follow-up event.

Setiap hari dalam sejam kita nak jadikan budaya orang Islam mengkaji dan memahami al-Quran, bagaimana ia boleh dijadikan panduan dalam hidup.

Kalau ini boleh dijayakan saya rasa insya-Allah dalam masa 10 tahun kita akan lihat perubahan besar dalam cara umat Islam bertindak, cara umat Islam hidup, mereka akan jadi pemimpin yang lebih adil dan ikhlas.

Kita nak tengok orang Islam lebih berdisiplin dan takkan jadi bangsa yang suka memfitnah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Keajaiban Al-Qur'an Mengatasi Logik Akal

Sumber: SH

Selva Kumar Subbiah, Perogol Bersiri Paling Berbahaya Dibebaskan Dari Penjara!

Selva Kumar Subbiah, Perogol Bersiri Paling Berbahaya Dibebaskan Dari Penjara!

Brian Thomas, seorang anggota polis Kanada yang telah bersara mengakui jenayah dilakukan Selva Kumar Subbiah, seorang perogol bersiri paling berbahaya berasal dari Malaysia, bagaikan filem seram, ketika mengimbau keterangan mengejutkan mangsa perogol bersiri ini.

Selva Kumar Subbiah

Dia yang pernah ditugaskan menyiasat perogol bersiri Malaysia, Selva Kumar Subbiah lebih 2 dekad lalu memberi amaran lelaki itu akan menjadi ancaman kepada masyarakat sekembalinya ke Malaysia.

“Jika dia mahu tinggal di Malaysia atau di mana saja, adakah dia akan terus (melakukan jenayah) walaupun pada usianya sekarang? Ya,” kata Brian Thomas bersama rakan sekerjanya, Peter Duggan yang menahan lelaki berusia 56 tahun itu yang dilabelkan penjenayah seks paling berbahaya di Kanada oleh pihak berkuasa negara itu.

“Kita perlu ingat, ini bukan mengenai seks. Ia tentang kuasa dan kawalan. Dia adalah kuasa dan kawalan sepenuhnya ke atas mangsanya,” kata Thomas kepada CanCrime, sebuah blog jenayah dikendalikan wartawan penyiasatan Kanada yang pernah memenangi anugerah, Rob Tripp.

Selva Kumar dijangka pulang ke Malaysia Ahad ini, selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada.

Pada 1992, dia didapati bersalah atas 19 pertuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan penggunaan bahan larangan seperti dadah dan 10 pertuduhan pelbagai serangan serta kesalahan lain, termasuk peras ugut.

Pada mesyuarat lembaga parol minggu lalu, Selva Kumar berkata, dia mempunyai “pelan pembebasan berstruktur” untuk kebebasannya di Malaysia dan juga “sokongan keluarga yang kuat”.

“Mengarut,” kata Thomas ketika ditanya mengenai jaminan bekas banduan itu, tetapi menambah beliau tahu latar belakang Selva Kumar, “sebuah keluarga yang kaya di Malaysia”.

Siapakah Selva Kumar Subbiah?

Seorang perogol bersiri kelahiran Malaysia. Ditahan ketika berusia 31 tahun dan dipenjarakan selama 24 tahun. Berusia 56 tahun ketika ini. Merupakan seorang penganut Yahudi (agama).

Selva didakwa pada tahun 1992 bulan December atas kesalahan merogol antara 500 hingga ke 1,000 wanita di Kanada.

Menurut maklumat, Selva Kumar tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap.

Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.

Paling teruk

Dalam wawancara audio selama 35 minit bersama Cancrime, Thomas mengimbas kembali pengalaman mengejutkan daripada lebih 500 wanita yang membantu siasatan polis.

Katanya, kes Selva Kumar adalah yang paling teruk beliau pernah saksikan sepanjang kerjayanya selama 30 tahun berurusan dengan penjenayah berbahaya.

“(Dari skala) 1 hingga 10, saya letakkan dia pada skala 15.”

Thomas mengimbau penemuannya sepanjang siasatan dijalankan, di mana Selva Kumar hampir meyakinkan seorang gadis berusia 13 tahun yang dia cuba jadikan sebagai pelacur, membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan.

“(Dia beritahu gadis itu) tunggu sehingga saya turun supaya saya dapat melihatnya,” katanya sambil menambah gadis itu tiba-tiba mengubah fikirannya.

Ia antara 75 pertuduhan dihadapi Selva Kumar.

1,500 nama dan gambar mangsa Selva

Selva Kumar Subbiah

Katanya, ramai mangsa Selva Kumar hidup menderita, dengan sebahagian daripada mereka membunuh diri, ketagihan arak, dadah dan cuba membunuh diri akibat trauma dengan pengalaman sendiri.

Beliau berkata, apabila menyerbu rumah Selva Kumar, polis menemui gambar dan video mangsa serta beberapa buka termasuk “sebuah buku besar berwarna hitam dan merah”, di mana dia “memberi markah” kepada setiap mangsanya.

Thomas menganggarkan kira-kira 1,500 nama dan gambar wanita ditemui di dinding.

Katanya, polis menemubual lebih 500 wanita daripada senarai Selva Kumar dan 120 orang bersetuju memberi keterangan di mahkamah terhadap penjenayah itu.

Beliau berkata, mangsa adalah wanita muda, ada di antara mereka terdiri daripada isteri anggota polis, peguam dan wartawan.

Katanya, ramai mangsa tidak sedar mereka diberikan dadah kerana khayal selepas mereka diperdaya sehingga mempercayai lelaki itu adalah ejen bagi model.

Rakan subahat cantik dan kaya

Thomas berkata, seorang mangsa Selva Kumar memberitahu polis bagaimana beliau berada dalam koma dan sedar dengan mendapati dirinya dirogol.

“Air menitis di atasnya dan dia rasa seperti berada di bawah air terjun. Kemudian beliau membuka matanya. Dia berada di atasnya dan peluh menitik di wajahnya.

“Kemudian beliau pengsan sekali lagi akibat dadah,” katanya sambil menambah penjenayah itu akan membawa mangsanya pulang ke rumah sebelum mereka bangun dan fikir diri mengalami “mimpi buruk”.

Seorang lagi mangsa memberitahu polis bagaimana beliau bangun pada suatu pagi dan menemui bulu kemaluan orang lain di atas katilnya.

Thomas berkata, Selva Kumar mempunyai rakan subahat wanita “yang datang dari keluarga kaya”.

Beliau menyifatkan wanita itu “muda, menarik, berambut perang, berpakaian kemas” yang diberi nama samaran “Laura” dan akan mendekati wanita muda untuk mempelawa mereka bekerja bagi majikannya.

Bagaimanapun, katanya, suspek wanita itu tidak didakwa kerana dia bersetuju memberi keterangan bagi menghadapkan Selva Kumar ke mahkamah, sesuatu yang mengecewakan polis.

Bagaimana Selva melakukan jenayahnya?

Selva akan menyamar sebagai wakil agensi model, pencinta haiwan eksotik atau lepak santai di kedai kopi bagi mendekati mangsa dan seterusnya mengumpan mereka dengan minuman yang dicampurkan dengan dadah jenis Halcion.

Dalam bilik berkunci yang ditemukan penyiasat, di tempat tinggal Selva mendapati Selva melakukan beberapa perkara;
  • buku 'rate' (pemberian markah) mangsa-mangsanya.
  • ratusan gambar (tidak senonoh) dan jurnal yang membabitkan mangsa-mangsanya.
  • sejumlah besar dadah jenis Halcion.

Kenapa Selva dianggap bahaya?

Selva Kumar Subbiah

Kaedah yang digunakan oleh Selva ialah memperdaya dan memanipulasi pemikiran mangsa dengan memberi minuman yang dicampuri dengan "drug halcion" supaya pemangsa boleh mengawal mangsa seterusnya melakukan serangan seksual.

Selva juga bertindak mengambil gambar bogel ketika mangsa tidak sedarkan diri - Jabatan Parol Kanada.

Selva ialah profilic psychopath, sakit jiwa sardastik, yakni tidak mengenal erti takut, serik mahupun menyesal.

Menurut laporan Jabatan Parol Kanada pada tahun 2014, Selva tidak menunjukkan tanda-tanda keinsafan atau penyesalan terhadap perlakuan jenayah terhadap mangsa-mangsanya dan ditakrifkan boleh, akan, merancang untuk terus melakukan jenayah berulang di masa akan datang - disebabkan itu dia tidak boleh dibebaskan (dengan parol) dan perlu berada di dalam penjara (sehingga hukuman selesai).

Selva gagal dalam perintah larangan bagi menghalang pihak media menyebarkan gambarnya

Ya, Selva telah menuntut satu perintah larangan bagi menghalang mana-mana pihak media dari merakamkan wajah terkini dirinya namun perintah tersebut tidak diendahkan mahkamah.

Menurut Selva, dia bimbang berdepan dengan tindakan diskriminasi berikutan menganuti agama Yahudi namun, masyarakat sebenarnya tidak membenci agama itu. Masyarakat hanya membenci perlakuan jenayahnya.

Menurut beberapa mangsa yang tidak dinamakan, yang masih berhubung dengan pegawai kes, berharap Selva berada di dalam penjara selamanya dan berita Selva dibebaskan benar-benar membuatkan hidup mereka kembali trauma. -fmt

Siapa Sebenarnya Selva Kumar Subbiah?

Masih ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki misteri ini yang telah disabit dengan jenayah rogol bersiri yang ganas itu.

Berikut merupakan beberapa fakta dan biodata yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang Selva Kumar Subbiah yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini:

1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan Selva Kumar Subbiah yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri tersebut.

2. Selva Kumar Subbiah didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.

3. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

4. Selva Kumar Subbiah pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.

5. Selva Kumar Subbiah didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario dengan 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain termasuk peras ugut.

6. Polis Toronto mendakwa bahawa Selva Kumar Subbiah melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.

7. Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar Subbiah tidak menyesali perbuatan jenayahnya dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayah rogol dan cabul.

Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva Kumar Subbiah memaklumkan perogol bersiri itu telah pun bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

8. Dalam pada itu, Selva Kumar Subbiah gagal menyekat akhbar Kanada, Toronto Star, untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan dirinya.

Susan Chapella

9. Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali sebagai Susan Chapella, yang dirogol pada tahun 1991 ketika berusia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.

10. Selva Kumar Subbiah pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

11. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar Subbiah akan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita. -SH

BACA INI JUGA: Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

-SENTIASAPANAS.COM

Apa Salahnya Mukhriz Jadi Perdana Menteri Malaysia?

Apa Salahnya Mukhriz Jadi Perdana Menteri Malaysia?

Momokan terhadap Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah memberikan gambaran seolah-olah Mukhriz tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

mukhriz

Pada hakikatnya, apa salahnya jika Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia atas kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan menghadapi berbagai tekanan.

Ia tidak sahaja hasrat bapanya (jika benar) tetapi juga hasrat ahli UMNO, generasi baru dan rakyat.

Apakah hanya Hishamuddin Hussein Onn atau Khairy Jamaluddin sahaja yang layak berada dalam barisan mewakili pucuk kepimpinan negara?

Hishamuddin dan Khairy yang merasakan diri mereka sebagai generasi "English Educated" (bukan English Intelligentsia) sedang berkonspirasi untuk menyekat Zahid Hamidi ke puncak maka itu.

Zahid tidak disebut dalam perhitungan untuk menjadi PM kerana pada akhirnya beliau pasti akan dikalahkan oleh Hishamuddin seperti kejayaan Hishamuddin mengenepikan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO menerusi pintu belakang.

Kita tidak mahu melayan dakwaan" tikus-tikus" yang mengatakan Mahathir mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri kerana tidak berasaskan pada fakta benar tetapi umum mengetahui Mahathir menyekat anaknya Mukhzani untuk bertanding Ketua UMNO bahagian Merbok dan tidak pula membantu Mukhriz untuk menang dalam Pilihanraya Negeri Kedah.

Dengan itu sahaja, cukuplah untuk kita mencium hancingnya kencing "tikus-tikus" yang tidak pernah diterima oleh orang-orang UMNO sendiri.

Mereka ini tampil kehadapan menggambarkan seolah-olah orang UMMO sendiri tidak mampu untuk mempertahankan Najib sehingga terlihat seperti hidung tak mancong pipi tersorong-sorong.

Mukhriz menang di Kedah adalah dengan kekuatannya sendiri atas harapan rakyat Kedah untuk melihat perubahan lanskap politik Kedah dan pemimpin muda menerajui Kedah setelah jemu dengan muka-muka tua.

Jika tidak kerana Mukhriz menebus kembali Kedah ke tangan BN maka janganlah harap Ahmad Bashah dapat menumpang menjadi MB Kedah.

Semua orang juga tahu jika Hishamuddin Hussein Onn tidak dibantu oleh Najib dan juga tiada pertolongan luar maka Hishamuddin tidak akan berjaya menjadi Naib Presiden UMNO.

Kenapa "tikus tikus" tidak menonjol dan mencemuh Najib mahu Hishamuddin jadi Perdana Menteri untuk mengekalkan warisan dinasti elit dan feudal di negara ini?

Kekuatan tersembunyi Mukhriz sudah cukup untuk melayakkannnya menjadi Perdana Menteri sekalipun tanpa sokongan atau hasrat bapanya.

Dalam krisis politik negara sekarang, bukan sahaja generasi muda dalam UMNO yang mahukan perubahan pucuk pimpinan kepada generasi muda malah golongan veteran dan pengundi-pengundi atas pagar juga sudah tidak lagi dapat menerima kelompok kepimpinan yang ada sekarang.

Mereka melihat masa depan negara tidak lagi perlu di wariskan oleh dinasti elit dan feudal.

Mahathir dan Anwar telah memutuskan kesinambungan ini tetapi malangnya Mahathir juga yang menyambungnya semula.

Jika Zahid Hamidi terlalu berhati-hati maka harapan rakyat untuk melihat kepimpinan elit dan feudal kembali bertukar kepada kepimpinan tulen rakyat tidak lagi akan tercapai untuk jangka masa yang panjang.

Anwar Ibrahim cuba memotong kesinambungan ini setelah dijayakan oleh Mahathir tetapi sayang dia mempunyai masalah moral dan sayang juga Abdullah Badawi tidak mempunyai daya kepimpinan.

Pengharapan rakyat sekarang hanya tinggal kepada Zahid Hamidi (UMNO), Muhkriz, Azmin dan beberapa orang lagi pemimpin muda Melayu yang berkaliber di luar UMNO.

BACA INI JUGA: Gambar Rumah Presiden Filipina Umpama Pondok Buruk Jika Di Malaysia!

Sumber: zamkata

Pembayaran Pertama BR1M Bermula 18 Februari 2017

Pembayaran Pertama BR1M Bermula 18 Februari 2017

Bagi penerima bantuan yang layak, tarikh pembayaran pertama BR1M bagi tahun ini akan diagihkan bermula pada 18 Februari 2017.

BR1M 2017

Bagi tahun 2017, bantuan BR1M yang mula diperkenalkan pada 2012 akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos 2017.

Tarikh pembayaran dan jumlah BR1M pertama pada Februari 2017;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan akan menerima pembayaran sebanyak RM400.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan akan menerima pembayaran sebanyak RM400.
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan akan menerima pembayaran sebanyak RM300.
  • Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bayaran sekaligus sebanyak RM450.

Cara Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah cara bayaran BR1M 2017 yang terbahagi kepada 2 kaedah iaitu:

1. Akaun Bank

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

2. Baucer

Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

BR1M Bermasalah

Bagi sebarang aduan mengenai tarikh dan masalah pembayaran BR1M 2017, anda boleh menghubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada: br1m@treasury.gov.my

Semoga BR1M dimanfaatkan sebaiknya.

BACA INI JUGA: Mufti Perlis Kata BR1M Bukan Rasuah

Tuesday, February 07, 2017

Proton Bakal Dijual Kepada Syarikat Pembuat Kereta China?

Proton Bakal Dijual Kepada Syarikat Pembuat Kereta China?

Sindrom menjual kepada China nampaknya berterusan lagi walaupun setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut.

Proton

Kini, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga bakal dijual kepada syarikat dari China.

Syarikat pembuat kereta China, Geely, dilaporkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.

Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri.

Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan, hakikatnya inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.

Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebih kepada "jurujual".

Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan ditemui dalam Utusan dan TV3 sebab kalau boleh biar orang kampung dan makcik Felda tidak tahu apa-apa mengenai penjualan proton kepada China.

Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?

Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?

Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?

Maka, apa akan jadi kepada Proton akhirnya?

BACA INI JUGA: Siapa Sebenarnya Dalang Punca Proton Bermasalah?

Sumber: shahbudin