Friday, January 13, 2017

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Terapi Pelik Ala Pocong 'Otonamaki' Popular Di Jepun

Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Otonamaki

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Otonamaki

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

Otonamaki

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

Otonamaki

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Otonamaki

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

Sumber: mynewshub

Resveratrol - Sistem Pertahanan Semulajadi Tumbuhan Melawan Penyakit

Resveratrol - Sistem Pertahanan Semulajadi Tumbuhan Melawan Penyakit

Tahukah anda resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dikenali sebagai phytoalexin iaitu sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan terhadap penyakit.

Resveratrol

Resveratrol terhasil daripada tindak balas tumbuhan terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan dirosakkan oleh haiwan, sinar uv, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tumbuhan tidak dapat menghasilkan atau kurang menghasilkan bahan pertahanan ini terutamanya tumbuhan yang menggunakan petisid dan hebisid kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Antara tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, malberi, rasberi dan kacang.

Anggur muscadine merupakan anggur yang mengandungi paling tinggi resveratrol.

Selain itu, resveratrol juga terkenal dengan sifat anti penuaan.

Resveratrol juga memainkan peranan penting dalam mengawal tahap kolesterol serta melindungi dari kerosakkan arteri dan menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah bagi mendapatkan sumber resveratrol, namun begitu, kajian menunjukkan kandungan alkohol dalam wain mampu memberi kesan buruk kepada golongan tertentu.

Kajian Tentang Khasiat Resveratrol

Resveratrol

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, Resveratrol mampu melindungi kulit dan melambatkan kesan penuaan kulit serta kesan penuaan lain pada kulit.

Menurut American Cancer Institute, Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa yang mengurangkan pengaktifan NF kappa B, sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, Resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari mampu menurunkan risiko kanser prostat, malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine, resveratrol membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Kesimpulannya, kita semua memerlukan produk atau makanan yang kaya dengan Resveratrol memandangkan kita semua terdedah kepada pencemaran dan gaya pemakanan yang tidak sihat yang merupakan antara punca kita mendapat penyakit.

Cegah sekarang untuk masa depan yang lebih sihat.

BACA INI JUGA: Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Sumber: kakipelangi

Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani Dalam Karya 'Perempuan Nan Bercinta'

Membongkar Tembelang Syiah Faisal Tehrani Dalam Karya 'Perempuan Nan Bercinta'

Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

FT

Dalam tulisannya di malaysiakini, dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja, tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h.

Walaupun FT bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiah-nya itu.

Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh FT dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tak boleh dibiarkan adalah kebiadapan FT terhadap para sahabat r.a.h.

Dalam artikel ringkas ini penulis akan bongkarkan niat busuk lagi kotor FT terhadap Ahli Sunnah dan para sahabat r.a. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Mempertikaikan Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih

Sepertimana golongan Syiah Rafidhah yang lain, antara para sahabat yang paling dibenci oleh mereka adalah Sayyidina Abu Hurairah.

Ini kerana Abu Hurairah adalah antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW.

Bahkan telah berlaku ijmak di kalangan ahli hadith bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayat dan menghafaz hadith-hadith Rasulullah SAW.

Dalam Sahih Muslim, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a.h, terdapat hadith yang menyatakan tentang kelebihan Abu Hurairah r.a.

Bahawa Abu Hurairah r.a berkata: “Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah SAW dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku sehingga Baginda selesai menyampaikan hadithnya. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda”.

Berdasarkan kedudukan Abu Hurairah r.a. ini, sungguh lancang sekali si Faisal Tehrani untuk memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan menuduhnya sebagai israiliyyat.

Di mana dalil dan buktinya ia israiliyyat, seperti yang didakwa pada halaman 36.

Sebelumnya, pada halaman 33, FT membawakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari.

Hadith ini menyentuh tentang kejadian Hawa/wanita daripada tulang rusuk Adam/lelaki yang dipertikaikan oleh golongan Syiah.

FT berniat buruk dengan cuba menimbulkan keraguan pada hadith yang diwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih al-Bukhari tersebut. Hadith itu kononnya dikatakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Tambahan lagi, FT menuduh ianya bersesuaian dengan tradisi Kristian.

Jelas, nawaitu FT adalah untuk meruntuhkan kredibiliti para sahabat dan hadith-hadith sahih yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari.

Padahal, FT sendiri dangkal dalam memahami kaedah syar'un man qablana syar'un lana ma lam yakun fi syari'ina ma yukhalifuhu iaitu apa yang terkandung dalam ajaran agama lain yang menetapi dan tidak menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah maka Islam menerimanya.

Seseorang yang waras sebenarnya tidak perlu untuk mempertikaikan hadith-hadith sebegini kerana ia tidak melibatkan implikasi iman dan amalan, ia hanya satu perkhabaran supaya kita mengagumi tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam penciptaan-Nya.

Apa yang menghairankan FT sibuk untuk mencari 'titik kepalsuan' mazhab Sunni tetapi lupa untuk mengkritisi ajaran sesat Syiah yang dikaguminya sendiri.

Mengapa tidak FT mengkaji, kenapa penganut Syiah sanggup menyambut perayaan Nairuz pada 21 Mac setiap tahun? Bukankah ia adalah perayaan memuja api penganut Majusi berbangsa Parsi suatu ketika dahulu?

Bagaimana kitab-kitab Syiah seperti Bihar al-Anwar boleh meriwayatkan kononnya Imam Mahdi Syiah akan muncul pada hari raya Majusi?

Bukankah isu ini lebih berat kerana ia membabitkan implikasi iman dan amalan? Adakah Syiah meniru Majusi atau Majusi yang meniru Syiah?

Dengan otak FT yang bijak itu, tidak logik jika FT tidak mampu untuk mengkaji ajaran kesayangannya sendiri.

Jika FT mahu juga berhujjah dengan perkara-perkara sebegini, sepatutnya FT menyelesaikan terlebih terdahulu ayat-ayat al-Qur'an al-Karim yang pada zahirnya seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita, itu pun jikalau menggunapakai kaedah berfikir singkat ala Faisal Tehrani.

Antaranya seperti dalam surah al-Nisa' ayat 34 tentang kelebihan lelaki ke atas wanita, ayat 11 tentang bahagian lelaki yang lebih banyak daripada wanita dalam faraid dan lain-lain.

Sebenarnya tiada pun apa yang didakwa diskriminasi jika dilihat menerusi kaca mata keadilan perbuatan Allah SWT yang Maha Sempurna lagi Bijaksana.

Tetapi jika dilihat menerusi persepsi yang penuh dengan dendam kesumat untuk mencari-cari salah sumber Ahli Sunnah, maka pelbagai persepsi negatif akan cuba dibangkitkan demi mempertikaikan mazhab Sunni.

Isu diskriminasi wanita

FT
Kenyataan ini tertulis pada kulit belakang buku FT.

Sebagai contoh, sikap FT ini terserlah pada halaman 8. FT cuba menggambarkan kononnya terdapat hadith dalam kitab-kitab Ahli Sunnah yang mendiskriminasikan kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka.

Hadith-hadith sebegini juga dianggap menjadi punca al-Qur'an dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan.

Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan oleh FT untuk memburuk-burukkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah walhal hadith tersebut mempunyai konteks yang tertentu.

Sebelum menjelaskan maksud sebenar hadith tersebut, perlu diingat keghairahan FT untuk mencari kelemahan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebenarnya telah memakan dirinya sendiri kerana hadith berkenaan majoriti ahli neraka adalah wanita pada hakikatnya bukan sahaja diriwayatkan di dalam hadih-hadith Ahli Sunnah sebaliknya ia juga diriwayatkan di dalam kitab-kitab Syiah malah matannya lebih panjang dan lebih terperinci.

Sebagai contoh apa yang dinukilkan oleh al-Majlisi di dalam kitabnya Bihar al-Anwar daripada karangan al-Kulaini di dalam al-Furu’ mi al-Kafi berkenaan beberapa riwayat yang menyebut tentang majoriti penghuni neraka adalah golongan wanita.

Pertama

Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Mahbub daripada Abdullah bin Ghalib daripada Jabir al-Ja’fi daripada Abi Ja’far a.s, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar…kemudian bersabda: Wahai sekalian wanita, bersedekahlah, taatilah suami-suami kamu, sesungguhnya kebanyakannya kamu di dalam neraka. Ketika mana para wanita mendengar sedemikian, mereka menangis, kemudian bangun seorang wanita daripada mereka lalu berkata: Wahai Rasulullah, di dalam neraka bersama orang kafir? Demi Allah kami bukan orang kafir sehingga menjadi ahli neraka. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu semua adalah kafir terhadap hak-hak suami kamu".

Kedua

Daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abi Basir, beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Rasulullah SAW telah berkhutbah kepada wanita lalu bersabda: “Wahai sekalian wanita, kamu bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, walaupun dengan sebiji tamar, walaupun dengan secebis tamar, sesungguhnya kebanyakan kamu adalah kayu api neraka…”

***

Sepatutnya FT juga perlu memasukkan riwayat-riwayat Syiah ini untuk dikritik bersama riwayat-riwayat Ahli Sunnah. FT perlu menjawab mengapa di dalam riwayat-riwayat Syiah juga turut mendiskriminasi kaum wanita.

Malah di sana terdapat riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam mengenepikan kaum wanita, antaranya, hadith yang diriwayatkan oleh al-Kulaini berbunyi, "Janganlah kamu memberi tempat kepada mereka (wanita) di dalam kamar-kamar dan jangan kamu ajar mereka menulis, tetapi ajarlah mereka bagaimana memintal benang dan surah al-Nur".

Hadith ini turut dinukilkan oleh penulis-penulis Syiah terkemudian seperti al-Hurr al-'Amili dalam kitabnya Wasa'il al-Syiah yang meletakkan tajuk "Bab kesunatan mengajar kaum wanita surah al-Nur dan tenunan, tanpa mengajar surah Yusuf dan menulis" dan dalam bab lain dia meletakkannya di bawah tajuk "Bab kemakruhan menyediakan kaum wanita di bilik-bilik, mengajar menulis dan surah Yusuf…".

Bagi para ulama Ahli Sunnah, hadith ini tidak sabit dan matannya bercanggah dengan hadith-hadith yang sahih.

Oleh itu, zahir hadith yang mengatakan wanita tidak boleh dibenarkan untuk belajar menulis dan surah Yusuf adalah bertentangan dengan galakan belajar yang diperintahkan dalam agama Islam tanpa mengira jantina.

Tetapi mengapa riwayat-riwayat sebegini wujud dalam ajaran sesat Syiah seperti yang didewa-dewakan oleh FT?

Setelah kita membaca riwayat-riwayat Syiah di atas, dapat difahami bahawa tujuan FT memaparkan hadith-hadith Ahli Sunnah hanyalah untuk mengaburi mata pembaca bagi membayangkan seolah-olah disiplin ilmu hadith yang ada di dalam mazhab Ahli Sunnah itu longgar sehingga terhadap hadith-hadith yang dirasakan tidak logik.

Namun, kewujudan riwayat-riwayat Syiah yang lebih berat dalam hal mendiskriminasikan wanita tidak pula dijawab atau diulas oleh FT.

Terdapat dua kemungkinan, sama ada FT jahil tentang ajaran Syiah kerana dia juga mengikut Syiah secara membuta tuli atau kerana dia sengaja mahu menyembunyikan riwayat-riwayat Syiah yang berbau diskriminasi terhadap kaum wanita tersebut.

Berbalik kepada hadith yang didakwa oleh Faisal Tehrani mendiskriminasikan kaum wanita, ia hanyalah dakwaan kosong daripada seorang yang berniat serong terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW.

Berkenaan hadith di atas, ia termasuk dalam jenis hadith al-targhib wa al-tarhib yang bertujuan untuk memberi galakan atau ancaman dalam sesuatu amalan.

Ini kerana golongan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai penghuni neraka tersebut ialah merujuk kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti tidak bersyukur dan menghargai pemberian suami (hadith Sahih al-Bukhari) dan berpakaian yang mendedahkan aurat (hadith Sahih Muslim).

Ini bermakna ia bukan sama sekali merujuk kepada wanita itu secara fitrah kejadiannya maka ia didiskriminasikan daripada memasuki syurga.

Ia seperti ungkapan Rasulullah SAW yang mengatakan majoriti penghuni syurga adalah golongan miskin, ia bukan bermakna golongan kaya didiskriminasikan tetapi kerana ramainya golongan kaya yang tidak menghiraukan soal halal dan haram dalam mencari rezeki serta tidak menunaikan hak-hak harta yang sepatutnya maka menyebabkan mereka tertahan daripada memasuki syurga.

Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a.

Dalam halaman 205 FT cuba untuk mempertikaikan kredibiliti Sayyidatina ‘Aisyah r.a. bagi menolak hadith yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dengan menuduh kononnya 'Aisyah sendiri belum wujud ketika kisah penurunan wahyu berlaku.

Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kejahilan pengarang tentang kedudukan 'mursal sahabi' dalam disiplin ilmu hadith iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tanpa dia menyaksikan sendiri atau mendengar sendiri daripada Rasulullah SAW tetapi memperolehinya daripada sahabat lain.

Hadith 'mursal sahabi' tetap dianggap sahih menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana yang meriwayatkannya adalah para sahabat kecuali golongan yang meragukan dan mentohmah kejujuran para sahabat seperti Syiah.

Walau bagaimanapun, berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi mengatakan ia didengari sendiri oleh 'Aisyah r.a.h berdasarkan beberapa lafaz yang terkandung di dalamnya.

Menuduh hadith-hadith keutamaan para sahabat hanyalah rekaan Sunni

Penyakit hati FT semakin terserlah pada halaman 179 apabila menuduh dengan biadap bahawa hadith-hadith keutamaan atau fadha'il sahabat direka bagi menutup perseteruan mereka dengan Sayyidina Ali r.a.

Ini adalah suatu penghinaan kepada para sahabat Nabi SAW kerana cuba mengaitkan kelebihan atau fadha'il sahabat seperti yang terkandung di dalam hadith-hadith yang sahih itu hanyalah direkayasa demi kepentingan politik.

Apakah FT tidak pernah membaca ayat-ayat al-Qur'an tentang pujian Allah SWT kepada para sahabat sehingga mereka diberikan gelaran radhiyallahu 'anhum?

Menghina Khulafa’ al-Rasyidin

Pada halaman 192, FT menghina pula para kibar al-sahabah terdiri daripada Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman dengan menuduh secara membuta tuli kononnya mereka telah melakukan kesilapan dalam berijtihad sambil menyertakan bilangan kesalahannya sekali.

Siapakah FT atau Syiah untuk menilai kesilapan para sahabat dalam berijtihad? Sedangkan para sahabat adalah ahli ijtihad dalam nas-nas yang tidak muktamad.

Jikapun berlaku kesalahan dalam berijtihad ia tidak menjadikan kedudukan mereka rendah malah dikurniakan pahala oleh Allah SWT kerana ijtihad para sahabat telah pun berlaku dan diakui oleh Rasulullah SAW pada zaman Baginda masih hidup dan Baginda tidak mengingkarinya.

Pada halaman 279-280 FT cuba menimbulkan persepsi seolah-olah para sahabat telah berpaling daripada Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Padahal hadith ini perlu dibaca dengan pelbagai riwayat yang lain kerana terdapat lafaz-lafaz yang berbeza seperti usayhabi dan ummati yang menurut para ulama merujuk kepada segelintir golongan yang telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Malah kita sedia maklum bagaimana Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sendiri telah memerangi golongan yang murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Kalimah 'sahabat' yang digunakan dalam hadith tersebut juga bukanlah merujuk kepada 'sahabat' dengan makna istilah tetapi makna bahasa.

Kerana itu apabila Sayyidina Umar al-Khattab ingin membunuh ketua munafiqin, Abdullah bin Ubai bin Salul, ia tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW kerana Baginda bimbang nanti orang akan berkata Muhammad telah membunuh 'sahabat'nya sendiri.

Ini bermakna walaupun Nabi SAW menyebut ‘sahabat’ ia bukan bermakna Baginda mengiktiraf semua yang menzahirkan keimanan mereka di hadapannya, tetapi ada di kalangan mereka itu yang munafiq dan ada di kalangan mereka yang murtad selepas kewafatan Baginda SAW dan mereka pada asasnya bukanlah ‘sahabat’ Nabi SAW kecuali pada bahasanya sahaja.

Menghina mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)

Daripada kebiadapan FT memperlekeh dan menghina para sahabat r.a.h., dia beralih pula mempertikaikan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan rasmi umat Islam di Malaysia dan majoriti umat Islam di dunia.

Kedangkalan dan kecetekan pengetahuan FT makin terserlah ketika cuba untuk meruntuhkan disiplin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah establish.

Nampak sangat geran penyelidikan GCPM yang diperoleh dari UKM tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat kajian perbandingan kecuali amat terhad kepada rujukan Syiah semata-mata.

Penilaian FT terhadap mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah amat ‘menjelekkan’ kerana FT sendiri tidak mengkaji Ahli Sunnah secara komoprehensif menerusi rujukan-rujukan Ahli Sunnah yang muktabar.

Pada halaman 9, FT menyebut kita mesti berhenti mengkaji Islam daripada mazhab yang 90 peratus tetapi kembali kepada mazhab Syiah yang ‘asli’ yang mewakili 10 peratus umat Islam. Maknanya FT menganggap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini sekadar mazhab palsu.

Begitu juga pada halaman 83, FT mengatakan mazhab Ahli Sunnah itu dasar dan asasnya bergantung kepada kesia-siaan kerana kononnya mazhab Sunni tidak berjaya menyelesaikan permasalahan wanita dan pelbagai tuntutan lain.

Pada halaman 170, FT dengan kajiannya yang ‘mendalam’ itu mengelirukan pembaca dengan mengatakan Ahli Sunnah hanya wujud selepas era Muktazilah dan tidak mampu menandingi sejarah Syiah yang dikatakan telah bermula sejak awal.

FT sebenarnya jahil dan tidak memahami latar belakang Ahli Sunnah Wal-Jamaah lalu mendakwa gelaran Ahli Sunnah tidak pernah wujud pada zaman awal Islam.

Kalaulah FT menggunakan sedikit akalnya, dia pasti akan dapat membezakan antara istilah dan sejarah, justeru FT tidak akan membuat kesimpulan yang terencat akal itu.

FT bukan tak tahu, kewujudan ‘istilah’ tidak semestinya seiring dengan sejarah yang menggambarkan kewujudan ‘istilah’ itu.

Misalnya, apabila disebut “Malaysia” ia adalah satu istilah bagi merujuk kepada negara kita, tetapi ia tidak boleh menggambarkan kewujudan sejarah Tanah Melayu yang lebih awal daripada istilah Malaysia itu sendiri.

Begitu juga istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ia hanya satu istilah untuk merujuk kepada manhaj Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Jika tidak kerana wujudnya golongan ahli bid’ah dan sesat seperti Syiah, sudah tentu tidak perlu wujud istilah tertentu untuk merujuk kepada Islam yang asli.

Mungkin cukup sekadar disebut Islam semata-mata sebagaimana yang dinaskan di dalam al-Qur’an dan hadith.

Namun apabila wujudnya golongan yang berpecah keluar daripada gagasan Islam yang sebenar, maka wujudlah istilah untuk membezakan antara Islam yang haq dan Islam yang batil seperti Syiah.

Bertambah-tambah dangkal lagi, apabila FT mengatakan istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya timbul selepas daripada kemunculan dua imam besar Sunni iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Buat makluman FT dan pengkaji Syiah tegar, istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah buat pertama kali telah digunakan oleh Ibn Abbas, seorang sahabat besar yang juga merupakan sepupu Nabi SAW yang wafat pada tahun 68 hijriyah. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, tafsiran ayat 106 surah Ali Imran)

Walau bagaimanapun apabila kita merujuk kepada hadith-hadith Rasulullah SAW begitu banyak sekali ungkapan Baginda supaya berpegang kepada sunnah dan jamaah.

Justeru, andaian FT itu sekadar bertujuan untuk mentohmah kedua-dua imam besar Sunni yang menjadi pengasas kepada mazhab Asya’irah dan Maturidiyyah seolah-olah kedua-dua mereka inilah pembuat bid’ah yang merekayasa istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Betapa dustanya tangan FT menulis seperti itu!

Sebagai ahli akademik, sepatutnya apa yang dikaji oleh FT untuk menilai Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah pada manhaj yang dibawa menerusi karya-karya mereka.

Barulah boleh disimpulkan maksud di sebalik istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi popular pada zaman mereka.

Apakah mereka membina mazhab baru atau ia merupakan suatu kesinambungan daripada golongan salafussoleh sebelum mereka.

Apa yang sepatutnya adalah FT mengkaji sejauhmana kesinambungan antara ajaran Syiah dengan Ahlul Bayt?

Hakikatnya, tiada langsung kesinambungan antara Syiah dengan imam-imam Ahlul Bayt. Apakah hujjah Syiah untuk mengatakan kepercayaan mereka hari ini benar-benar berdasarkan Ahlul Bayt?

Al-Kulaini dalam al-Kafi menukilkan dari Muhammad bin al-Hasan bahawa, “Dahulunya para masyayikh mereka meriwayatkan dari Ja’far dan Abi Abdillah, ketika itu taqiyyah amat bersangatan lalu mereka menyembunyikan kitab-kitab mereka dan tidak meriwayatkan daripada mereka, lalu apabila mereka meninggal dunia, kitab-kitab mereka sampai kepada kita, lalu (Muhammad bin al-Hasan) berkata: Riwayatkanlah ia, sesungguhnya ia benar”. (al-Kafi 1/53)

Bukankah hadith Syiah ini pelik, boleh meriwayatkan daripada Ahlul Bayt tanpa perlu kepada sanad yang sahih dan benar-benar sampai kepada Ahlul Bayt.

Oleh sebab itulah, ketika penulis berdialog dengan Syiah Melayu jadian, Kamilzuhairi di Bagan Serai, Kamil mengatakan Syiah tidak memiliki kitab sahih seperti Ahli Sunnah.

Hairan sungguh, bagaimana mereka boleh mendakwa berada di atas kebenaran sedangkan tidak memiliki sanad yang sahih daripada Ahlul Bayt?

Adakah benar mereka itu syiah (pengikut) Ahlul Bayt atau sebenarnya syiah kepada pendusta dan pembohong agama, Abdullah bin Saba’?

Pada halaman 338-339, FT terus membakar sentimen anti Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan menuduh kononnya Ahli Sunnah hanyalah sebuah pakatan yang rapuh.

Keempat-empat mazhab dalam Ahli Sunnah dituduh FT sebagai saling bercakaran antara satu dengan lain hasil daripada pakatan fiqh yang longgar dan saling bertabrakan.

Istilah “pakatan fiqh” sudah cukup menunjukkan FT tidak punya gambaran yang tepat berkenaan mazhab empat.

FT mungkin menyangka keempat-empat mazhab itu terdiri daripada kumpulan yang memiliki ideologi berlainan lalu berpakat menjadi satu pakatan persis pakatan politik.

Padahal keempat-empat mazhab bahkan lebih dari itu (jika ditambah dengan mazhab salaf yang lain termasuk Imam Ja’far al-Sadiq) hanyalah menifestasi daripada kepelbagaian pandangan dalam mereka memahami nas-nas yang tidak muktamad.

Dalam konteks masakini, kepelbagaian mazhab fiqh itu tidak pernah menjadi bebanan kepada umat Sunni malahan ia menjadi khazanah ilmu Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang begitu kaya dan tidak ternilai terutamanya dalam mengeluarkan fatwa berkenaan isu-isu semasa sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Hakikatnya banyak lagi yang perlu dipelajari oleh FT tentang perkembangan mazhab Ahli Sunnah.

Namun begitu ada baiknya FT membuka mindanya dengan mengkaji sejarah Syiah sendiri yang penuh dengan perpecahan dalam masalah prinsip seperti yang terkandung dalam buku Firaq al-Syiah karangan ulama Syiah terawal al-Nawbakhti.

Di situ mungkin FT akan terkejut bahawa Syiah bukan sahaja berselisih dalam masalah fiqh bahkan ada pecahan Syiah yang mengatakan Ali itu adalah tuhan!

FT 341

Berdasarkan kajian cetek FT ini, dia kemudiannya membuat kesimpulan pada halaman 341 supaya penganut Islam meninggalkan Ahli Sunnah dan menggantikannya dengan ajaran sesat Syiah.

Secara akademik, perbezaan yang berlaku antara mazhab, tidak perlu sehingga membuang mazhab yang lain dan menggantikannya dengan yang baru.

Ia seperti perbezaan empat mazhab Sunni yang saling bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihi dan tidak saling dakwah mendakwah antara satu dengan lain.

Tetapi niat Faisal Tehrani jelas, untuk menjatuhkan Sunni dan menggantikannya dengan Syiah!

Inilah cita-cita puak Syiah dan buktinya jelas kelihatan di Iran, Iraq, Bahrain, Yaman, Syria, Lubnan, Mesir dan lain-lain.

Kesimpulannya, benarlah telahan penulis, Syiah adalah satu ajaran yang hanya akan tertegak di atas keruntuhan Sunni! Pekung Syiah benar-benar terbarai daripada otak pemikiran Mohd Faizal Musa dalam bukunya ini.

Semoga pihak berkuasa sedar dan tidak terus tertidur dibuai mimpi.

Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di blog Mufakkir-Islami oleh Ustaz Aizam Mas’ud. Semoga ia membantu kita untuk lebih memahami apa itu Syiah.

BACA INI JUGA: Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A.S

Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera.

Bahtera

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun.

Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar.

Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut:

1. Nabi Nuh merupakan nahkoda tertua di dunia (berusia 600 tahun)

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun.

Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad.

Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal terbesar di dunia yang diperbuat daripada kayu

Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir.

Dia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia

Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia yang diperbuat daripada kayu

Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal bertingkat pertama di dunia (3 tingkat)

Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh merupakan kapal belayar yang tertinggi dari dasar laut

Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal anti-taufan dan banjir pertama di dunia

Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal pertama yang berlayar tanpa kompas

Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh dinakhodai oleh bukan ahli laut

Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh adalah satu-satunya kapal dengan penumpang paling sedikit pertama di dunia

Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal yang mengangkut binatang berpasangan terbanyak di dunia

Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh merupakan satu-satunya kapal yang mendarat di gunung

Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7,546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh adalah kapal yang mengharungi banjir paling lama di dunia

Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

Nabi Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

BACA INI JUGA: Kisah Ketampanan Nabi Yusuf Dan Permaisuri Firaun

Sumber: HCL

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Januari?

Mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana nama Januari boleh wujud dalam kalendar kita sekalipun tahu bulan kelahiran masing-masing.

Januari

Menurut kalendar Gregorian yang kita gunakan sekarang, setahun ada 12 bulan dan 12 bulan itu adalah dari bulan Januari sehingga Disember.

Kalendar Gregorian dicipta oleh Father Gregory untuk menyelaraskan hari mengikut pusingan matahari dan menambahbaik sistem kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar yang pernah digunakan di Rom pada suatu masa dulu.

Dan pastinya, setiap nama dalam kalendar Gregorian mempunyai makna dan asal usul tersendiri.

Maksud Nama Bulan Januari (Ianuarius Mensis)

Januari merupakan bulan pertama dalam kalendar Julian dan Gregory dan kedua terakhir dalam kalendar Roman.

Berasal dari nama dewa Rom iaitu Janus, yang bermaksud, ‘dewa pintu’ (atau Ianua).

Janus ialah dewa yang mempunyai dua wajah, satu wajah mengadap ke depan dan satu lagi mengadap ke belakang.

Masa depan dan masa lalu ditentukan dengan kedudukan wajah Janus iaitu wajah di depan adalah optimis dan tersenyum, manakala wajah di belakang pula muram dan sedih.

Dengan erti kata lain, Januari merupakan pintu masuk ke tahun baru dan meninggalkan tahun yang lepas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Asal Usul Bulan Oktober Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, January 12, 2017

WhatsApp Tambah Sokongan Mencari Dan Menghantar Gambar Animasi

WhatsApp Tambah Sokongan Mencari Dan Menghantar Gambar Animasi

WhatsApp telah menambah satu demi satu fungsi baru dalam menjadikan perkhidmatan permesejan mereka menarik.

WhatsApp GIF

Terkini, WhatsApp turut telah menambah sokongan carian gambar beranimasi GIF terus pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk menghantar gambar beranimasi.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini kepada aplikasi WhatsApp versi terkini. Seterusnya, anda boleh mula membuat carian gambar GIF dengan tap pada ikon emoji, dan seterusnya pada tab bahagian bawah, memilih GIF.

WhatsApp GIF

Pengguna boleh membuat carian GIF berdasarkan kepada kata kunci, dan seterusnya menghantar gambar berkenaan dengan mudah kepada rakan-rakan atau dalam sembang berkumpulan.

Fungsi ini sedia diperkenalkan untuk pengguna iPhone dan kini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna peranti Android.

BACA INI JUGA: WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Bagi Model Lama Telefon Pintar Mulai Julai 2017

Sumber: amanz

Tips Posisi Jimak Terbaik Suami Isteri

Tips Posisi Jimak Terbaik Suami Isteri

Ramai yang ingin tahu posisi jimak terbaik untuk pelbagai sebab. Antaranya posisi jimak terbaik untuk hamil, posisi jimak terbaik untuk memuaskan suami, posisi jimak terbaik untuk memancutkan isteri dan sebagainya.

Jimak
Gambar hiasan.

Soalan mencari posisi jimak terbaik ini walaupun kelihatan mudah, tetapi sukar untuk saya berikan jawapan yang tepat.

Kenapa sukar mencari jawapan untuk soalan ini?

Tiada posisi jimak terbaik yang sesuai untuk setiap individu dan pasangan.

Ini kerana bentuk tubuh fizikal setiap individu adalah berbeza, termasuk saiz lilitan zakar, saiz panjang zakar untuk suami, bukaan lubang faraj untuk isteri, kekuatan kemutan faraj isteri, dan sebagainya.

Setiap individu adalah unik dan faktor-faktor ini adalah berbeza untuk setiap individu.

Tips mencari posisi jimak terbaik

Walaupun tiada posisi jimak terbaik untuk setiap pasangan di dunia ini, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk mencari posisi jimak terbaik yang sesuai dipraktikkan oleh pasangan suami isteri.

Ketika melakukan posisi jimak “men on top”, “missionary” atau lelaki di atas (terdapat banyak variasi untuk posisi ini), pastikan tujahan zakar suami boleh dimasukkan ke dalam faraj sedalam yang mungkin.

Lebih baik jika tundun si suami boleh bertemu dengan tundun si isteri. Lebih sempurna jika tundun si suami boleh menghentak(dengan lembut) tundun isteri ketika menujah.

Ini akan memberikan tekanan dan getaran kepada bahagian luar faraj isteri dan akan memberikan lebih kenikmatan kepada isteri.

Tips ini juga boleh diaplikasikan untuk posisi-posisi “women on top” atau “wanita di atas”.

man on top
Contoh posisi jimak man on top.

Untuk variasi posisi jimak doggy pula, kedalaman tujahan zakar tidak begitu penting kerana sukar untuk menujah zakar dengan dalam di dalam variasi posisi ini.

Tambahan lagi jika isteri bertubuh gempal dan mempunyai saiz punggung yang besar. Oleh itu ketika melakukan variasi posisi doggy, yang penting ialah zakar menggesel dinding faraj isteri.

Jadi para suami harus mengubah posisi badan dan zakar ketika melakukan posisi doggy sehingga merasakan setiap tujahan zakar menggesel dinding faraj isteri. Lebih baik lagi jika setiap tujahan zakar menggesel titik g-spot isteri.

Doggy
Contoh posisi jimak doggy.

Begitu juga untuk posisi jimak “Spoon”, atau jimak dari sisi. Sukar untuk menujah dengan dalam pada posisi ini.

Oleh itu untuk memuaskan isteri anda sepenuhnya di dalam posisi ini, anda boleh melakukan rangsangan tambahan pada isteri dengan membelai payudara beliau, atau menggentel dan menggosok biji kelentit (klitoris) isteri di dalam posisi ini.

Spoon
Contoh posisi jimak spoon.

Tips-tips ini boleh anda gunakan di dalam misi anda untuk mencari posisi jimak terbaik bagi anda dan pasangan.

Panduan ini juga mempunyai pelbagai variasi posisi jimak yang boleh anda cuba bersama pasangan anda untuk memberikan kelainan dan pembaharuan di dalam pengalaman berjimak anda dan pasangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tpi

Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian untuk menjaga kebersihan akibat kesukaran melupuskan plastik.

Beg Plastik

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik mampu memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita.

Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta penggunaan beg plastik dalam masa seminit dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apa yang membimbangkan tentang plastik?

Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi.

Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan

Sekiranya dibakar, plastik akan membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser dan sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita.

Binatang yang menyangka beg plastik sebagai makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.

Selain itu, beg plastik juga menyebabkan berlakunya peresapan air yang menyebabkan banjir dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong sebagai “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah.

Kalau kita berbelanja secara bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam pelbagai ukuran.

Jakarta misalnya, menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari separuhnya adalah sampah non-organik terutamanya plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak, ditambah lagi dengan krisis minyak yang mengakibatkan melambungnya harga minyak mentah.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing

Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg plastik sepanjang hayat.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik, contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak. -penerangan

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Dengan Cara Menakut-nakutkan Pengguna?

Penyu

Kempen Hari Tanpa Plastik yang dipraktikkan di beberapa pasar raya besar kini bukanlah satu langkah baik mendidik masyarakat mencintai alam sekitar.

Maklumat terperinci mengenai keburukan penggunaan beg plastik perlu diterangkan dengan jelas dan bukannya menakut-nakutkan pengguna.

Apa yang dapat dilihat adalah, pengguna Malaysia telah dimomokkan dan ditakutkan dengan fakta tidak jelas dan tidak disokong dengan penjelasan dari sudut sains.

Maklumat yang diperoleh kini hanyalah guna beg plastik bahaya, cemar alam sekitar, tetapi dalam masa yang sama pengguna masih memerlukan beg plastik ketika membeli-belah.

Walaupun, dikenakan caj 20 sen, pengguna masih bayar kerana beg plastik memang mustahak.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sebenarnya masih tidak berjaya sebaliknya menguntungkan pihak pasar raya yang terlibat menyahut program ini.

Jikalau pada hari biasa pasar raya besar perlu mengeluarkan beg plastik sebanyak 1,000 tetapi pada Sabtu jumlah tersebut dikurangkan.

Malah, bertambah untung apabila menjual pula sekeping beg plastik pada harga 20 sen pada pengguna yang terlupa bawa beg sendiri dan amat memerlukannya untuk mengangkat barang. Pada Sabtu, mereka boleh mengaut untung dengan cara sebegini.

Maksud tersirat di sebalik Hari Tanpa Beg Plastik adalah, ramai pengguna tidak tahu ke mana perginya 20 sen tersebut.

Apa yang berlaku adalah pihak pasar raya menggunakan wang tersebut untuk melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Jika sebelum ini mereka memperuntukkan wang pengurusan RM20,000 atau RM30,000 untuk CSR tetapi kini menerusi kempen Hari Tanpa Beg Plastik, keuntungan tambahan berjaya dibuat.

Pihak pengurusan pasar raya dan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepatutnya mengesyorkan atau mengalu-alukan orang ramai membawa beg plastik sendiri dan memberikan insentif seperti mata ganjaran di mana pengguna dapat menukar mata ganjaran tersebut dengan barang belian atau diskaun 20 sen.

Insentif sebegini akan memotivasikan pengguna mengamalkan konsep 'kurangkan, guna semula dan kitar semula.'

Dengan membawa beg plastik sendiri, pengguna mengamalkan sikap pengurangan serta penggunaan semula beg plastik yang diperoleh daripada pasar raya tersebut.

Pihak pengurusan pasar raya juga harus mendidik pekerja di kaunter cara menyusun barang belian pelanggan dengan lebih cermat yang mana untuk setiap beg plastik tahan lasak mampu mengisi banyak barang sekaligus mengelak penggunaan lebih banyak beg plastik.

Selain itu, apa yang perlu dididik dan didedahkan kepada rakyat adalah menanamkan sikap mencintai alam sekitar dengan cara membuang sampah dengan cara yang betul, bukannya meneruskan amalan membuang sampah merata-rata seperti sekarang.

Jika semua masyarakat Malaysia bertanggungjawab dan membuang sampah pada tempat yang betul, tidak akan berlaku beg plastik masuk ke dalam longkang atau laut.

Selain itu, banyakkan program kesedaran kitar semula. -SH

BACA INI JUGA: Benarkah Beg Kertas Lebih Baik Dari Bakul Plastik?

-SENTIASAPANAS.COM

iPhone Sambut Ulang-Tahun Ke-10 Pada 2017

iPhone Sambut Ulang-Tahun Ke-10 Pada 2017

Dalam arena telefon pintar, salah satu peranti yang sangat popular adalah iPhone daripada Apple dan pada 9 Januari 2017, Apple menyambut ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan.

iPhone-10

Untuk yang tidak mengetahuinya, Steve Jobs telah memperkenalkan iPhone di Macworld 2007.

Sejak pengenalan iPhone pada 2007, sehingga kini ia telah mengubah landskap telefon pintar dan sering dijadikan perbandingan oleh pengeluar ketika pengenalan peranti masing-masing.

Sehingga kini, lebih satu bilion peranti iPhone dijual diseluruh dunia dan yang paling terkini adalah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Kedua-duanya menjalankan sistem operasi iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk pembantu maya Siri dalam memudahkan pelbagai tugasan.

Bercakap mengenainya, Tim Cook mengatakan iPhone telah menjadi salah satu standard dalam arena peranti mudah-alih, dan memberikan petanda apa yang terbaik daripada mereka akan hadir – dan mereka baru sahaja bermula.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Sumber: amanz

5 Pemain Bola Sepak Profesional Yang Memakai Pakaian Tradisi Ketika Majlis Anugerah Antarabangsa

5 Pemain Bola Sepak Profesional Yang Memakai Pakaian Tradisi Ketika Majlis Anugerah Antarabangsa

Apabila Mohd Faiz Subri berhasrat hendak memakai ‘baju melayu siap bertanjak’ di Anugerah Puskas 2016, banyak reaksi negatif daripada netizen yang tak berpuas hati dengan hasrat Faiz Subri tersebut.

Berikut saya senaraikan beberapa orang pemain bola sepak yang rilek sahaja pakai baju yang mereka nak pakai sewaktu terima anugerah bola sepak.

1. Yaya Toure

Yaya Toure

Gambar pertama ialah gambar Yaya Toure pemain Manchester City ketika menerima The Glo CAF Awards. Nampak tak betapa berwarna-warninya baju dia.

2. Didier Drogba

Didier Drogba

Gambar kedua ialah gambar striker Ivory Coast Didier Drogba posing bersama trofi setelah dianugerahkan ‘African Footballer of the Year’ oleh Konfederasi Bola Sepak African (CAF) pada tahun 2006.

3. Homare Sawa

Homare Sawa

Gambar ketiga ialah gambar Homare Sawa dari Jepun yang memenangi ‘FIFA Women’s World Player Of The Year’ pada tahun 2011.

4. Frederic Kanoute

Frederic Kanoute

Gambar keempat ialah penyerang Mali iaitu Frederic Kanoute yang selamba berjubah ketika dinamakan sebagai ‘African Player of the Year’ pada tahun 2007.

5. Pierre-Emerick Aubameyang

Pierre-Emerick Aubameyang

Dan gambar terakhir ialah gambar Pierre-Emerick Aubameyang yang hanya pakai t-shirt ketika menerima anugerah ‘African Footballer of the Year’ kerana kehilangan begnya.

Ada orang kata yang pemain-pemain bola kat atas ni kebanyakkannya dari Afrika tapi persoalan saya ialah adakah award dari Confederation of African Football (yang bernaung di bawah FIFA) mempunyai dress code yang berbeza dengan award FIFA yang lain?

Dan alangkah menariknya kalau Faiz Subri juga menyarung baju melayu ketika penyampaian hadiah kenenagannya hari tu kan.

BACA INI JUGA: 10 Perubahan Baru Buku Peraturan FIFA Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: thevocket

Senarai Filem Wajib Tonton Januari 2017

Senarai Filem Wajib Tonton Januari 2017

Bagi peminat-peminat tegar filem antarabangsa mahupun filem tempatan, kami senaraikan beberapa buah filem yang mungkin boleh menjadi pilihan untuk tontonan di bulan Januari ini.

Untuk filem-filem hebat wajib tonton bulan Disember 2016, anda boleh menyemak senarai filem wajib tonton Disember.

Jadi, berikut adalah senarai filem yang akan ditayangkan pada Januari 2017!

Eloise
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2017

Eloise

Jacob seorang `drifter` yang cuba melarikan diri dari kisah silamnya. Satu hari peguam keluarganya telah menghubunginya untuk memaklumkan yang bapanya telah membunuh diri.

Jacob yang pulang ke rumah mendapati dia bakal mewarisi harta yang banyak tetapi halangan yang dihadapinya adalah dia perlu membuktikan kematian mak ciknya yang dia tidak kenal jika dia mahu mewarisi hartanah.

Mustahil untuk mencari seorang diri, dia telah dibantu oleh rakan-rakannya Dell, Scott dan Pia untuk mencari rekod sijil kematian mak ciknya di pusat mental Eloise yang berkeluasan 900 ekar.

Namun pencarian mereka tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya mereka menjadi huru-hara apabila mereka terpaksa berdepan sesuatu yang menakutkan.

The Icebreaker
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2017

The Icebreaker

Filem arahan Nikolay Khomeriki ini berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku pada 1985 apabila kapal kargo Mikhail Somov terperangkap di lautan ais di Amundsen, Antartika.

A Monster Calls
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2017

A Monster Calls

Setiap malam, seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Conor sering dilawati oleh Monster, iaitu sebuah pokok cemara di belakang rumahnya yang bertukar menjadi makhluk menakutkan pada waktu tengah malam.

Ia memberi amaran kepada Conor yang dia akan menceritakan tiga kisah dan sebagai balasan dia mahukan sesuatu daripada budak itu.

Malam-malam Conor sangat menakutkan tetapi pada waktu siang juga tidak baik. Kesihatan ibunya semakin tenat, manakala dia pula sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Allied
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2017

Allied

Ketika Perang Dunia II di Casablanca pada 1942, seorang pembunuh bernama Max Vatan dan seorang pengintip Perancis, Marianne Beausejour, telah jatuh cinta dan berkahwin ketika dalam misi untuk membunuh seorang pegawai Jerman.

Arrival
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017

Arrival

Apabila kapal angkasa misteri mendarat di seluruh bumi, pasukan elit telah ditubuhkan untuk menyiasat - termasuk seorang pakar bahasa Louise Banks.

Seluruh manusia terdesak mahukan jawapan yang mana mungkin boleh mencetuskan perang dunia, dan untuk mencarinya Banks perlu mengambil peluang yang mungkin akan mengancam nyawanya dan juga seluruh manusia.

The Bye Bye Man
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017

The Bye Bye Man

Tiga pelajar kolej telah berpindah ke sebuah rumah kampus lama di Wisconsin. Mereka kemudian secara tidak sengaja melepaskan The Bye Bye Man, entiti paranormal yang memburu mereka yang mengetahui namanya.

Ketiga-tiga mereka mesti membantu satu sama lain selepas The Bye Bye Man menguasai minda salah seorang abang pelajar dan mereka mesti merahsiakan kewujudannya.

Split
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017

Split

Kevin adalah seorang lelaki yang mempunyai sekurang-kurangnya 23 personaliti berbeza. Dia telah menculik tiga remaja perempuan termasuk Casey, seorang yang degil.

Sebagaimana ketiga-tiga remaja terbabit dikurung, personaliti terakhir - "The Beast" - mula mendominasi yang lain, menyebabkan Kevin perlu berlawan dengan dirinya sendiri untuk selamat.

Resident Evil: The Final Chapter
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017

Resident Evil

Sekuel "Resident Evil: Retribution", Alice, Jill, Claire, Chris, Leon, Ada dan Wesker bergegas ke tempat di mana The Red Queen cuba merancang untuk menyaksikan kemusnahan manusia.

Dalam usaha untuk sampai ke sana, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran dan serangan zombi

xXx: The Return Of Xander Cage
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017

xXx

Xander Cage kembali bangkit untuk bertempur dengan Xiang dan pasukannya untuk mendapatkan senjata yang dikenali sebagai Pandora`s Box.

Xander kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu konspirasi maut yang membabitkan peringkat tertinggi kerajaan.

Kung Fu Yoga
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017

Yoga

Seorang profesor arkeologi China, Jack, telah bekerjasama dengan Ashmita dan Kyra, profesor dari India, untuk mencari harta Magadha yang hilang.

Mereka memulakan pengembaraan mereka di gua ais Tibet, di mana mereka telah diserang oleh tentera pemberontak, Randall, mereka kemudian pergi ke Dubai untuk mengambil berlian dari gua ais yang akan dilelong.

Dengan Randall memburu mereka, Jack dan pasukannya perlu mengembara ke kuil di gunung di India, menggunakan berlian itu sebagai kunci untuk membuka harta karun yang sebenar di sana.

Journey to the West 2: The Demons Strike Back
Tarikh Tayangan: 28 Januari 2017

Journey to the West 2

Sami Tang membawa tiga pengikutnya ke Barat. Pada luaran, semuanya dalam keadaan harmoni.

Sebenarnya, mereka berempat tidak bersependapat dan ini menimbulkan masalah dalaman.

Mereka perlu menyelesaikan masalah di antara mereka terlebih dahulu sebelum menjadi kumpulan hebat yang boleh menghapuskan syaitan.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: Filem Hollywood Yang Di Kritik Teruk Tapi Berjaya Dengan Cemerlang

-SENTIASAPANAS.COM