Thursday, April 07, 2016

Siapa Sebenarnya Dalang Punca Proton Bermasalah?


Apa sebenarnya masalah yang berlaku sehingga Proton mengalami masalah kewangan yang begitu serius setelah pencetus ideanya, Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kerugian PROTON

Disebalik serangan bertubi-tubi oleh balaci-balaci Najib terhadap Tun Mahathir, bermula dari Petronas hinggalah terkini Proton, muncul pula Armin Baniaz Pahamin, berkongsikan pendapat serta pengalaman beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

Alhamdulillah masih ada insan waras dan normal, yang tidak termakan dedak, yang sudi berkongsikan pengalaman serta pendapat ikhlas beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

DISINI ADMIN KONGSIKAN PENDAPAT SERTA PENGALAMAN BELIAU.

Armin Baniaz Pahamin;

Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya, KHAZANAH NASIONAL TO BE BLAMED FOR PROTON'S DOWNFALL.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

Langkah itu mengakibatkan wujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu.

Armin berkata demikian menjawab dakwaan menteri Datuk Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Mahathir merupakan penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya dalam muat naik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik.

DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset habis!

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Ekskeutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.

“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya.

TAMAT.

Sekadar nota tambahan, secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24,095 juta, bailout RM14,000 juta. Rugi kan?

Soalan, siapa sebenarnya yang menyebabkan PROTON RUGI?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Bongkar Rahsia Kegagalan Proton!

Sumber: Kluangmanexpress

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon