Mar 17, 2016

Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya

Rentetan daripada keadaan suhu matahari yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Bahaya+Strok+Haba

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September.

Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Strok haba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan.

Bahaya+Strok+Haba [2]

Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme.

Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda-tanda awal serangan strok haba
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara merawat mangsa serangan strok haba
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara mencegah serangan strok haba
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Terima kasih atas perkongsian ini kebetulan tengah search info

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon